Thursday, January 31, 2019

Kuih buah melaka

Assalamualaikum.. hai...hari ni kak yatt buat buah melaka ataupun onde-onde. Haaa, jangan confused pulak ye... onde-onde boleh jadi yg luar ada bijan... dalam inti kacang... tapi onde-onde ni adalah buah melaka. Orang kelantan panggil onde-onde..orang penang panggil buah melaka... so sama je ye keduanya... jangan gaduh-gaduh ehhh...
.
Ok jom kita start buat buah melaka..korang follow je ganbar yang kak yatt post kat bawah ni eh.. tapi sebelum tu korang kena sediakan barang-barang.. tak banyak pun bahannye.. kalau nak tahu, kuih ni la paling senang nak buat. 
.
BAHAN-BAHAN

- 2 cawan tepung pulut
- 2 sudu besar tepung gandum (tujuannya taknak teksture liat)
-1 cawan air
- 4 helai daun pandan
- garam secukup rasa
- kelapa secukupnya
- gula melaka 1 ketul (bulat leper)
.
CARA MEMBUAT


1) Mula-mula potong kecik kecik gula melaka macam dalam gambar ni. But makesure jangan sampai hancur yee.. 


2) letak kelapa dalam 1 bekas dan gaulkan dengan sedikit garam. Jangan banyak sangat garamnye, nanti masin pulak hehe



3) amik 3 helai daun pandan, dan 1 cawan air, blend dan perahkan air pandan.. lepastu masukkan sedikit garam dalam air pandan ni.. kacau sampai hancur.. 


4) Dalam 1 bekas, masukkan tepung pulut, tepung gandum dan air pandan tadi.. tapi jangan masukkan semua terus air pandan tu. masukkan sikit sikit dan uli.. sampai la teksture dah tak melekat ditangan. Uli pakai tangan tau.. baru kita boleh tahu teksture tu ok ke x. Kalau sampai habis air pandan tu, but still teksture melekat ditangan, sila tambah tepung pulut. 



5) ok nak nampak warna hijau tu cantik lagi, boleh la tambah pewarna hijau. Ikut suka korang la nak hijau macam mana. Nak buat warna merah pun boleh jugak. Tapi selalunya kita pakai warna hijaulah kalau buah melaka ni..lepastu ulilah sampai rata.... 


6) so beginilah teksture tepung yang kita uli tadi... warna pun cantik... dah xmelekat.. senang nak uli bulat2 nanti... next, 


7) sementara nak uli tepung bulat-bulat, bolehlah panaskan air dulu dalam periuk dan letak daun pandan 1 helai yee... masak sampai didih nnti baru masukkan tepung yang diuli..


8) sambil tunggu air mendidih, lets uli tepung bulat dan letakkan gula melaka ditengah-tengah.. tengok gambar kat atas ni... comel jeee..


9) tgen susun la dalam tray, nanti dah mendidih air tu, bolehlah tenggelamkan dalam air... kalau nak buat on the spot pun boleh. 


10) bila dah panas air, masukkan lah tepung yang kita uli tadi ke dalam periuk tu..


11) so macam mana nak tahu tepung dah masak? Bila tepung tu dah terapung.. so korang boleh angkat dan letak dalam bekas kelapa tadi.. rujuk gambar bawah ye


12) haa then boleh start goyang goyang inul sampai la keliling buah melaka tu lekat kelapa... then boleh la dihidang..


13) taranggg! Siap dah...

So, senang je kan? Kak yatt dah ajar step by step... insyaAllah bolehh follow kot noooh... 

Good luck!!







Tuesday, January 22, 2019

Pray for us




Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah...

Syukur kami masih lagi diberi kebahagiaan sehingga hari ini..setiap hari rezeki sentiasa ada... 
Rezeki yang kita tak nampak.. dan ada jugak rezeki yang nampak... setiap hari i berharap keajaiban dari Allah paling istimewa hadir dalam rumahtangga kami... berharap si kecil ada dalam rahim ummi... tapi dalam masa yang sama, i selalu bersangka baik dengan rancangan allah untuk i dan suami. I harap kita sama sama terus kuat untuk lalui setiap ujian dari Allah dalam rumahtangga kita... 
I harap kita tak berhenti untuk berusaha untuk mendapat zuriat... inshaAllah doa dan usaha kita Allah dengar dan pandang...
.
Semua orang yang berkahwin mengidamkan sebuah keluarga kecil, bersama anak... merasai nikmat mengandung 9 bulan.. nikmati fasa berpantang, lalui fasa berjaga malam bersama si comel.. jadi ibu dan bapa kepada anak.. Allahhh bahaginya saat tu kan?  I doakan kawan kawan i yang dah lalui fasa tersebut akan sentiasa bahagia dan terus bahagia hingga ke syurga.. i dan suami hanya mampu menumpang kebahagiaan dan kasih sayang anak dari korang...mohon diberi keiZinan untuk i menyayangi anak anak korang seperti anak sendiri... dari situ i boleh merasa naluri keibuan... 
.
Mohon doa dari kawan kawan agar i dan suami dikurniakan Zuriat tahun 2019 ni... zuriat yang sentiasa sihat tubuh badannya, zuriat yang soleh dan solehah... moga rumahtangga kami semakin bahagia bila adanya sicomel yang menjadi penyeri dan ikatan runahtangga.. ameen...

1 years 9 months and still waiting & counting.. may Allah bless us forever  till jannah.

Pandan kaya + Roti




Assalamualaikum.. hai, today i nak share dengan uol resepi pandan kaya. Superb sedap kalau makan dengan roti.. sesuai untuk makan petang atau pagi.. resepi ni senang sangat.. bahan pun tak banyak..
Uol cuma kena sediakan :

- 5 helai daun pandan
- air 250 ml
- 200 ml santan pekat
- 2 ketul gula melaka yang bulat leper tu.. 
- 1 setengah sudu besar gula putih
- 1 penutup botol pewarna hijau (pandan/epal)
- 1 biji telur
- 2 sudu besar tepung jagung

Caranya:

1) potong daun pandan kecik-kecik dan blend dengan air 
2) perahkan pandan yang telah diblend tadi.. ambil air pandan sahaja
3) masukkan santan, gula melaka, gula putih, pewarna hijau, telur dan tepung jagung dalam periuk kecil dan masak atas api
4) kacau tanpa henti sehingga teksture menjadi pekat
5) dah meletup letup tu kira dah boleh tutup api dan dihidang dengan roti.. 

So lepas ni tak payah beli jem kaya dekat kedai lagi, sebab jem pandan kaya ni lagi sedap dari yang dah siap. Uol boleh ejas rasa ikut citarasa sendiri kalau nak buat utk kali ke 2 nanti.... so far rasa adunan yang i buat ni dah cukup marvelous... anak buah i datang rumah makan 1 pinggan tu sorang je... sambil memuji2, cakap sedappp sedapp... hehe

So thats all for today, next time if ada resepi yang best-best, i share dengan korang lagi keyhh 

Lots of love 
Yatt

Saturday, January 19, 2019

Niqab


Assalamualaikum wbt,
Bismillah.. ya Allah moga dengan entry kali ni, dapat la msmbantu aku untuk lebih kuat demi mencadi ketaatan.
.
Hari ni sekali lagi aku terpanggil untuk bertanya seorang sahabat yang dulunya penuh dengan masa silam yang pahit.. dan telah lalui ujian dari Allah, kemudian berhijrah ke arah yang lebih baik. 
Aku memang kagum sangat dengan dia.. now dia berniqab.. dan aku tertnya apa penyebab dia berniqab. Panjang ceritanya... aku xboleh nak ulas di sini sebab semua tu mungkin akan membuka aib dia.. dan yang pasti dia yang skrg... 
.
Dia banyak bagi aku motivasi tentang seseorang yang berniqab ni.. salah satu sebab adalah untuk mengelakkan dari fitnah... yang kedua adalah niqab ni menjadi titik permulaan untuk dia menutup aurat. Ye aurat wanita keseluruhan kecuali muka dan tapak tangan... tapi apabila menutupi segala aspek dengan sempurna, secara automatik peribadi dia turut ubah kearah yang lebih baik. Kalau dia adalah seorang yang kasar, maka dia jd seorang yang lebih lemah lembut... bertutur dengan sopan.. dia jadi seorang yang pemalu apabila berhadapan dengan lelaki... tundukkan pandangan.. semakin tenang dan lebih confident apabila keluar... alhamdulillah moga apa yang dicari dia akan dapat... 
.
Hati aku ni terjentik untuk jadi seperti dia... mencari redha dan ketaatan allah. Tapi aku mencari kekuatan... ada yang kata seseorang yang berniqab itu adalah munafik... luarannya bertutup.. tapi sifatnya belum tentu seperti yang digambarkan... salah sama sekali tanggapan macam tu. sebenarnya berniqab itu adalah titik permulaan untuk mencari ketaatan... 
.
Sahabat tadi bagi aku satu gambaran...
 Ada org bertanya iman ghazali, kenapa perempuan islam berbungkus (berniqab) kenapa tak terbukak semua ? Sebab lagi glamour n org pandang . 

Pastu iman ghazali bagi contoh :
Dia ambik 2 bungkus makanan . Satu dia bukak dan campak ke tanah . Satu lagi dia ltak yang berbungkus ditepi . Pastu dia sruh org tu pilih mana satu makanan yang dia nak. Lalu orang tersebut memilih yang berbungkus..Yang ditanah itulah ibarat perempuan yang tak menutup aurat dengan sempurna. 
.
Andai wajah itu menaikkan nafsu kepada para lelaki.. maka bertutuplah supaya ia tidak menjadi fitnah dan tujuan keselamatan..
.
Makeup atau mencantikkan wajah adalah HARAM untuk tatapan orang yang bukan muhrim. Tapi dunia skrg memandang ringan perkara macam tu. cantiklah untuk suami... biarlah kecantikkan itu jadi tatapan suami sahaja..
.
Huhuhu aku rasa berdosa sangat.. berdosa sebab aku suka makeup... aku selalu nak nampak cantik didepan semua orang.. pernah suatu ketika dulu... beberapa orang lelaki jujur dengan aku..muka aku tanpa makeup pun telah menaikkan nafsu shahwat para lelaki. Aku patut sedih atau aku patut bangga? Tapi pada saat tu apa yang aku rasa adalah KETAKUTAN. Adakah aku dikategorikan wajib berniqab? 
.
Sampai sekarang aku belum dapat kekuatan dan jawapan... moga aku kuat untuk terus mencari jawapan dan mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat...


Ikhlas,
Yatt

Friday, January 18, 2019

Tak boleh publish gambar new born baby?



                       

Assasalmualaikum hai sahabat yang setia dengan kak yatt ! Today kak yatt nak story mory sikit pasal new born baby. So bila kita cakap pasal baby ni.. of course semua orang akan jadi excited.. yelaa si kecik semestinya comel-comel belaka kan..? Tgk gambar baby kat atas ni pun dah jatuh cinta.. macam nak cium2 je budak ni.. 

Ok. Back to tajuk asal. Orang tua-tua dulu memang sangat melarang anak muda sekarang post gambar gambar anak masa dalam pantang. Memandangkan zaman sekarang ni semakin moden, handphone masing masing xmo kalah.. DSLR pun xlaku sebab handphone semakin canggih.. maka ramai yang tak sedar side effect kalau upload gambar baby baru lahir di social media.
.
I selalu tertanya tanya, kenapa eh tak boleh upload? Nak sharing good news ja pn. Knp xboleh? Dor me yang sejenis otak positif ni memang tak fikir negatif tentang apa pandangan orang lain. Maybe atas niat masing masing. Kalau niat untuk berkongsi kegembiraan dengan orang yang terdekat, memang nice. Tapi disebalik nice tu, kadang kadang kita tak tahu siapa yang cemburu atau jeles ataupun dengki dengan life kita. Maka disini terjadilah satu sebab kenapa xboleh letak gambar new born baby, takut orang buat sesuatu yang xbaik dengan gambar baby tersebut. Tambahan pula baby sangatlah mudah untuk terkena apa saja vibes. Penyakit pun senang lekat kalau xdijaga dan dibelai dengan baik.
.
Yang ke-2 adalah untuk mengelakkan rasa ujub. Ataupun senang nak faham kita boleh kata RIAK. Kebahagiaan boleh dikongsi, tapi semsetinya rasa bangga tu ada dalam diri bila upload gambar baby dan mengaharapkan pujian dari kawan kawan. Baby ssmuanya comel.. jd bila dipuji2.. mesti ada sikit rasa bangga dalam diri.. tapiiii yang i peliknya.. kalau betul nak jaga supaya xda rasa riak, even tak upliad gambar baby, up gambar kaki baru lepas beraalin dengan caption “alhamdulillah selamat melahirkan baby girl, 2.90kg di hospital pusrawi secara NORMAL”, tak sama ke dengan riak jugak? Riak nak beritahu diri tu lahir normal, power lah.. riak dengan rezeki baby girl, riak bersalin di hospital mahal..itu belum check in location lagi. Kalau siap check in... tak tahu laaa nak kata apa. 
.
Jadi kat sini, eventhough ko xupload gambar baby u di social media, gambar kaki u dengan caption macam tu pun dah kira u riak tau. Elok2 nak elak dari ada perasaan ujub takkabur sebab xupload gambar baby, sama je peginyeee jadinye.. tak gittuw?
.
Bukan i nak cakap xboleh share langsung.. boleh.. tapi pastikan dengan caption yang tak menuju ke arah riak. Tahu lerrr ada orang rezeki anak lambat.. ada orang cepat... xyah nk kerek sangat hahahh! So ayat selamat, u boleh tulis macam ni. 

 “ Alhamdulillah selamat melahirkan baby girl..:doakan saya dan baby ye.. moga baby membesar dengan baik dan jadi anak yg solehah.. aminn”
(Tak payah letak gambar kaki dah, status je sudah)

Haaaah kan manis ayat penyelamat tu. so lepas ni dah xyah nak runsing2 fikir macam mana nk buat ayat nk sharing good news ni. Moga bermanfaat.. 

P/s : share gambar baby dengan family rapat dan kawan yang diibaratkan family xda masalh kot kan? Orang yg kita percaya tak kan laaa nak buat sihir kat baby pulaaaaak. Hiks

Sekian dulu,
YATT

Thursday, January 17, 2019

LAMB CHOP COMPLETE SET BY KAK YATT

Bismillah Assalamualaikum wbt. 

Haaa! Today i nak bagi uols resepi LAMB CHOP COMPLETE SET WITH MASH POTATO, COLESLAW and BLACK PAPPER SAUCE. Like seriously seumur hidup i memang tak pernah buat sendiri lamb chop ni. Kalau i nak makan sgt sgt i sanggup pi kedai lagi. Bukan malas tapi i tak rajin nak merenyahkan diri untuk buat semua tu. plussss yang nak makan cuma berdua iaitu i dan suami. Huhh! 
.
But todayy! Husband i request nak i buat lamb chop complete set ni. Omaigoddddd i rasa macam nak pengsan sebab i fikir nak masak sorang sorang 4 jenis tu. sebab mak i pesan, perut suami kena jaga. Dia nak makan apa, buat ja.. sedap xsedap tu belakang kira... janji kita tunaikan permintaan dia. So dalam keadaan terkejut tergempaq tu... i google all the recipes.. so u gais should knw apa yg kena ada dalam complete set lamb chop ni.

- KAMBING PERAP BLACK PAPPER
- SOS BLACK PAPER
- MASH POTATO
- COLESLAW
.
Disebabkan i malas nak keluar rumah.. so i listkan barang yang perlu ada untuk buat semua kat atas tuu.. dan i suruh senun je belikan. Haha! Nasib baik la laki i tu sejenis rajin la jugak kalau kita minta tolong dia buat apa apa kan. So dia balik je rumah... i da start bersilat di dapur. I suruh dia aolat asar aiap... masuk dapur sekali tolong i apa yang patut. So that cepat la sikit siap dan cepat la jugak boleh makan. 
So kita mulakan dengan KAMBING PERAP. Kena buat perapan dulu.. so smbil2 buat yang lain tu... kambing dah terperap.. 
.
KAMBING PERAP

-6 keping kambing yang dah dipotong nipis
- halia 2 inci (tunbuk halus)
-sos black papper 4 sudu besar
- sos tiram 2 sudu besar
- sos Bbq 3 atau 4 sudu besar
- kicap manis 2 sudu besar
- madu 2 sudu besar
- jus lemon 1 sudu besar
- lada hitam 1 sudu besar
- lada sula 1 sudu besar
( campur semua bahan diatas dan gaul rata..perap selama 3-4 jam. Lagi lama lagi sedap)
.
.
So sambil tunggu perap tu dah meresap dalam daging kambing tadi.. boleh start buat sos black pepper

SOS BLACK PEPPER

- 2 sudu marjerin dicairkan dalam kuali dgn api perlahan
- 1 biji bawang holland di cincang halus untuk tumis dengan marjerin
- 2 sudu beaar serbuk  lada hitam 
-2 sudu besar serbuk lada sula
- 4 sudu besar tepung gandum
- 3 cawan air
- 4 sudu besar sos black peoper
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 kiub pati ayam knorr

CARA MEMASAK
- Cairkan marjerin dalam kuali
- tumis bawang holland dalam kuali sampai bawang layu dan wangi
- kemudian msukkan lada hitam dan lada sula. Masak seketika
- masukkan tepung gandum. Sentiasa kacau supaya tak berketul tepung dalam kuali
- kemudian masukkan air
- masukkan sos black pepper, sos tiram, kicap dan kiub pati ayam knorr
- masak sampai kuah pekat
.
Hah.. dh siap 2 benda.. so kita boleh teruskan dengan MASH POTATO
.
MASH POTATO SEDAP

-5 biji kentang
- 1 cawan fresh milk
-2 sudu besar marjerin
- serbuk cukup rasa

CARA MEMBUAT
- kupas kulit kentang dan potong dadu
- rebus kentang sampai lembik
-dah lembik, tapis kentang dan toskan
- penyet kentang dalam kuali 
- masukkan fresh milk dan kacau sebati
- masukkan marjerin
-masak atas api.. kacau jangan berhenti..
- perasakan dengan serbuk perasa
- kacau sampai kentang jadi mampat pekat
- tutup api lepas dah nampak kental kentang tadi tu. ala ala mash potato KFC 
.
So lasttttt kita buat COLESLAW  pulak..

COLESLAW KFC

- 1/2 kubis putih
- 1 batang carrot
- 1 cawan fresh milk
- 1 sudu gula 
- secubit garam ( agak agak je secukup rasa)
- 5 sudu besar mayonis
- sedikit serbuk lada hitam (agak2 jela.. jangan banjak sgt)

CARA MEMBUAT
- potong kubis nipis2.. nak cincang pn boleh. Asalakan nipis 
- carrot potong dadu kecik2
- dalam 1 bekas gaul sekali kubis, carrot, fresh milk, gula, garam, mayonis, serbuk lada hitam
- sambil2 tu rasalah. Apa yang kurang boleh tmbh. Ikut citatasa masing2
.
Sooooo! Dah siap lah LAMB CHOP COMPLETE SET kita tadi... 
hasilnya SUPERB! Lepas tu boleh la bakar kambing yang dah perap tu. jangan bakar lama sangat... well done sahaja.. sebab kalau bakar lama nanti keras xsedap... so hasilnyaaa macam gambar kat bawah ni...so selamat menjami selera !!! 

Begitulah kejadiannya.. nasib baik suami tolong potong2 part kentang, carrot dan kubis tu.. kalau x.. makin lambat laaa jadinya nak siap swmua ni.. hehehe. Alhamdulillah rasa sedappp... senun makan 3 keping sekali hadap... legaaa! Mash pitato dan coleslaw pun boleh ratah gitu jaaa.. nyummyy!!





Wednesday, January 16, 2019

Pregnant

Bismillahirrohmanirrohim..

Hello there! Lama betul i tak update entry di blog ni. Rindu pulak nak blogging macam dulu dulu.. setiap hari ada ja entry nak buat. But bila dah makin meningkat usia ni.. malas nak menaip satu hal.. nak mikir ke ayat lagi... last entry i buat i dah jadi bini orang. Hahah! Itu pun setahun yg lepas. Omaigod! Lama gila i menghilang. 
.
So dah tau kan i dah kahwin.. almost 2 years on April 2019 ni. Rasa macam cepat sangat masa berlalu. So sepanjang setahun lebih i dalam rumahtangga ni.. banyak yang i belajar tentang kehidupan. Since my name is HAYATI yang bermaksud kehidupanku. So i kena la belajar tentang kehidupan setiap hari. 
.
Dari hari pertama i bergelar isteri.. i memang bercita cita nak jadi ibu kepada anak suami i. Yes! Semua orang pun macam tu. plusss! I ni memang suka sgt sgt dengan baby. Boleh dikatakan kalau i jumpa ank org.. memang i nk dukug.. cium baby tu. seriously! So i memang dah ada nama untuk anak anak i.. nampak tak i punya excited... ? 
.
Lepas kahwin juga memang bertubi tubi soalan yang sama orang bagi dekat i.. “DAH ADA ISI?”. Sampai satu tahap i dah malas nak jawab. Dan setiap hari jugak i menanti berita gembira yang i pregnant. Pregnancy test tu tak payah cakap lah.. i dah habis duit banyak sebab beli benda alah tu. tapi masih belum rezeki. Sampai ada ketika i jd fobia dengan soalan mcm tu. senstif.. emosional... tah la... orang yang ada disituasi mcm i ja akan faham apa yang i rasa...
.
Paling menggugat hati i.. bila orang membandingkan i dengan arwah isteri(sepupu i) suami i. Yee mmg rezeki dia ada anak bersama arwah.. tapi mungkin rezeki anak dengan i lambat sikit... Allah bagi kami rezski yang lain dlu.. org membandingkan.. seolah nak cakap i ni mandul. Ya Allah sedih tau... i tak boleh lupa apa org kata kt i. I usaha macam macam.. dah check up etc... everything is okay... cuma belum sampai masa ja nak ada baby. I cuma harapkan doa yang baik baik dari semua orang.. bukan judge i dan suami... 
.
Kan lebih elok kalau kita bersangka baik dengan Allah... tolong la sebelum cakap fikir tuhan. Jangan cakap ikut perasaan sangat. Tipu la kalau i tak teringin nak ada anak sendiri. Tengok kawan kawan kawin senang ja lekat baby. Dh lahirkan.. dapat bau syurga dunia... ya Allah best sgt... tapi i sentiasa bersangka baik dengan Allah... i bersyukur dapat suami yang faham dan redha dgn ketentuan Allah... banyak lagi rezeki lain yang kami xpernah sangka Allah bagi pd kami... nikmat apa lagi yang nak didustakan... Alhamdulillah...
.
Tolong gais... tolong faham perasaan insan insan seperti kami. If kami xbagutau apa apa.. jangan la tanya dah ada isi ka belum... kalau dah nampak perut memboyot tu... ada isi la tu... if xnpk.. jgn persoalkan... soalan macam tu dah jd soalan sensitif utk kami... fobia tau... doa ja yang baik baik... 
.
Moga 2019 ni ada berita gembira i mengandung.. amiin... tolong doakan kebahagiaan i dan suami sampai ke syurga... 




Lots of love,