Tuesday, March 31, 2020

Resepi rendang ayam sedap!

Assalamualaikum. Time PKP ni memang tak de keje lah ye semua orang.. hari hari fikir nak masak apa sampai stress. Kak yatt percaya mesti ramai yang buka resepi nak masak. Yang tak pandai masak tiba-tiba jadi pandai masak. Yang malas, tiba tiba je jadi rajin. Hehe ada baiknya jugak ye PKP ni.. alhamdulillah.. moga covid-19 cepat hilang dimuka bumi kita.. jom kak yatt nak start resepi ayam masak rendang ni. Kita check dulu bahan-bahan yang perlu ada untuk masak ayam masak rendang.

Sedapnye laa rendang ayam ni.. 
hidangan untuk 2-3 orang makan

BAHAN-BAHAN

  • Ayam 6 ketul (kak yatt guna 3 ketul je ayam dan potong 2, jadi dapat 6 ketul. Ayam saiz besar)
  • Bawang besar 1 biji*
  • Bawang kecil 6 biji*
  • Bawang putih 3 ulas*
  • Halia 2 inci*
  • Kunyit 2 inci*
  • Serai 3 batang( 2 batang untuk kisar* , 1 batang ketuk)
  • cili kering 10-15 biji* (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
  • bunga lawang 1 
  • Kulit kayu manis 1
  • Buah pelaga 3 biji
  • Kerisik 3 sudu besar
  • Santan 1 cawan
  • Daun limau purut 2 helai buang urat tengah
  • Asam keping 1-2 keping
  • daun kunyit 1 helai untuk hiasan
  • Gula melaka/ gula merah/ gula perang
  • Garam/ serbuk perasa
Kisar halus bahan yang bertanda *

CARA MEMASAK

  1. Bersihkan ayam dan letak tepi
  2. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis serai ketuk, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Tumis sekejap sahaja dan terus masukkan bahan bahan yang telah dikisar halus. Masak sehingga pecah minyak sedikit.
  3. Kemudian, masukkan ayam yang telah dibersihkan. Gaul sebati dengan kuah.. Tutup kuali dan biar ayam masak sekejap. Air ayam akan keluar masa ni.
  4. Bila ayam dah masak, masukkan santan. Kalau rasa kurang lemak, boleh tambah santan lagi ikut citarasa korang. Masukkan sekali dengan kerisik. Gaul sebati dan biar pecah minyak lagi. 
  5. Apabila ayam dah cukup masak dan pecah minyak, boleh la masukkan asam keping, gula melaka , daun limau purut dan serbuk perasa. Perasakan  ikut citarasa anda. Masak lagi sehingga kuah agak kering sedikit dan minyak berlenang. Kalau suka rendang berkuah, xperlu masak lama lama. 
  6. Setelah masak dan siap perasa, taburkan daun kunyit yang dihiris nipis ke atas rendang tadi. 


So siap sudah rendang ayam tadi... alhamdulillah boleh dimakan dengan nasi atau ketupat.. nasi impit.. hehehe. Hari ni kak yatt buat rendang ni makan dengan nasi lemak. Laaaagi sedap! Selamat mencuba yaa.. 

Sekian terima kasih 😉

No comments: