Monday, January 12, 2015

Tahniah BFF! Selamat pengantin baru Zamani & Yaya

Assalamualaikum

Haaaaiii, Meh kita cakap pasai kahwin meh. Seronok kahwin? mesti la seronok kan.. even though Yatt tak kahwin lagi, tapi takdela sampai noob sangat nak cakap kahwin tu tak best! haha. Kita tengok kawan-kawan kahwin pun kita dah seronok, apatah lagi kalau diri sendiri yang kahwin. Ye dak? 

Ok dah! takmau intro panjang berjela sangat, direct pada tajuk entry Yatt. Kawan baik Yatt Nurliyana as known as YAYA. Kenal kan kan kan? yang selalu follow blog Yatt mesti kenal, gambar dia kat sidebar blog Yatt pun ada ha. Kenapa dengan dia? dia dah KAHWIN T_T..... huwaaaa *menangis sedu-sedu* bukan sebab tak suka, tapi bahagianyaaaaaa... kahwin pulak dengan sepupu Yatt. haha!. Ingat lagi tak entry yang dolu-dolu, Yatt ada cerita Yatt kenalkan kawan baik Yatt sendiri dengan sepupu Yatt, ha inilah dikatakan jodoh, 3 tahun diorang ni berkasih sayang, akhirnya kahwin jugak....Alhamdulillah... 

Tapi yang tak bestnya, apa pasai ampa pi tetap tarikh time Yatt takdak???? *menagis sedu-sedu lagik*. Tarikh diorang nikah dan kenduri tak kena masa dengan Yatt, sebab Yatt tengah final exam. Tapi takpa, Yatt doakan ampa dua bahagia dunia dan akhirat. Serious rasa seronok bila berjaya jodohkan orang ni. hahah! walaupun diri sendiri gagal dalam bercinta, tapi tumpang bahagia tu daripada orang pun dah memadai.  Come on my boo, produce anak comey-comey untuk i.. hahahha! (orang lain susah payah, aku menumpang). 

YAYA, kawan since diploma di Uitm Machang, Kelantan. Banyak suka duka kami bersama. Bila Yatt sakit, dia jaga. Bila Yatt susah dia bantu. Dia seorang yang tabah. Sampai sekarang Yatt tak pernah lupa setiap memori kami bersama. Alhamdulillah daripada jadi seorang kawan baik, sekarang ukhuwah kami semakin dekat, kita dah jadi adik beradik la YAYA!!! heheheh sukanya~  

SUMPAH! Yatt menangis bila tengok gambar kahwin dia, bahagia tu terasa sangat-sangat.. syukur ya Allah.. Semoga Yaya dan Zamani bahagi dan sabar menempuh alam rumah tangga ni keyh.. KAK YATT sayang Yaya sangat-sangat. To zack, please take care of Yaya. Ada masa kita lepak bertiga lagi.. inshaAllah.....




P/s untuk diri sendiri: Akan tiba masa itu nanti.. harap hati ini bersabar dan tabah menempuh liku-liku kehidupan. Jodoh tu Allah dah tetapkan untuk kita, percaya dengan perancangan Allah. Lambat atau cepat, jodoh itu pasti akan sampai juga. Kecewa tu perkara biasa dalam kehidupan. Tak lengkap hidup kalau tak tempuh rasa kecewa. Bahagia itu yang kita idam dan inginkan. Tapi kita manusia, suka dan duka tu harus kita tempuh dengan penuh rasa sabar. Terima kasih Ya Allah kerana menjadi aku seorang yang kuat. 



ikhlas dari,
Yatt bahagia.





Sunday, January 11, 2015

LIVE UPDATE

Assalamualaikum

Live update...! currently at McDonalds. Huwaa bosan namati. Baru lepas exam tadi..Lepas tu kekonon nak cecepat balik senawang, Sekali dah sampai Senawang rumah sepupu, tetiba sepupu pergi Kuala Pilah. Omaigaaaad! acano nak masuk rumah..kunci takde. Sejam melepak luar rumah, lepas tu dah taktau nak buat ape dah..mati akal, tak toqah dah hidup.. start kete terus datang mekdi. 
Dah sampai mekdi, kaki pulak terpijak minatang apa tah.. tajam baq hang.. ibu jari berdarah T_T.. capit-capit aku berjalan.. dah la sorang-sorang.. forever alone sangat. Keep calm, biasa dah dugaan macam ni bila sorang-sorang.. Yatt kan tabah! huhu. 

okay nah lanja sikit gambo kite kat mekdi.. sengsorang~ ada yang nak teman??? meh aaa 

Ada cerita.. hurmm Yatt tau, ramai yang masuk blog Yatt ni kebanyakkannya cuma nak dengar lagu dalam blog ni.. hahah! mana Yatt tau? sebab ada la 2, 3 orang yang mengaku sendiri dekat Yatt, suka dengar lagu lagu dalam blog ni, kekadang Yatt ni malas nak update entry, tapi dorang masuk jugak blog Yatt semata nak dengar lagu. Ok nevermind, serius Yatt tak kisah.. Sebab Yatt memang malas ciket nak update entry. Korang rajin masuk sini pun dah kira ok, maksudnya korang ingat dekat Yatt. THANKS!. 
Semalam ada orang request dekat kite letak lagu banyak-banyak dalam blog ni.. katenye nanti nak pegi keje dia buat keje sambil dengar lagu dalam blog Yatt. Wah! hahahah hani.. oh hanii... lawak kawan baik Yatt sorang ni. Atas permintaan, Yatt letak la lagu-lagu favourite dia.. so sesape yang rasa malas nak search lagu kat youtube, malas nak download ke.. meh request sini meh, Yatt letak lagu yang korang suka. Tapi yang best-best, dan masuk dengan jiwa Yatt jela ek.. hehe... So sekarang dalam blog ni dah ade banyak lagu....korang boleh klik-klik je lagu mana korang nak dengar.. mengikut mood entry pun boleh.... 


Macam mana nak dapat playlist macam kat atas tu dalam blog Yatt? nampak tak "SCM Music Player". Bawah sekali dekat dalam blog Yatt? hujung sekali sebelah kanan ada bentuk bulat. haa klik situ. so enjoy the musics!


 ikhlas dari,
Yatt yang baik hati! haha




Saturday, January 10, 2015

Coretan Hati

Assalamualaikum



Sedikit coretan hati untuk pegangan pada diri sendiri.

Sampai bila kita mesti disakiti?
Sampai bila kita nak hidup berendamkan luka?

Jika Allah dah titipkan kekuatan itu dalam diri, MOVE ON!
Sia-sia hidup kita jika penuh dengan kesedihan.
Kita juga berhak Bahagia. 
Manisnya senyuman diukir dibibir. Jangan sesekali kita padamkan senyuman itu.

Dah lama aku tak ketawa untuk bahagia. 
Dah sampai masa aku bangkit.
Sedarlah hidup ini hanya sementara. 
RUGILAH kita kalau tak gunakan masa kita dengan kebahagiaan.

Kesian pada hati sendiri dek kerana sakit demi sesuatu yang belum pasti.
Look forward, follow the flow.
Kerana Allah menjanjikan sesuatu yang terbaik untuk hambaNya. 
Jangan pernah ragu dengan perancangan Allah.

Kalau rasa sunyi, fikir kita ada family, ada kawan-kawan, ada Allah.
Kalau bersedih, mengadu pada Allah. Ya! walau tak nampak di mata, tetapi Allah mendengar.
Dia menguji kerana Dia sayangkan kita.
Sabar itu indah. 

Kesabaran menjanjikan kebahagiaan. 



Nukilan hati,
YATT. 




DUGAAN and REVIEW SHAWL

Assalamualaikum

Hai! pejam celik pejam celik dah pun nak habis final exam. Malam ni Yatt curi sedikit masa untuk update blog kesayangan ni supaya tak bersawang macam dolu-dolu lagi. Taktau nak update apa sebenarnya, sebab dalam kepala otak ni fikir hal lain, tapi tetiba tadi masa tengah kodek-kodek blog orang, kodek-kodek facebook, terfikir pulak nak cakap pasal dugaan sepanjang minggu final exam ni. Haih kesabaran yang tinggi sangat diperlukan apabila Yatt ditimpa demam panas masa minggu pertama nak exam. Ouh no! Always like that.. demam time exam. Kesian kat diri sendiri T_T. Nasib la ada saudara yang dekat dengan Yatt kat negeri sembilan ni, jadi ada la orang nak jaga, disebabkan demam yang melampau, sampai 3 hari tak boleh bangun dari katil, sampaikan makan minum pun orang kena letak depan mata, nak makan makanan sedap sedap sikit pun tak boleh sebab ulser yang melampau dalam mulut sampai tak mampu nak mengunyah makanan. jadi makan rutin cuma bubur. SEDIH!!!! kurus kering Yatt sekarang. Daripada berat 40kg sekarang dah jadi 36kg. 4 kg turun beb!!! dalam masa seminggu makan bubur. sesape nak kurus ce ar try buat macam ni.. kompom kurus. Yatt nak gumokk balik..nak berat 40kg balik....tak best berat camni... doakan Yatt sihat..sekarang ni demam dah kebah sikit, cuma batuk je lambat baik.. doakan selera makan Yatt bertambah... Yatt dah tak sakit-sakit lagi.. hati pun senang..exam dapat jawab dengan baik..pastu berjaya dunia dan akhirat.. insyaAllah... doakan tau tau tau... momoah ciket! :* shayang sume... 





nah lanje gambar ciket.. bukan sekadar gambar..trapi review untuk CANDY SHAWL "BYANISWANY". Mane korang boleh dapat shawl kiut miut cenggini? sila follow instagram beliau (byaniswany). Shawl dia custom made tau... kain berkualiti dan yang paling penting memenuhi ciri ciri muslimah. inshaAllah... bukan setakat shawl ni je ada... kalau nak tau kaknis ada juga buat jubah... seshantik sangat jubahnya.. so kalau nak tau lebih lanjut sila la follow instagram beliau...jangan bosan tengok muka cik Yatt dalam instagram dia ek ek ek.. hahah! ok babai.





Ikhlas dari,
Yatt nak sihat!!




Tuesday, January 6, 2015

GO DIE?

Assalamualaikum

Tak ku sangka tak ku duga kejamnya dia. Dia yang ku anggap sahabat, dan ternyata sahabat itulah yang menyatakan kebenciannya pada aku hanya kerana insan bernama lelaki. Apa yang kau tau tentang hati? apa yang kau tahu tentang cinta? jika hanya dengan satu hati kau tak dapat menghargai, inikan pulak 2, 3 hati yang telah kau nodai. Indah pada sudut luaran, tetapi dalaman ternyata busuk. Jika daripada 100% kau benci aku, maka 400% aku benci kau. Kau tak seperti yang disangka, tak seperti yang orang lain nampak. Aku tahu, maka dengan itu aku diam. Andai aku tahu, aku sebarkan.. kau rasa indah lagi tak nama kau di mulut orang lain? Allah tahu. What goes around comes around. Jika kita tutup aib orang, maka Allah akan jaga aib kita. dont worry my sweet n nice friend! i'll keep your secret. But dont you ever disturb my life and my everything. don't u ever!!! i can be nice for you, but for awhile. Persoalannya. APA SALAH AKU DEKAT KAU? thanks! 





#Manusia tak pernah rasa bersyukur dengan apa yang dia miliki sekarang. kasih sayang yang diberi, melebihi dari yang diperlukan, tetapi masih lagi mencari kasih yang lain untuk dijadikan bahan kepuasan. kau fikir hati manusia ni mainan??? kau nak hidup berapa lama lagi kat dunia ni dengan semua game kau? bangkit la sahabat. aku tak kisah kau benci aku, tapi aku nak tau apa sebabnya. kalau alasan kau tu  munasabah, aku minta maaf, tapi kalau alasan kau macam "****_***". you can go die. 





sincerely from, 
Yatt always in LWMBZ.



Thursday, January 1, 2015

2015 bersama hati yang baru.

Assalamualaikum

Selamat tinggal 2014, selamat datang 2015. 

2014 banyak mengajar aku erti kehidupan, banyak mematangkan aku dari pelbagai aspek. Dah tiba masanya untuk aku patah balik pada detik pahit manis aku dulu, imbau kembali dimana kurangnya aku dan perbaiki segalanya. Aku bersyukur kerana dikelilingi dengan orang yang sayangkan aku hinggakan aku tak sedar kasih sayang tu sebenarnya bernilai dalam hidup aku. Kalau dulu, aku anggap mudah, sayang hanya satu perkataan, which is semua orang boleh sayang. Tapi sayang yang sebenar-benarnya macam mana?? 

KAK LINA binti ZAINAL. Seorang yang aku anggap like a real sister, dia banyak memberi nasihat pada aku soal hati. Walaupun masa kami berborak tak lah lama, tapi memadai untuk aku faham apa itu kehidupan. Aku sangat-sangat berterima kasih pada dia sebab membuka hati dan pemikiran aku untuk mengenal the real life. "KITA KENA SAYANGKAN DIRI KITA DULU, BARU ORANG LAIN BOLEH SAYANG KITA". Selama ni mungkin aku tak sayangkan diri aku, aku terus biarkan hati aku disakiti dengan orang di sekeliling aku. Sikit pun aku tak ubati hati ni. Kalau bukan aku yang ubati luka dihati ni, siapa lagi kan?. Dari situ timbul kesedaran dalam diri aku, kesiannya pada hati aku.. terlalu banyak luka dan parut dek kerana CINTA yang sia-sia. Subhanallah T_T. Semoga aku diampunkan Allah kerana mengatasi cinta manusia berbanding DIA yang Maha Esa.

KAK FYFA, dah memang sejak aku pra diploma lagi dialah kakak aku, dialah yang selalu bagi aku kekuatan, walaupun jarak kami sangat jauh, tapi hati kami dekat untuk memahami hati dan perasaan antara satu sama lain. Nasihat demi nasihat tak pernah putus aku terima daripada dia. Setiap dari kata-katanya buat aku terfikir, siapakah aku? inikah aku? Dari situ juga aku terfikir, bahawa aku adalah seorang yang tabah, setiap ujian yang aku tempuh, aku jalani dengan penuh kesabaran dan kekuatan. Tapi kekuatan aku berpandu kepada nasihat-nasihat orang lain. Sejujurnya aku bukanlah seorang yang independent. Aku terlalu bergantung pada orang hinggakan aku tak mampu untuk mengheret diri aku ke landasan aku yang sebenar. jadi mulai sekarang, i'm a new Yatt. Pengalaman mematang pemikiran, bukan sahaja usia... itu yang aku belajar dari pengalaman pahit manis sepanjang aku hidup. 

FAMILY, ini yang paling penting dalam hidup aku. Dimana, apabila aku tengah down, mereka selalu ada untuk aku walaupun jarak jauh. Dimana mana saja mereka sentiasa mmberi semangat, di facebook, group whatsapp, sampai menitis air mata aku baca setiap satu persatu nasihat dan kekuatan yang diberikan dari setiap dari mereka. tak kira tua dan muda. Dari situ juga aku sedar, walau apapun yang terjadi, walau sejahat mana pun kau, walau hina mana pun kau.. keluarga takkan pernah buang engkau. Kekuatan kita ada pada mereka. Aku sayang keluarga besar aku... aku sayang sangat-sangat.. maaf andai aku berdosa. Maaf andai aku terleka, Maaf semuanya.......


                                 
Sini aku selitkan kekuatan aku dapat dari sebahagian besar family aku. ada lagi dalam group whatsapp. Terima kasih tak terhingga kerana menyedarkan aku pentingnya sebuah keluarga. sejujurnya sebelum ni aku buat hal sendiri ja..tak tau apa itu erti keluarga yang dimaksudkan... 
I LOVE MY FAMILY.



Untuk semua kawan-kawan yang follow Yatt, minta maaf andai ada salah dan silap Yatt sepanjang 2014 dan sebelumnya. Segala kekhilafan Yatt harap diampunkan, kerana aku pendosa tanpa Noktah. Bersama air mata, Yatt akhiri entry kali, sekali lagi ucapan selamat menyambut tahun baru 2015 kepada semua. Doakan moga apa yang Yatt hajatkan untuk diri Yatt akan tercapai.. inshaAllah...



Ikhlas dari,
Yatt.