Tuesday, September 6, 2016

Takdir Cinta Nur

BAB 1

Jam menunjukkan pukul 12 tengahari.. Nur merupakan gadis berusia 25 tahun, memiliki tubuh yang kecil, berwajah manis.. Gadis yang sukar dibaca isi hatinya.. Banyak memendam rasa. Seluruh keluarga Nur masih lagi bersedih di atas kehilangan dua insan tersayang iaitu sepupu dan anak saudaranya.. Dalam kesedihan itu.. Mereka tetap redha dengan segala ketentuan yang maha Esa.. Kehilangan yang memberi impak besar dalam keluarga mereka dan juga Seluruh rakyat Malaysia. Namun, hidup harus diteruskan.. "Setiap sesuatu yang berlaku, pasti ada hikmahnya", bisik hati Nur ketika dia membaringkan diri di dalam biliknya. Sedang dia mengelamun, menatap gambar arwah, tiba-tiba dia terdengar perbualan emak dan bapa saudaranya. Bapa saudaranya itu adalah ayah kepada arwah sepupunya. Dalam perbualan itu terselit tentang jodoh. 

"Aku ingat nak kenenkan Azrul dengan Najwa..dia kena teruskan hidup.. Tak boleh hidup sorang-sorang macam ni..kesian dekat dia..dia pun dah macam anak aku sendiri..bukan menantu dah..",begitulah kata kata bapa saudara Nur yang selesa dengan panggilan Pak ndak. 

Azrul merupakan suami kepada arwah..Nur dan Azrul merupakan sepupu ipar. Nur masih lagi mendengar perbualan antara emak dan bapa saudaranya. 

"Daripada bagi dekat orang lain,aku rasa lebih baik bagi kahwin dengan Nur saja..", balas emak Nur kepada bapa saudaranya. 

Nur tersentap dan terus dibelenggu rasa serba salah. Mana tidaknya.. Nur sedang bercinta dengan seorang lelaki yang diimpinya untuk dijadikan suami. Dany namanya..Apakan daya cinta mereka tidak direstui keluarga Nur atas sebab-sebab tertentu. Nur menceritakan segalanya kepada Dany tentang apa yang telah didengarnya. Nur berharap mereka berdua bersedia dengan apa saja kemungkinan yang akan berlaku terhadap hubungan mereka. Dalam fikirannya, setiap apa yang dia lakukan di dunia ini, restu kedua ibu bapa itu penting.. Walaupun ia menyakitkan.. Tapi mungkin itu yang terbaik. 

Setiap kali solat, Nur akan berdoa.. Agar jodohnya adalah yang terbaik untuknya. Jika jodoh itu datang, permudahkanlah segala urusannya untuk mendirikan masjid.. Dan permudahkan hatinya utk terima segala ketentuan Allah. Percaya dengan kekuasaan Allah...

Sebulan kemudian,

Tanpa diduga, Azrul mengirim pesanan ringkas kepada Nur. 

"Nur..sudah sudah la tu..tak perlu bersedih lagi yee". Begitulah sms yang dikirim kepada Nur.

Yelah, Nur masih lagi terasa kehilangan arwah sepupunya.. Tambahan pula anak saudaranya itu sangat rapat dengannya.. 

Bermula dari pesanan ringkas itu.. Mereka saling berkosngsi cerita tentang arwah.. Bercerita segala kebaikan arwah.. Suka duka bersama arwah.. Arwah sentiasa dihati mereka.. Al-fatihah.. Disamping itu juga, Azrul sangat mengambil berat tentang Nur.. Selalu menasihati Nur, dari situ Nur banyak mendekatkan diri dengan Allah. Kalau dulunya dia seorang gadis yang biasa-biasa..hanya menjalankan solat 5 waktu, berpuasa dan melakukan perkara wajib dalam agama islam, tetapi sekarang dia berubah sedikit demi sedikit ke arah kebaikan.. Tanpa ada paksaan.. Hanya dengan dorongan dan nasihat. Adakah dia imamku?? Bisik Nur didalam hati. 

Tak pernah terputus doa Nur selepas solat.."Ya Allah..berikan aku hidayahMu, agar aku kekal menuju rahmatMu dan jalan yang diredhai olehMu..walau bagaimana cara sekalipun.. Aku terima dengan penuh ikhlas dan redha.."

Allah itu maha mendengar, lagi maha mengetahui.. Pada suatu hari.. Nur terima satu pesanan ringkas dari Azrul, 

"Nur, Azrul nak tanya sesuatu..kalau kita dijodohkan, Nur terima Azrul x? "

Nur terkesima ketika itu, taktau apa yang hendak dibalas. Sejujurnya Azrul bukanlah lelaki seperti yang dia idamkan.. Tetapi IMAN yang ada dalam diri Azrul, sedikit sebanyak memikat hatinya. Dari situ, Nur sedar bahawa Allah telah mengabulkan doanya.. Untuk memberi hidayah kepadanya.. Dengan menghantar seseorang untuk mendampinginya sehingga akhir hayat..

"Kalau betul kita mmg jodoh, orang terima seadanya..tapi jangan bagi harapan ataupun berharap..harapan itu boleh jadi menyakitkan..kita follow the flow", balas Nur kepada Azrul.

Sejak dari hari itu, Nur nekad untuk buat solat istikharah. Pernah dia terbaca pada satu artikel tentang istikharah. Istikharah boleh jadi datang dalam mimpi, ataupun perasaan, ada juga yang mengatakan kalau pasangan kita buat istikharah, boleh jadi kita yang akan dapat pertunjuk..kebiasaannya jika mimpi itu datangnya pada waktu pagi sebelum atau selepas subuh.. Ia merupakan pertunjuk. 

Hari pertama istikharah, Nur dan Azrul sama sama melakukan istikharah, berharap pertunjuk dari Allah tentang jodoh. Namun masih tiada jawapan. Hari seterusnya.. Masih lagi dengan istikharah.. Masih lagi belum dapat jawapan.. Nur terus melakukan istikharah sehinggalah pada suatu pagi, selepas subuh, Nur bermimpi. Dalam mimpi itu dia bersama keluarga pak ndak dan arwah sepupunya. Ketika itu arwah dah pun meninggal.. Dia datang berjumpa mereka dalam keadaan yang ceria.. Tapi hanya 4 orang dalam ahli keluarga yang nampak arwah.. Berbaju kurung warna putih berseri.. Berborak sambil ketawa riang.. 

Tiba-tiba arwah bersuara kepada Nur "Nur..kahwin la dengan Azrul..akak restu sangat..jaga Azrul baik-baik ehh". Kemudian mereka berpelukan..lama sangat mereka berpelukan. Dalam pelukkan itu, Nur menangis. Pelukan itu terasa seperti bukan didalam mimpi..Apabila Nur tersedar dari tidur, Dia dapati air matanya mengalir. Allahuakbar ketika itu Allah sahaja yang memahami isi hati Nur, terubat rindunya kepada arwah sepupunya ketika itu. 

Dalam keadaan percaya atau tidak dengan mimpi itu, Nur masih dalam keadaan was was. Adakah mimpi itu merupakan mainan tidur.. Atau adakah istikharahnya sudah terjawab.? Dia tidak berputus asa, Nur teruskan lagi melakukan istikharah.. Untuk mendapat kepastian.. Tiada lagi mimpi istikharah pada ketika itu, akan tetapi.. Hatinya sudah mula menerima kehadiran Azrul. Segala baik dan buruk yang ada dalam diri azrul dia terima dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Nur terima Azrul kerana Allah.. Walaupun begitu, Nur masih meneruskan lagi istikharahnya. Begitu juga dengan Azrul.... 


.........BERSAMBUNG............



Nukilan ,
Yatt ❤️

Friday, June 24, 2016

SEMOGA KAK LANG DAN HANNA TENANG DI SANA... BEREHATLAH..

Assalamualaikum....

ketika aku mengisi masa untuk coretan sedih ini, hanya air mata yang menemani aku disaat hiba ..perginya orang yang aku sayang.. hanya dengan sekelip mata. percaya dengan tidak, hanya Allah yang tahu. 
.
.
.
.
.
.
22/6/2016 bersamaan 17 Ramadhan. Aku sibuk menyiapkan bungkusan selendang yang hendak dipos kepada customer. dari pagi sampai lewat malam.. dek kerana hari raya sudah hampir, banyakah order dari customer aku.. Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Walaupun penat tapi seronok sangat bila buat bisnes sendiri. Kebiasaannya aku akan packing sehari dan keesokkan paginya aku akan bangun awal pagi untuk tulis semua alamat customer lepastu terus pergi pejabat pos. Tapi malam tu aku rasa nak sangat siapkan cepat cepat.. tulis alamat siap-siap malam tu..sampai la lewat malam pukul 2.15 pagi. Setelah selesai semua bungkusan dan tulis alamat, aku pun rehat dan tertidur...

23/6/2016 bersamaan 18 Ramadhan. selepas sahur, aku nak catat siap-siap tracking number.. buat cepat tak la kelam kabut sangat kan.. aku baring di sofa pejabat, lalu terlelap... selesai subuh aku tangguhkan lagi.. aku bangun pukul 8 pagi untuk settlekan semuanya.. bungkusan untuk COD, bungkusan untuk pos, catat tracking number semua aku selesaiakn dalam jam 10. Selesai semua, aku pun bersiap-siap untuk ke pejabat pos dan cod. tengah siap-siap, kakak ipar(isteri abang kedua) aku datang.. dia merungut.. "kak siti rasa mengantoook sangat..tapi kak siti tak boleh tidoq la..taktau la pasaipa". kami berborak kosong.... aku pun tak terasa pelik kenapa hari tu aku nak sangat siapakan semua bungkusan pos dan cod cepat-cepat..sedangkan sebelum ni boleh ja buat semua tu hari nak pos.. sempat je kalau ikutkan. 

Sedang kami berborak, around 11.30 am, tiba-tiba aku dapat satu panggilan. tertera di screen iphone "Mak". Biasa mak call time macam ni nak suruh kemas dapur, sapu sampah.. biasa la anak sorang perempuan.. kadang-kadang aku kelam kabut nak settle kerja, xsempat nak buat semua tu... tapi hari tu mak tak pesan pun aku dah boleh siapak cepat kerja dalam rumah. Aku tak biar lama handphone aku berdering, terus aku jawab panggilan mak.. mak tanya 

Mak: kakak, hang tau cerita dak lagi?
Aku: cerita apa mak?
Mak: .....(berat nak cakap).. mak dapat berita kak lang dengan hasnun eksiden teruk di tanjung                      malim..mak dengan walid nak p sana sat lagi..\
Aku: hah?? ya Allah, depa semua macam mana? Hanna?? hanna macam mana mak?
Mak: tak pasti lagi.. kak lang dengan hanna tak sedaq diri... xtau la ada lagi ka dk.
Aku: .................. speechless.. 

Rasa sebak, sayu. sedih semua perasaan ada masa tu.. aku masih bertenang.. masih boleh berfikir secara rasional.. belum confirm lagi.. inshaallah Hanna dengan kak Lang selamat. Aku pun tak melengahkan masa, aku terus keluar cepat-cepat nak ke pejabt pos. Sedang memandu kereta, dalam kepala, dalam hati..hanya ada mereka.. dimulut tak putus-putus berdoa semoga mereka semua selamat... aku nak sangat cepat settlekan pos barang customer masa tu..dan cepat-cepat pergi tanjung malim tengok keadaan mereka. ketika dalam perjalanan, aku hubungi sepupu aku.. adik kak lang.. bila dia angkat call, aku dengar dia menangis..aku ajak dia pergi hospital tanjung malim..tapi dai cakap.. "kakcu..kak lang dengan hanna dah xdak dah.. tapi tunggu depa sahkan betoi2 dulu...kita tunggu kat rumah".

Aku dalam percaya atau tidak, aku masih lagi menidakkan.. hanna dengan kak lang ada lagi ni... inshaAllah...terus berdoa supaya mereka dipanjangkan umur..dalam beberapa kilometer lagi nak sampai di pejabat pos, mak call mengesahkan kak lang dan Hanna memang dah kembali ke rahmatullah... Allahuakbar..luluh hati aku ketika aku.. terus aku berhenti kereta di bahu jalan.. kaki tangan aku menggeletar... aku hilang tumpuan.. macam mana aku nak pos semua barang-barang customer ni... ya Allah... menangis teresak-esak ketika tu.. aku tak nak melengahkan masa.. aku capai fon.. terus call kawan aku.. minta tolong dia datang tempat aku dan poskan semuanya..aku dah tak mampu nak buat apa apa ketika tu. Terima kasih sahabat tolong aku disaat aku memerlukan..

Aku masih lagi rasa macam tengah bermimpi..betul ka apa yang dah berlaku ni.. Allah.. aku macam tak percaya.. sehinggalah semua berita kemalangan yang melibatkan 16 buah kenderaan  tersebar di sosial media.. dan aku tengok sendiri no.plat kereta kak lang.. SUZUKI SWIFT PKK7666. Allahuakbar... Hanna sayang ashu..... kak lang.................... segala memori saat kami bersama bermain dikotak fikiran aku. 

KAK LANG Nurul Syaziela Iryani, arwah merupakan seorang yang lemah lembut..manja..baik hati..suka tolong orang.. kami pernah bekerja dalam bidang yang sama as officer production.. kak lang selalu berkongsi cerita masalah dia ketika bekerja.. kami mengalami masalah yang sama... luahan perasaan antara kami hanya kami yang faham... cerita cinta apatah lagi...semua dia tau.. dia selalu bagi nasihat dan sokongan pada aku...apa yang aku buat semua dia support... masa aku mula-mula buat bisnes ni..hari hari dia msg... tanya perkembangan bisnes..bagi cadangan untuk buat bisnes... kadang-kadang dia balik kerja pukul 7..sampai rumah 7,30 malam pun dia singgah rumah aku nak sembang-sembang... Hanna mesti ikut sekali...kak lang manja dengan semua orang...dia mesra... semua orang terasa kehilangan dia....sebab dia insan yang menceriakan suasana....Allah :'(

HANNA HUMAIRA, si kecik comel ni copy paste kak lang... pandai cakap...dari kecik sampai besar selalu dengan aku.. sampai dah pandai cakap.. dia dah kenal ashu.. nampak aku pegang handphone je..mesti mintak nak selfie.. "Ashuuu..nak epi(selfie)..". Pernah sekali tu kami pergi kenduri di Kuala Lumpur..sepupu kawin.. pagipagi lagi kak lang bawak hanna masuk bilik hotel ashu..kacau ashu tido... heheh..pastu dia amik fon ashu..suka hati dia selfie banyak-banyak..comel sangat... tapi gambar blur la semua.. Hanna kan kecik lagi..penuh gambar dan video hanna dalam fon aku.. ada ketika bila dia masuk dalam bilik aku, dia tengok banya tudung ready stock aku lipat-lipat letak atas lantai.. dia minx nak pakai.. "Ashuu...na akai(nak pakai).." aku pun ambik la shawl aku yg dah pakai..belit kat kepala dia.. dia sukaaaa sangat... siap minx suruh amik gambar dia nak selfie. aku pun layankan jela perangai sikecik ni..

tapiiii semua tu dah tak ada lagi sekarang T_T. hanna dengan kak lang dah tinggalkan kami buat selamanya. terngiang-ngiang ditelinga ashu suara hanna... ashu terbayang kelibat hanna berlari lari dalam rumah... kelibat kak lang yang lepak dengan ashu kat bilik..sembang sembang... ya Allah..tabahkanlah hati ini.... kehilangan ibu dan anak ini memberi kesan yang sangat dalam terhadap aku.... sayanggg Hanna Humaira....ashu sayangkan Hanna.... kak lang...kakcu sayang kaklang... semoga tenang di sana... sampaikan salam rinduku untuk shidi(tokwan).... terlalu banyak suka duka kami lalui...sepupu yang rapat dengan aku...semua kebaikan sahaja yang dia lakukan terhadap aku..tak nampak sikit pun kejahatan ataupun menyakitkan hati aku..tak ada..walau seinci.... 

Peristiwa kemalangan ini sangat mnyedihkan kami.. Click Sini , Click sini (click pada highlght disebelah untuk cerita mengenai kejadian) 

aku dan keluarga yang lain menunggu dengan penuh hiba dan sabar kepulangan jenazah di kampung permatang tok jaya. Kesedihan ni tak payah nak cakap la... setiap masa air mata mengalir... tak mampu nak terkata... segala cod barang customer terpaksa aku tangguhkan.. jam 10.40 malam, jenazah sampai di rumah kami.. Aku sempat merakamkan video wajah hanna dan kak lang buat tatapan aku untuk kali terakhir.. andai rindu menyusul, itu sahaja pengubatnya... selepas ikatan kafan dibukak, aku tak mampu menahan air mata.... aku mengusap air mata dan mencium Hanna dan Kak lang... Allah tu maha besar... kejadian eksiden tu tersangat teruk sampai kereta pun dah hancur..tapi mayat Hanna dan Kak lang sangatlah sempurna...cantik dan comel... tak ada cacat celanya... syukur Ya Allah.. ketika kejadian juga...aurat kak lang masih terjaga rapi.. tudung masihmelekat dikepala... berbaju kurung elok... betul apa orang cakap..kita jaga aib org..allah jaga aib kita... kita jaga aib kita..allah pun akan tutup aib kita.... segalanya jelas tentang kebesaran Allah.... 

jam 12 tengah malam, jenazah keduanya selamat dikebumikan dalam satu liang lahad.. MasyaAllah...kuasa allah..anak dan ibu dijemput Allah dalam masa yang sama... Hanna penyelamat ibunya untuk ke syurga... Al-Fatihah

KAK LANG DAN HANNA HUMAIRA SEGAR DIINGATAN KAMI....
 terlalu banyak video dan gambar yang menjadi kenangan kami.. lagi lagi video hanna...ashu sukaaa sgt ambik gambar hanna... kalau ada yang selalu follow aku..mesti akan perasan wajah si kecik ni selalu aku update di facebook dan instagram...

SAMA SAMA KITA SEDEKAHKAH AL-FATIHAH UNTUK NURULSYAZIELA IRYANI DAN HANNA HUMAIRA.. SEMOGA ROH MEREKA DICUCURI RAHMAT.. DAN TERGOLONG DIKALANGAN ORANG ORANG BERIMAN.. AMIIIIN



SALAM sayang dari Ashu... 

Satu permintaan kak lang yang tak tercapai...aku tak sempat nak tunaikan... Allahuakbar...sayunya hati ni..hanya Allah yang tahu,,,


























Tuesday, May 3, 2016

Details kak Yatt

Nama: Nurhayati Abdul Talib
Tinggal: Penang
Adik beradik: 5 orang
Anak ke: bongsu dari 5 beradik
Bilangan lelaki: 4
Bilangan perempuan: 1
Last study di: uitm seremban 3
Jurusan: management mathematics

Saturday, March 19, 2016

Penang-Shah Alam-Senawang-Kuala Lumpur-Penang

Assalamualaikum..

Hai! Waa sekarang da rajin nak update blog haa.. Hm blog ni wujud time nak hilangkan bosan je la. Hehe sekali update mau panjang berjela cerita.. Janji nak cerita pendek, sekali terpanjang daaa.. Well, orang pendiam memang banyak menulis dan bercerita dalam penulisan. Persoalannya, pendiamkah?? Hahha! Macam kelakar je. Tajuk entry macam penat tengok banyak sangat nama tempat. Bercuti ke cik Yatt?? Huhu

Unexpected planning, aku dah sedia maklum belum sihat sepenuhnya. Migrain ni anytime je datang. Kekadang macam nak mengamuk pun ade, tapi positif je.. Sakit ni meluruhkan dosa-dosa kecil. InsyaAllah. Hari jumaat sepatutnya aku kerja, tapi aku belum sihat..bayangkan, sepanjang hari tuam ais dikepala.. Rasanya habis dah ais dalam peti sejuk rumah aku tu dimakan kepala aku ni. Itu jela penyelesaian untuk aku bertahan selain dari ambil ubat berterusan. Dan hari jumaat tu juga mak beritahu nak ke Shah Alam dengan abah sebab ade kenduri sedare. Aku pun ok jela. Malam sabtu, abah minta aku follow sekali.. Allahu aku xberapa sihat lagi ni..tapi sebab abah pun tak sihat.. So lebih baik aku follow, bole gilir-gilir drive kereta. Kesian abah nanti. 

Keesokkannya, sabtu 8 am, aku mak dan abah bertolak ke shah alam.. Gilir-gilir drive dengan abah.. Memula abah bawa, sebab pepagi lagi aku dah kena migrain. Bole pulak masa tu tersalah bawa ubat. Aku bawa ubat senggugut. Ubat migrain tinggal dekat rumah.. Memang terbaik la.. Ketaq kepala tahan sakit. Sebab nak drive, so aku cuma makan panadol biasa.. Tido sejam dalam kereta.. Lepastu aku take over drive keta. Sampai la ke Shah Alam dengan selamatnya. Tanpa sesat.. Sebab Shah Alam kan.. Tempat aku dulu masa study.. Sedikit sebanyak tau la juga aku jalan area sana. Hehe. Sampai je kat sana, kitorang terus pergi kenduri. Dah kenyang sume.. Singgah rumah sedare di taman Alam Budiman, puncak perdana. Rehat disitu.. Tido palu-palu..then gerak pulak ke Senawang. 

Senawang rumah sedare time aku study di uitm Seremban 3. Final year aku stay kat rumah diorang ni la. Ulang alik pegi uitm seremban dari senawang ambil masa lebih kurang 30 minit. Rela.. Tapi paling frust bila kelas pagi, kena bangun awal.. Kelas pukul 8.. 7.30 aku dah sampai kelas..tetiba kelas cancel.. Dan hari tu pula kelas cuma ada 1 je. Huhhh kecewa. Time rajin xde kelas la pulak.. Time malas ade je kelas.. Sabo jelaa.. Ok back to the story, sebab dah lama tak datang senawang, sampai je senawang, aku terus ajak abah pergi beli coconut shake favourite aku dekat area senawang. Memang superb sedap. Dulu hari-hari aku beli coconut shake kat situ. Bila habis je kelas, sebelum balik rumah, mesti singgah beli. Sampai tokey kedai tu da kenal aku. Bole bagi diskaun lagi haa.. Hehe. Sampai je di kedai tu, aku terus cakap dekat tokey dy.. Nak beli 6 coconut shake. Aku da tak fikir da sape yang nak makan..yang penting banyak. Dan masa tu aku jadi tamak. Hahahah! Lepas beli, terus pegi rumah sedare.. Alhamdulillah sampai juga. Rindu sangat nak stay kat senawang, study kat sini.. Rindu environment kat senawang.. Seriously rindu sangat. 

Esoknya plan nak ke Kuala Lumpur, melawat mak lang sakit. Khabarnye mak lang diserang sakit jantung. Semoga mak lang cepat sembuh.. Besok kitorang tengok mak lang ye.. Lepas tu bole gerak balik penang dah. Doakan perjalanan selamat pergi dan pulang. Isnin dah kene kerja.. Semoga tabah! Haha ok bai.

Nah belanja sikit gambo hakak.






Gambar last ni paling best. Masa dekat kenduri, ade photobooth. Bole ambik gambar lepastu siap masa tu jugak. Then dapat 3 keping macam ni. Seronok sangat. Sesape nak macam ni untuk ape ape event, bole contact nombor yang ade dekat dalam gambar. Semua ada di BUMBONG PHOTOBOOTH. (0124906099) ataupun follow instagram beliau @bumbongproduction #bumbongphotobooth

Lots of love,
Yatt ❤️




Thursday, March 17, 2016

Dreams

Assalamualaikum..


Hello gais, nampak tak tajuk entry kali ni "DREAMS". Tipu la kalau korang takde angan-angan. Jenis kuat berangan macam aku ni memang tak dinafikan lagi la. Tengok pose pun dah tahu minah ni kuat berangan. Haha! Maklum la.. Dulu masa kecik-kecik suka sangat tengok cerita snow white, cinderella, beauty and the beast..bila dah besar, tak boleh move  on pulak. Sorry la.. Jiwa disney ni terbawa-bawa sampai sekarang. 

Sebab terlalu sukakan kartun-kartun macam tu, dress up aku pun ke arah macam tu. Nak pakai skirt je.. No more jeans, track suit and apa jenis seluar sekalipun. Bagus juga macam tu, dalam masa yang sama dapat juga menjaga aurat sebagai seorang wanita. Nak dijadikan cerita, aku start pakai skirt labuh since study lagi. Rasanya masa aku degree semester 3. Umur masa tu 23 tahun kot. Mak marah pakai seluar.. Katanya macam lelaki. So seluar jeans aku semua dia bagi kat orang. Mak garang ok.. Tapi untuk kebaikan. Start dari hari tu, aku selalu pakai skirt je.. Nak istiqomah tu susah..aku pun cari alternatif untuk aku kekalkan berskirt dengan cara beli skirt cantik-cantik kembang macam princess. Lepastu beli dress cantik. Dalam berfesyen aku masih menjaga aurat. Gittuw... Lama kelamaan, skirt dah sebati dengan hidup aku, bila aku cuba nak pakai seluar, aku rasa malu. Malu satu hal, rasa tak selesa satu hal. Sampai la sekarang umur aku dah 25 tahun. Alhamdulillah aku masih kekal dengan gaya aku. Sampai aku pergi kerja, semua orang tanya.. "Yati memang tak pakai seluar ka kalau pi mana mana?". Jawapan aku "ya, ada skirt ja..dah terbiasa macam tu". 

Sebenarnya bukan itu yang aku nak cerita. Tapi the point is sampai nak bertunang or nak kahwin pun aku terfikir nak buat tema ala ala princess cinderella, ada kereta kuda, ataupun ala ala snow.. Waaa aku punya berangan.. Rasa macam nak buat semua sendiri.. Sebab nak penuhi citarasa sendiri.. What? Bila nak bertunang? Ouh, bila sampai masa bertunang, bertunang la. Cliche tak jawapan? Hihik. Huh semua orang nak bahagia, nak yang terbaik untuk hari bahagia.. Tak sabar sebenarnya tunggu saat tu.. Tapi aku taktau bila. Mohon tunggu jela.. Kalau ada nanti, aku mesti update entry hari bahagia aku. Doakan yang terbaik ye.

Ouh hari ni pi kerja, pastu pi klinik dalam sony, doktor bagi MC. Saja nak bagitau. Kbai. 😂

Lots of love,
Yatt ❤️




Monday, March 14, 2016

Syafakillah

Bismillah, Assalamualaikum


Hai gais. Tetiba hari ni rindu sangat nak update blog. Rindu korang? Ouh semestinya rindu. Tolong la rindu aku balik. Please! Hakhak. Since dah lama tak berblogging, izinkan aku membebel sikit. Sikit je. Promise! Today is monday. Tu je nak bagitau. Err emm tetiba blur sekejap, maklum la dah lama sangat tak berdunia, asyik sibuk dengan kerja sampaikan diri sendiri tak sempat nak melihat apa yang berlaku dipersekitaran, dan semestinya tak sempat nak update blog yang comel ni. Alolololoo tecian blog itew *kiss screen handphone* . Apesal kiss screen handphone? Iyelaa iols update guna phone je u know. Laptop tu xtau la da jadi ape. Kabare laptop pn xsempat nak ambik tahu. Hmm. 

Well, sejak bekerja dan hidup di alam pekerjaan, totally different. Which means aku dah tak sempat nak bersocial. 12 jam bekerja. Boleh dikatakan SONY tu rumah kedua aku. Ouh Allah.. Kalau rumah kedua aku tu bagaikan syurga..aku tak balik rumah pertama. Tapi rumah kedua tu ibarat...ibarat...erghhh tak mampu aku nak cakap. Yang pasti aku sangat tertekan. Orang cakap, biasa la semua kerja mesti ada masalah, mesti akan stress. Yea mungkin betul apa yang orang cakap..well aku orang baru yang merasa dunia pekerjaan, tapi sejujurnya kerja as OFFICER PRODUCTION tu bukanlah jiwa aku. T_T nak nangis rasa..walaubagaimanapun, aku bersyukur sebab rezeki tu datang tanpa aku duga. Cuma aku perlukan kekuatan. Ya Allah, macam mana aku nak monitor orang.. Aku ni lembik..senang sangat orang nak pijak-pijak kepala aku. Banyangkan........ Betapa susahnya aku nk monitor hati dan perasaan serta atitude manusia. Rasa macam nak menjerit sekuat hati. 

Nak dijadikan cerita, minggu lepas aku diarahkan untuk datang shift malam. Ya Allah... Nak menangis masa tu.. Hati ni meronta-ronta minta simpati bos. Aku dah la orang baru.. Nak handle line kat situ sorang-sorang..takut pada makhluk lain tuuu takde la sangat. Nak tak nak, aku kena la akur. Ok! First night shift, tuhan je yang tahu betapa sakitnya kepala aku ni. Macam ada orang cucuk paku. Tikam-tikam dalam kepala. Yang peliknya sakit sebelah kanan sahaja. Itu la pertama kali aku rasa sakit macam tu. Jujur! Nak bukak mata pun tak boleh. Apetah lagi nak berjalan. Mujur la Allah tu Maha penyayang. Sakit aku digantikan dengan kemudahan dimana pada malam tersebut, line aku terpaksa stop atas sebab-sebab tertentu. Jadi aku boleh la berehat sekejap. Rehat je, bukan tidur k. Aku tak suka orang mengulat time kerja, so aku takkan buat macam tu. Sampai la time balik 7 pagi.. Aku rasa macam heaven sangat dapat tidur dirumah dengan selesa. Tapi kepala tetap sakit. Makan ubat pun tak jadi apa jugak.

Next night shift, sama juga keadaannya. Masih sakit.. Sakit yang teramat.. Dan sakit ni berlarutan sampai la 4 hari. Dan hari ni hari yang kritikal. Kebetulan aku ditukarkan kepada shift pagi. Dan sorry to say, aku terpaksa MC. Doktor cakap aku stress, yea.. Aku admit memang aku stress dengan kerja, stress dengan kehidupan aku sekarang. Macam macam dugaan yang aku lalui.. Sampai tak tertanggung rasa bebanan ni. Doktor advice supaya aku tak terlalu berfikir.. Dan aku perlukan rehat yang cukup. Tapi ada ke orang lain nak faham keadaan aku?? Doktor boleh nasihat, tapi yang laluinya adalah aku. Baru ja nak baik..datang pulak masalah.. Allahuuu... Bebanan di kepala sedikit ringan bila sahabat datang menjenguk dan mendengar masalah yang aku lalui. Thanks to Hani Sabri selalu ada untuk aku luahkan isi hati. 






Lots of love,
Yatt ❤️


Monday, January 11, 2016

Officially permenant staff at SONY EMCS (M)

Assalamualaikum..

Hai, today i wanna share a good news with you gais.. I am officially uitm graduated student yoow! Alhamdulillah..and guess what.. Im also officially permenant staff at sony emcs prai. Tulah kan..orang cakap rezeki masing-masing Allah dah bagi. Thanks Allah kerana permudahkan segala urusanku didunia ini.. Walaupun belajar tak setinggi mana..tak sepandai mana..kalau diberi range 1-100.. Aku di level 50 saja. Tapi masih bersyukur.. Sekurangnya aku tidak menganggur..urusan interview sangatlah bersambil lewa.. Tanpa persediaan.. Dan juga tanpa harapan.. Dengan sekelip mata saja semuanya berjalan dengan baik..macam magic pulak.. Fairy godmother next to me right now. Hahah! See.. Even dah 25 tahun usia aku, jiwa fairy tales masih ada.. 

Doakan yang baik baik sahaja untuk aku.. Untuk masa depanku.. Semoga aku dapat tempuh segala cabaran dan dugaan sepanjang 2016. 

Belanja gambar 1 keping. Supaya korang tak rindu aku. Kbai



With lots of love,
Yatt 😘