Sunday, June 14, 2015

Rapuh benar hati ini

Assalamualaikum...


Ujian demi ujian aku harungi. Bukan aku mengalah..bukan juga aku menidakkan. Tetapi aku tak mampu untuk mengungkapkan kata dari bibir kerana insan yang merupakan sebahagian besar dari hidup aku memilih untuk menikam hati aku tanpa aku sedar. Cantik benar sandiwara itu. Tak ku duga. Akan ku ingat setiap inci dari perbuatan itu sampai akhir hayat aku. Aku memaafkan namun tak mudah untuk aku melupakan. Separuh hati aku hancur. Jiwa aku lebih memilih untuk melihat apa saja sandiwara yang akan kau bawa untuk masa yang akan datang. Sungguh.. biar nampak jelas dari luar siapa kita sebenar.. daripada menjadi insan MUNAFIK!!!! baik dimata manusia, tapi busuk di dalam hati. Sedih mengenangkan insan seperti ini. Terlalu bnyak drama hinggakan kau mampu melagakan sesama kami dalam sebuah keluarga. Hanya Allah yang maha adil. What goes around comes around. Ingat.. Allah kabulkan doa doa insan yang teraniaya. 


salam sayang dariku,
YATT