Tuesday, March 31, 2020

Resepi rendang ayam sedap!

Assalamualaikum. Time PKP ni memang tak de keje lah ye semua orang.. hari hari fikir nak masak apa sampai stress. Kak yatt percaya mesti ramai yang buka resepi nak masak. Yang tak pandai masak tiba-tiba jadi pandai masak. Yang malas, tiba tiba je jadi rajin. Hehe ada baiknya jugak ye PKP ni.. alhamdulillah.. moga covid-19 cepat hilang dimuka bumi kita.. jom kak yatt nak start resepi ayam masak rendang ni. Kita check dulu bahan-bahan yang perlu ada untuk masak ayam masak rendang.

Sedapnye laa rendang ayam ni.. 
hidangan untuk 2-3 orang makan

BAHAN-BAHAN

  • Ayam 6 ketul (kak yatt guna 3 ketul je ayam dan potong 2, jadi dapat 6 ketul. Ayam saiz besar)
  • Bawang besar 1 biji*
  • Bawang kecil 6 biji*
  • Bawang putih 3 ulas*
  • Halia 2 inci*
  • Kunyit 2 inci*
  • Serai 3 batang( 2 batang untuk kisar* , 1 batang ketuk)
  • cili kering 10-15 biji* (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
  • bunga lawang 1 
  • Kulit kayu manis 1
  • Buah pelaga 3 biji
  • Kerisik 3 sudu besar
  • Santan 1 cawan
  • Daun limau purut 2 helai buang urat tengah
  • Asam keping 1-2 keping
  • daun kunyit 1 helai untuk hiasan
  • Gula melaka/ gula merah/ gula perang
  • Garam/ serbuk perasa
Kisar halus bahan yang bertanda *

CARA MEMASAK

  1. Bersihkan ayam dan letak tepi
  2. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis serai ketuk, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Tumis sekejap sahaja dan terus masukkan bahan bahan yang telah dikisar halus. Masak sehingga pecah minyak sedikit.
  3. Kemudian, masukkan ayam yang telah dibersihkan. Gaul sebati dengan kuah.. Tutup kuali dan biar ayam masak sekejap. Air ayam akan keluar masa ni.
  4. Bila ayam dah masak, masukkan santan. Kalau rasa kurang lemak, boleh tambah santan lagi ikut citarasa korang. Masukkan sekali dengan kerisik. Gaul sebati dan biar pecah minyak lagi. 
  5. Apabila ayam dah cukup masak dan pecah minyak, boleh la masukkan asam keping, gula melaka , daun limau purut dan serbuk perasa. Perasakan  ikut citarasa anda. Masak lagi sehingga kuah agak kering sedikit dan minyak berlenang. Kalau suka rendang berkuah, xperlu masak lama lama. 
  6. Setelah masak dan siap perasa, taburkan daun kunyit yang dihiris nipis ke atas rendang tadi. 


So siap sudah rendang ayam tadi... alhamdulillah boleh dimakan dengan nasi atau ketupat.. nasi impit.. hehehe. Hari ni kak yatt buat rendang ni makan dengan nasi lemak. Laaaagi sedap! Selamat mencuba yaa.. 

Sekian terima kasih 😉

Monday, March 30, 2020

Resepi Lontong Nasi impit dan sambal ikan bilis sedap!

Assalamualaikum hai, hari ni kak yatt share resepi lontong untuk hampa. ada orang panggil kuah lodeh, ada orang panggil lotong. mana mana ja la..janji rupa dia sama dan sedap. Selalunya lontong ni dimakan dengan nasi impit dan semestinya kena ada kuah sambal. tak kisah la sambal daging ka, sambal ayam ka, sambal bilis ka. Janji sambal.. baru rasa lagi sedap. So untuk resepi ni kak yatt share dengan sambal ikan bilis je. Tu pun suami kak yatt makan tambah sampai 2 mangkuk. Jom kita check bahan-bahan yang perlu ada.


noted, resepi ni untuk makan 5-7 orang (semangkuk sorang)
BAHAN-BAHAN 
  • Nasi impit
  • ikan bilis
  • bawang besar 2 biji*
  • 4-5 batang serai (1 untuk ketuk, selebihnya untuk kisar)*
  • kunyit hidup 2 atau 3 inci*
  • halia 2 atau 3 inci*
  • lengkuas 1 inci*
  • 2 sudu besar udang kering*
  • cili padi 5 biji*
  • tempe potong dadu
  • soo huun (rendam dulu kasi lembut sebelum masak)
  • fuchuk (rendam dulu kasi lembut sebelum masak)
  • santan 1 cawan 
  • air 4 cawan
  • serbuk perasa @ garam
  • 1 asam keping
(kisar bahan yang bertanda *)

SAYUR-SAYUR (ini terpulang pada korang nak letak sayur apa pun) kak yatt guna,
  • carrot 1 batang potong tebal
  • brokoli
  • kubis
korang boleh letak sayur lain seperti kacang panjang, bunga kubis etc. nak letak udang pun boleh. tapi resepi ni kak yatt tak letak udang. kalau letak udang, kupas habis udang dan letak last sekali masa mendidih. 

sebelum start masak kuah lontong, boleh start rebus nasi impit dulu. kak yatt guna brand adabi sebab bau wangi pandan.. 1 pek ada 30 biji kecik macam dalam gambar ni. so korang rebus je agak berapa orang nak makan. cara nk rebus xpayah cerita la eh.. xkn nak rebus nasi impit pun xtahu...tapi pastikan nasi impit betul-betul masak. mavam mana nak tahu padat dan masak? dah xnampak bentuk nasi sebijik-sebijik dalam plastik tu. 



ok jom start melontong pulak,
 


  1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk, serai ketuk dan masak sampai mendidih sekejap
  2. bila dah mendidih, masukkan 3-4 cawan air, kalau kurang boleh tambah lagi ye.. jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.  masak hingga mendidih lagi. masa ni dah boleh masuk siap-siap sayur yang keras macam carrot dan masukkan tempe.. jgn panik dulu kalau tgk warna pucat atau terlalu cair yeee
  3. masukkan santan. kalau rasa kurang lemak, tambah santan lagi. time ni korang boleh nampak warna kuah bertukar jadi kuning susu. kalau warna kuning xckup menarik, sila tambah sikit serbuk kunyit sampai warna jadi cantik, jangan risau rasa tu tak menjejaskan pun. 
  4.  lepastu masukkan sayur sayur lain yang siap dipotong
  5. masukkan soo hoon dan fuchuk yang telah direndam ( soo hoon dan fuchuk ni akan pekatkan lagi kuah korang bila dah kembang dalam kuah)
  6. bila sayur semua dah lembut, msasukkan asam keping dan boleh perasakan dengan serbuk perasa atau garam. ikut citarasa masing-masing. dan tutup api setelah siap.


sambal ikan bilis boleh buat macam selalu korang buat sambal-sambal lain.... lagi manis dan pedas lagi sedap..

BAHAN-BAHAN SAMBAL


  • ikan bilis 2 genggam (rendam dan bilas dengan air dulu 2 kali)
  • cili kering 10 biji*
  • bawang besar 2 biji ( 1 untuk di kisar*, 1 untuk potong nipis tumis)
  • belacan 1 inci*
  • air asam jawa sedikit ( anggaran sebesar ibu jari )
  • gula garam dan perasa
Kisar bahan yang bertanda *

CARA MEMASAK
  1. dalam kuali, panaskan sedikit minyak masak untuk ditumis
  2. tumis bawang yang dipotong nipis sehingga wangi dan garing
  3. masukkan bahan kisar dan sedikit air supaya xterlalu pekat
  4. masukkan air asam jawa. masak sehingga pecah minyak
  5. perasakan dengan gula garam dan serbuk perasa (kak yatt cuma masukkan gula sebab ikan bilis dah cukup masin, jadi tak perlu masuk garam lagi dah)
  6. setelah pecah minyak, tutup api.


so itu sahaja untuk kali ni..nanti kak yatt update resepi lagi ok??


byeeee

Saturday, March 21, 2020

Resepi Spagethi Carbonara Creamy

Carbonara creamy

Assalamualaikum, hari ni merupakan hari ke 4 kuarantin kes Covid-19.Tapi, tekak ni teringin nak makan spageti carbonara pulak. Selalunya nak makan menu ni mesti cari di kedai jelah. Tapi keadaan tak mengizinkan, so kita home made je. Senang rupanya nak buat spagethi carbonara ni. sapa yang tak suka spagethi, boleh tukar dengan macaroni ye. sama je rasanya. bentuk je lain. Hehehe

Jom kita check bahan apa yang perlu ada untuk dapatkan carbonara yang creamy dan sedap ni.

HIGHLIGHT: RESEPI INI UNTUK MAKAN 2 ORANG

BAHAN-BAHAN


  • Spagetthi (agak agak jela untuk makan 2 orang)
  • 1 biji bawang holland potong dadu
  • 5 ulas bawang putih cincang halus
  • cendawan hitam potong 4 ( ni kak yatt guna bukan yang dalam tin, amik yang bungkus paket belum masak lagi. tpi terpulang..nak guna yang dalam tin pun boleh)
  • 1 tin sos cendawan carbonara preego
  • 3 sudu besar sos keju (atau boleh guna keju slices 1@ 2 keping)
  • 1/2 cawan  + 1 sudu besar susu segar (kalau nak berkrim lagi, boleh tambah sikit lagi ikut suka)
  • lada hitam 
  • oregano flakes 
  • crab stick 8 batang potong 4 setiap 1 ( optional boleh guna udang jugak yee)

CARA MEMASAK



  1. Panaskan air hingga mendidih untuk direndam seketika crab stick. bila crab stick dah lembik sedikit, toskan dan biar sejuk sekejap, potong 4 bahagian setiap 1 batang crab. letak tepi
  2. dalam periuk lain, rebus spagetthi sehingga lembut. masukkan sedikit minyak ke dalam air rebusan supaya spagetthi tidak melekat. toskan. letak tepi.
  3. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang holland dan bawang putih sehingga bau wangi.
  4. Masukkan cendawan hitam yang siap dipotong, oregano flakes dan lada hitam yang ditumbuk halus. Masak sekejap untuk dapatkan cendawan yang masak. jangan terlalu lama takut cendawan layu.( kalau guna udang, boleh masukkan terus time ni)
  5. Masukkan sos cendawan carbonara preego, 3 sudu besar sos keju dan susu segar. gaul rata. kalau suka masin sikit, boleh tambah secubit garam ye.. perasakan.
  6. Guna 1 @ 2 slices cheese dan gaul rata. ( kalau nak lebih pekat dan cheesy. Tapi kalau nak texture macam dalam gambar, boleh skip step ni)
  7. kemudian, masukkan crab stick yang siap dipotong tadi. gaul rata. 
hasilnya kuah akan jadi creamy macam ni.. 

selamat menjamu seleraaaaaa :)

sekian terima kasih...............