Tuesday, November 12, 2013

Nilai Persahabatan

Assalamualaikum

Aku ni bukanlah kawan yang sempurna, kadang kala aku tersakitkan hati kawan-kawan aku, kadang kala aku terguris hati dengan kawan-kawan aku, even benda kecik pun kekadang tu aku terasa hati tapi aku memilih untuk diam dari bersuara, walaupun bediam itu tidaklah baik untuk diri sendiri tetapi baik untuk orang lain. So, adalah lebih baik aku menjaga hati dan perasaan orang lain, hati aku kira belakang kira lah..senang cerita aku ni mudah terasa dan mudah okay. syiok kan ada kawan macam aku nih? hiks. So sapa nak jadi kawan aku sila angkat ketiak sekarang.

Berkawan biar infinity. Hidup tanpa kawan..korang rasa boleh ke? aku tak rasa korang boleh hidup alone. Tak lengkap hidup seseorang kalau tak ada kawan. Kawan ni mencorakkan kehidupan.. kawan yang macam mana? kawan yang macam-macam.. cuma bergantung pada diri kita samaada kita dengan kawan tu sekepala ataupun sebaliknya. Apapun nilai persahabatan ni perlu dihargai, tak kiralah kawan yang macam mana sekalipun. Aku ramai kawan..tapi dalam ramai-ramai kawan yang ada..yang mana satu yang ingat aku?? yang mana satu selalu ada bila aku susah dan senang? yang mana satu yang suka berkongsi suka duka bersama aku?. Alhamdulillah setakat ni daripada ramai-ramai kawan yang ada, sebahagian daripada mereka masih pedulikan aku..masih ingat aku dan masih sayangkan aku. 

Salah seorang daripadanya ialah Beela. Budak ni dah bertahun tak jumpa aku..sejak aku keluar daripada Uitm Kuala Pilah, aku dah lama sangat tak jumpa dia. ouh lupa pulak introduce sapa dia dengan aku..kawan yg macam mana? hehe dia kawan serumah dengan aku..serumah tapi bukan sebilik. walaupun begitu, dia sangat rapat dengan aku..sangat manja okaaay...rasa macam diri ni kakak kepada dia..padahal umur sama ja. Alhamdulillah tahun ni dia berubah..dah pun berhijab..im proud of you sister.. love you so much!. Setelah 3 tahun tak jumpa kalau tak silap aku, ni la jadi pertama kali juga la kami jumpa balik..having fun together..pergi makan..jejalan..sepanjang perjalanan mulut ni pot pet pot pet bercakap haaa..maklum la dah lama xjumpa..so banyak la ceritanya. Sebab dah lama tak jumpa tu la kisah dulu-dulu masa kat Kuala Pilah pun terkeluar balik..imbas kembali zaman muda mudi..hiks bajet macam da tua je sekarang kaaaan..euuuww nyampah tau ngn kak bedah ni. Habis cerita tu, sambung pulak cerita in future...pasal kawen..haaa topik best la kalau pasal kawen...bajet nk jd tetamu vvip la..buat kat hotel la...berangan je lebih ktorang ni haaa..haha suke sangat kalau borak dengan Beela..walaupun berdua, setiap apa yang diceritakan mesti akan ketawa...seronok sangat.. :) 

Apa yang nak aku simpulkan kat sini, tentang nilai persahabatan..walau macam mana sekalipun kawan kita tu, kita cuba terima dia seadanya..kerana itu adalah dia... jangan cakap-cakap belakang, jangan ambil kesempatan atas kebaikkan kawan kita..dan yang paling penting..menghargai dia...kalau tak romantik sekalipun untuk tunjuk rasa menghargai tu, buat la sesuatu yang boleh nampak diri tu menghargai. banyak cara kaaaan..fikir sendiri...haha! So hidup tanpa kawan sangat tak best!! jadi marilah berkawan...hiks babaiiii...