Monday, May 18, 2020

Macaroni cheese goreng sedap!


Assalamualaikum.. haaa tengok gambar pun sistur dah terliur. Ni macaroni cheese goreng campak campak dan sedap marvelous.. makan sepinggan tak cukup. Mesti nak kena tambah banyak banyak lagi. Buat sebungkus macaroni pasta pun still rasa tak cukup k.. meh nak share resepi dekat hampa. Tapi sebab resepi sendiri, dia jadi masakan western campur melayu sikit hahah. So jom check bahan yang diperlukan.

BAHAN- BAHAN:
- macaroni pasta 1 pek 
- buah tomato 1 biji potong dadu
- cendawan butang 1 tin potong dadu atau potong nipis
- cili padi 20 biji potong bulat2 je. Kalau xnak pedas boleh kurangkan
- 1 tin sos spageti preego atau apa apa jenama lain. Kak yatt pakai tradisional preego. 
- 4 sudu besar tomato puree
- 2 - 3 sudu besar sos cili
- 2-3 sudu besar sos tomato
- 7 ulas bawang putih cincang halus ( utk menumis)
- 1 biji bawang besar cincang halus ( utk menumis)
- daging cincang (1 bgkus, kalau nak guna daging fresh pun boleh. Cincang halus)
- gula , garam secukupnya 
- mozarela cheese / apa apa saja cheese 

CARA MEMBUAT:
- basuh macaroni pasta bersih2 dan rebus dalam periuk bersama sedikit minyak. Minyak tu supaya pasta xmelekat antara 1 sama lain. Rebus sampai lembut ye..bila dh lembut, bilas dengan air dan toskan
- masukkan minyak untuk menumis ke dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar yg siap di cincang halus. Tumis sehingga terbit bau wangi
- bila bawang dh sedikit kekuningan dan wangi, masukkan daging cincang yg telah dibersihkan. Masukkan sedikit air supaya daging sedikit tenggelam. Masak sehingga daging empuk. 
- kemudian masukkan 1 tin sos spageti preego, sos tomato puree, sos tomato, sos cili dan 1 biji tomato yg siap dipotong dadu. Masak sehingga pecah minyak sedikit. 
- masukkan cendawan butang dan cili padi yg telah dipotong. Masak sehingga kuah sedikit kering. Sebab kita nak goreng.. bukan nk buat spageti kuah. 
- perasakan dengan gula, garam, kalau kurang masam, tambah tomato puree. 
- masukkan macaroni pasta yg telah direbus dan kacau rata. 
- hidangkan dalam pinggan yg sesuai, sagat cheese di atas macaroni goreng masa tengah panas2. Nanti lama lama cheese tu akan cair atas macaroni. Nak buat by layer pn boleh. Letak macaroni goreng sikit dulu, layerkan dgn cheese, lepastu letak macaroni lagi, letak cheese atas dia.. DONE! 

Senang je kan??? 

Tuesday, May 12, 2020

Udang sweet sour ala thai


Assalamualaikum, sesejak buat menu sweet sour ala thai ni, resepi sendiri.. suami dgn family suka makan.. alhamdulillah memang sedap. Pastu ada pulak yang minta resepi. So kak yatt berbesar hati nak kongsi.

BAHAN-BAHAN
- udang ( kuantiti terpulang.. sukatan pun mesti ikut kuantiti udang)
- sos cili 2 sudu besar ( kalau xckup nanti boleh tambah)
- sos tomato 2 sudu besar ( kalau xckup boleh tambah)
- sos ikan 2 sudu besar ( kalau xckup nanti boleh tambah)
- cili boh ( 3 sudu besar, kalau udang banyak.. nak buat kuah banyak, boleh tambah lagi)
- 1 biji buah tomato potong
- 1 biji bawang besar potong bulat
- 1 batang serai diketuk
- 6 keping daun limau purut
- daun bawang sebagai hiasan

BAHAN TUMIS
- 3 ulas bawang putih potong nipis atau cincang halus
- 6 ulas bawang merah cincang halus
- 2 ini halia cincang halus

CARA MEMASAK
1) masukkan minyak untuk menumis. tumis bahan bahan tumis bersama serai sehingga kekuningan dan terbit bau wangi..
2) masukkan cili boh atau boleh guna cili kering yg siap diblend. Masukkan sedikit air supaya cili masak dan pecah minyak ,biar  agak kering sedikit ye..
3) masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan. Perasakan dengan gula dan garam. Jika kurang rasa sweet sour, boleh tambah sos sos tersebut.
4)  masukkan udang, daun limau purut dan kacau rata sehingga udang masak.
5) masukkan bawang yg dipotong bulat dan buah tomato yg siap dipotong. Masak sekejap.
6) tutup api dan hidang.. boleh tabur dengan daun bawang

Monday, May 11, 2020

Masak lemak pucuk ubi udang


Assalamualaikum, hari ni nak simpan resepi masak lemak pucuk ubi ni. Haihh sapa yang xpenah makan, kena try. Mesti berselera makan tu.. sumpah sedap! Nak masak pun senang ja. Xbanyak bahan pun. Jom kita check

BAHAN- BAHAN

Bahan Tumbuk kasar

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup / boleh guna kunyit serbuk (kalau tak cukup nanti boleh tambah masa masak)
  • Cili api 20-25 biji ikut kepedasan yang korang suka
Bahan lain
- 1 batang serai diketuk
- 2 keping asam keping
- santan 1 kotak kecil (kalau xcukup lemak boleh tambah sendiri)
- air (jgn banyak sangat takut cair, dan jgn sikit sangat. Agak agak tenggelam bahan)
- stgh mangkuk udang kecil atau boleh guna udang besar. Ikut suka la byk mana pun. 
- 2 genggam pucuk ubi. Ambil daun sahaja.. tinggalkan batang. Bahagian pucuk paling hujung dan kecil, boleh amik sekali dengan batang yg lembut 


CARA MEMASAK
1) masukkan pucuk ubi ke dalam periuk berisi air penuh, rebus sehinga lembut. Cara nak tau pucuk ubi dah betul lembut, cuba koyak daun pucuk ubi tu. lagi lembut lagi sedap. Dah lembut, toskan dan letak tepi
2) masukkan bahan tumbuk kasar bersama serai, asam keping, setengah kotak santan dan sedikit air ke dalam periuk lain, dan rebus naik je semua sehingga mendidih. Sambil sambil kacau ye.. 
3) selepas mendidih, boleh la masukkan pucuk ubi yg siap direbus, udang, tambah air sedikit dan ejas kepekatan dengan santan dan warna dengan serbuk kunyit. 
4) perasakan dengan gula, garam atau serbuk perasa. 

Ok siap! Confirm terangkat bila makan ni. Selamat mencuba 

Saturday, May 9, 2020

Kelengkapan beg hospital ibu bersalin dan anak

Assalamualaikum wbt,

alhamdulillah barang kelengkapan hospital untuk bersalin semua dah siap pack. masa siap pack ni dah 30 minggu. sekarang dah 34 minggu baru rasa nak buat story ni. simpan buat kenangan. nanti untuk next baby, boleh refer balik heheh. 


sebelum nak pack, aku pun refer blog dan pengalaman orang lain. biasa la, ni pertama kali aku nak jadi seorang ibu. so aku kena banyak study dari pengalaman orang. so kat atas ni dah siap barang barang untuk baby aku. pek siap siap dalam plastik ziplock macam ni ikut hari lebih memudahkan aku sebenarnya. xpayah nak serabut selongkar beg cari barang nanti. harapnya membantulah. memandangkan aku pun berkemungkinan bersalin waktu PKP ( perintah kawalan pergerakkan), so aku memang kena independent dalam setiap aspek. tanpa bantuan dari keluarga. insyaAllah aku boleh. 

ziplock plastik tu aku beli dekat shoppe ja. 1pc 50 sen je. kualiti plastik pun elok. xmudah koyak. aku amik saiz 25 X 35cm. so korang yang tengah cari ziplocl plastik ni boleh search di shoppe ( ziplock matte transparent plastic storage). plastik ni memang untuk travel. ada mcm mcm saiz. so apa yang ada dalam setiap plastik tu?

LR , DAY 1, DAY 2, DAY 3
  • baju berlengan panjang 2 helai
  • diapers 2pcs (aku guna petpet, sebab murah sikit. baby kuat membuang time ni..so byk guna diapers)
  • kain bedung 1 helai 
  • topi 
  • mitten & booties 
  • barut (optional, xletak pun xpe sebab baby tali pusat belum gugur, tapi aku dah terletak sekali tu, biar jela.malas nak keluarkan dah)

EXTRA PLASTIC
Dalam plastik extra ni aku standby je, incase tak cukup kelengkapan tu. so aku letak,
  • baju 2 pasang tangan pendek 1, tangan panjang 1
  • diapers 3pcs 
  • mitten & booties 
  • kain bedung 1 helai
  • topi
OTHERS
Dalam beg plastik yg lagi 2 tu, aku letak keperluan lain

1 beg, aku letak 
  • minyak AOW (ni aku ganti dengan minyak telun. fungsi sama je dengan minyak telun, tapi aku lagi suka AOW ni. memang khas untuk baby)
  • baby wipes tissue. aku beli jenis ni sebab xda pewangi. insyaALLAH selamat untuk new born skin.
  • botol susu. ni aku standby je. tapi tak guna rasanya..sebab aku nak direct breastfeed anak aku nanti. 
  • botol spray air ( yg ni perlu. sebab nak cuci najis baby senang. dan dalam islam pun kalau kita cuci najis baby, kena melalui air yg mengalir. xboleh cuci dengan wipe tissue semata. so cara nak cuci tu kena betul. dalam gambar aku belum pe lg sbb masa ni aku belum beli spray air tu)
  • sabun mandi baby , bedak baby (aku amik yg Anakku punya brand. tapi aku xbawa yang set, sebab org yg lebih pengalaman cakap, nanti xguna lagi masa di hospital.so yang lain tu aku simpan asing)
next beg,
  • towel baby
  • selimut baby 
  • sapu tangan 2 pcs
ok settle bab barang anak, jom tengok list barang ibu pulak.



BARANG KEPERLUAN HOSPITAL IBU


barang-barang kat atas ni ada yang belum lengkap, tapi aku akan masuk list jugak walaupuan xda dalam gambar, so jom kita check

  • Baju 3 pasang. aku bawak lebih. korang nak bawak 2 passang pun xpe. aku memang suka prepare barang extra. baju tu aku pilih yang senang untuk aku nk breastfeed. baju yg berbutang tengah atau berzip tengah. 
  • skirt labuh @ kain batik. kain batik aku bawak sehelai je. skirt tu aku nak pakai masa nak balik dr hospital nanti. 
  • towel jangan lupa bawak. nanti nak mandi
  • tudung sarung 2 helai. bawa yang labuh sikit tutup dada. sebab nanti nak masuk LR, kena buka baju dalam..maluuuuuuu haha!
  • disposable panties . yang ni aku bawak je. panties biasa pn aku bawak. haha. sebab aku xtahu mana yang selesa untuk dipakai nanti.
  • stokin pantang. bawak jugak eh sepasang atau lebih. lepas je bersalin kena pakai. nanti sejuk
  • selipar ni perlu untuk ke tandas.
  • milk collector. yg ni perlu incase breast bengkak susu. jangan guna mesin pam susu. tak digalakkan kalau nak susu terhasil dengan banyak. sebaiknya MARMET atau guna milk collecor atau lebih baik diect feeding baby.
  • maternity pad. aku bawak 1 pek sahaja. xtau la cukup ke tak tu. harap cukup lah. 
  • breast pad kena ada ya. incase susu melimpah ruah, kang basah baju korang. so bawak dalam 10 pasang atau lebih. 
  • baju sejuk bawak jugak. malam malam takut sejuk di hospital
barang yang belum pek dan xada dalam gambar
  • minyak panas. guna untuk letak pada kaki sebelum pakai stokin. 
  • toileteries for mommy ( berus gigi, ubat gigi,sabun, shampu, alatan solek sikit, xda la muka tu pucat sgt nanti)
  • plastik baju kotor
  • power bank/ charger
  • surah yassin / tasbih digital , ni incase korang sakit sgt, drpd meraung jerit sakit ke apa sampai meroyan gitu, lebih baik berzikir la haha. 
  • Maternity bra ( ni aku beli yg breastfeed friendly. Tp xletak dlm gmbr ni sbb malu haha) 
so, aku rasa macam dah settle.. kekadang ada yang tertinggal, last minute boleh selitkan. yang penting siapkan awal keperluan ni. sebab nanti bila dah sarat sangat , xdela rasa letih nak buat semua. 


lastly, BEG MAKANAN

yang ni bukan begnak pergi berkelah pun. bawak je sikit makanan yang boleh isi perut ibu untuk lebih bertenaga masa nak meneran baby nanti. gambar xda, tapi aku dah standby siap-siap,
  • termos air panas
  • botol air masak
  • milo 3 in 1 , standby je byk pun xpe..
  • biskut, ni aku beli dalam pek kecik kecik, so senang nak letak dalam beg tu
  • kurma 
  • air zam zam

ok settle. tu saja lah kot.... :)

Doakan aku selamat dan dimudahkan bersalin nanti ye... maaf andai ada salah dan silap aku sepanjang korang mengenali aku. sesungguhnya aku manusia biasa yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan... 





Friday, May 8, 2020

Nasi Arab mudah dan sedap

Hi assalamualaikum, hari ni nak belanja resepi nasi Arab version mix. memang sedap. Suami i siap puji lagi cakap SEDAP... jom check bahan dan cara masak..



BERAS
  • 2 setengah pot beras basmathi direndam dengan air selama 1 jam, kemudian toskan

  • PERAP AYAM
  • 6 ketul ayam dibasuh bersih
  • Halia 3 inci : kisar
  • Kunyit 2 inci (guna serbuk pn boleh) : kisar
  • 1 sudu besar jintan manis : kisar
  • 1 sudu besar jintan putih : kisar
  • 2 sudu besar ketumbar : kisar
  • 1 sudu besar buah pelaga : kisar
  • 1 biji bawang besar : kisar
  • 6 ulas bawang putih : kisar
  • Serbuk cili 3 sudu besar (kalau xsuka pedas, boleh kurangkan) yg ni optional, xda pun xpe.. tpi nanti bila nasi dah masak, boleh titikkan pewarna oren 5 titik di 5 bahagian permukaan nasi. Dan biar selama 5-10 minit, kemudian baru gembur nasi. Biar ada warna sikit baru cantik 
  • perap semua bahan kisar dengan ayam selama 15 minit


REMPAH disangai dan dikisar kering 
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • 1/2 sudu besar bunga cengkih
  • 1/2 sudu besar lada hitam
  • 1/2 sudu besar ketumbar
  • 1/2 sudu besar buah pelaga

BAHAN TUMIS
  • 1 biji bawang besar hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih hiris nipis
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 kulit kayu manis
  • 4 bunga lawang
  • Daun pandan ikat simpul

BAHAN TAMBAHAN
  • daun sup 
  • Bawang goreng
  • 1/2 tin Susu cair
  • 3 sudu besar tomato puree
  • Air secukupnya mengikut sukatan beras
  • Kacang gajus & kismis (optional)
  • Minyak sapi 2 sudu besar

CARA PENYEDIAAN NASI 



  • Masukkan sedikit minyak masak dan 2 sudu besar minyak sapi ke dalam periuk nasi. Masak di atas dapur dahulu ye.. 
  • tumis bahan2 tumis sehingga terbit bau wangi. Jangan sampai garing bahan tumis tu, nanti pahit pulak jadinya
  • Kemudian masukkan bahan2 rempah yang dikisar tadi, tumis sekejap 2 minit.
  • Masukkan tomato puree 3 sudu besar
  • Masukkan ayam yg dh diperap skli dengan bahan perap semua..biar masak sekejap ayam tu
  • Masukkan susu cair 1/2 tin
  • Masukkan air 2 stgh pot (yang ni kena tengok sukatan beras. Agak2 je dulu. Takut nasi lembik sgt atau mentah) selalunya nasi 1 pot, sukatan air 1 setengah. So kalau 2 stgh pot, air 4 pot lah. Tp sbb dh msukkan susu cair dan air ayam pn dh keluar tadi, so masukkan dlu air 2 stgh pot. Kalau xckup nanti baru tambah masa nk masak guna periuk nasi elektrik.
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  • Masukkan beras yang  telah di rendam dan ditos.
  • Kacau dan biar semuanya masak sekejap kt dalam tu. Agak dah npk beras separuh kering, boleh tutup api dapur dan sambung masak guna periuk nasi elektrik. (Kalau periuk dah tendang, nasi belum masak, boleh la sambung masak di dapur dengan api yang perlahan. Pastikan tutup periuk tu)
  • So bila nasi dah betul2 kering boleh la potong daun sup tabur di atas nasi dan bawang goreng tabur di atas nasi. Siap! 
  • Bila nak hidang, baru gemburkan nasi guna garfu. Baru nasi tu xpatah.. 

BAHAN AIR ASAM TOMATO



  • 3 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 1 biji cili hijau
  • 1 biji buah tomato
  • 1 biji bawang besar
  • sedikit belacan
  • garam dan gula
  • us limau nipis ( 4 biji limau, masuk sikit dulu, xckup baru tambah
  • sedikit air masak ~ untuk mesin bahan
  • (campur semua bahan, mesin hingga halus dan hidangkan)
  • Last sekali kalau ada apa yg kurang boleh tambah la. Kurang msm, tmbh jus limau, kurang manis, tmbh gula. 

BAHAN SALAD



  • tomato 1 biji potong  dadu
  • Timun 1 biji potong dadu
  • Bawang kecik 2 ulas potong nipis
  • Cili padi 5 biji dihiris
  • Garam, gula & cuka
  • (Campur semua bahan atas, perasakan masin, manis masam secukupnya)