Monday, March 14, 2016

Syafakillah

Bismillah, Assalamualaikum


Hai gais. Tetiba hari ni rindu sangat nak update blog. Rindu korang? Ouh semestinya rindu. Tolong la rindu aku balik. Please! Hakhak. Since dah lama tak berblogging, izinkan aku membebel sikit. Sikit je. Promise! Today is monday. Tu je nak bagitau. Err emm tetiba blur sekejap, maklum la dah lama sangat tak berdunia, asyik sibuk dengan kerja sampaikan diri sendiri tak sempat nak melihat apa yang berlaku dipersekitaran, dan semestinya tak sempat nak update blog yang comel ni. Alolololoo tecian blog itew *kiss screen handphone* . Apesal kiss screen handphone? Iyelaa iols update guna phone je u know. Laptop tu xtau la da jadi ape. Kabare laptop pn xsempat nak ambik tahu. Hmm. 

Well, sejak bekerja dan hidup di alam pekerjaan, totally different. Which means aku dah tak sempat nak bersocial. 12 jam bekerja. Boleh dikatakan SONY tu rumah kedua aku. Ouh Allah.. Kalau rumah kedua aku tu bagaikan syurga..aku tak balik rumah pertama. Tapi rumah kedua tu ibarat...ibarat...erghhh tak mampu aku nak cakap. Yang pasti aku sangat tertekan. Orang cakap, biasa la semua kerja mesti ada masalah, mesti akan stress. Yea mungkin betul apa yang orang cakap..well aku orang baru yang merasa dunia pekerjaan, tapi sejujurnya kerja as OFFICER PRODUCTION tu bukanlah jiwa aku. T_T nak nangis rasa..walaubagaimanapun, aku bersyukur sebab rezeki tu datang tanpa aku duga. Cuma aku perlukan kekuatan. Ya Allah, macam mana aku nak monitor orang.. Aku ni lembik..senang sangat orang nak pijak-pijak kepala aku. Banyangkan........ Betapa susahnya aku nk monitor hati dan perasaan serta atitude manusia. Rasa macam nak menjerit sekuat hati. 

Nak dijadikan cerita, minggu lepas aku diarahkan untuk datang shift malam. Ya Allah... Nak menangis masa tu.. Hati ni meronta-ronta minta simpati bos. Aku dah la orang baru.. Nak handle line kat situ sorang-sorang..takut pada makhluk lain tuuu takde la sangat. Nak tak nak, aku kena la akur. Ok! First night shift, tuhan je yang tahu betapa sakitnya kepala aku ni. Macam ada orang cucuk paku. Tikam-tikam dalam kepala. Yang peliknya sakit sebelah kanan sahaja. Itu la pertama kali aku rasa sakit macam tu. Jujur! Nak bukak mata pun tak boleh. Apetah lagi nak berjalan. Mujur la Allah tu Maha penyayang. Sakit aku digantikan dengan kemudahan dimana pada malam tersebut, line aku terpaksa stop atas sebab-sebab tertentu. Jadi aku boleh la berehat sekejap. Rehat je, bukan tidur k. Aku tak suka orang mengulat time kerja, so aku takkan buat macam tu. Sampai la time balik 7 pagi.. Aku rasa macam heaven sangat dapat tidur dirumah dengan selesa. Tapi kepala tetap sakit. Makan ubat pun tak jadi apa jugak.

Next night shift, sama juga keadaannya. Masih sakit.. Sakit yang teramat.. Dan sakit ni berlarutan sampai la 4 hari. Dan hari ni hari yang kritikal. Kebetulan aku ditukarkan kepada shift pagi. Dan sorry to say, aku terpaksa MC. Doktor cakap aku stress, yea.. Aku admit memang aku stress dengan kerja, stress dengan kehidupan aku sekarang. Macam macam dugaan yang aku lalui.. Sampai tak tertanggung rasa bebanan ni. Doktor advice supaya aku tak terlalu berfikir.. Dan aku perlukan rehat yang cukup. Tapi ada ke orang lain nak faham keadaan aku?? Doktor boleh nasihat, tapi yang laluinya adalah aku. Baru ja nak baik..datang pulak masalah.. Allahuuu... Bebanan di kepala sedikit ringan bila sahabat datang menjenguk dan mendengar masalah yang aku lalui. Thanks to Hani Sabri selalu ada untuk aku luahkan isi hati. 






Lots of love,
Yatt ❤️


1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.