Thursday, December 27, 2012

Cameron Highland :')

Assalamualaikum

Since aku menghupdate entry yang panjang berjela sampai orang letih plus nak termuntah ijau membacanya, aku jadi malas pulak nak buat entry baru. Opss bukan malas tapi kurang rajin je kayh. 25 Disember 2012, iaitu bersamaan hari selasa atau dalam bahasa inggeris tuesday, ni lah pertama kali aku bercuti. Haaa sedih kan??/Hey! kau ingat aku ni kuno sangatkah sampai pertama kali bercuti??. Maksud aku pertama kali aku bercuti sepanjang aku menggangur cuti semester yang gila panjang namati. Aku bercuti kat tempat sejuk okaaayyy!! jangan jellezz (buat supa p overseas). haha! aku ni tak berduit sangat..setakat bercuti dalam negara ja la..tu pun dah cukup...luar negara tak pernah sampai lagi..tapi berangan-angan la jugak nak ke obersi tu kaaan... ehem >.<. Aku ke Cameron Highland dengan family abang aku..tujuannya bukan nak shopping..tapi aku saja nak jadi tukang menyibok sebab aku nak tenangkan fikiran dengan tengok permandangan kat sana..dengan cuaca yang sejuk, tenang, memang sesuai untuk sesiapa yang nak relaks-relaks. Pergi sehari je pun..bertolak tengahari selepas zohor..then sampai sesudah maghrib. Alhamdulillah penginapan dah di tempah terlebih dahulu..sampai je di sana, kami dah boleh merehatkan diri di sebuah apartment. Jumlah yang pergi pon ramai..jadi rasanya apartment yang sesuai untuk muat satu keluarga. Apartment pun yang murah dan biasa-biasa saja..bayaran untuk apartment tu share sorang sikit..baru adil kan?. Kalau nak harap sorang je yang bayar..botak la kepala nanti..haha!. Ouh okay entry kali ni banyak gambar jea..jangan malas-malas nak scroll kay.... jom layan gambar-gambar aku yang gila posing serta sawan bila bersama camera..zaaassss!!!!!!




Ni masa dekat rumah lagi..tengah tunggu abang jemput :)

dah masuk apartment,posing dulu dengan adik ipar abang(kak Yany). Haa yang belakang tu la abang aku

masak ramai-ramai untuk makan malam, ayam percik dengan ikan bakar cicah air asam..sedapnyaaa!

Sayur kailan..nak buat kailan ikan masin :) nyum nyum..

taraaaanngg! dinner :)

sempat lagy posing kat dapur time masak.. masak keeerrr >.<

Budak nakal achu ni.. Irfan Qaleef

Dah kenyang kot masa ni...lepas basuh tangan posing lagik..haha

Keesokkannya before kuar jejalan posing dulu. Iman Qaleef mcm terpaksa ja amik gmbar dengan achu

Again with kak Yany, gila camera >.<

Habis posing dah.. :P

Risau sangat shayang achu terjatuh nanty..aku nak posing pun tak tenang asyik tengok dy

muka control ayu (sila muntah ijau sekarang)

candid kay, aku kalau tengok bunga memang suka senyum maybe..shantek :) walaupun cuma orkid
bunga tahi ayam pun bole~ 

ni bukan candid..ni posing tah apa-apa

si cantek and me

again...

suka tangga..nak posing mana-mana pun kalau ada tangga mesti aku nak posing kat tangga gak

angin sepoi-sepoi bahasa time nie..sejuukk~

tak sempat posing okay...

Yeay! love that kipas munga-munga kaler maler..nyesal tak beli!!!!!




#Aku suka kalerful,blocking.. kontra plus menarik okayy :)

Sekian~ trimasssss




Sunday, December 23, 2012

Chocolate chips cake

Assaamualaikum..

Hai :). Semestinya semua org tahu aku suka memasak. Ye! hari ni lagi sekali aku buat-buat rajin buat kek coklat sendiri. Wooww! ni pertama kali kay aku buat kek.. Alhamdulillah jadi jugak.... :) anak-anak buah tak sabar nak makan kek, asyik ulang alik buka peti sejuk je dok tengok bile la kek boleh makan..baru siap petang tadi, malam ni tgk2 dah tinggal ciput kek aku...hahah! lepas ni takyah beli kek dah..birthday sesape yg special nanti, boleh la aku buat sendiri.InsyaAllah...nanti nak belajar buat cupcake pulak...heheh...


#First time buat, so kek ni nampak tak cantik la.. :( comot..






Friday, December 21, 2012

Segmen : Up Traffik Akhir Tahun!

Assalamualaikum

Hai semua.. haa kali ni nak join lagi satu segmen oleh Nabila iaitu segmen "Up Traffik Sempena Akhir Tahun". Seperti yang Nabila cakap dalam entry dia, kalau nak up traffik kena la rajin-rajin blogwalking..hewhew semestinya aku nak jadi rajin.. InshaAllah. So, jom la kita join sama-sama ^^


Klik Banner atas ni okay? (Terima Kasih)

segmen ni aku nak tag dekat seeeeemua followers yang tersayang yang yang yang aku.. mmuuaahhhxxx!!!

# Tarikh tutup 30/12/2012 jam 2 petang. cepat-cepat selagi masih ada waktu :)







Nyum nyum~

Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ni sekali lagi Allah bagi rezeki untuk kami sekeluarga. Dapat makan best. Sebenarnya buka almari dekat dapur tadi aku ternampak ada Vegeroni. Pastu cepat-cepat pergi buka peti sejuk cari sos spagheti, tomato puree, mushroom button, daging cincang etc. Semua ada..then cepat-cepat aku masak (bajet rajin sebentar). Aku pun tak tahu apa yang aku masak sebenarnya, suka hati aku je campak-campak apa yang ada..tengok-tengok dah siap!!! 

taraaaaaaaaannnnggg!!!! (takmo bagi respi, bukan takmo share tapi buat secara spontan. maluuuuu )








Sunday, December 16, 2012

Terima Kasih sahabat :')

Assalamualaikum

Hey peeps :'). Huhu tengah tengah malam macam sekarang la baru rasa nak update blog ni. Biar lame-lame kang bersawang pulak..letih nak mengemas -.-! *macam la blog ni rumah*. Actually malam ni tetibe rase rindu yang teramat sangat dekat kengkawan UITM. Kawan yang mana setia bersama aku dikala aku susah dan senang, kawan yang memahami keadaan aku, kawan yang kenal luar dan dalam aku. 

Sejujurnya semester akhir aku di Uitm Machang Kelantan meninggalkan kenangan pahit dan ada manisnya terhadap diri aku. Yang mana berlaku sedikit salah faham antara aku dan sahabat baik aku sendiri. Dia sahabat yang sentiasa bersama aku dan tahu kegemaran aku, kebencian aku. Tapi satu tragedi berlaku antara kami dan membuatkan kami terpisah. Ya aku akui susah untuk membina satu perhubungan, bayangkan hubungan sebagai sahabat selama 3 tahun terputus, amat menyedihkan..susah untuk aku terima hakikat itu, tapi aku redha ketentuan serta ujian-ujian yang telah DIA limpahkan untukku. Aku percaya Allah sayangkan aku, sebab tu dia menguji aku :'). 

Final exam sudah hampir ketika tu, disaat itulah peristiwa tersebut berlaku..sangat memberi tamparan yang hebat dalam hidup aku. Inilah kali pertama dalam hidup aku berlaku pertelingkahan antara aku dan sahabat baik yang aku sangat-sangat sayang. Biarlah ia menjadi satu pengajaran dalam hidup aku supaya berhati-hati memilih kawan dimasa yang akan datang. Ya! aku rindu dia..aku menangis kerana rindukan dia..aku pernah rasa sunyi tanpa dia..aku pernah rasa sakit kerana dia..aku pernah rasa kosong kerana hilang sayangnya aku terhadap dia. Tipulah andai aku  lupa semua kenangan kami bersama..

Di saat aku kehilangan dia, aku rasa diri aku tiada siapa-siapa..aku hilang arah tujuanku. Tapi aku terlupa, bahawa masih ada yang berdiri dibelakang aku dan memberi semangat kepada aku untuk aku terus kehadapan. Mereka memegang erat tangan aku supaya aku bangkit bersama mereka. Aku kuat kerana genggaman tangan mereka, terima kasih sahabat-sahabat sekalian kerana sentiasa bersama aku disaat aku memerlukan. Aku rindu gelak tawa kita bersama. Aku rindu kemesraan kita. Aku rindu gurau senda kita. Aku rindu segalanya tentang kita. Percayalah sahabat, walau kita jauh dimata, namun hati aku, ingatan aku tetap pada korang semua. Walau kita jarang berhubung, namun aku sentiasa ingat pada korang... Terima kasih kerana mengajar aku erti kesabaran..terima kasih atas genggaman tanganmu..terima kasih kerana membiarkan aku menangis dibahumu. Terima kasih kerana pelukkanmu menenangkan aku. Terima kasih kerana menjadi pendengar yang setia untukku. 

#Lihatlah senyuman mereka yang telah menyerikan lagi hari-hari aku


Yaya | Tiqa | Aku (Yatt)


Bie | Aku (Yatt)



Yaya | Tiqa | Aku (Yatt) | Adawiah


Sentiasa dalam ingatanku :')


Yatt | Adawiah




















#Kenanglah daku dalam doamu wahai sahabatku..sesungguhnya aku amat merinduimu :')



Friday, December 14, 2012

Tentang Aku

Assalamualaikum


Setiap orang ada perkara yang dia suka ada juga yang dia tak suka. Even orang yang terdekat dengan kita pun belum tentu tahu kesemua kesukaan kita betul tak?. Kadang-kadang kita sendiri pun tak pasti apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka, WTF (What The Fenin). Haa meh sini kenali serba sedikit tentang aku.  * Choy..berblogging hampir 3 tahun baru sekarang nak bagitau tentang diri sendiri..haha! *.




Kegemaran | Kesukaan

  1. makan (ofcoz, terutama KFC, PIZZA HUT, MC'D, BIG APPLE, SECRET RECIPE, COOL BLOG)
  2. tidur (ofcoz, tapi kena ada teddy bear)
  3. online (Kalau takdak berukband dengan laptop or pc, patah jari la jawabnya)
  4. memasak
  5. suka budak-budak tecik omey-omey
  6. kekemasan
  7. suka kumpul barang silver (gelang,cincin,rantai..etc)
  8. anything yang comel-comel, handsome-handsome, ohsem-ohsem, shantek-shantek >.<
  9. kaler PINK 
  10. shopping (kalau takde duwit, window shopping pon boleh, janji shopping)
  11. Bergaya (makeup, dressup)
  12. bergambar (gila bila didepan camera)
  13. Suka bila dibelai, dimanja gittuw..
  14. suka pujian okaaayyy (awak jangan kate awak tak suke orang puji awak)
  15. Suka sangat bila ada orang ambil berat pasal kittew :D
  16. Aku suka tolong orang..rasa mcm satu kepuasan (tapi kalau sampai orang pijak kepala, aku takleh buat diam)
  17. Aku ni suka jaga hati orang (sometimes bila terlampau jaga hati orang, hati aku yang sakit)
  18. Gila punya suka kalau orang buat surprise dekat aku (rasa macam nak tergaru, teqiyak)
  19. Suka berkawan tak kira dengan sapa saja (tapi kalau dengan lelaki aku jadi pemalu)
  20. Aku mudah menangis (orang marah aku menangis, happy pon menangis, kdg2 org pun tak tau aku tgh hepi ka aku tengah sedih >.<)
  21. Suka lelaki yang sweet, romantik, baik, penyayang, tak cepat marah,caring.. :) (semua ada dekat Encik Sayang)
  22. Yang paling penting, aku suka mengutamakan family aku daripada semua (Bf aku pun tahu tu, FAMILY COMES FIRST)
#Cukup lah kot tahu apa yang aku suka, kalau nak list semua memang tak habis sampai tahun depan hehe


Tak suka | Benci | Meluat

  1. Benci orang yang hipokrit (depan kemain baik, belakang kutuk-kutuk, bajet bagus sesangat-sangatnyaa)
  2. Tak suka binatang yang berkulit lembab (katak, cicak, ular, cacing..euuwww geli)
  3. Tak suka kekerasan/kekasaran (nak bergurau okay, tapi biar bertempat, fikir hati orang sama)
  4. Tak suka gila makan sushi (yeerrkk nak termuntah)
  5. TAK SUKA DIPAKSA
  6. Tak suka orang control (tak kira la sape-sape pun, rimaaaas okayy)
  7. Tak suka orang usik barang aku (kalau mintak izin dulu takpela)
  8. Tak suka orang tanya soalan yang sama banyak kali sedangkan orang tu dah tau jawapannya (macam noob pun ada)
  9. Meluat bila orang compare aku dengan someone else (aku jadi aku, dia jadi dia, hang jadi hang. Okay?)
  10. Tak suka kelam kabut (aku sukakan keamanan..ceewaahh)
  11. Tak suka warna Hitam (dari kecik lagi aku anti hitam, taktau sebab apa tapi kalau campur dgn pink aku jadi suka)
  12. Tak suka menyusahkan orang (rasa serba salah)
  13. Tak suka berhutang, tak suka Minta hutang (tak sampai hati nak kutip hutang kat org)
  14. Benci gila kat Playboy
  15. Tak suka bermusuh (tak syiok)
  16. Tak suka durian (busuk tahuu? tapi kdg2 teringin gak nak rasa)
  17. Meluat dengan orang yang suka jaga tepi kain orang lain
  18. Tak suka sedih (tapi nak buat mcm mna, manusia tak selalu happy)
  19. Tak suka mamam ubat (tak sedap kay)
  20. Yang paling penting aku tak suka PEMBOHONG, PERAMPAS, PENDENGKI(err ade ke?), ETC...
#TAKE NOTE eyh.

huhhhuu banyak sebenarnye suka dan tak suka setiap orang ni haa, manusia ni tak pernah puas dengan ape yang dia ade..dalam erti kata lain, kepuasan manusia tidak pernah terhad..sometimes manusia berlumba-lumba nak jadi yang terbaik..tapi atas diri dan kemampuan masing-masing la kan?. Okay sampai sini dulu yee...jumpa lagy..salam :)

AWAK MACAM MANE PULAK? SHARE LAAA ^^





Wednesday, October 31, 2012

Masak memasak

Assalamualaikum

     Alhamdulillah aku baru je lepas masak memasak. Biasa la..tengah cuti semester kan..duduk kat rumah belajar memasak la..bila lagi nak belajar kalau bukan sekarang kan? umur pun dah 21 tahun, memang patut tahu masak memasak ni haa. Actually hari ni banyak menu masakkan di rumah, tapi yang paling special and first time aku cuba masak resepi nie. Macaroni cheese goreng. Sebenarnya aku bukannya rajin sangat nak masak ni.. tapi tadi mak aku beria-ria suruh aku masak untuk keluarga mertua aku. Aceceeceh Yatt..beria kau bermertua-mertua bagai..belum kahwin okay..tapi mak aku yang panggil macam tu..kira sporting la jugak walaupun mak aku tu garang macam singa auuummm!! haha.

      Dan aku pun beria-ria jugak la nak mencuba masak untuk diorang. Aku ada mintak resepi speghati dengan macaroni bakar dekat kakak cik abg aku tu..tapi oven dekat rumah tak dak la pulak nak bakar macaroni.. nak buat spagheti..mak aku pulak tak suka spagheti..jadi, Encik google la jadi tempat aku cari resepi macaroni cheese goreng nie.. Okay fyi, ni la pertama kali aku cuba resepi ni..tapi bukan 100 percent aku guna resepi tu..aku campur-campur dengan resepi yang kakak anis bagi..ni memang dah dikira cuba naseb la..kalau sedap,sedap la..xsedap...aku dapat malu la jawabnya.. hehe. Alhamdulillah menjadi..mungkin tak sedap macam org lain buat..tapi bagi aku, cukup puas hati..baby boo cakap family dia cakap okay..sedap ja.. siap memuji-muji lagy..k aku pun kembang bertalam-talam... huhh!! lega hati bila masakan aku menjadi.. banyak kali juga aku tanya, boleh makan ke tak..takut la kalau xsedap... seriously aku risau gila..yela, nak bagi orang makan kena la buat sedap-sedap.. tambah pulak keluarga mertua kan.. >.< *kejip mata banyak-banyak kali*. 

      Mungkin ada yang kata aku nie bajet ah..baru nak try masak macaroni dah kecoh-kecoh..huhu biarin la..aku seronok kot bila masakan aku menjadi.. yela sebelum ni aku belajar masak masakan kampung ja..ni first time aku belajar masakn barat..tambah pulak tok guru aku "Google". Aku masak sorang-sorang kot..kira ok lettew kan.. hehe apa pun alhamdulillah...


Taraaaaaanngg!!! nie la hasilnya.. selebihnya dah dihantar kat umah mertua.. haha! :P


ikhlas dari,
Yatt yang sedang rajin >.<




Friday, October 19, 2012

Tamat Sudah Cerita Diploma

Assalamualaikum W.b.t

    Hey you! i'm back.. patah jari weyh dah lama tak menghupdate belog kesayangan ni.. windu sangat taaau...hopefully korang-korang dekat sana yang selalu jengok blog aku ni sihat belaka la noh. Ok takmo nak panjang-panjangkan cerita..tapi rasanya banyak benda yang nak diceritakan.. sebelum ni aku berhenti sekejap update blog atas sebab-sebab tertentu..sebabnyaaa...taraaaaannngg!! huhh! sibok ja nak tau kan..huhu aku busy dengan final exam la.. k aku nak jerit kuat-kuat... nak bagitau semua orang yang aku dah  habis DIPLOMA!!!!!!  Alhamdulillah 3 tahun aku berjuang dalam diploma Sains Kuantitatif.. macam-macam dugaan yang aku hadapi.. dalam pelajaran, perhubungan dan sebagainya...demi masa depan..aku hadapi dengan tenang.. berkat doa, nasihat dan semangat dari mereka-mereka yang selalu ada disamping aku, Alhamdulillah aku mampu tamatkan diploma di UITM Machang Kelantan. Amiiinnn... semoga aku dapat sambung degree pulak nanti...insyaAllah..doakan aku tau kawan-kawan... :)

   Zaman Diploma aku dah tamat.. mungkin lepas ni aku dah susah nak jumpa kawan-kawan aku di uitm tu.. tapi aku yakin one day kalau dah memang jodoh kami..kami akan berjumpa juga..maybe masa degree nanti.. *angkat tgn tunjuk peace (^_^)Y*. Di Uitm Kelantan macam-macam yang aku belajar..bukan saja dalam pelajaran..tapi mengenai erti kehidupan.. suka dan duka jadi ingatan... peritnya memang tak terkata la... biasa la..sudah menjadi lumrah hidup kalau tersakit hati..terkasar bahasa.. terkutuk..ter..ter...n banyak lagi ter..tapi semua tu jadi pengajaran kepada setiap individu. Betul kata orang, zaman sekolah dah berbeza sangat dengan zaman IPT. Hidup berjauhan dengan keluarga.... huhu perit baq hang...aku ni boleh dikatakan tiap-tiap minggu balik penang..tak terfikir pulak 4-5 jam dari kelantan ke penang....disebabkan selalu sgt balik..rasa mcm dekat ja perjalanan tu..

Oke aku faham korang dah letih baca banyak-banyak kan? ok ok aku stop..tapi sebelum tu apa yang aku nak highlightkan kat sini, aku tak pernah berdendam dengan sesiapa.. andai aku ada buat salah..maafkan aku..andai aku terkasar bahasa..ampunkan aku...kawan-kawan tetap dihati aku...dan mereka....selalu ada disamping aku...terima kasih kawan-kawan.....yatt takkan lupa setiap kenangan kita... 3 tahun kita kenal..banyak kenangan manis dan pahit kita lalui..yang manis jadikan memori terindah..yang pahit,jadikan pengajaran buat kita bersama...dan bagi yang masih lagy menyimpan rasa hati terhadap diri yang serba kekurangan ini...mohon lupakanlah apa yang dah berlaku antara kita..kerana kita semua manusia biasa...yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan....

SAYA.......NURHAYATI ABDUL TALIB, MEMINTA MAAF DAN MEMAAFKAN SEMUA....



Ema | Yatt | Ada | Nik | Linda
(sebahagian daripada classmate aku)

Ikhlas,
Yatt comey.haha!








Sunday, July 1, 2012

Tahniah Irine Nadia :)



Waaaahhh!!!! happy nih....happy bila tengok blogger famous kita dah pun menjadi isteri kepada seorang insan yang sangat sepadan dengan beliau. TAHNIAH Irine Nadia.. semoga kekal hingga ke akhir hayat...Jadi isteri dan ibu yang solehah... orang kata alam berumah tangga ni dah lain sangat dengan alam bujang.. semoga Irine mampu bersabar dengan setiap dugaan dan cabaran yang mendatang.. insyaAllah saya doakan kebahagiaan korang.. Wuhuuu tetiba rasa nak kahwin...haha! kbai. 

# kepada yang belum kenal dengan irine, sila klik LINK INI untuk ketahui selanjutnya tentang beliau. huhu promote belog orang.


















Monday, June 18, 2012

Kau Yang Satu -Short novel-


*Cerita ini adalah kisah benar tentang cinta pertama saya yang masih wujud dihati saya, jemput baca*
     Kedengaran bunyi lagu 'What makes you beautiful' yang dinyanyikan oleh kumpulan One direction di telefon bimbit Maya. Dia tersedar dari tidurnya dan melihat jam menunjukkan pukul empat pagi. Dalam hati rasa berdebar apabila menerima panggilan seawal pagi begitu, namun tidak sempat Maya mengangkat panggilan tersebut, langsung terputus talian. Maya terus melelapkan matanya semula memandangkan keesokkan harinya dia harus ke kelas pada jam lapan pagi. Sejenak dia terlelap, tiba-tiba satu mesej masuk dari telefon bimbitnya, lantas cepat-cepat dia membaca. " Salam, ni Maya ka?". Dengan keadaan yang masih lagi mamai, Maya membalas mesej tersebut, " wslm, siapa ni?". Kemudian Maya mendapat balasan mesej dari pemanggil, " Ni Kak Yana, kalau betul ni Maya, Kak Yana nak col ". Maya sangat kenal dengan Kak Yana, Kak Yana adalah kakak kepada bekas kekasihnya dahulu...cinta pertama Maya yang sentiasa terpahat di dalam hatinya. Hati Maya terasa berdebar apabila mendapat mesej sebegitu daripada Kak Yana kerana sebelum ini, dia tidak pernah menerima sebarang mesej dari Kak Yana seawal pagi itu. Kak Yana terus menelefon Maya, dan memberitahu bahawa bekas kekasihnya Adam sedang sakit teruk di hospital, khabarnya Adam di tahan di ICU kerana ketumbuhan di dalam saluran pernafasan. Terkejut Maya apabila mendapat berita sedemikian, lantas terus mengalirkan air mata, kerana masih sayangkan Adam dia membuat keputusan untuk pulang ke kampung asalnya untuk menjaga Adam. Tetapi niatnya itu dihalang oleh keluarganya atas sebab-sebab tertentu. Namun Maya berdegil dan pulang juga tanpa pengetahuan keluarganya. Dia berniat untuk bermalam di rumah emak yang mengasuhnya ketika dia kecil. Dengan persetujuan emak mengasuh dan anaknya, Maya pulang dengan sehelai sepinggang kerana tidak mahu melengahkan masa. Ketika di dalam bas, Maya menangis sendirian meratapi penderitaan Adam yang terlantar di hospital. Terkenangkan kenangan lalu ketika mereka bersama apabila ketika Adam sakit, Maya yang menjaganya.. dan sekarang, Maya masih lagi ingin menjaganya..walaupun sedia tahu bahawa Adam sudah mempunyai penggantinya. Namun sebenarnya Maya hanya mampu berserah dan berharap hubungannya dan Adam seperti adik beradik walaupun suatu ketika dulu pernah menjadi sepasang kekasih.
       Kak Yana menghantar MMS gambar Adam ketika ditahan di dalam ICU.. katanya ketika itu mak mereka menyebut tentang kegelisahan Maya apabila mengetahui keadaan Adam yang kronik.. Adam mendengar dan terus menangis. Maya merasakan Adam sangat memerlukannya ketika itu, Maya menangis sepanjang perjalanannya ke kampung, dia berharap kedatangannya akan memulihkan semangat Adam untuk terus bersabar dengan ujian Allah. Setibanya Maya di kampung, Maya segera ke hospital Seberang Jaya untuk melawat Adam. Kak Yana memberitahu bahawa adik perempuan mereka sedang menjaga Adam di sana. Dan khabarnya Adam akan dipindahkan ke hospital Bukit mertajam kerana tiada doktor pakar yang boleh menguruskan dia. Kak Yana meminta supaya Maya menguruskan proses pemindahan tersebut, Maya akur dengan permintaan itu. Setibanya Maya di wad 7, Maya mendapati keadaan Adam teruk, sayu hatinya mengenangkan nasib insan yang dia sayang terpaksa mengharungi dugaan seberat ini. Dia meratapi wajah  lemah Adam yang sedang menahan sakit dan tidak bermaya kerana tidak makan selama 4 hari. "Ya Allah, seberat ini dugaanMu terhadapnya..Aku percaya ada hikmah disebalik apa yang berlaku", bisik hati Maya dengan tangisan tanpa diundang. Guard di situ mula memantau kerana masa melawat sudah tamat, kami di arahkan keluar meninggalkan pesakit, tangan Maya yang berpaut dengan tangan Adam tidak terlepas, Maya memberitahu Adam dia terpaksa pergi sekejap untuk meninggalkan Adam sendirian, namun Adam tidak melepaskan genggaman tangan mereka, hati Maya sedih dan terus meleraikan genggaman tersebut, keluar dan menangis melihat Adam dari jauh. Beberapa minit kemudian, selepas guard keluar, Maya curi-curi masuk untuk mendapatkan Adam kembali. Pukul 2.30 petang, Adam akan dipindahkan ke Hospital Bukit Mertajam, jururawat disitu meminta Maya menandatangani dokumen keluar hospital, tanpa berfikir panjang dan ingin mempercepat proses pemindahan, Maya menuruni tandatangannya dan bil untuk pembedahan harus dilangsungkan sebelum keluar. Maya dan adik Adam gementar kerana takut bil yang dikenakan mahal dan keluarga mereka tiada disitu..hanya Maya dan adik Adam sahaja yang berada disitu. Di dalam kepala Maya, bil pembedahan ini semestinya ribuan ringgit malaysia, namun setelah bertanya, hanya ratusan ringgit sahaja. Mujurlah Maya menyediakan sedikit wang di dalam dompetnya, dengan pertolongan Allah, Maya membayar bil tersebut menggunakan wangnya terlebih dahulu. Mereka masuk kedalam ambulance, Maya meratapi Adam yang terbaring, dia mengusap-usap kepala Adam untuk menenangkan Adam, biarlah Adam berasa tenang di pangkuannya disaat itu.
        Ketika di Hospital Bukit Mertajam, sedang Maya menjaga Adam, dikelilingi pula dengan keluarga Adam, tiba-tiba datang seorang perempuan bersama dua orang lelaki. Dua orang lelaki tersebut sudah sedia maklum dikenali oleh Maya, mereka adalah kawan Maya ketika sekolah dahulu, dan perempuan tersebut? oh itulah kekasih Adam yang menggantikan tempat Maya dihati Adam,Sara namanya. Sungguh baik kelihatan di raut wajah lembut gadis itu, kesedihan di wajahnya jelas terpancar, Maya mengesyaki gadis itu sudah sedia maklum mengenali siapa dia di hati Adam. Adam menyayangi Maya sebagai cinta pertamanya dan tak mungkin dia akan melupakan Maya, begitu juga perasaan Maya terhadap Adam. Biarlah masa lalu mereka menjadi suatu kenangan terindah tambahan pula keluarga Adam sangat menyayangi Maya seperti keluarga mereka sendiri. Dan Sara sangat mulia hatinya, menerima apa adanya ketentuan yang tercatat untuknya, dia merelakan kasih sayang Adam terhadap Maya mekar di dalam hati Adam. Namun ada sedikit kesengsaraan yang dapat Maya lihat dari mata Sara. Simpati Maya terhadap Sara sangatlah mendalam, sehinggakan dia tidak mampu untuk berada disitu demi menjaga hati Sara. Lalu Maya memberitahu Kak Yana bahawa dia ingin turun kebawah untuk mengambil sedikit udara segar, wal hal Maya tersiksa apabila melihat Adam dan Sara berdua di depan matanya. Maya mempercepat pergerakkannya kerana takut akan terlihat keluarga Adam akan air matanya yang menitis tanpa henti. Dia berlari anak, namun dikejar oleh Kak Yana, Maya tidak mahu Kak Yana melihat air matanya, dia berlari masuk ke dalam tandas, tetapi Kak Yana terus datang kepadanya dan memeluk Maya yang sedang keesakkan menangis, menenangkan Maya.. Dalam pelukan itu, Kak Yana juga turut menangis, dia memohon agar Maya bersabar. Maya beruntung kerana keluarga Adam sangat memahami hatinya, malah mereka ingin Maya dan Adam bersatu seperti dahulu, tetapi Maya cuba untuk menghalang hatinya untuk terpaut pada Adam kembali. Dia seperti menipu dirinya sendiri demi menjaga hubungan Adam dan Sara.
 
        Sejam kemudian, mak dan bapa Adam datang melawatnya, Maya kuatkan hati untuk naik semula ke atas dan berjumpa dengan mereka, tapi kekuatan yang dimiliki Maya tidak cukup, dia bersalaman dengan mak Adam dan berpelukan sambil menangis. Mereka menangis berdua kerana hati yang lara, Maya meminta untuk turun semula supaya tangisannya tidak berpanjangan dan akan merungsingkan Adam yang sedang sakit. Beberapa jam kemudian Maya naik semula untuk melihat keadaan Adam, dia terpaksa kuatkan hatinya untuk terima hakikat bahawa Adam bukan miliknya lagi. itulah kenyataan yang harus dia belajar untuk terima, dia cuba tidak menghiraukan Adam dan Sara, Maya sibuk berborak dengan saudara Adam yang lain, namun sesekali dia menjeling melihat pasangan kekasih itu. Betapa hancurnya hati Maya, tetapi inilah takdir, bukan salah Sara, bukan salah Adam. Sara tidak merampas Adam daripada Maya, mereka putus kerana takdir..dan mereka berjumpa juga kerana takdir. Maya berterima kasih kepada Sara kerana sepanjang ketiadaannya, Sara memberi kebahagiaan kepada Adam. Sara memang layak untuk Adam. Selepas Sara pulang, Maya menjaga Adam di hospital malam itu, dia merasakan seperti biarlah dia menghabiskan waktunya bersama Adam ketika Adam sakit, dan biarlah Adam berasa tenang disampingnya. Semalaman Maya menjaga Adam, Alhamdulillah Adam kelihatan baik, dia mampu untuk tersenyum kepada Maya, malah juga mampu untuk bergurau senda dengan Maya walau dalam keadaan sakit.. kemanisan gurauan mereka mengimbau kembali kenangan cinta mereka. Bahagia rasa apabila bersama. sehinggalah Adam keletihan, Maya membelai rambut Adam dan membiarkan dia tertidur dalam belaiannya. Maya menatap wajah Adam ketika sedang tidur, sayu rasa hati apabila melihat insan tersayang sebegini. Tangan Maya di capai dalam genggaman Adam ketika Adam tidur.. Maya membiarkan tidur adam terasa akan kehadirannya di situ. Biarlah Maya tidak tidur, tidak makan, asalkan Adam tak terasa akan kehilangannya ketika itu. Akhirnya Maya terlelap disamping Adam..
            Jam 10 pagi, Sara muncul di hospital, Maya mengalihkan tugasnya untuk menjaga Adam kepada Sara, akan tetapi sepanjang jagaan Maya kepada adam semalaman itu tidak diketahui Sara, mereka merahsiakan perkara tersebut demi menjaga hati Sara. Biarlah ia menjadi rahsia supaya tiada yang terluka, demi cinta mereka, Maya berkorban dan seperti perasaan Adam yang berbelah bagi untuk memilih diantara mereka. Tetapi Maya mengundurkan diri kerana tidak mahu membebankan pemikiran Adam. Maya merelakan hatinya pergi membawa jauh kedalam..melihat kebahagiaan mereka, sudah memadai buatnya. Apabila malam menjelma, sekali lagi Maya menjenguk Adam, dia sudah mampu melihat Sara dan Adam berdua di situ, itu malam terakhir untuk dia berjumpa Adam sebelum dia pulang ke tempat belajrnya di UITM Machang Kelantan. Malam itu sayu sahaja dihati Maya untuk meninggalkan Adam.. Dia menatap wajah Adam..mereka bertentangan mata, Maya mula menitiskan air mata, juga jelas terlihat air mata bergenang di mata Adam..mereka masih lagi bertatapan, Maya berharap agar kepergiannya itu membawa ketenangan didalam hatinya, "selangkah aku keluar dari hospital ini, aku redho dengan ketentuanmu ya Allah, semoga mereka berbahagia hingga akhir hayat", bisik hati Maya semasa menatap mata Adam. Tanpa membuang masa, Maya meminta untuk pulang, Adam ingin bersalaman dengan Maya, Maya turut dan mencium tangan Adam..begitu juga Adam.. perpisahan ketika itu disaksikan oleh emak dan Sara, berat untuk melepaskan.. tetapi hati terpaksa merelakan. kesedihan dan tangisan Maya dilepaskan didalam kereta milik sepupu Adam.. sepanjang perjalanan untuk pulang ke rumah sepupu Adam, emak Adam menenangkan Maya memohon agar Maya bersabar.. keluarganya yang lain juga memohon Maya berdoa supaya mereka bersatu kembali kerana sayangnya mereka terhadap Maya. Maya hanya mampu berdiam dan redho dengan ketentuan-Nya..itulah detik kesedihan cinta Adam dan Maya.. cinta yang wujud di zaman persekolahan..bertahun lamanya mereka bermadu asmara, namun akhirnya terlerai tanpa ikatan dengan hadirnya Sara yang memberi sepenuh hatinya kepada Adam serta merelakan cinta Adam terhadap Maya mekar dihati Adam. Biarlah masa yang menentukan segalanya.. hati kecil Maya menjanjikan Adam merupakan cinta pertamanya yang tak mungkin dia lupakan kerana kenangan mereka tersemat dihati mekar berbunga tidak mengira waktu. Dia sentiasa mendoakan kebahagiaan Sara dan Adam.