Wednesday, October 23, 2013

Wordless Wednesday

Assalamualaikum



SHAWL SHAWL AND SHAWL
Thanks Sg House for beautiful shawl. (klik kat Sg House untuk tengok shawl yg shantek2).

Instagram: @sg_house
Wechat/Whatsapp/Message: 0132824432 (Myra)


tq











Monday, October 21, 2013

Tutorial wide shawl by Yatt. hiks!

Assalamualaikum

Hai ! as requested daripada kawan-kawan di facebook dan instagram..tutorial untuk wide shawl macam yang Yatt selalu pakai ada 2 cara. Cara pertama pakai macam tudung bawal.. yang ni Yatt tak buat video yea..tapi diharap dapat membantu korang. ikut step dari kiri ke kanan..


dan ini hasilnya :)

Cara yang kedua pula, pakai wide shawl macam pakai shawl biasa, tapi nak nampak kemas, simple dan kecik sikit. sesuai la untuk orang yang kecik molek macam Yatt ni..pakai shawl besar but still menutupi dada. 

step 1: lipat shawl melintang macam gambar bawah ni. Lebar lipatan ikut suka korang lah yea. kalau nak labuh lagi lipat sikit jela. Pastikan lipat sama lebar yea...



step 2: pakai shawl yang dilipat tadi. pastikan labuh shawl tu sebelah pendek sebelah panjang.dan pin kan.

step 3: meh tengok video kat bawah ni..hehe



taraaang!!! ini hasilnya :)

Mohon maaf kalau tutorial yang Yatt buat ni tak jelas dan tak berapa faham.. salah satu sebabnya Yatt cuma guna camera handphone. camera laptop probem sikit.. tapi atas permintaan kawan-kawan, Yatt cuba setakat yang mampu jea.. harap sangat tutorial ni dapat membantu...

nak promote sikit.. semua shawl yang Yatt pakai ni semua dari Sg House..tau kan mana nak dapat link?

Sg House <--- klik sini. ni facebook yea.
kalau kat instagram boleh ke @sg_house

nak senang direct msg/wechat or whatsapp kat 013-2824432 (myra)


sekian dari Yatt yang cuba membantu kawan-kawan :')






Sunday, October 20, 2013

Shawl oh Shawl

Assalamualaikum

Hello sayangs! nie semalam punya cerita.. sedih sebenarnya..sobs! T_T Yatt tak dapat join kenduri tahlil kat rumah hari ni sebab terpaksa bertolak balik dari Penang ke Shah Alam sehari awal sebelum kenduri. So sorry Haji salleh's family cause tak dapat nak bergotong royong sesama.. alasannya naik sem banyak gila assignment dan test menanti, sabar jela..nama pun pelajar, tanggungjawab sebagai pelajar macam tu la.. yang penting semangat sem ni up sket dari sem lepas..hehehe wish me luck guys!!!. Hmm taknak panjang-panjang cerita..tapi intro pun dah terpanjang, just nak promote shawl yang Yatt pakai kat bawah ni..nama shawl ni SOFEA okay...apa yang best dengan shawl ni?? ha meh scroll bawah lagi..jangan tutup dulu.....jangan jangan dan jangan....







1. lebar dan besar (sesuai untuk semua orang pakai, boleh nak labuhkan dan boleh nak kecikkan mengikut keselesaan pemakai)
2.  kain cotton viscose (mudah dibentuk dan tak panas)
3. terdapat pelbagai jenis warna
4.  murah dan sangat puas hati

kat mane boleh dapat shawl yang macam ni???
Facebook: Sg House by A.S <--- Klik sini ye kawan-kawan

ataupun yang ada instagram boleh ke sini..



ni contoh warna yang ada untuk SOFEA shawl..

banyak lagi shawl yang SG House sediakan..memang cantik-cantik..Yatt banyak pakai shawl daripada Sg House.. memang best!! even sepupu sepapat, kawan baik Yatt iaitu Hani then ade juga kawan2 yang lain pun dah cuba pakai shawl dari sg house ni..jom cuba jom... 

nanti Yatt akan update lagi shawl yang Yatt pakai dari sg house okay...

sekian dari Yatt yang suka bergaya dengan SHAWL





Friday, October 18, 2013

Selamat Pengantin Baru & Pengantin Lama

Assalamualaikum


Nampak kan gambar kat atas? Alhamdulillah syukur kepada Allah sangat-sangat. :') Sekian lama Yatt tunggu saat-saat ni akhirnya dapatjuga jadi tunangan orang..kriiiiiiiiikkkk *jangan nak propa sangat Yatt*. Al kisahnya begini, abang sulung Yatt selamat diijab kabulkan dengan jodoh dia yang hanya kenal di internet..haaa tak paham tak paham n tak paham..! tolong paham.. zaman sekarang adalah zaman IT, tengok..cari jodoh dalam internet ja..heheh Tahniah kepada Abang Mat n kak Lyza yang boleh la nak kata clon nelydia senrose siet siket..hiks! boleh juga la nak kata muka nak iras Yatt sikeeet (statement perasan namati). sama tang PIPI ja..bambam..haha! tak caya?? meh tengok gambar kat bawah ni...renung skeeeet...tang mana yang sama?? hehe poyoooo~




Ni family baru diorang... harap sangat kak Lyza dapat jaga abang dan anak-anak buah Yatt macam anak-anak kak Lyza sendiri.. harap sangat kak Lyza dapat sabar dengan setiap kerenah budak-budak ni...harap sangat kak Lyza dapat bagi kasih sayang seikhlasnya kepada diorang...banyak sangat harapan......didik lah diorang jadi anak yang baik....kakak doakan yang terbaik untuk keluarga ni. InsyaAllah :')

back to the title, kenapa pengantin baru dan pengantin lama?? kerana "Duda dan Dara"
#JatuhCintaDenganBajuPengantin

Ikhlas dari Yatt yang turut bahagia nengok abang kandung bahagia



Saturday, October 5, 2013

Hati


Assalamualaikum



Kepercayaan itu mungkin tiada lagi....

Kesetiaan masih tetap di hati...

Kegembiraan semakin menjauhi...

Yang tinggal hanyalah sebuah memori...

Mungkinkah masih ada ruang untuk itu??? entah aku pun tak pasti. Yang hanya tinggal didalam kotak rahsia hati adalah sebuah impian. Impian yang memerlukan usaha dan semangat serta sokongan. Pinjamkan aku semangat itu, supaya aku tidak terkandas, supaya aku tak leka. Dan aku akan menjadi lebih menghargai dari segalanya. Apakah ini semua satu suratan? apakah ini semua satu ujian untuk aku terus bersabar? ya..Allah sayangkan aku..dan aku berhak mendapat yang terbaik. Rancangan DIA adalah terbaik untukku. Dan aku sebagai hambaNYA seharusnya redha dengan ketentuan itu. Walau hati terpaksa, namun aku yakin pasti ada kebahagiaan yang menanti aku disana. Kembalikan senyumanku agar aku tidak sepi keseorangan. Gapailah tanganku agar aku menuju ke jalan yang benar bersamamu. Jadikanlah aku bidadari syurgamu kerana itu adalah cita-citaku. 

Dengarlah rintihan hati ini wahai sang arjuna