Tuesday, November 12, 2013

Nilai Persahabatan

Assalamualaikum

Aku ni bukanlah kawan yang sempurna, kadang kala aku tersakitkan hati kawan-kawan aku, kadang kala aku terguris hati dengan kawan-kawan aku, even benda kecik pun kekadang tu aku terasa hati tapi aku memilih untuk diam dari bersuara, walaupun bediam itu tidaklah baik untuk diri sendiri tetapi baik untuk orang lain. So, adalah lebih baik aku menjaga hati dan perasaan orang lain, hati aku kira belakang kira lah..senang cerita aku ni mudah terasa dan mudah okay. syiok kan ada kawan macam aku nih? hiks. So sapa nak jadi kawan aku sila angkat ketiak sekarang.

Berkawan biar infinity. Hidup tanpa kawan..korang rasa boleh ke? aku tak rasa korang boleh hidup alone. Tak lengkap hidup seseorang kalau tak ada kawan. Kawan ni mencorakkan kehidupan.. kawan yang macam mana? kawan yang macam-macam.. cuma bergantung pada diri kita samaada kita dengan kawan tu sekepala ataupun sebaliknya. Apapun nilai persahabatan ni perlu dihargai, tak kiralah kawan yang macam mana sekalipun. Aku ramai kawan..tapi dalam ramai-ramai kawan yang ada..yang mana satu yang ingat aku?? yang mana satu selalu ada bila aku susah dan senang? yang mana satu yang suka berkongsi suka duka bersama aku?. Alhamdulillah setakat ni daripada ramai-ramai kawan yang ada, sebahagian daripada mereka masih pedulikan aku..masih ingat aku dan masih sayangkan aku. 

Salah seorang daripadanya ialah Beela. Budak ni dah bertahun tak jumpa aku..sejak aku keluar daripada Uitm Kuala Pilah, aku dah lama sangat tak jumpa dia. ouh lupa pulak introduce sapa dia dengan aku..kawan yg macam mana? hehe dia kawan serumah dengan aku..serumah tapi bukan sebilik. walaupun begitu, dia sangat rapat dengan aku..sangat manja okaaay...rasa macam diri ni kakak kepada dia..padahal umur sama ja. Alhamdulillah tahun ni dia berubah..dah pun berhijab..im proud of you sister.. love you so much!. Setelah 3 tahun tak jumpa kalau tak silap aku, ni la jadi pertama kali juga la kami jumpa balik..having fun together..pergi makan..jejalan..sepanjang perjalanan mulut ni pot pet pot pet bercakap haaa..maklum la dah lama xjumpa..so banyak la ceritanya. Sebab dah lama tak jumpa tu la kisah dulu-dulu masa kat Kuala Pilah pun terkeluar balik..imbas kembali zaman muda mudi..hiks bajet macam da tua je sekarang kaaaan..euuuww nyampah tau ngn kak bedah ni. Habis cerita tu, sambung pulak cerita in future...pasal kawen..haaa topik best la kalau pasal kawen...bajet nk jd tetamu vvip la..buat kat hotel la...berangan je lebih ktorang ni haaa..haha suke sangat kalau borak dengan Beela..walaupun berdua, setiap apa yang diceritakan mesti akan ketawa...seronok sangat.. :) 

Apa yang nak aku simpulkan kat sini, tentang nilai persahabatan..walau macam mana sekalipun kawan kita tu, kita cuba terima dia seadanya..kerana itu adalah dia... jangan cakap-cakap belakang, jangan ambil kesempatan atas kebaikkan kawan kita..dan yang paling penting..menghargai dia...kalau tak romantik sekalipun untuk tunjuk rasa menghargai tu, buat la sesuatu yang boleh nampak diri tu menghargai. banyak cara kaaaan..fikir sendiri...haha! So hidup tanpa kawan sangat tak best!! jadi marilah berkawan...hiks babaiiii...



Wednesday, October 23, 2013

Wordless Wednesday

Assalamualaikum



SHAWL SHAWL AND SHAWL
Thanks Sg House for beautiful shawl. (klik kat Sg House untuk tengok shawl yg shantek2).

Instagram: @sg_house
Wechat/Whatsapp/Message: 0132824432 (Myra)


tq











Monday, October 21, 2013

Tutorial wide shawl by Yatt. hiks!

Assalamualaikum

Hai ! as requested daripada kawan-kawan di facebook dan instagram..tutorial untuk wide shawl macam yang Yatt selalu pakai ada 2 cara. Cara pertama pakai macam tudung bawal.. yang ni Yatt tak buat video yea..tapi diharap dapat membantu korang. ikut step dari kiri ke kanan..


dan ini hasilnya :)

Cara yang kedua pula, pakai wide shawl macam pakai shawl biasa, tapi nak nampak kemas, simple dan kecik sikit. sesuai la untuk orang yang kecik molek macam Yatt ni..pakai shawl besar but still menutupi dada. 

step 1: lipat shawl melintang macam gambar bawah ni. Lebar lipatan ikut suka korang lah yea. kalau nak labuh lagi lipat sikit jela. Pastikan lipat sama lebar yea...



step 2: pakai shawl yang dilipat tadi. pastikan labuh shawl tu sebelah pendek sebelah panjang.dan pin kan.

step 3: meh tengok video kat bawah ni..hehe



taraaang!!! ini hasilnya :)

Mohon maaf kalau tutorial yang Yatt buat ni tak jelas dan tak berapa faham.. salah satu sebabnya Yatt cuma guna camera handphone. camera laptop probem sikit.. tapi atas permintaan kawan-kawan, Yatt cuba setakat yang mampu jea.. harap sangat tutorial ni dapat membantu...

nak promote sikit.. semua shawl yang Yatt pakai ni semua dari Sg House..tau kan mana nak dapat link?

Sg House <--- klik sini. ni facebook yea.
kalau kat instagram boleh ke @sg_house

nak senang direct msg/wechat or whatsapp kat 013-2824432 (myra)


sekian dari Yatt yang cuba membantu kawan-kawan :')






Sunday, October 20, 2013

Shawl oh Shawl

Assalamualaikum

Hello sayangs! nie semalam punya cerita.. sedih sebenarnya..sobs! T_T Yatt tak dapat join kenduri tahlil kat rumah hari ni sebab terpaksa bertolak balik dari Penang ke Shah Alam sehari awal sebelum kenduri. So sorry Haji salleh's family cause tak dapat nak bergotong royong sesama.. alasannya naik sem banyak gila assignment dan test menanti, sabar jela..nama pun pelajar, tanggungjawab sebagai pelajar macam tu la.. yang penting semangat sem ni up sket dari sem lepas..hehehe wish me luck guys!!!. Hmm taknak panjang-panjang cerita..tapi intro pun dah terpanjang, just nak promote shawl yang Yatt pakai kat bawah ni..nama shawl ni SOFEA okay...apa yang best dengan shawl ni?? ha meh scroll bawah lagi..jangan tutup dulu.....jangan jangan dan jangan....







1. lebar dan besar (sesuai untuk semua orang pakai, boleh nak labuhkan dan boleh nak kecikkan mengikut keselesaan pemakai)
2.  kain cotton viscose (mudah dibentuk dan tak panas)
3. terdapat pelbagai jenis warna
4.  murah dan sangat puas hati

kat mane boleh dapat shawl yang macam ni???
Facebook: Sg House by A.S <--- Klik sini ye kawan-kawan

ataupun yang ada instagram boleh ke sini..



ni contoh warna yang ada untuk SOFEA shawl..

banyak lagi shawl yang SG House sediakan..memang cantik-cantik..Yatt banyak pakai shawl daripada Sg House.. memang best!! even sepupu sepapat, kawan baik Yatt iaitu Hani then ade juga kawan2 yang lain pun dah cuba pakai shawl dari sg house ni..jom cuba jom... 

nanti Yatt akan update lagi shawl yang Yatt pakai dari sg house okay...

sekian dari Yatt yang suka bergaya dengan SHAWL





Friday, October 18, 2013

Selamat Pengantin Baru & Pengantin Lama

Assalamualaikum


Nampak kan gambar kat atas? Alhamdulillah syukur kepada Allah sangat-sangat. :') Sekian lama Yatt tunggu saat-saat ni akhirnya dapatjuga jadi tunangan orang..kriiiiiiiiikkkk *jangan nak propa sangat Yatt*. Al kisahnya begini, abang sulung Yatt selamat diijab kabulkan dengan jodoh dia yang hanya kenal di internet..haaa tak paham tak paham n tak paham..! tolong paham.. zaman sekarang adalah zaman IT, tengok..cari jodoh dalam internet ja..heheh Tahniah kepada Abang Mat n kak Lyza yang boleh la nak kata clon nelydia senrose siet siket..hiks! boleh juga la nak kata muka nak iras Yatt sikeeet (statement perasan namati). sama tang PIPI ja..bambam..haha! tak caya?? meh tengok gambar kat bawah ni...renung skeeeet...tang mana yang sama?? hehe poyoooo~




Ni family baru diorang... harap sangat kak Lyza dapat jaga abang dan anak-anak buah Yatt macam anak-anak kak Lyza sendiri.. harap sangat kak Lyza dapat sabar dengan setiap kerenah budak-budak ni...harap sangat kak Lyza dapat bagi kasih sayang seikhlasnya kepada diorang...banyak sangat harapan......didik lah diorang jadi anak yang baik....kakak doakan yang terbaik untuk keluarga ni. InsyaAllah :')

back to the title, kenapa pengantin baru dan pengantin lama?? kerana "Duda dan Dara"
#JatuhCintaDenganBajuPengantin

Ikhlas dari Yatt yang turut bahagia nengok abang kandung bahagia



Saturday, October 5, 2013

Hati


Assalamualaikum



Kepercayaan itu mungkin tiada lagi....

Kesetiaan masih tetap di hati...

Kegembiraan semakin menjauhi...

Yang tinggal hanyalah sebuah memori...

Mungkinkah masih ada ruang untuk itu??? entah aku pun tak pasti. Yang hanya tinggal didalam kotak rahsia hati adalah sebuah impian. Impian yang memerlukan usaha dan semangat serta sokongan. Pinjamkan aku semangat itu, supaya aku tidak terkandas, supaya aku tak leka. Dan aku akan menjadi lebih menghargai dari segalanya. Apakah ini semua satu suratan? apakah ini semua satu ujian untuk aku terus bersabar? ya..Allah sayangkan aku..dan aku berhak mendapat yang terbaik. Rancangan DIA adalah terbaik untukku. Dan aku sebagai hambaNYA seharusnya redha dengan ketentuan itu. Walau hati terpaksa, namun aku yakin pasti ada kebahagiaan yang menanti aku disana. Kembalikan senyumanku agar aku tidak sepi keseorangan. Gapailah tanganku agar aku menuju ke jalan yang benar bersamamu. Jadikanlah aku bidadari syurgamu kerana itu adalah cita-citaku. 

Dengarlah rintihan hati ini wahai sang arjuna  



Monday, September 16, 2013

Pura-Pura

Assalamualaikum

Hello friends! almost 2 weeks Yatt kat Shah Alam, as usual kalau study dah confirm stress menguasai jiwa dan raga. Come on..nasib iman didada boleh dikawal..kalau tak suicide menguasai diri..muahaha! Masalah..oh masalah...satu per satu datang..dah selesai satu, datang masalah lain pulak..hurm dah lumrah hidup kan..tapi kita kena yakin, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Cuma sekarang Yatt perlukan kekuatan dan semangat untuk semua ni.. Alhamdulillah masih ada yang sudi memberi nasihat..masih ada yang mengambil berat..suka duka harungi bersama..tu yang dikatakan sahabat..kawan setia hujung nyawa.mihihi. Terima kasih sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan..mendengar luahan hati..bagi pinjam bahu untuk diri ini mengalirkan air mata..tsk..tsk..tsk..sobs sangat. Ketenangan dapat disitu walaupun tak lama..sekurangnya dapat lupakan masalah tu seketika. Mohon tak ada yang tambahkan lagi kekusutan ini. Diri ini perlukan kekuatan dan ketenangan..bukan keserabutan. Harap faham..






Tulus ikhlas dari Yatt yang sedang berpura-pura bahagia.






Friday, April 5, 2013

Tatkala Aku

                                                                        Assalamualaikum

Duhai hati, mohon tenang..mohon sabar dengan setiap dugaan di muka bumi ini, kerana sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Duhai jiwa, makanlah kamu dengan istighfar serta selawat keatas junjungan besar...sejukkan ia dengan ayattul quran..semoga kekuatan iman menjadi pegangan. Amiinn Amiinn Ya Rabbal Alamin~

 



 

Salam sayang dariku buat semua...








Wednesday, February 27, 2013

Entry Tadak Tajuk

Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ni baru dapat jenguk blog kesayangan ni. Broadband Yatt dah tak boleh guna lagi..hari tu dah blocklist, itu la suka sangat tangguhkan bayar bil-bil ni..hihik. Takpelah..ni pun guna broadband mak sekejap..mak baru je pergi bayar tadi. Masuk blog sendiri rasa macam..wah..blog aku..rindunyaaaaaa!!! T_T menangis sengsorang *kay aku tipu*. Rindu Yatt tak? ahahahaha! bajet macam semua orang kat dunia ni kenal Yatt kocik konet nih..memang tak lah kan? whateverrr~ yang penting Yatt puas sebab dapat juga update entry baru sebelum Yatt menetap kat Shah Alam mulai 3hb/mac/2013 ni...uwaaaaaaaaaaaaaaaa nak jauh dengan family lagi...jauh dengan buah hati pengarang jantung pisang tu lagi.. :"( sobs!.

Lately agak busy, yelah nak cari barang-barang bawak ke Uitm nanti..uruskan semua-semua yang berkaitan dengan Uitm tu..Alhamdulillah sikit-sikit dah selesai..tinggal lagi satu dua perkara saja lagi. Tinggal berapa hari je lagi nak tinggalkan Penang ni. Dah banyak sangat story yang tertinggal untuk diupdate :(. Haih macam malas pulak bila dah story disimpan-simpan. Kenduri kahwin Kak Linda pun dah selesai baru-baru ni..Alhamdulillah.. dan sekarang tengah fokus macam mana nak handle budak merap tu sebelum berjauhan dengan dia..hahahahah! :P.

Awak! Awak! dan Awak!!!!!!! mesti rindu Yatt kan?? nah latest pictures Yatt yang sihat walafiat nih..sihat lah kot cuma dua tiga hari ni kena makan bubur je sebab mulut sakit kena ulser yang luar biasa.. >.<.









Sekian dari Yatt yang sedang berusaha untuk meninggi dan membesar.. kuikuikui :P





Friday, February 1, 2013

Alhamdulillah ^_^

Assalamualaikum

Hye peeps! lamanya tak update entry baru...broadband Yatt tak boleh guna la awak, ni pun pinjam broadband abang Yatt sekejap tu pun sebab semalam nak check result ke degree macam mana. Just for short entry maybe, short la sangat kang mesti jadi long..huhu okay Syukur alhamdulillah Yatt ucapkan kepada Allah S.W.T kerana bagi peluang untuk Yatt lanjutkan pelajaran Yatt ke peringkat degree. Dari Pre-diploma science physics, dengan rezeki Allah dan usaha dari Yatt, serta doa orang terdekat terutama mak abah, habis 1 semester di UITM KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN, Yatt lanjutkan diploma Yatt di UITM MACHANG KELANTAN dalam jurusan Sains Kuantitatif. Haaa daripada science boleh pulak p ke matematik.. hihik. 6 semester dah pun berlalu..cepat ja kan? dan hari ni dengan izin Allah juga Yatt dapat lanjutkan degree dalam jurusan Matematik Pengurusan atau dalam english mathematic management. huhu. Alhamdulillah sangat-sangat memang kursus tu yang Yatt nak. 

Okay nak story sikit tentang kampus yang akan Yatt study nanti. Ade ke yang sudi nak membaca ni hah? huhu nevermind..taknak bace pun takpe.. :(. Tepat 10 malam semalam Yatt bukak portal kemasukan pelajat ke uitm..jantung ni dup dap dup dap..yela..mana la tau kot-kot la tak dapat sambung degree ke..tersalah isi borang pemohonan ke..tersalah pilih course ke..kang tak pasal-pasal permohonan ditolak. Dengan lafaz bismillairrohmanirrohim, Yatt pun tekan button semak lepas masukkan ic no. kat situ. sekali keluar macam nih kat bawah nih!


Lepas tengok "TAHNIAH, ANDA BERJAYA DITAWARKAN TEMPAT DI UITM", my first reaksi adalah.. Alhamdulillah..syukur sangat-sangat...tu belum baca yang bawah-bawah tu lagi. Okay then tengok ke bawah...ke bawah lagi....okay nampak Program "SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) MATEMATIK PENGURUSAN". Sekali lagi panjat syukur alhamdulillah....lepas tuuuu...tengok "KAMPUS TETAP UITM NEGERI SEMBILAN KAMPUS SEREMBAN 3". Ya Allah menangis terusss!!!! bukan menangis sebab bahagiaaaa tapi menangis sebab tak sangka akan balik ke negeri sembilan balik...jauhnya perjalanan nak ke sana...terus teringat waktu Yatt study di Kuala Pilah dulu.. boleh dikatakan 3 biji bas Yatt naik untuk sampai ke uitm. Bas pertama dari penang ke seremban, bas kedua dari seremban ke kuala pilah, bas ketiga naik bas uitm dari kuala pilah ke uitm. Susahnya nak balik kampung..lepastu bila cuti 3 ke 4 hari, orang semua balik kampung..Yatt duduk kat kolej..yela kalau balik, rasa macam tak berbaloi dengan tambang 3 biji bas...rehat pon tak cukup sebab perjalanan yg makan masa hampir 1 hari. Family Yatt pun tak boleh nak melawat Yatt. Ingat lagi.. mak abah cuma datang uitm kuala pilah tu hanya 2 kali..masa hantar Yatt mula-mula kat sana, dan masa nak ambil Yatt last dekat sana. 

Bila fikir-fikir balik eh ada ke uitm dekat seremban?????. tak pernah dengar pulak..try google...ouh rupanya uitm tu baru dibina dan Yatt akan jadi batch pertama yang rasmi uitm tu nanti. horeeeeyyyy!!!. Sama macam Yatt dekat Kuala Pilah dulu.. batch Yatt juga yang mula-mula rasmi uitm tu..masuk je kolej semua barang dalam plastik lagi..best!!!. So nakkan kepastian Yatt cari info lagi berkaitan uitm tu.. uitm seremban dijangka akan siap dibina pada 18 Januari 2014, bermakna mulai tarikh tu Yatt akan belajar dekat situ mungkin. So sekarang ni Yatt akan belajar di kampus UITM SHAH ALAM selama setahun. Yatt akan graduate kat Seremban. Apapun Yatt bersyukur sebab di beri peluang yang betul-betul bermakna dalam hidup Yatt. Ni untuk masa depan Yatt dan juga keluarga.. mak abah pun gembira dengan berita ni...mereka tak pernah rasa beban if Yatt nak study sampai PHD sekalipun. Tapi biarlah sampai degree dulu..kalau ada rezeki, Yatt nak buat PJJ sambung master nanti.. In Shaa Allah.. doakan Yatt ye...

Dan yang terakhir, Tahniah untuk kawan-kawan seperjuangan dengan Yatt..ada yang dapat tempat yang sama dengan Yatt..dan ada yang dapat tempat lain..course yang lain..walau jauh beribu batu..kita tetap kawan.. In Shaa Allah Yatt akan doakan kejayaan kawan-kawan Yatt.. 

rindu tak? rindu tak? kikikih >.<

#Kan dah cakap..short entry jadi long entry.. kbai :*








Monday, January 14, 2013

Yatt guna produk apa untuk kulit?

 Assalamualaikum

Hye.. hari tu ada orang comment dekat entry yang lepas-lepas mintak share macam mana Yatt jaga kulit. Haha! kay memang nak tergelak sebab Yatt tak lah jaga sangat kulit ni..bukan apa..malas dan rasa macam buang duit pulak beli produk mahal-mahal. Tapi tak bermakna tak jaga langsung...dah nama pun perempuan, mesti la ada juga pakai sikit-sikit calit sana calit sini kat muka nak nampak cantik..ye dop? >.<. Okay biar la Yatt share serba sikit apa yang Yatt guna untuk kulit Yatt nie...tak ada la elok mana..biasabiasa saja..maybe dalam gambar je nampak macam tu..kat luar lain...

Untuk pengetahuan semua..Yatt cuma guna product Safi Balqis je. Since Yatt sekolah..Yatt tak pernah cuba or gatal gatal nak guna produk lain walaupun ada yang promote product itu..product ini yang kulit nampak malatop kalah Siti Nurhaliza. Safi Balqis murah je..jimat cos sikit..hehe...Tapi rasanya kulit kita berbeza-beza kan..i mean kadang-kadang ada yang guna produk ni tapi tak sesuai dengan kulit.. huhuu mohon berani tanggung risiko la ek kalau nak cuba...takut nanti ada pulak yang salahkan Yatt...Banyak actually produk keluaran safi ni..tapi Yatt tak guna semua...haih Yatt student lagi..mana nak cekau duit banyak-banyak nak beli satu set...lagipun malas nak kelebek muka lama-lama..pecah cermin nanti..haha!. 

Ni Scrub..sebelum nak cuci muka Yatt guna scrub ni dulu..cuci untuk buang daki-daki dekat kulit muka. Jangan la tonyoh kuat-kuat sangat..kang merah kulit korang tu..silap-silap terkoyak kulit bagi yang kulit dah nipis..jangan amalkan guna scrub ni selalu...rosak kulit nanty..Yatt guna seminggu 2 atau 3 kali..

Ni pencuci muka Safi Balqis Perfect10. biasanya Yatt cuci muka 2 kali sehari guna pencuci muka ni. Bergantung pada korang la nak cuci berapa kali pun...haha!

Then yang ni TONER. Lepas dah cuci muka, sapukan toner ni guna tisu yang nipis tu.ape nama tah tisu tu..orang perempuan mesti tahu kan...hehehe
Lepastu guna Krim..tempek sikit-sikit jea kat muka tu...agak-agak selesa korang la..kang tebal pulak..then berminyak kulit...salahkan Yatt pulak...haha!



Hah! ni ape benda nih? hahaha ni bedak sejuk foundation nama dia..kikih. bedak ni kalau kita pakai..
tak payah pakai foundation dah..bedak pun tak payah pakai dah..kulit akan nampak rata dan cantik..jangan pakai banyak-banyak...Yatt tak suka pakai cream foundation sebenarnye..sebab nanti kulit berminyak. Jadi Yatt cuba pakai yang ini, Alhamdulillah sesuai dengan kulit..ada yang cakap bedak ni tak elok untuk kulit..kesah apa Yatt...Tok nenek Yatt pakai masa muda-muda sampai sekarang, okay je....eh before that sebelum dapatkan bedak ni, tengok tarikh luput dulu kay..sebab ada kedai yang jual bedak yang tarikh luput dan bedak tu dah jadi keras..so before ambil tu, goncang dulu botol tu..tengok bedak tu sebati ke tak.

Tadi Yatt ada cakap bila kita dah guna bedak sejuk kat atas tu, suppose kita tak payah pakai bedak dah kan..tapi Yatt tempek juga bedak sikit nak bagi rata..yela..bila kita pakai bedak sejuk, kita just guna jari kan..so nanti dah kering mesti ada part2 yang tak rata...jadi Yatt guna sikit jela bedak compact. Yatt biasa guna PIXY ye kawan-kawan. In Shaa Allah elok untuk kulit..pastikan pilih warna bedak ni sama dengan warna kulit..baru nampak natural beauty :)

Yatt jenis tak berapa suka pakai eye shadow..kalau ada majlis-majlis baru Yatt akan pakai.Tapi kalau keluar jejalan biasa ni Yatt just pakai celak pensel. Kadang-kadang pakai warna hitam..kadang-kadang pakai warna coklat..kadang-kadang pakai dua-dua sekali..kadang-kadang tak pakai langsung (kalau malas)..hehe! 



Then mascara penting okay...nak bagi nampak bulu mata melentik shantek gittuw...hehe 






Dua benda ni cuma untuk nampak muka berseri sikeeet...kang tak pakai kang pucat pulak ye muka..huhu, lipstick jenama "In2it" jadi pilihan Yatt..tapi tak pakai yang terang terang kay....kasi pilih warna yang lembut n nampak natural.. :). Kalau Yatt malas-malas gitu, Yatt just pakai Lip Ice sheer color. simple je kan?



okaaayy!! dah siaaap..boleh keluar jejalan...hehe >.<

ni gambar tanpa edit..seriusly tak tipu..macam nie saja Yatt...simple :')



gambar ni diedit sikit..sebab gambar original cerah sangat..pancaran matahari suluh muka..tak nampak batang idong..so edit kasi gelap sikit...bukan edit kasi hilang jerawat ke ape...tu parut jerawat dekat dagu pun nampak lagi..>,<


#daripada nak cerita pasal jaga kulit, terlajak cerita sampai ke makeup..apekah?? -.-!

sampai sini dulu....Assalamualaikum.. :)




Saturday, January 5, 2013

Ina 1st Giveaway

Assalamualaikum

Hye..Actually sejak kebelakangan ni Yatt mencari blog designer untuk buat full design blog Yatt ni. Hari tu dah jumpa designer tersebut, tapi akibat kekangan masa, designer tu tak boleh nak buat kan. Then semalam minta tolong cousin buatkan. Kodek punya kodek, lingkop blog Yatt.. :'( so sad. Tapi tak pelah, disebabkan dah habis kecomelan blog Yatt yang sebelum ni (perasan), Yatt edit a sendiri blog Yatt jadi macam sekarang. Teramat-amat simple. Kebetulan pula kawan baik Yatt (HANI) tag Yatt untuk join giveaway. Hoomaiii rasa macam tak layak pulak nak join segmen ni sebab segmen ni untuk blog-blog yang comel saja..blog Yatt dah jai macam ni..so howw?? macam tak layak la pulak..then rasa macam takda peluang je nak menang.. tapi takpela..join jela..menang kalah tu biasa la..redho jea..so, dengan lafaz bismillahirrohmanirrohim~


Klik banner atas ni kay sayangs


Awak di tag:


#Hopefully boleh la dapat menang bahagian lain kalau bukan bahagian kecomelan blog..nak adiah edit full blog.... :'( haha




Tuesday, January 1, 2013

Goodbye 2012 Welcome 2013

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik dah masuk 2013. Masa berlalu dengan pantas. Masih lagi terbayang zaman kanak-kanak dulu, main masak-masak..main aci ligan menyorok..haha! rindu semua tu..teringat lagi masa kecik-kecik dulu suka manja dengan abah. Bangun je tidur cari abah. Aku penghabis wang saku abah masa tecik-tecik dulu..suka beli cikedi-cikedi yang tak dak faedah tu. Then bila dah masuk alam persekolahan, lain pulak kenangannya..masih segar bugar diingatan setiap peristiwa manis pahit hinggalah aku berusia 21 tahun. Dan sekarang dah pun alam 2013, 9 ogos nanti masuklah 22 tahun usia aku. Macam tak percaya aku dah nak masuk 22 tahun. Perangai dah la kekanakkan, kalau orang tak kenal aku, mesti orang ingat aku ni sekolah lagi maybe (perasan kejap). Dah la kemetot, muka pra matang..perangai apatah lagi..argghh!! peduikan semua tu, aku tak sabar nak masuk 22 tahun nih haa...tua pun tak tua lah...mana ada manusia makin muda..semua akan berkedut juga..yang penting semua akan mati juga..cuma lambat dengan cepat saja..ajal dan maut kan ditangan tuhan..kita kena redho dengan ketentuan Allah :'). Dan masuk hari ni dah 2 tahun 8 bulan aku bergelar sebagai seorang blogger..lagy 4 bulan cukup 3 tahun..Alhamdulillah aku masih setia dengan blog kesayangan ni. Akhir kata, Happy New Year rakan blogger sekalian..azam tahun ni semestinya semua nak jadi lebih baik dari sebelum ni.. Jadi sama-samalah kita berdoa untuk jadi yang terbaik dalam setiap aspek..In Shaa Allah :').


Muka tak sesuai bila kenakan "half moon shawl" ni. Takpa, dh ada yang sayang pon haha! :P





Sekian, Assalamualaikum..