Tuesday, March 2, 2021

Tips bancuh ESP SHAKLEE yang betul

  Assalamualaikum... 


Ok hari ni kak yatt nak cerita sikit cara bancuh ESP yang betul. Ramai yang terlepas pandang atau salah atau senang cerita tak dapat consultation yang betul dari seller mengenai bancuhan ESP ni. Bila salah bancuh, khasiat esp pun hilang. So sia sia jelah minum esp tapi xdapat khasiatnya kan? 

Sebenarnya esp xboleh dibancuh dengan air panas. Walaupun ESP Bukan susu lembu, ia adalah Soya yang berperisa vanilla, tetapi khasiat yang terkandung dalam ESP tersebut akan hilang bila dicampur dengan air panas. So macam mana nak kekalkan khasiat ESP?

1) bancuh dengan air suam / air sejuk / air bersuhu bilik
2) setiap kali bancuh, tidak boleh melebihi dari 3 sudu/scoop sehari kerana ia akan menbebankan ginjal. ( kak yatt sarankan minum sehari 2 kali) 
3) gunakan tumbler / shaker / botol untuk goncang bancuhan ESP tersebut. Kalau guna sudu je kacau nanti, xlarut sepenuhnya. Dia akan jadi berketul-ketul. 

Kak yatt banyak terima soalan: 

“ sedap x susu ESP?” ,
Jwpn: ESP bukan susu. Terang lagi jelas ESP bermaksud ENERGIZING SOY PROTEIN. Ia adalah soya yang berperisa vanilla. Rasa dia sangat sedap! Kepada semua yang xsuka susu, jangan takut nak minum. Kak yatt pn antara org yang xsuka susu. Tapi ESP kak yatt minum sebab sedap yakmat!

“boleh x kalau xnak letak ais ketul?” , 
Boleh.. asal jangan letak air panas je. 

“ nk minum waktu bila?” ,
Tak ada specific time. Uols boleh je minum bila bila masa asal xmelebihi 3 scoop sehari. 

“ tahan berapa lama 1 tong ESP?”
Almost 2 months mengikut cara penggunaan. Kalau kerap uols bancuh, cepat la habis. But berbaloi la sebab uols dapat hasil yang baik. 

“Ibu mengandung boleh minum?”
Sangat recommended untuk milkbooster dan membantu perkembangan fetus. 

“Umur berapa boleh start minum?”
Sesuai untuk semua peringkat umur. Tak kira tua atau muda. 

Banyak lagi soalan actually. Sebab tu kita sarankan uol whatsapp kita personally dan bertanya. 

KEBAIKAN ESP? Banyakk sangat. 

1) sudah tentu untuk kulit gebu gebas
2) membantutkan pertumbuhan jerawat
3) memudarkan parut 
4) memutihkan kulit
5) milkbooster
6) memberi tenaga sepanjang hari
7) badan lebih sihat dan kuat
8) perut kenyang dan badan boleh KURUS (utk yg nak diet sesuai sgt)
9) menganjalkan semula payudara yg kendur 

RESEPI ESP SHAKLEE

- 1 Scoop ESP + air milo + ais ketul ( optional)
- 1 scoop ESP + sunquick + air suam/ air sejuk / ais ketul
- 1 scoop ESP + nestum
- 1 scoop ESP + susu dutch lady strawberry(s) / chocolate (c)+ ais ketul ( optional)
- 1 scoop ESP + nestum + susu ducthlady s/c + ais ketul (optional)
- 1 scoop ESP + susu dutch lady s/c + cincau + ais ketul
- 1 scoop ESP + susu dutch lady s/c + oreo hancur + ais ketul(optinal) 


* u boleh buat ais blended, campur buah buahan, smoothie, macam macam lagi asalkan xguna air panas masa cmpur dengan ESP. 

Ok itu saja sharing dari kak yatt.. kalau nak order ESP, atau supplement shaklee yang lain, boleh whatsapp kak yatt. 
01124334771 ❤️

Friday, June 19, 2020

Sejarah melahirkan anak pertama


Kisah HH

15/6/2020 - ummi ke klinik kesihatan untuk check up perut 39weeks. Masa tu ingat check macam biasa, tapi rupanya ada sesuatu yang pelik. Perut ummi semakin mengecil, saiz baby semakin mengecil tak seperti usia kandungan. Doc terus buat surat admit ward untuk bersalin secara paksa sebab risiko baby meninggal dalam perut boleh berlaku. 

Ummi call abie balik dari ofis bawa ummi masuk hospital. Bersalin secara paksa. So semua orang mwsti dah tahu. Ummi kena induce. Hari pertama di hospital ummi diberi bilik untuk rehat dulu. Masa ni ramai orang sampai tak ada katil di wad untuk ummi. Tapi ummi diberi bilik special. 1 bilik 2 orang. Ummi bertuah allah izinkan ummi duduk sebilik dgn seorang kakak ni. Dia kes uri anak dibawah. Jadi admit wad selama sebulan. Kakak ni sgt baik. Jp lg ummi cerita kenapa dia baik sgt..

16/6/2020- ummi dijanjikan induce pasa pukul 7 pagi. Sebelum induce, doc seluk check bukaan. Masa tu dh ada 1cm. Selepas induced pertama, xda progress langsung. Still bukaan 1cm. Jadi doc seluk lg masuk induce ke 2 pada pukul 5 ptg. Masa ni ummi dh dapat rasa sakit contraction sikit2.. makin lama makin kuat. Kebetulan masa tu waktu melawat. Jadi abie dtg, masa tu ummi rasa abie jela yg boleh tenangkan ummi.. sakit gila! Sakit tu dtg 3 minit sekali. Abie boleh melawat sampai pukul 6 sahaja. Lepas abie balik, kakak yg dlm bilik tu urut2 ummi.. gosok2 belakang pinggul ummi.. supaya rasa sakit tu kurang sedikit. At leassst! Kurg sikit. 

Pukul 7.30, doc panggil suruh jalan nak buat ctg.. ummi dah xmampu nak jalan lagi. Mulut hanya dgn kalimah zikir2.. mengucap.. dalam kepala ni hanya ingat allah dan mati. Nurse terus check bukaan.. surprisely 5cm and terus dorg tolak ummi masuk LR. Sebelum masuk LR, ummi minx tlg kakak td call abie dtg sbb ummi dh nk bersalin. Abie cepat2 dtg tggu di luar LR. Abie xboleh masuk skli.. sebab pkp. Bila dh masuk LR, doc pakaikan ctg utk tgk jantung baby, dan dod terus pecahkan ketuban. Xsampi seminit pecah ketuban, tba tba jantung baby bacaan semakin lemah. Ummi dah tak tahan sakit contractions yg semakin kuat seminit sekali. Allahh.. terus doc jerit! EMERGENCY CZER jantung baby dah lemah. Cepat2 semua nurse n doc prepare apa yg patut untuk selamat anak ummi. Fuhh sebak masa taip ni. Terasa besarnya pengorbanan seorang ibu nak lahirkan anak. 

Ummi tak tau pukul berapa dorang tolak ummi msuk lif nk ke bilik bedah.. masa tu ummi nampak abie.. ummi sebak sgt.. doc n nurse minx ummi esak badan ke katil lain.. tapi ummi dah xdaya masa tu.. rasa nak meneran ja. Abie angkat ummi dgn daya tolakkan supaya ummi boleh esak ke katil sebelah. Alhamdulillah.. dh masuk bilik bedah, doc yg biuskan ummi tenangkan ummi. Dia ckap lepas masuk ubat bius separuh badan nanti, ummi akan hilang rasa sakit. Cepat2 dorang masukkan bius. Alhamdulillah xsampai seminit ummi rasa kebas separuh badan.. dan contractions terus hilang. Legaaaaaa! Dorang tutup bhgian leher n kepala ummi supaya xnpk msa operation berjalan. N ummi langsung xrasa apa apa masa proses tu. Cuma dgr apa yg nurse n doc ckp. Tba2 doc bagitau, puan.. anak puan dah keluar ye.. 8.55pm.. alhamdulillah... tapi ummi tak dengar suara anak. Dia xnangis pun. Tapi seminit kemudian baru dengar. Doc bgtau masa tu baby dh kurang oksigen... doc bagi bantuan oksigen pada baby.. alhamdulillah anak ummi selamat dengan izin allah.. lepas baby di bersihkan, nurse terus bg baby pd abie yg tunggu di luar.. masa tu baby tengah nangis.. lepas dgr abie azan, tiba2 baby terus diam n dengar je.. alhamdulillah anak solehah abie ummi.. 

Doakan anak kami sihat dan jadi anak yg solehah berjaya dunia dan akhirat.. aamiin 



Monday, May 18, 2020

Macaroni cheese goreng sedap!


Assalamualaikum.. haaa tengok gambar pun sistur dah terliur. Ni macaroni cheese goreng campak campak dan sedap marvelous.. makan sepinggan tak cukup. Mesti nak kena tambah banyak banyak lagi. Buat sebungkus macaroni pasta pun still rasa tak cukup k.. meh nak share resepi dekat hampa. Tapi sebab resepi sendiri, dia jadi masakan western campur melayu sikit hahah. So jom check bahan yang diperlukan.

BAHAN- BAHAN:
- macaroni pasta 1 pek 
- buah tomato 1 biji potong dadu
- cendawan butang 1 tin potong dadu atau potong nipis
- cili padi 20 biji potong bulat2 je. Kalau xnak pedas boleh kurangkan
- 1 tin sos spageti preego atau apa apa jenama lain. Kak yatt pakai tradisional preego. 
- 4 sudu besar tomato puree
- 2 - 3 sudu besar sos cili
- 2-3 sudu besar sos tomato
- 7 ulas bawang putih cincang halus ( utk menumis)
- 1 biji bawang besar cincang halus ( utk menumis)
- daging cincang (1 bgkus, kalau nak guna daging fresh pun boleh. Cincang halus)
- gula , garam secukupnya 
- mozarela cheese / apa apa saja cheese 

CARA MEMBUAT:
- basuh macaroni pasta bersih2 dan rebus dalam periuk bersama sedikit minyak. Minyak tu supaya pasta xmelekat antara 1 sama lain. Rebus sampai lembut ye..bila dh lembut, bilas dengan air dan toskan
- masukkan minyak untuk menumis ke dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar yg siap di cincang halus. Tumis sehingga terbit bau wangi
- bila bawang dh sedikit kekuningan dan wangi, masukkan daging cincang yg telah dibersihkan. Masukkan sedikit air supaya daging sedikit tenggelam. Masak sehingga daging empuk. 
- kemudian masukkan 1 tin sos spageti preego, sos tomato puree, sos tomato, sos cili dan 1 biji tomato yg siap dipotong dadu. Masak sehingga pecah minyak sedikit. 
- masukkan cendawan butang dan cili padi yg telah dipotong. Masak sehingga kuah sedikit kering. Sebab kita nak goreng.. bukan nk buat spageti kuah. 
- perasakan dengan gula, garam, kalau kurang masam, tambah tomato puree. 
- masukkan macaroni pasta yg telah direbus dan kacau rata. 
- hidangkan dalam pinggan yg sesuai, sagat cheese di atas macaroni goreng masa tengah panas2. Nanti lama lama cheese tu akan cair atas macaroni. Nak buat by layer pn boleh. Letak macaroni goreng sikit dulu, layerkan dgn cheese, lepastu letak macaroni lagi, letak cheese atas dia.. DONE! 

Senang je kan??? 

Tuesday, May 12, 2020

Udang sweet sour ala thai


Assalamualaikum, sesejak buat menu sweet sour ala thai ni, resepi sendiri.. suami dgn family suka makan.. alhamdulillah memang sedap. Pastu ada pulak yang minta resepi. So kak yatt berbesar hati nak kongsi.

BAHAN-BAHAN
- udang ( kuantiti terpulang.. sukatan pun mesti ikut kuantiti udang)
- sos cili 2 sudu besar ( kalau xckup nanti boleh tambah)
- sos tomato 2 sudu besar ( kalau xckup boleh tambah)
- sos ikan 2 sudu besar ( kalau xckup nanti boleh tambah)
- cili boh ( 3 sudu besar, kalau udang banyak.. nak buat kuah banyak, boleh tambah lagi)
- 1 biji buah tomato potong
- 1 biji bawang besar potong bulat
- 1 batang serai diketuk
- 6 keping daun limau purut
- daun bawang sebagai hiasan

BAHAN TUMIS
- 3 ulas bawang putih potong nipis atau cincang halus
- 6 ulas bawang merah cincang halus
- 2 ini halia cincang halus

CARA MEMASAK
1) masukkan minyak untuk menumis. tumis bahan bahan tumis bersama serai sehingga kekuningan dan terbit bau wangi..
2) masukkan cili boh atau boleh guna cili kering yg siap diblend. Masukkan sedikit air supaya cili masak dan pecah minyak ,biar  agak kering sedikit ye..
3) masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan. Perasakan dengan gula dan garam. Jika kurang rasa sweet sour, boleh tambah sos sos tersebut.
4)  masukkan udang, daun limau purut dan kacau rata sehingga udang masak.
5) masukkan bawang yg dipotong bulat dan buah tomato yg siap dipotong. Masak sekejap.
6) tutup api dan hidang.. boleh tabur dengan daun bawang