Saturday, July 27, 2019

TTC journey 2019 -PART 2-

cont. prevoius entry
.
.
.
Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum wbt.

ok hari ni, kak yatt nak sambung cerita TTC kak yatt. next appointment kak yatt dengan doktor di Chang and Koh Kulim pada 25/7/2019 hari KHAMIS. disebabkan hari tu adalah weekdays, Hasnun pulak kerja, jadi kami decide nak pergi waktu malam. memandangkan klinik tu ada waktu-waktu tertentu sahaja yang buka, so kami kena plan time betul-betul. so kt bawah kak yatt bagitau sesiap dekat korang pukul berapa klinik buka , pukul berapa waktu rest diorang.


WAKTU KLINIK CHANGAND KOH BUKA:
Address: 11,12&13, Jalan Kelang Lama, Taman Cenderawasih, 09000 Kulim, Kedah
Hours
Saturday
Sunday
9:30am–12:30pm, 2:30–4:30pm, 7:30–9:30pm
9:30am–12:30pm, 2:30–4:30pm, 7:30–9:30pm
Monday9:30am–12:30pm, 2:30–4:30pm, 7:30–9:30pm
Tuesday9:30am–12:30pm, 2:30–4:30pm, 7:30–9:30pm
Wednesday9:30am–12:30pm, 2:30–4:30pm, 7:30–9:30pm
Thursday9:30am–12:30pm, 2:30–4:30pm, 7:30–9:30pm
Friday9:30am–12:30pm, 2:30–4:30pm, 7:30–9:30pm

Hasnun balik kerja selalu dah petang, jadi time tu memang klinik tutup, pukul 7.30 petang pulak baru klinik buka. jadi kami plan pergi waktu dah dekat-dekat maghrib, 7.30 terus masuk check up, then boleh terus rush pergi cari masjid berdekatan untuk solat maghrib. That time tiba-tiba klinik dapat call doktor KOH tak datang, so ktorang kena tunggu doktor CHANG. doktor chang pulak datang lewat hari tu, so kami dah agak lama tunggu kat situ, terus kami decide tak jadi check up hari tu. cecepat cari masjid untuk maghrib dan balik. so, appointment 25/7/2019 tertangguh ke 26/7/2019 hari Jumaat. huhu sorry ler tercerita banyak pulak setiap kali muqaddimah. well, setiap karangan mesti kena ada pendahuluan kan. masa sekolah dulu buat karangan pendahuluan 1 muka surat haa hahah! ok ok kali ni serious nak start dah appoinment.


  • 26/7/2019 hari JUMAAT
Macam biasa, weekdays Hasnun kerja. Tapi kali ni kami plan time lain pulak. bertolak dari rumah dekat-dekat waktu maghrib, terus ke masjid berdekatan klinik , solat maghrib dulu, lepastu terus pergi klinik. plan macam ni tak la rushing sangat nak solat magrib kan. so korang boleh ikut time ktorang ni kalau korang kena appoinment on weekdays hehe. 

Tujuan appoinment hari tu cuma nak check saiz telur dalam ovary kak yatt. Kalau ikut pengiraan tumbesaran telur, ikutkan hari ni dah ada 1 telur yang saiz mencecah 12mm. antara waktu yang sesuai untuk bersama. bila kak yatt masuk je bilik doktor KOH, terus doktor cakap

"ok hayati, kita check TVS ye..nak tengok telur u membesar ataupun tidak"

masa tu kak yatt banyak-banyak berzikir, berharap sangat telur membesar dengan baik. tapi kecewa sekali lagi sebab takda 1 pun telur yang membesar. saiz sama je macam sebelum ni. padahal kak yatt dah makan ubat subur 5 biji yang doktor bagi. belum rezeki agaknya. kak yatt pelik, kenapa telur kak yatt tak membesar eh... masa tu la kak yatt start tanya doktor KOH ni. tapi sebelum tu kak yatt nak bagitau korang, ubat subur dan ubat hormon berbeza tau. so 5 biji ubat yang kak yatt makan masa mula-mula tu adalah ubat subur. hanya untuk check telur kak yatt sihat ataupun tidak. so here kak yatt tunjuk gambar dekat korang yang mana ubat subur dan yang mana ubat hormon.

 ubat SUBUR LETRONAT 2.5mg
ubat HORMON METRORMIN 500mg


Mula-mula kak yatt confused juga sebab kawan-kawanpunya ubat nama lain, mostly semua makan ubat hormon nama CLOMID. yang ada 50mg, 100mg, 200mg. tapi kak yatt punya ubat subur masa tu 2.5mg je. kak yatt follow je doktor, sebab dia lebih tahu masalah kak yatt dan apa yang bagus untuk rawatan ni. rupanya ubat subur LETRONAT 5 biji tu hanya nak tengok tahap kesuburan telur kak yatt dalam ovari. kalau kak yatt makan ubat tu, then jumpa telur yang matang, maka senang la kak yatt nak tau waktu subur kak yatt. tapi ubat tu tak cukup kuat untuk telur kak yatt yang lambat matang tu . huhhh, allah uji lagi.. so doktor bagi ubat HORMON METFORMIN 500mg terus. 90 biji gaissss.. makan sehari 3 kali setiap 8 jam selepas makan. fuhh istighar panjang kak yatt masa tu. doktor cakap ubat hormon ni akan bagi ffect pada badan kak yatt. contohnya kak yatt akan rasa meloya, muntah-muntah, nak demam,cirit birit,mcm pregnant lah senang cerita. tapi setiap badan orang tak sama. ada orang dalam masa seminggu dah dapat effect mcm ni. ada setengah orang 2 bulan baru dapat effect. so kak yatt kena sentiasa bersedia. kenapa ubat kak yatt bukan ubat CLOMID? yang tu kak yatt takda jawapan. lupa nak tanya doktor. 

ouh lupa dah, tadi nak cerita soalan kak yatt dekat doktor kenapa telur kak yatt tak membesar. jawapannya kak yatt mengalami masalah OVULASI. yang mana telur kak yatt tak terlepas dari ovary untuk disenyawakan. kak yatt dah nak menangis masa tu. terus kak yatt tanya doktor.

"SERIOUS KE MASALAH I DOKTOR?"
doktor cakap, u don't worry masalah ni xserious pun. u cuma perlu makan ubat. banyak faktor sebenarnya masalah ni. antaranya

1. kegemukan ( rasanya ni bukan faktor kak yatt, sebab i kurus je. doktor la cakap)
2. pemakanan ( yang ni doktor kata makan je pape asalkan sihat. and kak yatt dah jaga pemakann ni..gas xminum, fast food pun dah xmkn skrg,hmm )
3. masalah kesihatan ( ni rasa macam xjugak..sebab sihat alhamdulillah)
4. genetik (yg ni mungkin jugak..sebab seppupu-sepupu pun 2,3 orang yg tengah TTC)
5. hormon yang tidak stabil (yang ni confirm. sebab tu doktor bagi ubat hormon)

so dalam 5 faktor tadi, mungkin 2 faktor tu ada pada kak yatt.. takpela i redha je. ujian allah bagi sebab dia sayangkan kak yatt dan suami. selalu husnuzon dengan allah swt. sebab dia sebaik-baik perancang.lepastu kak yatt tanya doktor pasal HSG, IUI, IVF, AMBIL DARAH untuk apa.. sekali doktor macam nak marah kak yatt, hahah dia dah cakap kak yatt takda masalah serious jadi kenapa nak kena buat semua tu. hahahah! i is nak tahu je haaaa. doktor pulak yang geram sebab kak yatt ni macam cuak sangat. tapi berdasarkan apa yang doktor cerita, kak yatt akan lalui proses makan ubat hormon ni selama 3 bulan. selagi tak lekat, makan la sampai 3 bulan. selepas 3 bulan kalau belum lekat jugak doktor akan ambil darah kak yatt untuk test tahap hormon kak yatt macam mana. pasal HSG tu doktor Xsuggest pn sebab dia cakap 90% tube kak yatt ok. so now just fokus on makan ubat hormon je. alhamdulillah...tapi kalau masih lagi tak ok, doktor akan cucuk ubat dalam ovary kak yatt untuk besarkan telur. i taktau la apa pulak tu.. sakit ke tak.. ya allah... nak dapat sorang pun susahnyaaa.

macam ni la gayanya kalau cucuk hormon dalam ovari. nama ubat hormon tu GONADOTROPHIN (betul lah kot ejaan tu)


so next appointment kak yatt dengan doktor pada CD2 period. kalau period tak datang masa tu, 16/8/2019 kak yatt kena terus pergi. time tu kak yatt taktau doktor nak check apa pulak. maybe TVS lag nak tengok telur. kiranya TTC kak yatt ni banyak buat TVS dan makan ubat je. ouh lupa bagitau, 90 biji ubat hormon tadi tu dengan TVS pada hari tu RM170. sedar xsedar sepanjang kak yatt lalui proses TTC ni di chang and koh kak yatt dan suami dah spend sebanyak RM705. huhhh bila tengok jumlah ni, rasa macam nak nangis pun ada. korang pergila klinik kerajaan kalau xnak berhabis duit.. tapi korang kena sabar sikit je.. hmm ni kalau orang mengata aku cakap aku tak usaha lagi, memang aku cepuk kepala... hahahahha! 

ok then, kita tunggu je la next appointment macam mana nanti. kak yatt doakan semua TTCIANs sabar menempuh ujian dari Allah ni dan mendapat anak yang comel, soleh dan solehah,, amiiinn
doakan kak yatt jugak ehhh.. 



byeeee~










Wednesday, July 24, 2019

TTC journey 2019 -PART 1-

ASSALAMUALAIKUM..


Alhamdulillah setelah agak lama tak update entry di blog ni, muncul lah kembali den kat sini.. sebenarnya banyak betul story to tell tapi asyik tertangguh je nak update. so lama-lama terlupa terus nak updtae. banyak makan semut org kata hahah!. tengok tajuk pun dah tentu ramai yang TTCians nak sangat tahu atau ambil info kan. untuk yang tak lalui proses TTCians ni pun boleh je baca. ilmu tau... mana tahu adik-beradik ke..saudara mara ke yang alami masalah susah hamil macam kitorang, boleh la sharing dengan deme info ni. tak banyak info tapi ada.. gituuwwwww

Since dah ramai sangat yang DM kak Yatt tanya macam mana nak check kesuburan, macam mana TTC journey kak Yatt.. bla bla bla. banyak betul soalan korang . nak jawab satu-satu macam segan pulak. plussss kat ig macam susah sikit.. and bila ramai sgt DM, nak ceita satu-satu aishhh complicated rasanya hahah!ok dah tanak bebel bebanyak, kak yatt nak terus start story TTC journey kak Yatt.. sila fahamkan term- term dan apa yang kak yatt nak sampaikan. ni hanya info yang kak yatt nak sharing dengan korang ye..

Setelah bemacam macam cara kak yatt try TTC secara normal, maksudnya try minum susu kambing laaa...acid folid pun amik jugak..tapi skip jugak sebab kekadang terlupa (nyanyuk kannnnn), try teknik-teknik yang betul ketika bersama, tapi semua tak jalan. pendek kata kak yatt dah habis mencuba dah. tinggal tak mengurut je lagi. sebab kak yatt rasa kak yatt xda masalah dalaman yang sampai nk kena mengurut bahgian rahim. 2 tahun usia perkahwinan kak yatt dan suami, memang dah nekad dah.. tanak tunggu lama-lama lagi. nak terus ke klinik sakit puan dan check kesuburan suami isteri. jadi, klinik yang dipilih adalah KLINIK CHANG AND KOH MATERNITY & FERTILITY CENTER SPECIALIST di Kulim. kak yatt ke sini pun sebab ada saudara mara kak yatt yang dah cuba TTC di sini, alhamdulillah rezeki zuriat untuk diorang. dan sebelum pergi pun kak yatt banyak jugak la search pasal klinik ni di google. tengok feedback customer kat situ. mostly POSITIVE. jadi tak salah kot kak yatt dan suami cuba juga kan. 

Kalau cakap bab kewangan, tipulah kalau cakap "ooo orang kaya je yang boleh pergi klinik level macam ni". sorry to say, kak yatt dan suami bukan orang senang pun.. cukup makan je..alhamdulillah sangat dah. xda la sampai kebuluran. bagi kak yatt, walau dalam kesempitan macam mana sekalipun, berdoalah Allah mudahkan urusan dalam proses TTC ni..bagi rezeki melimpah ruah..lebih sikit untuk rawatan...haaa gittuwwww.. kalau rasa xda duit sangat-sangat, kak yatt cadangkan korang ke klinik kerajaan je. tapi perlu kesabaran yang tinggi sebab amik masa sedikit untuk setiap appoinment. kakak ipar kak yatt pun tengah TTC. dia pergi klinik kerajaan, tahun 2018 register, tahun 2019 baru first appoinment. macam kak yatt cakap tadi, perlu kesabaran yang tinggi. bukan nak cakap klinik kerajaan tak bagus, tapi benda FREE ni mesti semua orang nak, jadi ramai la orang. so korang kena sabar tunggu turn. ok?

fuhh muqadimah je dah berjela. ok ni serius nak start dah ni,


  • 27/6/2019 hari Khamis

Ktorag suami isteri decide nak pergi time ni sebab waktu waktu tengah gaji. sejujurnya time ni kak yatt tengah period, jadi kak yatt tak rasa doktor akan buat TVS (transvaginal scan) dekat kak yatt. sebelum korang tanya kak yatt doktor lelaki atau perempuan? kak yatt bagitau sesiap, doktor LELAKI. klinik tu cuma ada 2 orang je doktor. dua-dua cina dan doktor tu CHANG & KOH. mula-mula kak yatt ingat ada la doktor perempuan, bila dah sampai sana, nurse situ cakap ada doktor lelaki sahaja. haishh, dah sampai kan, xkan nak balik pulak. redha jela masa tu. tapi sebab tengah period, so xrisau pun la nk kene check TVS tu.

so lepas dah masuk jumpa nurse tu,korang boleh cakap dekat nurse di kaunter pendaftaran tu "saya dan suami nak check kesuburan". then korang boleh tunggu je turn korang kejap lagi. senang je kan? masa turn kak yatt dah suami tu, ktorang macam awkward sikit. yela first time kan. doktor tanya kak yatt dulu. soalan dia,

 "selalu CD (cycle day) u berapa hari?", wajib korang tahu CD koramg eh. macam mana nak tahu? skrg ni ada banyak sangat apps kat phone calender period, korang boleh rekod kat situ.
 next question,

 "period u on time ke tak?". bila korang selalu rekod, korangakan tahu period korang tepat pada masanya atau tidak? setiap orang period tak sama ok, sebab hormon kita berbeza.
 next question,

"u pernah senggugut tak? "
 next question,

"pernah keluar darah x selepas bersama suami?"
 next question,
 next question,
 next question,

ok banyak soalan lagi, tapi make sure korang kena ready la dengan soalan-soalan dia, xboleh malu-malu tau...nak berubat xboleh malu. lepastu doktor cakap dengan kak yatt, ok meh kita buat TVS (transvaginal scan). haaah mende apa pulak TVS ni. masa tu dah blur-blur, kak yatt tanya doktor, check perut ke check bawah terus? doktor cakap, bawah terus. then kak yatt nak mengelak tau masa ni. sebab kak yatt tengah period weh! gila kot nak buat TVS time period. mau dia nampak darah period aku hahaha! doktor cakap " takpe, time period pun boleh buat TVS, tak menggangu pun ". aaa sudah! memang xdapat lari, redha jela masa tu... korang kalau nak pergi, make sure jangn time period eh. kak yatt salah timing haha! untuk sesiapa yang macam blur-blur apa itu TVS, meh tengok gambar kat bawah ni, kak yatt siap search lagi untuk korang

gambar agak blur, tapi gitu la rupa TVS.

sakit ke buat TVS ni? sumpah tak sakit pun. doktor cuma letak condom di hujung kepala transducer tu, lepastu dia letak gel sikit, dan masuk terus kat bawah. time ni korang tak boleh malu. syukur doktor kat klinik ni sangat respect dengan kita. setakat kak yatt buat TVS dekat situ, diorang tak pandang pun aib kita, diorang agk agk je nak masukkan benda tu, lepastu tutup dengan kain, dan terus check. kenapa kena buat TVS??? kak yatt blur lagi masa ni, TVS ni proses kita nak tahu punca kenapa kita masih belum hamil. jadi, masa kak yatt lalui proses ni, doktor cakap rahim kak yatt ok je, ovary pun ok, xde bengkak ke atau scyst ke, dinding rahim cantik, tube pun nampak ok , telur dalam ovary pun korang boleh nampak tau. dan saiz telur pun korang boleh tahu melalui proses TVS ni. alhamdulillah doktor cakap keseluruhannya ok. tak ada masalah. alhamdulillah sangat-sangat. 

lepastu doktor cakap dengan suami, 

"wife u ok, xda masalah apa-apa, now i nak check u. kalau sperma u abnormal, maknanya u problem dan kita tengok apa kene buat". fuhhh muka hasnun cuak masa tu weh.. hahah! aku mcm nak gela tengok dia tpai tahan jela. tapi kak yatt yakin hasnun ok je, sebab dia kan pernah ada anak. so! doktor bagi 1 botol kecik, dan diorang sediakan 1 bilik khas untuk ktorang ehem-ehem. keluarkan air mani dalam botol yang diberi tadi. korang tak boleh eh balik rumah , buat di rumah pastu dtg balik klinik. no,no,no. sebab sperma lelaki tahan hanya 20-60 minit saja bila dipersekitaran luar. kalau sperma dh msuk dlm tubuh wanita, boleh tahan sampai 5 hari. lepas dah selesai, doktor check sperma, alhamdulillah syukur hasnun pun xda masalah apa-apa. so? apa punca kami masih belum ada zuriat??

doktor suspect hormon kak yatt terganggu. hormon tak stable boleh membuatkan period jadi tak tetap. period normal sebab tiap bulan ada, cuma tarikh tak tetap. kadang-kadang awal seminggu, kadang-kadang lewat seminggu. yang kedua, sebab kak yatt kerap senggugut. bukan tiap bulan senggugut, tapi ada la certain time senggugut paling lama pun 3 hari. so itu ja puncanya. disebabkan hormon yang tingtong ni, telur kak yatt jadi lambat matang. dia matang pada masa nk period seterusnya. itu yang tak menjadi. jadi doktor cakap, next period , hari ke 2, kena datang balik appoinment, masa tu dia akan bagi ubat subur untuk kak yatt. katanya, ktorang tak perlu buat apa apa pun untuk TTC ni, sebab boleh secara normal. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan. semoga Allah mudahkan urusan kami lagi untuk lekat baby. ouh kos untuk TVS check kesuburan suami isteri sahaja RM250. .tak de ubat lagi masa ni. ouh! doktor pesan acid folid jangan skip tau. next,

  • 14/7/2019 hari AHAD
ok time ni CD2 kak yatt. macam kak yatt bagitau, period kak yatt tak tetap. jadi bila dah keluar period ni, kak yatt pun pergi jela klinik tu semula. time ni takda buat apa pun, doktor buat sekali lagi TVS dan terus je bagi ubat subur. ubat tu 5 biji je. makan setiap malam pukul berapa pun takpe, janji amik selepas makan. harga ubat tu, 5 biji RM200. doktor cakap, proses ni kak yatt akan lalui selama 9 minggu. ada orang sekali amik 5 biji ni, terus je lekat. ada orang sampai 9 minggu pun xlekat lagi. btw jangan salah faham dulu ye. ubat ni amik time period sahaja. ikut period korang datang berpa kali dalam masa 9 minggu tu. ikut pengiraan kak yatt , dalam 2 bulan lebih macam tu. jadi mungkin 2-3 kali macam tu je ambil kalau masih belum rezeki. so, this is my first time consume ubat subur ni. harap-harap dapat la  jumpa telur yang sihat walafiat untuk disenyawakan nanti. next 


  • 23/7/2019 hari SELASA
sepatutnya appoinment kak yatt 20/7/2019. sebab time tu ikutkan period dah habis. tapi bila dah sampai klinik, eh ada notis klinik tutup pulak. pasrah jela masa tu. jadi kak yatt pun terpaksa pergi hari selasa. masa ni doktor cuma nak buat TVS sahaja. nak check saiz telur dalam ovary kak yatt. dengan harapan akan jumpa telur yang besar, cantik dan sihat. tapi nasib belum menyebelahi. telur semua belum matang. saiz around 8mm, 7mm, 6mm. telur yang matang actually aroung 12mm-25mm. kalau lebih dari 25mm tu kira dah xbagus. hampa juga masa tu, tapi kak yatt fikir bukan masa subur kak yatt lagi time ni, sebab waktu subur kita semua tak sama. tapi telur kita akan membesar sebanyak 2mm setiap hari tau. jadi doktor buat lagi next appoinment iaitu 25/7/2019 hari KHAMIS untuk check saiz telur lagi. kalau ikut kiraan telur membesar, mungkin masa tu akan ada 1 telur yang mencecah 12mm.. insyaAllah la.. mudahan nampak la telur tu membesar dengan cantik. doakan kak yatt tauuu tauu.. so kita tunggu next appoinment pulak macam mana. kos untuk TVS check telur ni RM85 sahaja. ouh sebelum terlupa, semalam kak yatt ada tanya doktor, i kena jaga pemakanan ke sepanjang TTC ni? doktor cakap tak perlu pun, sebab kak yatt bukan berbadan gemuk atau besar, xperlu jaga pemakanan, makan je apa pun, yang penting makanan yang sihat . tak perlu pantang ais pun. serious ah?? keluar je dari klinik, terus pergi cari bang bang horlick milktea. qado setelah berapa lama xminum hahaha! ok sekian


lepas 9 minggu kalau xlekat juga, doktor cakap, kak yatt boleh cuba HSG pulak. nanti kak yatt story psl tu ehh . HSG ni proses nak check fallopian tube tersumbat atau tak. doktor akan tembak blue fluid kat dalam. wallahualam sakit ke tidak. harap-harap tak sampai ke proses tu lah nanti. sampai sini dulu cerita TTC journey kak yatt. moga ada rezeki kami suami isteri kali ni. amiiinnn




next appoinment nanti kak yatt sambung eh. byeee :*





Friday, April 26, 2019

Ikan pari bakar sedap teruks

Assalamualaikum


Haa tengok gambar kat atas dah berkecur air liur kan? Rasa manis-manis, pedas-pedas, cukup rasa masam, masin.. bak kata suami kak yatt, emm sedap! Next time buat lagi.. ikan siakap pulak. Huhuhu dia dah pandai request menu dah sekarang..

Menu ni kak yatt buat simple je. Makan dengan nasi kosong pun dah marveloussss. Suami kak yatt sampai ceduk-ceduk kuah licin.. padahal kuah xbanyak pun.. nama pun bakar kan. Ok jom kita tengok bahan yang perlu ada untuk buat ikan pari bakar ni. 

Bahan-bahan diperlukan:

  • bawang merah 3 ulas
  • bawang putih 2 ulas
  • kunyit hidup 1 inci
  • cili kering 7-10 biji (ikut kepedasan yang korang nak)
  • air asam jawa 1 sudu besar - bancuh dgn 1/2 cawan air
  • belacan sebesar ibu jari - nak sedap bakar dulu atas api 
  • Halia 1 inci
  • gula 2 sudu (nak manis lagi sila tambah sendiri ikut rasa korang suka)
  • garam 1 sudu kecik (perasakan)
  • Cukup rasa (agak2 je)
  • Sos tiram ( 1 sudu besar)
  • Sos cili (1 sudu besar)

CARA-CARA:
- Blend semua bahan diatas dan ketepikan dulu
- basuh ikan pari sampai bersih.. hilang bau. Kak yatt perah limau kasturi rendam ikan dalam air limau.. wangi2 gituuu
- Kelar setiap keratan ikan supaya bahan yang kita blend tadi serap masuk dalam isi ikan
- dah siap basuh ikan, tuangkan bahan blend tadi dgn ikan... gaul rata.. 
- letak campuran tadi di atas aluminium foil.. lipat cantik-cantik supaya kuah bahan blend tadi tak tumpah bila kita alihkan. Dan perap selama 30 minit. Kak yatt perap 15 minit je tadi. Tapi dah cukup sedap. Lagi lama perap lagi sedap ok.
- lepastu bakar je atas dapur. Jangan lupa alihkan ye supaya dua2 belah bahagian ikan masak.  Jangan garing sgt bakar, biasa isi dah lembik2 masak tu dh sedap sgt... 
- nak lagi marvelousss boleh perah air jus limau kasturi atas ikan yg dh dimasak tadi.
-siap dihidang panas-panas.. makan dengan nasi putih panas-panas, confirm boleh bertambah hehe..

Selamat mencuba! 

Sunday, April 21, 2019

Happy 2nd Anniversary HH

Assalamualaikum

Tarikh yang paling bermakna dalam hidup sejak bergelar isteri. Anniversary yang je 2 tahun. Masih lagi berdua. Takpee rezeki Allah tu luas sebenarnya. I tak pernah berharap lebih pun.. apa saja yang berlaku dalam hidup i, i tak pernah ajar diri i untuk jadi seperti orang lain. I bersyukur sangat dengan apa yang i ada sekarang. 

Untuk tarikh keramat ni pun i tak berharap langsung seperti wanita atau isteri isteri kat luar sana meraikan. Makan di hotel 5 bintang.. dapat bunga.. dapat cincin.. dapat kejutan macam macam dari suami. Tak pernah terlintas difikiran i. Apa yang i harapkan dalam rumahtangga i cukup “IMAN” di dalam hati. Kalau Iman terjaga, cinta pada Allah melebihi segalanya, i rasa Bahagia yang i dapat lebih dari dapat makan kat Hotel etc. 

Tapi dalam rumahtangga, nakkan keharmonian mesti kena ada kejutan.. walau xsemewah orang lain.. cukup untuk membahagiakan. Suami i tak terlepas peluang tu. Anniversary ktorang jatuh pd hari ahad. That time ktorang join event Youth run 2019 di Penang. So i memang tak harapkan apa apa. I thought bila dapat join event tu, like celebrate our anniversary lah.. happy2 dpt medal and baju fun run... rupanya the next day, hari isnin which is suami i kerja.. dia balik kerja.. dia surprisekan i dengan kek and bunga dalam box bulu2 comel.. i know suami i ni suka pada kelainan. Dia xpenah bagi i bunga hidup. Haha! On my birthday dulu pun dia bagi bunga plastik. Katanya bunga hidup i selalu dah dapat zaman bercinta monyet dulu. Almost every week dapat. Hahaha! Kelako cita kisah cinta monyet with other guy ni. Last2 bukan jodoh. Buang masa je.. 

So back to my story, memang selalu kalau dia balik keje, i mesti kat dapur tengah masak untuk makan petang. After masak, ktorang makan lah macam biasa.. then i tengah basuh pinggan mangkuk semua kat dapur, i tak tahu pulak dia tengah setup tempat letak bunga and the cakes kat depan tu.. bila i dah habis membasuh, i jalan ke ruang tamu, then tiba tiba dia hug i and said “happy anniversary sygg” terkejut i tengok benda alah tu sume atas sofa.. i tak nangis ok.. i pegi dekat bunga tu.. i belek kelopak bunga.. i thought bunga hidup.. rupanya plastik. Macam real.. and i paling suka ada lampu lip lap sekali haa dekat bunga tu. Husband i ckp “ayg suka sgt lampu lip lap, dalam bilik tidur pun ayg letak lampu lip lap kan.., akhi beli la bunga ada lampu ni”. Hahhaah i gelak je.. but seriously i love it.. plusss my husband dah tahu my fav secret recipe cake.. im bless.. alhamdulillah

I tak tahu nak cakap apa.. sebab i langsung tak prepare apa apa utk dia on our anniversary.. but i hope dia tahu apa ada dalam hati i. Itu lebih penting dari segalanya.. 

HAPPY 2nd ANNIVERSARY HAYATI & HASNUN





Wednesday, February 27, 2019

Tauhu bergedil PEDAS SEDAP


Assalamualaikum wbt..
Haaa nampak gambar kat atas boleh meleleh air liur tengok... minggu ni ja dah masuk 2 kali kak yatt buat bergedil ni.. mula-mula kak yatt buat bergedil daging. Second time kak yatt buat bergedil ayam. Both sedap actually. So taknak buang masa... kak yatt tau ramai dah tak sabar nak tau resepi buat bergedil ni... meh kita tengok... 

BAHAN- BAHAN BERGEDIL (20 ketul) 

-daging / ayam cincang siap (boleh beli je dekat mydin, tesco, atau kedai runcit yang ada jual)
-kentang 6 @ 7 ketul (ikut saiz atau kuantiti banyak mana nak buat)
- tauhu yang dah siap dipotong kecik dan digoreng
- sedikit daun bawang
- sedikit daun sup
- sedikit bawang goreng 
- sedikit garam
-cili padi 20 biji
- sedikit serbuk lada hitam
-tepung jagung 2 sudu besar
-telur 2 biji

CARA MEMBUAT

1) kupas kulit kentang, potong, goreng sampai empuk dan toskan

2) goreng kering (tanpa minyak) daging atau ayam cincang. (Boleh tambah udang goreng kering kalau nak), toskan

3) blend kering daging atau ayam cincang tadi, letak dalam mangkuk untuk di gaul

4) blend kering kentang goreng dan masukkan dalam mangkuk yang sama dgn daging atau ayam cincang tadi

5) dalam mangkuk yang sama, masukkan bawang goreng, daun bawang, daun sup, sedikit garam, serbuk lada hitam

6) tauhu yang dah siap digoreng, digunting bahagian atas kepada 4 bahagian.. biar terbelah dan korek isi tauhu masukkan ke dalam mangkuk yang sama. Kulit tauhu di asingkan letak dalam 1 pinggan.. manakala isi tauhu digaul dengan bahan- bahan lain

7) gunting 5-6 biji cili padi dan masukkan dalam mangkuk yang sama (pilihan)

8) gaul rata macam gambar kat bawah


9) lepastu boleh la sumbat isi bergedil ni dalam kulit tauhu




10) dah siap isi, pecahkan telur 2 biji dalam 1 mangkuk, sedikit garam, 2 sudu kecil tepung jagung. Kacau rata sampai hancur..

11) lepas tu boleh la panaskan minyak..celup bergedil tadi dalam telur rata dan goreng...
And hasilnya macam gambar paling atas sekali.. heheh


KUAH KICAP PEDAS (BAHAN-BAHAN)

-20 biji cili padi. Nak lagi pedas boleh tambah lagi ye
-3 ulas bawang putih
-air 500ml
-tepung jagung 2 sudu besar (kalau xcukup pekat, tambah lagi tepung jagung)
-gula secukupnya
-garam secukupnya
-gula merah 2 sudu besar atau boleh pkai yang ketul.. agak2 je..
-sos tiram secukupnya
-kicap manis 

CARA MEMBUAT
-tumbuk cili, bawang sederhana halus
-tumis kering (tanpa minyak)
-masukkan air
-masukkan kicap, sos tiram, gula, garam gula merah dan tepung jagung
-gaul rata masak sampai mendidih
-tutup api
(Kepekatan ikut cita rasa masing-masing.. nak lagi pekat boleh lebihkan sos tiram atau tepung jagung) 



Friday, February 1, 2019

CHAR KOEY TEOW SEDAP

Assalamualaikum, 

As promised kak yatt nak bagi resepi buat char koey teow. Kuah char koey teow tu buat sendiri okay. Bukan beli yang dah siap. For me lagi sedap kalau buat sendiri... sebab kita boleh adjust rasa ikut citarasa kita.. so takmo lengahkan masa, mesti korang dah tashabar nak tau macam mana nak buat kuah tu kan... lets see...
.
BAHAN - BAHAN
- udang besar (12 ekor, nak buat lebih pun  boleh)
- 6 ulas bawang putih
- otak udang 1 bekas kecik ( yg ni p beli kat mydin pun ada..)
- 1 genggam udang kering
- kucai
- togeh
- telur
- stock ayam 
- perencah cukup rasa
- sos tiram
- sos kicap manis
- kicap pekat
- serbuk cili kering
- air 300ml
.
Dah siap semua bahan, so boleh mula buat dah


1) mula mula korang tumbuk 1 genggam udang kering sampai hancur


2) lepastu amik 6 ulas bawang putih , cincang macam dalam gambar kat atas


3) and then udang tadi tu lepas dah cuci, asingkan kepala dan badannya.. sebab kepala udang tu kita nak blend dan amik airnya


4) amik air 250ml bersamaan dengan 1 cawan untuk blend kepala ikan



5) dah selesai blend jangan lupa tapis hampasnye yee.. asingkan hamps dan air .. letak air dalam 1 bekas lain.. hampas tu boleh la buang 🤣


6) lepastu dalam 1 periuk , masukkan air 250ml, bawang putih yang dicincang, udang kering , air kepala udang, dan udang fresh. Masak sampai udang bertukar warna merah dan angkat udang asingkan di dalam 1 bekas.


7) dalam periuk yang sama, masukkan otak udang 1 bekas, atau ikut la kepekatan yang korang suka, masukkan sedikit sos tiram, kicap manis, kicap pekat , stock ayam dan perencah cukup rasa. Masak sampai ikut kepekatan yang korang nak. Kalau nak cair, boleh tambah air ye..



8) bila dah masak, macam gini la rupanya kicap char koey teow tadi.. tutup api dan letak sebelah.. simpan dalam bekas elok2 boleh letak dalam peti sejuk..


9) nak buat char koey teow kena ada bahan kat atas ni. Baru lengkap. Togeh, telur, kucai


10) eh koey teow jangan lupa pulak.. basuh sampai bersih.. buang minyak2 kat koey teow tu dan toskan... so baru boleh start masak..


11) cara nak masak char koey teow sekejap je
- masukkan 2 sudu minyak masak
- masukkan 1 sudu cili kering dan tumiskan. Jangan sampai hangit pulak ye.. sekejap je tumis
- masukkan  3-4 ekor udang yang telah direbus tadi,masak sekejap dan masukkan 1 senduk airpanas
- masukkan 2 senduk kicap koey teow yg kita masak tadi. Kalau nak banyak tambah la ikut suka korang. 
- terus masukkan togeh, kucai dah koey teow
- kacau rata dan masuk telur 1 biji dan kacau rata agak telur masak. 
- tutup api dan hidanhkan

*selalunya kita masak pakai api besar, tapi kena pandai agak supanya tak kering sgt dan tak hangit... 

Sekian dari kak yatt 💕






Thursday, January 31, 2019

Kuih buah melaka

Assalamualaikum.. hai...hari ni kak yatt buat buah melaka ataupun onde-onde. Haaa, jangan confused pulak ye... onde-onde boleh jadi yg luar ada bijan... dalam inti kacang... tapi onde-onde ni adalah buah melaka. Orang kelantan panggil onde-onde..orang penang panggil buah melaka... so sama je ye keduanya... jangan gaduh-gaduh ehhh...
.
Ok jom kita start buat buah melaka..korang follow je ganbar yang kak yatt post kat bawah ni eh.. tapi sebelum tu korang kena sediakan barang-barang.. tak banyak pun bahannye.. kalau nak tahu, kuih ni la paling senang nak buat. 
.
BAHAN-BAHAN

- 2 cawan tepung pulut
- 2 sudu besar tepung gandum (tujuannya taknak teksture liat)
-1 cawan air
- 4 helai daun pandan
- garam secukup rasa
- kelapa secukupnya
- gula melaka 1 ketul (bulat leper)
.
CARA MEMBUAT


1) Mula-mula potong kecik kecik gula melaka macam dalam gambar ni. But makesure jangan sampai hancur yee.. 


2) letak kelapa dalam 1 bekas dan gaulkan dengan sedikit garam. Jangan banyak sangat garamnye, nanti masin pulak hehe



3) amik 3 helai daun pandan, dan 1 cawan air, blend dan perahkan air pandan.. lepastu masukkan sedikit garam dalam air pandan ni.. kacau sampai hancur.. 


4) Dalam 1 bekas, masukkan tepung pulut, tepung gandum dan air pandan tadi.. tapi jangan masukkan semua terus air pandan tu. masukkan sikit sikit dan uli.. sampai la teksture dah tak melekat ditangan. Uli pakai tangan tau.. baru kita boleh tahu teksture tu ok ke x. Kalau sampai habis air pandan tu, but still teksture melekat ditangan, sila tambah tepung pulut. 



5) ok nak nampak warna hijau tu cantik lagi, boleh la tambah pewarna hijau. Ikut suka korang la nak hijau macam mana. Nak buat warna merah pun boleh jugak. Tapi selalunya kita pakai warna hijaulah kalau buah melaka ni..lepastu ulilah sampai rata.... 


6) so beginilah teksture tepung yang kita uli tadi... warna pun cantik... dah xmelekat.. senang nak uli bulat2 nanti... next, 


7) sementara nak uli tepung bulat-bulat, bolehlah panaskan air dulu dalam periuk dan letak daun pandan 1 helai yee... masak sampai didih nnti baru masukkan tepung yang diuli..


8) sambil tunggu air mendidih, lets uli tepung bulat dan letakkan gula melaka ditengah-tengah.. tengok gambar kat atas ni... comel jeee..


9) tgen susun la dalam tray, nanti dah mendidih air tu, bolehlah tenggelamkan dalam air... kalau nak buat on the spot pun boleh. 


10) bila dah panas air, masukkan lah tepung yang kita uli tadi ke dalam periuk tu..


11) so macam mana nak tahu tepung dah masak? Bila tepung tu dah terapung.. so korang boleh angkat dan letak dalam bekas kelapa tadi.. rujuk gambar bawah ye


12) haa then boleh start goyang goyang inul sampai la keliling buah melaka tu lekat kelapa... then boleh la dihidang..


13) taranggg! Siap dah...

So, senang je kan? Kak yatt dah ajar step by step... insyaAllah bolehh follow kot noooh... 

Good luck!!







Tuesday, January 22, 2019

Pray for us




Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah...

Syukur kami masih lagi diberi kebahagiaan sehingga hari ini..setiap hari rezeki sentiasa ada... 
Rezeki yang kita tak nampak.. dan ada jugak rezeki yang nampak... setiap hari i berharap keajaiban dari Allah paling istimewa hadir dalam rumahtangga kami... berharap si kecil ada dalam rahim ummi... tapi dalam masa yang sama, i selalu bersangka baik dengan rancangan allah untuk i dan suami. I harap kita sama sama terus kuat untuk lalui setiap ujian dari Allah dalam rumahtangga kita... 
I harap kita tak berhenti untuk berusaha untuk mendapat zuriat... inshaAllah doa dan usaha kita Allah dengar dan pandang...
.
Semua orang yang berkahwin mengidamkan sebuah keluarga kecil, bersama anak... merasai nikmat mengandung 9 bulan.. nikmati fasa berpantang, lalui fasa berjaga malam bersama si comel.. jadi ibu dan bapa kepada anak.. Allahhh bahaginya saat tu kan?  I doakan kawan kawan i yang dah lalui fasa tersebut akan sentiasa bahagia dan terus bahagia hingga ke syurga.. i dan suami hanya mampu menumpang kebahagiaan dan kasih sayang anak dari korang...mohon diberi keiZinan untuk i menyayangi anak anak korang seperti anak sendiri... dari situ i boleh merasa naluri keibuan... 
.
Mohon doa dari kawan kawan agar i dan suami dikurniakan Zuriat tahun 2019 ni... zuriat yang sentiasa sihat tubuh badannya, zuriat yang soleh dan solehah... moga rumahtangga kami semakin bahagia bila adanya sicomel yang menjadi penyeri dan ikatan runahtangga.. ameen...

1 years 9 months and still waiting & counting.. may Allah bless us forever  till jannah.

Pandan kaya + Roti




Assalamualaikum.. hai, today i nak share dengan uol resepi pandan kaya. Superb sedap kalau makan dengan roti.. sesuai untuk makan petang atau pagi.. resepi ni senang sangat.. bahan pun tak banyak..
Uol cuma kena sediakan :

- 5 helai daun pandan
- air 250 ml
- 200 ml santan pekat
- 2 ketul gula melaka yang bulat leper tu.. 
- 1 setengah sudu besar gula putih
- 1 penutup botol pewarna hijau (pandan/epal)
- 1 biji telur
- 2 sudu besar tepung jagung

Caranya:

1) potong daun pandan kecik-kecik dan blend dengan air 
2) perahkan pandan yang telah diblend tadi.. ambil air pandan sahaja
3) masukkan santan, gula melaka, gula putih, pewarna hijau, telur dan tepung jagung dalam periuk kecil dan masak atas api
4) kacau tanpa henti sehingga teksture menjadi pekat
5) dah meletup letup tu kira dah boleh tutup api dan dihidang dengan roti.. 

So lepas ni tak payah beli jem kaya dekat kedai lagi, sebab jem pandan kaya ni lagi sedap dari yang dah siap. Uol boleh ejas rasa ikut citarasa sendiri kalau nak buat utk kali ke 2 nanti.... so far rasa adunan yang i buat ni dah cukup marvelous... anak buah i datang rumah makan 1 pinggan tu sorang je... sambil memuji2, cakap sedappp sedapp... hehe

So thats all for today, next time if ada resepi yang best-best, i share dengan korang lagi keyhh 

Lots of love 
Yatt

Saturday, January 19, 2019

Niqab


Assalamualaikum wbt,
Bismillah.. ya Allah moga dengan entry kali ni, dapat la msmbantu aku untuk lebih kuat demi mencadi ketaatan.
.
Hari ni sekali lagi aku terpanggil untuk bertanya seorang sahabat yang dulunya penuh dengan masa silam yang pahit.. dan telah lalui ujian dari Allah, kemudian berhijrah ke arah yang lebih baik. 
Aku memang kagum sangat dengan dia.. now dia berniqab.. dan aku tertnya apa penyebab dia berniqab. Panjang ceritanya... aku xboleh nak ulas di sini sebab semua tu mungkin akan membuka aib dia.. dan yang pasti dia yang skrg... 
.
Dia banyak bagi aku motivasi tentang seseorang yang berniqab ni.. salah satu sebab adalah untuk mengelakkan dari fitnah... yang kedua adalah niqab ni menjadi titik permulaan untuk dia menutup aurat. Ye aurat wanita keseluruhan kecuali muka dan tapak tangan... tapi apabila menutupi segala aspek dengan sempurna, secara automatik peribadi dia turut ubah kearah yang lebih baik. Kalau dia adalah seorang yang kasar, maka dia jd seorang yang lebih lemah lembut... bertutur dengan sopan.. dia jadi seorang yang pemalu apabila berhadapan dengan lelaki... tundukkan pandangan.. semakin tenang dan lebih confident apabila keluar... alhamdulillah moga apa yang dicari dia akan dapat... 
.
Hati aku ni terjentik untuk jadi seperti dia... mencari redha dan ketaatan allah. Tapi aku mencari kekuatan... ada yang kata seseorang yang berniqab itu adalah munafik... luarannya bertutup.. tapi sifatnya belum tentu seperti yang digambarkan... salah sama sekali tanggapan macam tu. sebenarnya berniqab itu adalah titik permulaan untuk mencari ketaatan... 
.
Sahabat tadi bagi aku satu gambaran...
 Ada org bertanya iman ghazali, kenapa perempuan islam berbungkus (berniqab) kenapa tak terbukak semua ? Sebab lagi glamour n org pandang . 

Pastu iman ghazali bagi contoh :
Dia ambik 2 bungkus makanan . Satu dia bukak dan campak ke tanah . Satu lagi dia ltak yang berbungkus ditepi . Pastu dia sruh org tu pilih mana satu makanan yang dia nak. Lalu orang tersebut memilih yang berbungkus..Yang ditanah itulah ibarat perempuan yang tak menutup aurat dengan sempurna. 
.
Andai wajah itu menaikkan nafsu kepada para lelaki.. maka bertutuplah supaya ia tidak menjadi fitnah dan tujuan keselamatan..
.
Makeup atau mencantikkan wajah adalah HARAM untuk tatapan orang yang bukan muhrim. Tapi dunia skrg memandang ringan perkara macam tu. cantiklah untuk suami... biarlah kecantikkan itu jadi tatapan suami sahaja..
.
Huhuhu aku rasa berdosa sangat.. berdosa sebab aku suka makeup... aku selalu nak nampak cantik didepan semua orang.. pernah suatu ketika dulu... beberapa orang lelaki jujur dengan aku..muka aku tanpa makeup pun telah menaikkan nafsu shahwat para lelaki. Aku patut sedih atau aku patut bangga? Tapi pada saat tu apa yang aku rasa adalah KETAKUTAN. Adakah aku dikategorikan wajib berniqab? 
.
Sampai sekarang aku belum dapat kekuatan dan jawapan... moga aku kuat untuk terus mencari jawapan dan mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat...


Ikhlas,
Yatt