Monday, December 29, 2014

Hati

Assalamualaikum

Pukul 3.11 am aku masih lagi tak dapat lelapkan mata. Masalah demi masalah mendampingi aku hinggakan aku hilang arah tuju. Entah apa silapnya aku, hingga aku dihukum sebegini. Namun aku redha dengan ketentuan Illahi. Mungkin kerana dosa silam aku, Allah mengajar aku untuk menjadi seorang yang lebih berguna.. Allah turunkan ujian untuk aku ingat kepadaNYA. Masa silam tak mampu untuk aku hapuskan, namun aku hanya mampu untuk berdoa agar aku diberi ketenangan demi menuju ke jalan yang lebih diredhai. Aku hanya insan biasa yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Harapan demi harapan ditaburkan, pengakhirannya hanya Allah yang Maha mengetahui. Jika diberi peluang untuk aku putarkan masa, akan aku jalani kehidupan ini sebaik-baiknya bersemaikan kebahagiaan dan kegembiraan, tanpa mengecewakan satu hati, tetapi aku hanya insan biasa, yang sering melakukan dosa tanpa ada titik noktahnya. Maafkan aku andai aku pendusta, maafkan aku andai aku punca, maafkan aku andai aku dalangnya. Satu permintaanku, kenanglah aku dalam doamu.. semoga aku lebih tenang hadapi semuanya.. 

Dua hati satu cinta. Sukar untuk aku baca hati dan perasaan manusia hinggakan aku tak terdaya untuk memenuhi segala keinginan setiap dari mereka. Ada yang memendam, melepaskan kemarahan dengan tindakan, ada yang mendiamkan diri tanpa menghiraukan orang lain, ada pula yang terus menyepi membiarkan satu hati menagih kasih. Semuanya adalah lumrah kehidupan cinta manusia. Di manakah terletaknya kedudukan aku? adakah aku ditempatkan di satu hati yang benar-benar menjanjikan cinta sehidup semati seperti sepasang suami isteri yang bahagia?. Aku sendiri tak pasti dengan lakonan dunia. Semoga Allah membuka pintu hati ini untuk mencari jalan yang benar demi masa depan yang terbaik untukku... amiiin amiin ya rabbal al aminn.... 










Tuesday, December 16, 2014

Infinity Penghargaan

Assalamualaikum



Hai followers Yatt yang setia baca blog Yatt yang tak seberapa ni.. thank you so much sebab tanpa korang sedar, sebenarnya korang dah jadi pendengar yang setia kepada Yatt. setiap memori suka dan duka ada disini. Yatt mungkin seorang yang memendam rasa, tak pernah meluahkan melalui pertuturan, tetapi lebih memilih kepada penulisan. This is the way you know who am i. Ya! Yatt seorang yang mementingkan perasaan orang lain berbanding perasaan sendiri. Biarlah hati ni terluka, asalkan orang lain bahagia. Biarlah diri ini susah, asalkan orang lain senang. Hanya doa dan harapan mengiringi kekuatan hati ini untuk terus bersabar. Selagi Yatt mampu untuk tersenyum, Yatt akan terus mengukir senyuman..walaupun senyuman tu tak seperti yang diharapkan. Yatt bagi infinity bintang untuk followers Yatt, sebagai tanda penghargaan.. HUG! HUG! sayang korang... muahxxx!








Lots of love,
YATT sayang sumorang.



Sunday, December 7, 2014

November 2014 penuh dengan cabaran.

Assalamualaikum


Hye followers! sorry for late in updating this blog. Belanja gambar terbaru iols untuk open entry. fuhh! fuhh! bismisllah. Lately Yatt busy sangat dengan study sampaikan tak sempat nak menjengah blog sendiri. Final exam around the corner. For those people around me, please be nice to me..al maklumlah, waktu macam ni la nak stress. Penghujung bulan yang boleh dikatakan malang juga untuk Yatt. November 2014 ni, 2 kali Yatt eksiden. Eksiden sebab salah Yatt T_T... Yatt cium bontot kereta orang. Kali pertama berlaku pada 14/11/2014. Time tu hujan lebat sesangat, jalan sesak pulak. Kalau cerita dengan orang mesti orang cakap "hang main henset ni Yatt, sebab tu cium bontot kereta oqang". Sumpah tak!! tak main henset pun masa tu, jalan licin..dengan sesak macam tu.. car condition pulak tak berapa okay..maybe brek tak okay.. sehabis kuat Yatt tekan brek masa tu.. tapi apakan daya..Booom!! kereta Persona jadi mangsa. Nasib baik la kereta Persona tu tak kemek kat mana-mana. Masa tu tergamam sekejap, how could it be? Kuat giler kereta Persona tu sampaikan kereta yatt yang kemek teruk. huhh! *picit kepala sendiri walaupun tak pening*. Hujan lebat sesangat masa tu, dengan tenangnya Yatt bagi signal pergi ke bahu jalan. Lepas tu dengan tenangnya juga kekononnya cari payung lepastu keluar pergi dekat owner Persona tu.. tengok-tengok pakcik melayu mungkin sebaya abah Yatt. Cecepat buat muka sedih lepastu minta maaf. Haha! Nasib baik lagi sekali Pak cik ni baik.. dia tak marah pun..cuma minta nombor telefon je untuk berunding nanti. Takkan la nak bincang dekat situ jugak tengah hujan lebat macam tu.dengan pengang payung..how sweet Yatt dengan pak cik tu. Dah settle yang tu.

Kali kedua pulak, Yatt dari Shah Alam nak balik ke Seremban. Dah exit tol Seremban Port Dickson pun.. dah nak sampai rumah sewa pun..nak dijadikan cerita, time hujan jugak..jalan sesak dekat trafic light, ku cium bontot Myvi pulak.. adeh kali ni stress yang amat sebab Myvi tu kemek cikit..kete Yatt pun kemek..habis la aku.... cuak..terus menangis. menangis sikit jela masa tu sebab taknak la owner Myvi tu nampak.. tak cool la kan. Macam biasa kena amik nombor telefon. Lepas owner dah gerak, Yatt still dekat tempat kejadian, lepastu amik henset, dial nombor abah, dengar suara abah terus menangis teresak-esak. huwaaa T_T. Abah tak marah..abah suruh diam.."diammm..namo tiyak...abah ada ni,,takpa..duit boleh cari...yang penting kakak selamat." Lepas dah cakap pum pang pum pang cerita dekat abah sambil nangis macam budak kecik, letak fon. Fikir nak call sape lagi nih..tangan menggigil dah..hah!! Lepastu baru  teringat aku ada sepupu dekat senawang..pehal aku pergi call orang jauh..orang dekat ade..zzzz tu la namanya panik..haha!. Malam selepas kejadian, aku gerak ke senawang,. dah sampai senawang, ada pulak sepupu sepapat dari johor.. lepastu tetiba mak call cakap dah on the way dari Penang nak datang senawang. Huh!! rasa disayangi sangat..semua orang turun tempat iols, padahal bukan teruk pun eksiden..over je aku ni ahha!

Finally semua ganti rugi dah pun selesai.. Alhamdulillah dah boleh fokus pada study. kalau tak..asyik fikir je..serabut..hurmm dan untuk pengetahuan semua, YATT DAH TRAUMA+FOBIA bila follow kereta orang dekat-dekat. kalau sendiri bawa, dah tak berani nak follow dekat lagi..dah tak berani nak bawak laju lagi..sekarang dah jadi pemandu berhemah. harap maklum! okay lah kot sampai sini..penat menaip. nak taip proposal assignment lagi..nak taip entry blog lagi..haihhh busy bebenor iols sekarang.. doakan Yatt berjaya ye...semoga segalanya dipermudahkan..Ameeeeeennn..

till then, XOXO


sincerely from,
Yatt yang trauma+fobia 







Tuesday, November 11, 2014

Jika itu ketentuanNya

Assalamualaikum





Terkadang apa yang kita inginkan tak semua menjadi kenyataan. Semuanya adalah perancanganNya. Aku menginginkan aku mengharapkan tetapi aku juga meredhakan. Siapalah aku menolak takdirNya. Jika begitu..maka itulah.. Jika begini..maka beginilah.. Menurut sahaja apa yang dikehendaki walau sakitnya hanya aku yang rasai. Bersabar dengan setiap dugaanNya kerana aku percaya..manisnya akan bertemu jua akhirnya. Bahagia itu milik Allah.. Aku hanya meminjam untuk dunia.. Semoga semuanya dipermudahkan... Ameeeen 



Ikhlas dari,
Yatt yang tengah stress







Tuesday, October 28, 2014

Masih diberi peluang..

                   Assalamualaikum




Nyumm nyumm.. Sodap air Pandan Layer Tea kat atas ni kan? Sape pernah minum air ni? Sila angkat tetiak! Ngee. Ape kaitan air ni dengan tajuk entry? Dalam entry lepas aku ada cakap aku suspek TIBI kan? Meh nak cerita ciket macam mane boleh jadi sampai macam tu.. 

Masa cuti semester yang lepas, aku sakit tekak..batuk batuk sampai suara pun tak keluar..aku bercakap keluar angin je..kau bayamgkan betapa siksanya masa tu sebab susah nak berkomunikasi dengan orang. Masa tu baru aku sedar..macam mana sabarnya hamba Allah yang ditakdirkan bisu dan menggunakan pancaindera yang ada untuk berkomunikasi dengan baik. Aku yang sempurna dari sudut anggota dan pancaindera ni pun tak dapat nak berkomunikasi dengan baik apabila ditarik sekejap nikmat bercakap. Sedih.. Sebab aku rasa Allah dah tarik satu daripada nikmat yang Dia berikan kepada aku. Apabila masuk semester baru di Uitm, aku muncul dengan keadaan yang sama..batuk yang melampau dan semakin teruk. Sampai la satu ketika tu aku batuk sampai muntah keluar darah. Ya Allah..takutnya aku masa tu.. Sakit apa yang aku hadapi ni..tapi aku masih lagi berfikiran positif..dalam fikiran "ouh mungkin tekak luka kot". Keesokkan dan hari hari seterusnya, perkara yang sama terjadi tetapi semakin teruk. Apabila tiba waktu malam..badan aku jadi sejuk.. Menggigil dan sesak nafas.. Masih lagi muntah berdarah. Sampai la hari ke 5 aku dalam keadaan yang sama, aku tekad nak g check up. Sebab time tu aku dengar ura ura mengatakan musim berjangkit penyakit TIBI. Aku berharap sesangat kalau aku check up.. Doktor akan cakap batuk aku ni batuk biasa. Sebab aku dapat info juga penyakit TIBI boleh membawa maut. Selepas check di klinik.. Doktor cakap aku suspek TIBI..aku kena buat sekali lagi check up di klinik kesihatan Seremban untuk dapatkan keputusan yang tepat. Subhanallah masa tu hati aku ni sediiih sangat.. Takut yang teramat.. Dah sampai masa aku nak meninggal kah?? Aku manusia yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan.. Aku adalah pendosa tanpa noktah.. Maka aku berharap supaya aku diberi peluang untuk melakukan kebaikan dan diberi usia yang panjang.. 

Aku tak banyak kerenah, apa yang doktor cakap aku follow je.. Selalunye aku la orang yang paling degil nak dengar cakap doktor..aku la org yang paling degil nak makan ubat.. Tapi kali ni aku ikut jeee.. Sebab takut. Hahah!. Masa mula mula masuk dalam klinik, awal awal lagi aku dah dapat layanan yang xbest.. Staf kat situ agak K.A. Baru pergo di kaunter utk pendaftran.. Dah masuk ke tempat nak tunggu giliran.. Ade sorang staf perempuan ni tetibe jerit kat aku, "hey dik,awak kene letak kad tu dekat dalam bekas sebelah bilik doktor! Kalau tak macam mane doktor nak panggil name awk?!!!!". Err haah la kan.. Aku xpernah pergi ke klinik macam tu..jadi aku tak tahu macm mana procedure nak jumpa doktor. Ok fine.. Nampak la kebodohan aku kat situ..terserlah lagi kebodohan tu apabila nurse tu pekik macam tu bila bercakap dengan aku. Aku masih terseyum..terima kasih la kakak nurse..! Dah selesai jumpa doktor, doktor suro aku mintak 3 bekas dekat makmal untuk isi kahak..which is satu hari satu bekas dan kena hantar setiap satu selama 3 hari. Waktu pagi sahaja! Huh aku dah fikir..kalau waktu pagi dari 8-10 pagi aku ada kelas..macam mana aku nak hantar benda alah tu?? Fikir punya fikir..nasib baik la kawan kawan serumah sewa ada yang kelas tak same dengan aku. Jadi aku terpaksa mintak tolong kawan aku hantarkan. Masa kawan aku pergi hantar kahak tu, yelaa bila first time masuk tempat tu..dah tentu kita tak tahu macam mana nak berurusan..nak kena hantar dekat mana..jadi kawan aku pun pergi la tanya dekat kaunter..layanan yang sama dia dapat dari staf dekat situ. Masing-masing tolak kerja dekat orang lain sebab malas nak berurusan. Padahal cuma nak letak kahak tu dekat makmal je. Dah masuk kali ketiga diorang still macam tu..kawan aku naik angin laa..maunye diorang kena tengking. Haa amik kau!!! Dengan aku boleh lagi nak buat tak tentu pasal.dengan kawan aku..memang tak dapat la.. Haha! Lepastu baru la terhegeh-hegeh nak buat keje diorang..mintak maaf dekat kawan aku. Hmm kesian kawan aku tu.. Tak pasal pepagi buta lagi mood dah xokay. Hari yg seterusnya aku sendiri yang hantarkan kahak tu ke makmal. 

Selesai masuk hari ketiga, seterusnya aku kena buat Xray dan ujian darah. Ini yang paling kejam..aku rak rasa doktor yang amik darah aku time tu..mungkin MA.. Ya Allah kerek gilosss namati. Dia jerit panggil nama aku.. Aku pun pergi dekat dia dengan senyuman yang manis.. Masa tu aku bawak kawan aku, kekonon nak suro dy temankan aku..pegang tangan aku ke..bagi aku kekuatan sikit sebab aku ni penakut jarum..sekali dy cakap macam ni dekat kawan aku, "ni awak ni buat ape kat sini??!nak cucuk jugak ke ape?kalau xcucuk awk boleh keluar". Kawan aku pun kedek kedek la keluar tunggu depan pintu..kesian doh.. Lepastu doktor tu suro aku genggam tangan..aku tak dengar dia cakap ape..sebab aku dah hilang fokus time tu..dalam keadaan takut kan.. Aku pun buat dono jela..lepas tu dia marah aku.. "Genggam la tangan tu!!" Err terpinga pinga aku dengar dia marah. Aku da nak menangis kot..taham je air mata. Xsampai 5 saat selepas jarum masuk..aku tengok dia tarik darah aku kaw kaw punya tanpa rasa belas kasihan sikit pun..sakit gila baq ang!!!!! Huwaaaa menangis 😭😭 doktor tu kejam.. Dah la marah marah..lepastu kasar sangat..awak tu lelaki..jangan la layan perempuan macam tuu.. Sampai hati tauuu.. Selesai semua..sejam selepas tu aku dah dapat result daripada doktor.. Alhamdulillah aku tak sakit TIBI.. Aku Asma je..yang mana dah sedia maklum dari kecik lagi aku memang sakit Asma..tapi mak cakap masa umur aku 2 tahun aku dah baik dari Asma..tak sangka pulak masa umur 23 tahun ni tetiba datang balik penyakit ni.. Takpe ni dugaan untuk aku.. Doktor warning..aku tak boleh minum air sejuk.. Huwaaaaa aku da la suka minum air sejuk..air masak jaramg sekali.. Hilang nikmat "pandan layer tea" favourite aku... Sedih sungguh.... Jadi aku kena biasakan diri aku untuk kali ni dengan minum air yg tak ade ais.. Baik untuk kesihatan.. Doakan penyakit ni tak kritikal sampai kene sedut gas segala bagai tu..aku taknak...aku nak hidup normal macam orang lain..sihat walafiat... Amiiin... 

Ada cerita disebalik penyakit asma masa aku kecik kecik dulu..mak cakap aku dah kritikal masa tu..umur 2 tahun kalau tak silap.. Aku dah nazak..sampaikan orang dah bacakan yasin untuk aku.. Alhamdulillah aku diberi peluang untuk hidup..dan kali ni perkara yang sama berlaku lagi..dan aku masih diberi peluang kedua..terima kasih ya Allah..




Till then,xoxo





Ikhlas, 
Yatt yang mengidam air ais 






Wednesday, October 22, 2014

Wordless Wednesday

 Assalamualaikum


Wordless wednesday! dah lama tak update entry "Wordless Wednesday". Sebab wordless, jadi letak gambar je. Review from Yatt. 3 photographer yang berpecah peluh di lokasi semata nak shoot Yatt yang manyak songeh :P. Thank you so much!

Shoot from BY LL dan AIZUDDIN LEGACY
(klik link di atas)




















(klik link di atas)


















ikhlas dari,
Yatt yang gila photoshoot.




Friday, June 13, 2014

Pembenci couple contract

Assalamualaikum




Bismillahitrohmanirrohim..
Maaf andai ada terkasar bahasa..
Bukan niat dihati untuk membenci..tapi hakikatnya kebenciaan itu menusuk hinggakan aku terlupa siapa dia dan aku. Yang dinamakan wanita adalah dia yang menjaga kehormatan diri walau diri dihina dan dicaci. Yang dinamakan wanita juga adalah dia yang mencintai dan dicintai dengan setulus hati. cinta itu indah kalau disemai dengan keikhlasan,kejujuran, dan bersama menyimpan harapan untuk bersama. Sia sialah cinta andai tidak ada kesungguhan dan pengorbanan. Bercinta bukan kerana rupa tapi kerana hati. Bukan juga kerana harta tapi  erana dia. Terima seadanya andai itu sudah menjadi pilihan di titik permulaannya.

ikhlas dari,
Nurhayati Abdul Talib yang benci dengan couple contract.


Tuesday, May 6, 2014

Backstabber

Assalamualaikum.



Nah kemain besar gambar aku.. Lately suka warna merah..kalau boleh hari-hari nak pakai merah..tahu kenapa? Merah tu berani, merah tu garang, merah tu gagah. Sesuai untuk aku yang berhati lembut. Hati tisu sangat..sebab tu la kot kawan baik sendiri seronok tikam aku dari belakang kan?. Baik sangat kot aku ni..walaupun dah tau dia tak suka aku, aku diamkan je...baik sangat kot aku ni..walaupun aku tau dia benci aku, aku still boleh bermanis muka dengan dia, baik sangat kot hati aku..walaupun aku tau dia tikam aku dari belakang, aku still ingat dia setiap kali aku makan. "BUAT BAIK BERPADA-PADA" istilah yang aku selalu dengar dari kecil sampai la sekarang. Dan sekarang aku bukan aku yang dulu, aku akan pastikan orang lain takkan semudah tu pijak kepala aku. Bila perlu, kemain bermanis muka, di belakang aku macam macam kau mengata. siapa kau nak judge aku??? 

"SUKA MENEGUR KESALAHAN ORANG TAPI SUSAH TERIMA TEGURAN ORANG LAIN".. memang kau ni manusia jenis macam tu kot.. kau rasa kau cukup sempurna untuk itu? tak salah kau tegur orang, tapi kau kene fikir macam mana cara kau nak tegur. Kalau kau tegur dia dekat laman sosial like Facebook, kau tak rasa ke kau dah mengaibkan dia dengan orang awam, sekaligus kau dah buat orang yang mengenali dia dan kau tahu apa masalah yang korang hadapi. Memang setiap kali ada masalah kau kena update dekat facebook ek? cantik sangat perngai kau kan..kau block orang yang kau tak suka, lepas tu kau kutuk dia dengan status-status kau tu..motif??? yang takde kaitan dengan masalah kau pun kau block sekali..kau dah kenapa? melibatkan orang lain dengan masalah kau..tak pasal pasal pulak tu. 

Subhanallah Allahuakbar.. kawan yang macam mana lagi yang kita nak dalam hidup kita? Lengkapkah hidup kita tanpa insan bergelar sahabat? Aku mungkin nampak mudah untuk dipermainkan dalam soal hati.. tapi aku tak bodoh untuk menilai seseorang.. kau bermuka-muka dengan aku selama ni..aku tau..tapi aku memilih untuk diam..sebab apa?? sebab aku lebih mementingkan persahabatan dari segalanya. Aku berharap persahabatan tu akan kekal sampai ke syurga..tapi aku kecewa..kau musnahkan harapan aku..kau merosakkan segalanya.. bukan harapan aku sorang..tapi harapan kawan-kawan yang lain.. aku sayang kau hater.. tapi sumpah aku tak pernah sangka kau tergamak tikam aku dari belakang. Kau mungkin nampak baik dari luaran..tapi kau cuba muhasabah diri..setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.. dan aku admit kekurangan diri aku..aku terima kekurangan diri kau sebagai kawan.. tapi tu dulu..sabar manusia ada limit..dan sabar aku dah pon sampai ke limit tu..jadi maaf kalau aku cakap sekarang kau bukan lagi kawan aku..dan aku harap kau lebih belajar tentang apa itu persahabatan supaya apa yang berlaku diantara kita tak akan berulang lagi untuk masa akan datang.. be strong my dear! 




Ikhlas dari,
Yatt yang pemaaf 





Tuesday, February 25, 2014

Seremban 3, aku piiiii~

Assalamualaikum


Halluw! hey uols.. gelisah tak gelisah sangat la hati ni..malas bercampur serabut semua ada. Sekarang Yatt tengah dok kira berapa hari lagi saja Yatt dekat Penang ni, lepas tu dah start semester ke-5 sebagai pelajar degree di Uitm. Kalau dulu Yatt di Shah Alam, tapi kali ni dah transfer ke Uitm Seremban 3. Uitm baru okay...diulangi..Uitm baru. sekali lagi Yatt jadi 1st batch yang rasmi uitm tu. masa Pre-diploma dulu di uitm Kuala Pilah, haihhh balik-balik Negeri sembilan jugak Yatt menetap, agaknya jodoh pun orang Nogoqi jugak la kot -.-' . Siapa tau kan..dah asyik nasib ke negeri sembilan ja..jauh baq ang. Nak balik kampung pun susah..sabaq ja la..hurmmm. Kawan-kawan...doakan Yatt baik-baik di sana nanti..doakan kejayaan dan ketenangan hati Yatt...Yatt perlukan semangat dan kekuatan dari kawan-kawan semua. Terima kasih pada yang mengikuti perkembangan Yatt... untuk makluman semua, Yatt dah tak guna facebook lama, jadi semuanya akan di update di sini, twitter dan instagram.. :'(. Facebook baru Yatt ( NurhayatiAbdulTaib )  <--- klik sini. Nanti dah masuk semester baru mesti Yatt sibuk sikit, susah dah nak update..tapi inshaAllah Yatt cuba la ambil sedikit masa untuk belog yang tak seberapa ni..dah tak tinggal sawang lagi..penat nak cuci sawang banyak2..hiks :P. 

Untuk STALKER "_ _ _ _ _" , orang dah block dia kat whatsapp, and semua semua lah. orang rasa better takyah dah kot tau perkembangan pasai orang..dah tak penting dah sekarang. Orang doakan dia bahagia. InshaAllah kebahagiaan akan mai jugak kat orang nanti. Bubye...





Lots of love,
NurhayatiAbdulTalib



Monday, February 24, 2014

Yang dinamakan SAHABAT

Assalamualaikum

Ketika suka dia ada..ketika duka dia tempat aku mengadu. Bahu dia sering aku pinjam untuk meraih fahaman dari hati seorang wanita. Sedih aku hilang seketika, kembali ceria menyeri dunia namun hanya sementara kerana perit didada masih lagi terasa. Melihat kebahagiaan mereka, aku menadah tangan dan memohon agar kebahagiaan itu juga akan aku miliki. Ujian demi ujian Allah limpahkan, namun dalam hati masih berkata, "Allah sayangkan aku, Allah menguji supaya aku sentiasa mengingatiNya". Sumpah aku tak kuat, kekuatan aku bergantung pada semangat orang lain, aku cuba...aku cuba..namun aku kalah. Dan sekarang aku bangkit dari kekalahan itu, untuk menjadi seorang yang lebih kuat dalam menghadapi segala ujian yang akan datang.. semoga aku menjadi lebih matang dalam apa jua keadaan. 

Teman yang jauh di mata dekat di hati. Jarang bersua muka, tetapi sentiasa dalam ingatan. Shahani (Hani). pendegar yang setia.. segalanya dikongsi bersama. Perkenalan yang bermula di laman FACEBOOK, dilanjutkan dengan pertemuan yang baik. Dan sekarang sudah hampir 4 tahun usia persahabatan ini. InshaAllah ku doakan moga ukhuwah ini dipelihara sampai ke syurga. Terima kasih Hani untuk hari ini..menjadi pendengar, menjadi penasihat dan menjadi tempat untuk Yatt melegakan keresahan hati. Love u sahabat :').













Wednesday, February 19, 2014

New Me

Assalamualaikum

Hello sayangs! hey lamanya tak update blog ni..miss me? ouh thanks! i miss uols too. haha! woopss terover pulak, sorry. Sejak lama tak berblogging ni, macam macam yang berlaku, ada suka ada duka. Everything dah berubah, baik dari segi kehidupan, pelajaran, kekeluargaan dan cinta. No need to story all of them, yang penting hidup mesti diteruskan, pandang ke hadapan, sentiasa motivate diri supaya tak jadi seorang yang lemah dalam menghadapi setiap cabaran. InshaaAllah kebaikan dan kebahagiaan menunggu kita di sana. Well, semua orang berhak untuk bahagia. Allah menguji seseorang melalui pelbagai cara, seseorang yang bersabar insyaAllah berkat kesabaran itu akan dibalas olehNYA dengan kebaikan. Enough is enough! apa guna mengejar cinta insani andai cinta Allah tak kau perolehi. Walau diri  leka dengan duniawi, namun masih sedar dari sudut hati akan kelemahan diri. Alhamdulillah kita cuba perbaiki.  huh ni baru intro okayh. 

Matlamat dalam diri:

  • Sedaya upaya memberi kebahagiaan dan kepuasan hati kepada keluarga. Family comes first.
  • Belajar untuk dapat A bukan untuk lulus. ( nasihat seseorang kepada Yatt, thanks "M" ).
  • Capai cita-cita demi kebahagiaan bersama.
  • Berkawan biar jangan sampai orang pijak kepala kita. (tak boleh ikut sangat kata orang, kalau org suruh itu suruh ini semua buat. dalam erti kata lain "lurus bendul" maybe)
  • 2 tahun akan datang KAHWIN. hahaha! kalau dah jodoh tu sampai la. (kita hnya merancang)
Sudah la sikit-sikit..kalau nk list matlamat ni, banyak sgt..matlamat yang sebelum ni pon belum tercapai, tambah lagi dengan matlamat yang baru kan?? hihi . So, good luck to me and to uols!


**cuci mata sikit tengok gambar-gambar terbaru Yatt dan keluarga**

sebelum tu nak promote sikit, yatt ada buat bisnes sendiri..bisnes kecilan je..jual SATIN SHAWL.
So those yang rasa berminat boleh ke:

Instagram Yatt: nurhayati_0908 (<-- klik sini)



This is new me :)

Le'cousin

Le'big family 

Love you ABAH 

Walau hati sedih, namun masih mampu mengukir senyuman


Terima diri ini, jangan dihina, jangan di caci kerana aku lemah..lemah untuk menerima kesedihan, berikan aku kebahagiaan semoga aku dapat menapis sedikit demi sedikit kesedihan jauh dari sudut hati..


Lots of LOVE,
NurhayatiAbdulTalib