Friday, April 10, 2020

Aiskrim Malaysia Mangga Susu pure


 Haa musim PKP memang asyik nak menguyah. Apa kata buat ja stok aiskrim malaysia ni. Boleh jugak makan time cuaca panas... lega tekak. Plusss aiskrim ni kak yatt buat guna mangga manis. Tak ada campuran perisa ye.. 

BAHAN-BAHAN
- 4 biji mangga manis ( 2 biji blend, 2 biji potong kecik)
- 1 tin susu cair*
- 1 tin susu pekat*
- 1 sudu kecil garam*
- 4 cawan air*
- 2 sudu besar tepung jangung ( larut dengan air dalam mangkuk)*
- plastik aiskrim

 CARA MEMBUAT

- masukkan semua bahan yang bertanda (*) ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Sambil- sambil kacau..warna belum jadi kuning ye.. sebab belum letak mangga. Jangan panik dulu..
- blend halus 2 biji mangga manis dan letak dalam mangkuk asing. Air jangan banyak ye masa blend ni. Sebab kita nak manis mangga tu pure. ( campur mangga kisar ni ke dalam bahan yang kita masak dalam periuk tadi. Tapi Tunggu dah sejuk baru masukkan.. kacau je sampai sebati. Masa ni baru warna jadi kuning hasil campuran mangga manis pure) tgk gambar dibawah. Tapi sementara nak tunggu kuah tu sejuk, boleh buat yg lain dlu..


- boleh la potong buah mangga kecik kecik.. agak muat nak sumbat dalam plastik aiskrim. Tgk gambar dibawah


- lepas dah potong. Sumbat buah dalam plastik aiskrim.

- lepas tu sendukkan kuah dalam cawan atau bekas yg ada muncung supaya senang nak tuang ke dalam plastik aiskrim.. ikat kuat.. hasilnya akan dapat macam dalam gambar atas sekali..
- siap! Boleh simpan dalam peti sejuk.. tunggu keras baru sedap nak makan






Wednesday, April 8, 2020

Aiskrim malaysia choc hazelnut / choki-choki sedap & ais gebu


Assalamualaikum, jom kita buat stok aiskrim malaysia ni.. senang ja nak buat.. kalau beli pun mahal jugak ni.. so ada bahan-bahan, boleh terus buat.. sekali buat dapat 20 batang.. haa legaaa.. 

BAHAN-BAHAN
-1 tin susu cair*
-1 tin susu pekat*
- 4 tin air (sukat guna tin susu je)*
- 2 sudu besar tepung jagung*
- 1 sudu kecil garam*
- jem roti (kak yatt guna perisa choc hazelnut. Kalau xde boleh je guna coki-coki atau apa apa je yg perisa coklat) 
- plastik aiskrim malaysia 

CARA MEMBUAT
- masukkan semua bahan yang bertanda (*) di dalam periuk. Tepung jagung tu cairkan dulu dgn air panas sampai larut. Masak sampai mendidih. Kemudian sejukkan sebelum masuk didalam plastik aiskrim
- sementara tunggu campuran tadi masak, boleh la slow-slow masukkan choc hazelnut/coki-coki ke dalam plastik. 
- bila dah siap semua, kuah susu yg masak tadi pun dah sejuk.. boleh la tuang ke dalam plastik aiskrim. Guna cup yang ada muncung supaya senang nak tuang. Ikat kemas dan jangan goncang. Kita nak nampak coklat tu melekat je situ.. lepastu boleh bekukan..

BILA DAH BEKU, MASA MAKAN AISKRIM NI, MESTI RASA NAK LAGI.. SEBAB AIS TU JADI GEBU JEEEE.. PLUS SEDAP SANGAT

Siakap stim sedap dan mudah


Yeayy yeayy yeayyy siakap stim sedap ni memang makan seekor boleh berebut ni. Tak cukup... meh meh kita tengok bahan-bahan... simple je

BAHAN-BAHAN

- Ikan siakap seekor
- bawang putih 6 ulas (cincang halus)
- cili padi 6 biji potong kecik kecik
- kiub ayam knorr 2 ketul
- perahan jus limau purut (3 biji)
- serai 2-3 batang ( dititik)
- air 1 mangkuk
- 1 sudu besar gula gerek/ gula merah
- 1 sudu besar sos ikan
- sedikit daun ketumbar di potong halus

CARA MEMASAK

- kelar ikan supaya ikan cepat masak. Masukkan serai yang diketuk atau dititik dan masukkan ke dalam perut ikan. Kukus dalam periuk kukus sehingga masak. ( ikan akan masak apabila isi lekang dari tulang). Siap masak, air ikan yg dikukus jgn buang ye.. hidang dalam pinggan yang sesuai siap-siap dan tuang sekali dengan air ikan yg keluar masa kukus tadi
- dalam periuk, isikan 1 mangkuk air dan didihkan air bersama 2 kiub ayam. Selepas mendidih, masukkan ke dalam mangkuk lain.
- semasa kuah masih panas, terus masukkan cili padi, daun ketumbar, gula gerek, sos ikan, perahan jus limau kedalam air yg dididih dgn kiub ayam tadi. Gaul sebati
- tuang kuah ke atas ikan yg siap dikukus
- dalam kuali lain, msukkan sedikit minyak untuk goreng bawang putih yang telah dicincang halus. Goreng jangan sampai garing sangat.. agak-agak je dah bau wangi dan boleh diangkat dan tuang atas ikan tadi. Tabur selebihnya daun ketumbar di keliling ikan  dan Siap untuk dimakan.

** sebelum tuang kuah ke atas ikan, rasa dulu kuah cukup rasa atau tak. Kalau kurang masam, tambah jus limau. Kalau kurang manis, tambah gula gerek.. .



Monday, April 6, 2020

Spagetthi Aglio Olio paduuu!



Assalamualaikum... alhamdulillah.. PKP yang ke berapa pun xtahu dah.. xkira pun... pastu jemu dah asyik makan nasi berlauk je. So hari ni terfikir nak makan makanan barat pulak. Menu pilihan SPAGETTHI AGLIO OLIO. disebabkan hasnun xsuka makan cheesy food like carbonara tuu.. so kita buat yang kena dengan lidah melayu dia. Suka makan pedas-pedas. Ni kak yatt buat extra pedas sebab kak yatt lebihkan chilli flakes and black paper... kalau korang xsuka pedas, boleh kurangkan bahan bahan tersebut. 

Bahan-Bahan:

  • 1/2 paket spagetthi ( kak yatt buat utk makan suami isteri je.. boleh la dalam 5 pinggan)
  • 1/2 mangkuk kecil minyak zaitun (kak yatt guna minyak masak biasa sebab minyak zaitun tak ada) 
  • 5 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1/2 biji bawang Holland, potong dadu kecil
  • 2 sudu besar chilli flakes (kak yatt lebihkan bahagian ni. Sbb memang suka makan pedas. Kak yatt xda chilli flakes ready made. So kak yatt goreng cili kering tanpa minyak dan blend kering je sampai halus mcm flakes) 
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam (kak yatt lebihkan bahagian ni. Sbb memang suka makan pedas. Black paper ni kak yatt guna yg biji2 dan tumbuk halus je)
  • 2 sudu besar Oregano flakes ( ni pun boleh nk tambah kalau suka) 
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 mangkuk besar udang, buang kulit (korang boleh tambah lain lg, sotong ker)
  • capsicum hijau (optional. Kak yatt tak letak sebab bahan xda)
  • capsicum merah (optional. Kak yatt tak letak sebab bahan xda)
  • tomato kecil, potong 2 jika suka (kak yatt guna 3 biji je.. sbb dh habis stok haha)
  • daun ketumbar ATAU daun parsley, hiris nipis.


Cara-cara

  1. Rebus spaghetti dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama bawang holland sehingga kekuningan dan layu.
  3. Kemudian masukkan udang 
  4. Masukkan chilli flakes dan serbuk lada hitam.
  5. Tabur kiub ayam yang dah dileraikan. Gaul sebati
  6. Masukkan pula spaghetti.  Boleh tuang sedikit air rebusan spaghetti supaya bahan-bahan semua sebati semasa proses menggoreng spaghetti.
  7. Masukkan oregano flakes. Kalau rasa nk nampak dan rasa pedas lagi, macam kak yatt cakap, boleh add on lagi sekali part ni chilli flakes dan black paper 
  8. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kiub ayam sudah masin jadi berhati-hati dengan anggaran garam yang dimasukkan. Angkat dan tabur hirisan daun ketumbar atau daun parsley semasa menghidang.

Tips:

  • Tips untuk merebus spaghetti dengan betul ialah masak air yang banyak di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan garam dan spaghetti kering. Tunggu sehingga bahagian bawah sedikit lembut dan kemudian tekan supaya semua spaghetti tenggelam sepenuhnya. Rebus sehingga spaghetti mencapai tahap "al dente" atau masih sedikit keras. Toskan air dan cepat-cepat tuangkan sedikit minyak kemudian gaul sebati supaya spaghetti tidak melekat bila sejuk nanti.

Sunday, April 5, 2020

Ayam Masak Merah


Hai assalamualaikum, macam biasa, ni resepi Ayam Masak Merah. Orang cakap makan dengan nasi tomato sedap.. tapi kak yatt xbuat nasi tomato hari ni... makan dengan nasi putih pun dah rasa nak tambah sepinggan nasi lagi.... haihhhh. Jom jom tengok bahan2..

Bahan-Bahan:

  • 3 ketul ayam bahagian tight, potong kepada 2 bahagian setiap satu. So dapat 6 ketul
  • serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • 1 tangkai daun kari
  • 1/2 mangkuk air asam jawa
  • 3-4 sudu besar sos cili
  • 1 biji bawang holland, potong bulat
  • Anggaran setengah keping gula melaka (pecahkan dulu.. nanti masukkan sikit sikit dan rasa)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Bahan untuk kisar halus:
    • 1 biji bawang besar
    • 1 inci halia
    • 4-5 biji bawang merah
    • 5-6 ulas bawang putih
    • 1 batang serai, hiris nipis
    • 15 biji cili kering, buang biji dan rebus ( kalau xnak pedas boleh kurangkan. Nak pedas boleh tambah)

Cara-cara

  1. Bersihkan ayam dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam minyak yang sama, tumis daun kari kemudian diikuti bahan kisar halus bersama sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa kemudian diikuti ayam goreng tadi.
  4. Masukkan sos sili, sos tiram dan gula melaka. Masukkan gula melaka sedikit demi sedikit dan cuba rasa manisnya mengikut selera anda. Tambah sedikit air jika kuah sambal terlalu kering. Teruskan masak selama 5-10 minit. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  5. Sebelum angkat, masukkan bawang holland yang dipotong bulat. Kacau seketika.

Tips:

  • Untuk mendapatkan sambal tumis yang sedap, bahan tumis haruslah dimasak di dalam minyak yang banyak dan ditumis sehingga pecah minyak (maksudnya minyak terapung atau terpisah dari kuah sambal) dan warna sambal bertukar menjadi sedikit gelap. Itu tandanya semua bahan kisar terutamanya cili masak dengan sempurna dan akan menghasilkan sambal tumis yang enak. Jika kering tambahkan sedikit air dan kacau untuk elakkan kuah sambal menjadi hangus.

Saturday, April 4, 2020

Resepi Nasi Goreng Cina sedap!




Hai... hari ni kak yatt nak share resepi nasi goreng tak guna perencah nasi goreng. Mudah ja nak masak. 10 minit siap boleh makan panas-panas... dah la sedap... boleh bertambah tambah pinggan nanti..

BAHAN-BAHAN:

  • 2 mangkuk nasi goreng ( ikut berapa orang yang nak makan)
  • Bawang putih 3 ulas (tumbuk kasar)
  • Bawang merah 3 ulas (tumbuk kasar)
  • Lobak merah potong kasar panjang-panjang
  • Kacang panjang
  • Cendawan hitam
  • Kubis
  • Udang
  • Serbuk lada sula 1 sudu kecil
  • 1 biji telur
  • 1 Kiub ayam knorr 
CARA MEMASAK:
  1. Dalam kuali, masukkan sedikit minyak masak dan tumis bahan yang ditumbuk halus sehingga keperangan
  2. Masukkan udang yang siap dikupas dan dibasuh bersih.. gaul rata
  3. Masukkan kiub ayam knorr , serbuk lada sula dan kacau rata
  4. Tolak sikit bahan tumis tadi di tepi kuali, pecahkan 1 biji telur. Gaul sikit-sikit je jgn sampai hancur sangat telur tadi. 
  5. Masukkan nasi dan gaul sebati
  6. Masukkan semua sayur sayuran. Sayur boleh je apa apa pun. Xsemestinya ikut mcm list kak yatt tadi. 
  7. Perasakan sedikit dengan serbuk perasa atau garam
  8. Siap dihidang. Boleh hias dengan timun, tomato atau apa sahaja yg boleh buat hiasan pd nasi goreng tadi. Kak yatt xhias pun.. xsabar nak makan masa ni haha!
Itu shaja. Senang kan? Xperlu guna perencah nasi goreng dah. Makan macam ni je dah sedap! Kalau rajin lagi boleh la goreng ikan bilis dan gaul dlm nasi goreng ni.. 

Resepi kek batik lembut dan sedap!


Hai! Masuk sini memang macam macam resepi kak yatt share. So disebabkan kek batik ni sedap, tak keras dan tak terlalu lembut.. rasa pun ala ala chocolate hazelnut, jadi kak yatt nak share resepi dengan hampa!

Bahan – bahan:

  • Kek batik: 
  • 1 paket biskut marie (kak yatt guna perisa kopi. Nk guna original pun boleh. Sedap tetap sama) 
  • 200g butter
  • 1 cawan milo
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan serbuk koko (kak yatt guna cocoa hazelnut)
  • 1/2 cawan air masak
  • 2 biji telur
  • Esen vanila 1 sudu kecil
Topping: 
  • 1-2 sdb butter
  • 2@3 sudu besar serbuk cocoa hazelnut 

  • Double boil kesemua bahan topping dan curah je atas kek batik selepas siap penyetkan kek batik dlm loyang.

  • Cara – cara memasak:
  1. Masak butter sampai cair, guna api kecil sahaja.
  2. Kemudian, terus masukkan susu pekat. Kacau rata.
  3. Masukkan pula milo dan serbuk koko. Kacau cepat – cepat untuk elakkan berketul.
  4. Kemudian, masukkan telur, kacau dulu bagi rata dan masukkan air. Kacau sebati biarkan kesemuanya sekata.
  5. Akhir sekali, masukkan biskut. Kacau rata bagi semua biskut bersalut coklat. Boleh tutup api.
  6. Terus masukkan semua ke dalam loyang saiz 10 inci (alaskan dengan plastik bagi biskut tidak melekat dan senang keluar). Tekan untuk padatkan.
  7. Tuangkan toppinh yang sudahpun cair dan simpan di chiller selama 4 jam atau lebih sebelum dipotong.
  8. Keluarkan kek dan biarkan suhu bilik sekejap bagi lembut sebelum senang untuk dipotong.
  9. Hiaskan kek dengan strawberry atau kiwi atau buah buahan lain. Kak yatt guna tomato kecik sebab buah xda haha! Asal boleeeh. 
So itu sahaja. Senang je kan? Selamat mencuba!

Friday, April 3, 2020

Resepi Puding Caramel licin dan sedap


Waaa! Tengok puding caramel ni buat orang terliur... puding caramel ni salah satu dessert favourite kak yatt. Tapi kak yatt tak suka terlalu manis dan nak licin cantik jee. so memang menjadilah resepi ni.. jom check bahan2..

Bahan-Bahan:

5 biji telur size B (jika size A, 4 biji , jika saiz C 6 biji)
1 tin susu cair (400ml)
150ml air biasa
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla (tujuannya untuk hilangkan bau telur)
(gula hangus)
9 sudu besar gula (kak yatt guna byk gula utk gula hangus sebab adunan utk puding tak terlalu manis, jadi nak balancekan ada rasa manis tu, gula lebih kat part ni. Kalau xnak manis, boleh kurangkan)
2 sudu besar air panas

Cara Membuat:

1.Masukkan gula ke dalam kuali. Api perlahan supaya gula tak hangit. Gaul sentiasa tapi jangan sampai warna jadi hitam ye. Agak2 je mcm brown sugar.. lepas tu masukkan air panas 2 sudu besar.. gaul rata dan cepat2 masukkan dalam loyang. 
2.Satukan semua bahan-bahan puding didalam mangkuk.
3.Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati.
4.Kemudian tapiskan adunan tersebut dan tuang ke dalam loyang karamel. Tutup loyang dgn plastik wrapper.. contoh mcm gambar dibawah.. supaya wap air semasa kukus xjatuh pada permukaan puding.

5.Kukus selama 20 minit  atau sehingga masak. Pastikan air dlm periuk kukus mendidih panas dulu, baru masukkan puding dlm periuk kukus.
6.Setelah siap masak, buka plastik wrapper dan Sejukkan diluar dulu sebelum masuk peti sejuk. Dh sejuk boleh la terbalikkan. Potong dan hidangkan.

Info Ekstra!

puding boleh dihiaskan dengan buah-buahan seperti hirisan kiwi, anggur,pic atau strawberi sebagai hiasan.

Resepi kari ikan tanpa santan PADUUU




BAHAN-BAHAN
1.IKAN (ikut suka nak guna ikan apa. Kak yatt guna ikan mayung/ikan duri. Sedap gila kalau buat gulai)
2.REMPAH IKAN 1 PAKET (brand apa pun ok jer..alagappas babas adabi etc)
3.BAWANG MERAH 4 ULAS (2 ulas untuk tumis 2 ulas untuk tumbuk)
4.BAWANG PUTIH 4 ULAS (2 ulas untuk tumis 2 ulas untuk tumbuk)
5.DAUN KARI 1 TANGKAI
6.HALBA CAMPUR 1 SUDU KECIL
7.AIR ASAM JAWA SEMANGKUK
8.GULA GARAM SECUKUP RASA
9.TOMATO (optional taknak pun xpe)
10.BENDI (optional taknak pun xpe. Kak yat guna timun sbb bendi habis)
11.CILI padi (optional taknak pun xpe)


CARA-CARA MASAK
1.TUMBUK  BAWANG MERAH 2 ULAS DAN BAWANG PUTIH 2 ULAS (tak hancur sangat pun xpe..taknak tumbuk blend kasar pun boleh)


2.MASUKKAN REMPAH DALAM MANGKUK KECIL CAMPURKAN DENGAN BAWANG TUMBUK KASAR TADI MASUKKAN AIR SEDIKIT KACAU DAN LETAK TEPI DULU

3.TUMIS BAWANG MERAH.  BAWANG PUTIH.  DAUN KARI.  HALBA CAMPUR SAMPAI BETUL2 GARING DAN BERWARNA PERANG2


4.MASUKKAN REMPAH YG DAH DICAMPUR DENGAN BAWANG TUMBUK TADI..KACAU SAMPAI REMPAH BETUL2 MASAK DAN KERING..(jangan sampai hangit pulak)


5.MASUKKAN GULA DAN GARAM SECUKUP RASA (gula sesudu garam sesudu sambil rasa2)


6.MASUKKAN AIR ASAM JAWA 1 MANGKUK KECIL (ikut suka hati korang nak banyak ke sikit sebenarnya cuma jangan banyak sangat je) BIARKAN MENDIDIH


7.DAH SECUKUP RASA MASUKKAN IKAN TOMATO CILI HIDUP


8.SIAP !


9.TERKEJUT? YEE SAYA TAK GUNA SANTAN...HIHI SO DAH SIAP DAN SEDAP


SCROLL BAWAH UNTUK TIPS BAGI NEWBIE ;)

-pastikan bawang tumis betul2 garing keperangan ya..jangan sampai hangit cukup la..org tua2 cakap baru wangi masakan tu

-rempah pun sama...biar mendidih keperangan gelap baru rempah betul2 masak dan rasa sedap

-air asam jawa jangan letak terlampau banyak 1 masa..sambil tuang sikit2 sambil rasa..takut masam sangat jer...

-air jangan banyak sangat jugak...nanti cair tak best..agak2 je kecuali uols masak untuk ramai..rempah letak 2 paket so air boleh la banyak

-ajinamoto penambah rasa (bagi yang tak suka tak payah masukkan..yelaa org cakap tak bagus mkn ajinamoto..kalau nak masukkan jugak..sesudu kecil pn dah cukup)

-ikan jangan didihkan lama2 jangan terlampau kacau nanti hancur



OKAY ITU SAJA..HARAP BERMANFAAT

BYE