Saturday, March 19, 2016

Penang-Shah Alam-Senawang-Kuala Lumpur-Penang

Assalamualaikum..

Hai! Waa sekarang da rajin nak update blog haa.. Hm blog ni wujud time nak hilangkan bosan je la. Hehe sekali update mau panjang berjela cerita.. Janji nak cerita pendek, sekali terpanjang daaa.. Well, orang pendiam memang banyak menulis dan bercerita dalam penulisan. Persoalannya, pendiamkah?? Hahha! Macam kelakar je. Tajuk entry macam penat tengok banyak sangat nama tempat. Bercuti ke cik Yatt?? Huhu

Unexpected planning, aku dah sedia maklum belum sihat sepenuhnya. Migrain ni anytime je datang. Kekadang macam nak mengamuk pun ade, tapi positif je.. Sakit ni meluruhkan dosa-dosa kecil. InsyaAllah. Hari jumaat sepatutnya aku kerja, tapi aku belum sihat..bayangkan, sepanjang hari tuam ais dikepala.. Rasanya habis dah ais dalam peti sejuk rumah aku tu dimakan kepala aku ni. Itu jela penyelesaian untuk aku bertahan selain dari ambil ubat berterusan. Dan hari jumaat tu juga mak beritahu nak ke Shah Alam dengan abah sebab ade kenduri sedare. Aku pun ok jela. Malam sabtu, abah minta aku follow sekali.. Allahu aku xberapa sihat lagi ni..tapi sebab abah pun tak sihat.. So lebih baik aku follow, bole gilir-gilir drive kereta. Kesian abah nanti. 

Keesokkannya, sabtu 8 am, aku mak dan abah bertolak ke shah alam.. Gilir-gilir drive dengan abah.. Memula abah bawa, sebab pepagi lagi aku dah kena migrain. Bole pulak masa tu tersalah bawa ubat. Aku bawa ubat senggugut. Ubat migrain tinggal dekat rumah.. Memang terbaik la.. Ketaq kepala tahan sakit. Sebab nak drive, so aku cuma makan panadol biasa.. Tido sejam dalam kereta.. Lepastu aku take over drive keta. Sampai la ke Shah Alam dengan selamatnya. Tanpa sesat.. Sebab Shah Alam kan.. Tempat aku dulu masa study.. Sedikit sebanyak tau la juga aku jalan area sana. Hehe. Sampai je kat sana, kitorang terus pergi kenduri. Dah kenyang sume.. Singgah rumah sedare di taman Alam Budiman, puncak perdana. Rehat disitu.. Tido palu-palu..then gerak pulak ke Senawang. 

Senawang rumah sedare time aku study di uitm Seremban 3. Final year aku stay kat rumah diorang ni la. Ulang alik pegi uitm seremban dari senawang ambil masa lebih kurang 30 minit. Rela.. Tapi paling frust bila kelas pagi, kena bangun awal.. Kelas pukul 8.. 7.30 aku dah sampai kelas..tetiba kelas cancel.. Dan hari tu pula kelas cuma ada 1 je. Huhhh kecewa. Time rajin xde kelas la pulak.. Time malas ade je kelas.. Sabo jelaa.. Ok back to the story, sebab dah lama tak datang senawang, sampai je senawang, aku terus ajak abah pergi beli coconut shake favourite aku dekat area senawang. Memang superb sedap. Dulu hari-hari aku beli coconut shake kat situ. Bila habis je kelas, sebelum balik rumah, mesti singgah beli. Sampai tokey kedai tu da kenal aku. Bole bagi diskaun lagi haa.. Hehe. Sampai je di kedai tu, aku terus cakap dekat tokey dy.. Nak beli 6 coconut shake. Aku da tak fikir da sape yang nak makan..yang penting banyak. Dan masa tu aku jadi tamak. Hahahah! Lepas beli, terus pegi rumah sedare.. Alhamdulillah sampai juga. Rindu sangat nak stay kat senawang, study kat sini.. Rindu environment kat senawang.. Seriously rindu sangat. 

Esoknya plan nak ke Kuala Lumpur, melawat mak lang sakit. Khabarnye mak lang diserang sakit jantung. Semoga mak lang cepat sembuh.. Besok kitorang tengok mak lang ye.. Lepas tu bole gerak balik penang dah. Doakan perjalanan selamat pergi dan pulang. Isnin dah kene kerja.. Semoga tabah! Haha ok bai.

Nah belanja sikit gambo hakak.






Gambar last ni paling best. Masa dekat kenduri, ade photobooth. Bole ambik gambar lepastu siap masa tu jugak. Then dapat 3 keping macam ni. Seronok sangat. Sesape nak macam ni untuk ape ape event, bole contact nombor yang ade dekat dalam gambar. Semua ada di BUMBONG PHOTOBOOTH. (0124906099) ataupun follow instagram beliau @bumbongproduction #bumbongphotobooth

Lots of love,
Yatt ❤️




No comments: