Saturday, March 21, 2015

Kuat untuk diri

Assalamualaikum


Mood sesedih sedang panas sekarang ni. Emosi kacau lately, hinggakan sekecil-kecil perkara pun boleh buat hati ini terguris. Korang pernah terfikir tak kita ni hidup di dunia yang macam mana? nampak macam Yatt bahagia tak sekarang? ya Alhamdulillah bahagia sangat... tapi dalam bahagia, ada dukanya. Dan duka itu hanya aku yang rasa. Hubungan yang ada benteng ditengah-tengah. Hubungan yang diminta untuk berpisah. Bukan dengan kerelaan hati, kami tetap bertahan..namun hanya kami yang faham peritnya menjalani hubungan ini. Doakan supaya hati ini tetap pada yang satu, kuat bertahan hingga tiba masanya nanti. Dengan siapa aku sekarang biar la menjadi rahsia aku... bahagia aku, suka dan duka akan aku cuba lalui dengan kesabaran. Biarlah senyuman ini terus terukir, hidup hanya sementara dan akan aku ceriakan hati ini walau ada yang melukainya. Semoga Allah mendengar setiap rintihan hati ini... 









love,
YATT






Monday, March 16, 2015

DENDAM?

Assalamualaikum



Hye! em em korang pernah terfikir tak hidup korang sekarang macam mana? manusia ni macam macam perangai kan? kekadang kita cuba untuk sesuaikan diri dengan semua orang, tapi orang tak fikir pun perasaan kita. Jenis yang pentingkan diri sendiri, sampai sekarang manusia macam tu ada di samping Yatt, tapi tah kenapa Yatt masih lagi bertahan untuk tidak putus silaturrahim dengan orang macam tu. Even menyakitkan hati, kau cakap lebih kurang ikut suka hati kau tanpa fikir pun perasaan aku, even kau tahu aku sakit tapi kau ignore perasaan aku, aku tetap nak kawan dengan kau. kejamnya kau kan manusia? hahaha! aku kuat maybe..kuat menahan rasa sakit, atau mungkin aku sayang sebab kau kawan, atau mungkin aku taknak hilang kau dalam hidup aku. haih manusia.... aku pun ada kurangnya, kurangnya aku apabila aku mudah lembut hati dengan insan bernama manusia. kau buat la jahat macam mana pun pada aku, hampir bunuh hati aku pun aku tetap terima kau jadi sebahagian dari hidup aku. Dendam? ouh tidak sama sekali. mulut mungkin cakap ya! tapi hati menidakkan. Senyum, ketawa. Itu yang aku mampu untuk menutupi rasa sakit. 



sincerely,
YATT


Tuesday, March 10, 2015

SKINCARE

Assalamualaikum

Hello sayangs! korang.. hurm hurm seronok pulak lately sebab misi tercapai.. misi apa tu?? ahaaa meh sini nak cerita, benda baik elok la kita share kan? rasanya sumorang tau Yatt ni suka nak cantik-cantik, nak jaga kulit.. nak jaga serba serbi pada diri ni..yela, diri sendiri sapa lagi nak jaga kan.. luar dalam kena jaga kay gugurls sekalian..penting ni!! penting!! bukan untuk sekarang saja..tapi untuk masa akan datang jugak.. mihihi~

Sepanjang cuti semester hari tu, sibuk sangat Yatt ni nak jaga kulit, tak cukup putih katernyeeeee.. lagi lagi masa cuti banyak shooting sana sini (ayat bajet retis gittuw) *meluat dengan diri sendiri*. Kulit ni asyik kena matahari, kusam pon ada.. jerawat tu asyik nak naik je... mujur la ada Sabun MARINE ESSENCE.. memang 100% yatt guna Sabun tu bagus untuk those yang ada masalah jerawat..parut jerawat.. testimoni sepah-sepah dah Yatt dapat..semua positif!! seronok pulak bila kita suggest kat orang guna sabun tu, then berkesan.. Yelah Yatt pun macam semua orang, masalah kulit ni kadang-kadang susah nak atasi.. tapi bila dah dapat penyelesaian, Yatt suka share supaya sumorang nampak cantik macam NORA DANISH! hahahahahha (nak jugak sebut ND sebab i adore her much!). So those yang rasa nak try sabun MARINE boleh whatsapp Yatt 01124334771. Yatt jual dengan harga kasih sayang.. niat nak tolong. Kita cuba, selebihnya kita serah pada Allah taala k...

Then kalau cakap pasal product kecantikkan..hurm apa yang Yatt pakai ek? dulu Yatt pernah pakai Safi Balqis, sejujurnya produk tu memang sesuai dengan kulit Yatt since sekolah lagi, then dah masuk Universiti ni, tengok orang pakai produk mahal sikit, Yatt pun nak...haihhh pantang tengok.. nampak cantik je terus nak try.. (cepat terpengaruh katenye). So masa tu Collagen plus vitamin E sangat femes emes.. Yatt try la.. sesuai beb!!! kulit iols licin lembut gittuw, tapi makin hari kan makin tua..kulit ni pun dah makin ketegaq.. setahun lebih kot pakai product tu, lelama dah macam tak okay.. so Yatt stop..until cuti semester yang lepas bersamaan dengan 2, 3 bulan yang lepas (ayat macam nak baca kalendar islam) yatt terjumpa product skincare BABIES BLINKS. Dok usha jugak produk ni..femes dimana mana... macam nak try.. memandangkan kulit dah tak berapa nak segak..so nak bagi segak balik.. masalah jerawat dan parut jerawat dapat diatasi dengan MARINE ESSENCE..masalah putih dan kulit kusam ni Yatt try dengan BABIES BLINKS 5 in 1.. Weaaaa!!!! nak habaq ni.. tak sampai seminggu lagi pakai.. hampa tengok la kulit Yatt jadi lagu mana...... OMG OMG OMG.. puas hati!!! Alhamdulillah... InshaAllah lepas ni kalau takde ura-ura cakap pasal product ni tak boleh guna, Yatt akan stick dengan BABIES BLINKS 5 in 1 sampai bila-bila.... serious berkesan! muka Yatt dah melepak macam kak limah uolsssss! hiks . Mohon percaya bahawasanya gambar-gambar di bawah ni Yatt tak edit... 

Kesimpulannya, SABUN MARINE ESSENCE & BABIES BLINKS sangat terbaik!! tapi yatt tak jual babies blinks eyh anak-anak sekalian... sabun marine essence ada.. kalau nak meh roger-roger.. 01124334771. banyak lagi faedah korang boleh dapat dengan menggunakan Sabun Marine Essence.

Yatt pakai rayban sebab Yatt pemaluuuu hahhaha!!! Maap kamera kami tak cun cam kamera ampa.kbai


















love,
YATT