Sunday, June 14, 2015

Rapuh benar hati ini

Assalamualaikum...


Ujian demi ujian aku harungi. Bukan aku mengalah..bukan juga aku menidakkan. Tetapi aku tak mampu untuk mengungkapkan kata dari bibir kerana insan yang merupakan sebahagian besar dari hidup aku memilih untuk menikam hati aku tanpa aku sedar. Cantik benar sandiwara itu. Tak ku duga. Akan ku ingat setiap inci dari perbuatan itu sampai akhir hayat aku. Aku memaafkan namun tak mudah untuk aku melupakan. Separuh hati aku hancur. Jiwa aku lebih memilih untuk melihat apa saja sandiwara yang akan kau bawa untuk masa yang akan datang. Sungguh.. biar nampak jelas dari luar siapa kita sebenar.. daripada menjadi insan MUNAFIK!!!! baik dimata manusia, tapi busuk di dalam hati. Sedih mengenangkan insan seperti ini. Terlalu bnyak drama hinggakan kau mampu melagakan sesama kami dalam sebuah keluarga. Hanya Allah yang maha adil. What goes around comes around. Ingat.. Allah kabulkan doa doa insan yang teraniaya. 


salam sayang dariku,
YATT

Monday, May 11, 2015

Hati Perempuan

Assalamualaikum


Hai awak! ye.. awak yang sememangnya memahami hati saya dan sentiasa bersama saya disaat saya memerlukan seseorang untuk mengadu. Awak pinjamkan bahu awak untuk saya, thanks! 

Hati Perempuan? Kalau korang tengok cerita Hati Perempuan di TV3 tu, sebenarnya tak semua perempuan perangai degil, garang and annoying macam Yuhanis tu. Dulu aku seorang yang sangat lembut, hinggakan sampai satu ketika aku diberi ujian dan mendapat pengajaran. Sejak itu, aku merupakan Yuhanis dalam Hati Perempuan. Haha! Dulu aku terkejarkan insan yang bernama lelaki. Aku sayang sampai tak mampu nak melupakan. Sekarang, aku dah tak kisah dia nak jadi apa. Bagi aku, kalau dah tertulis jodoh aku dengan dia, maka dialah pelengkap hidup aku dan membawa aku ke syurga bersama. Cewaaah ayat. Tapi, aku sebagai perempuan, apa lagi yang ada dalam hati selain menaruh harapan. Mulut menidakkan, tetapi hati mengiakan. Hanya mampu berdoa semoga keajaiban berlaku dimasa yang akan datang. Sekarang fokus pada kerjaya. Bila tiba waktunya, aku percaya itu merupakan bahagia. 

*SELAGI MAMPU UNTUK MENCIPTA KENANGAN*


Ikhlas,
Nurhayati









Saturday, March 21, 2015

Kuat untuk diri

Assalamualaikum


Mood sesedih sedang panas sekarang ni. Emosi kacau lately, hinggakan sekecil-kecil perkara pun boleh buat hati ini terguris. Korang pernah terfikir tak kita ni hidup di dunia yang macam mana? nampak macam Yatt bahagia tak sekarang? ya Alhamdulillah bahagia sangat... tapi dalam bahagia, ada dukanya. Dan duka itu hanya aku yang rasa. Hubungan yang ada benteng ditengah-tengah. Hubungan yang diminta untuk berpisah. Bukan dengan kerelaan hati, kami tetap bertahan..namun hanya kami yang faham peritnya menjalani hubungan ini. Doakan supaya hati ini tetap pada yang satu, kuat bertahan hingga tiba masanya nanti. Dengan siapa aku sekarang biar la menjadi rahsia aku... bahagia aku, suka dan duka akan aku cuba lalui dengan kesabaran. Biarlah senyuman ini terus terukir, hidup hanya sementara dan akan aku ceriakan hati ini walau ada yang melukainya. Semoga Allah mendengar setiap rintihan hati ini... 









love,
YATT






Monday, March 16, 2015

DENDAM?

Assalamualaikum



Hye! em em korang pernah terfikir tak hidup korang sekarang macam mana? manusia ni macam macam perangai kan? kekadang kita cuba untuk sesuaikan diri dengan semua orang, tapi orang tak fikir pun perasaan kita. Jenis yang pentingkan diri sendiri, sampai sekarang manusia macam tu ada di samping Yatt, tapi tah kenapa Yatt masih lagi bertahan untuk tidak putus silaturrahim dengan orang macam tu. Even menyakitkan hati, kau cakap lebih kurang ikut suka hati kau tanpa fikir pun perasaan aku, even kau tahu aku sakit tapi kau ignore perasaan aku, aku tetap nak kawan dengan kau. kejamnya kau kan manusia? hahaha! aku kuat maybe..kuat menahan rasa sakit, atau mungkin aku sayang sebab kau kawan, atau mungkin aku taknak hilang kau dalam hidup aku. haih manusia.... aku pun ada kurangnya, kurangnya aku apabila aku mudah lembut hati dengan insan bernama manusia. kau buat la jahat macam mana pun pada aku, hampir bunuh hati aku pun aku tetap terima kau jadi sebahagian dari hidup aku. Dendam? ouh tidak sama sekali. mulut mungkin cakap ya! tapi hati menidakkan. Senyum, ketawa. Itu yang aku mampu untuk menutupi rasa sakit. 



sincerely,
YATT


Tuesday, March 10, 2015

SKINCARE

Assalamualaikum

Hello sayangs! korang.. hurm hurm seronok pulak lately sebab misi tercapai.. misi apa tu?? ahaaa meh sini nak cerita, benda baik elok la kita share kan? rasanya sumorang tau Yatt ni suka nak cantik-cantik, nak jaga kulit.. nak jaga serba serbi pada diri ni..yela, diri sendiri sapa lagi nak jaga kan.. luar dalam kena jaga kay gugurls sekalian..penting ni!! penting!! bukan untuk sekarang saja..tapi untuk masa akan datang jugak.. mihihi~

Sepanjang cuti semester hari tu, sibuk sangat Yatt ni nak jaga kulit, tak cukup putih katernyeeeee.. lagi lagi masa cuti banyak shooting sana sini (ayat bajet retis gittuw) *meluat dengan diri sendiri*. Kulit ni asyik kena matahari, kusam pon ada.. jerawat tu asyik nak naik je... mujur la ada Sabun MARINE ESSENCE.. memang 100% yatt guna Sabun tu bagus untuk those yang ada masalah jerawat..parut jerawat.. testimoni sepah-sepah dah Yatt dapat..semua positif!! seronok pulak bila kita suggest kat orang guna sabun tu, then berkesan.. Yelah Yatt pun macam semua orang, masalah kulit ni kadang-kadang susah nak atasi.. tapi bila dah dapat penyelesaian, Yatt suka share supaya sumorang nampak cantik macam NORA DANISH! hahahahahha (nak jugak sebut ND sebab i adore her much!). So those yang rasa nak try sabun MARINE boleh whatsapp Yatt 01124334771. Yatt jual dengan harga kasih sayang.. niat nak tolong. Kita cuba, selebihnya kita serah pada Allah taala k...

Then kalau cakap pasal product kecantikkan..hurm apa yang Yatt pakai ek? dulu Yatt pernah pakai Safi Balqis, sejujurnya produk tu memang sesuai dengan kulit Yatt since sekolah lagi, then dah masuk Universiti ni, tengok orang pakai produk mahal sikit, Yatt pun nak...haihhh pantang tengok.. nampak cantik je terus nak try.. (cepat terpengaruh katenye). So masa tu Collagen plus vitamin E sangat femes emes.. Yatt try la.. sesuai beb!!! kulit iols licin lembut gittuw, tapi makin hari kan makin tua..kulit ni pun dah makin ketegaq.. setahun lebih kot pakai product tu, lelama dah macam tak okay.. so Yatt stop..until cuti semester yang lepas bersamaan dengan 2, 3 bulan yang lepas (ayat macam nak baca kalendar islam) yatt terjumpa product skincare BABIES BLINKS. Dok usha jugak produk ni..femes dimana mana... macam nak try.. memandangkan kulit dah tak berapa nak segak..so nak bagi segak balik.. masalah jerawat dan parut jerawat dapat diatasi dengan MARINE ESSENCE..masalah putih dan kulit kusam ni Yatt try dengan BABIES BLINKS 5 in 1.. Weaaaa!!!! nak habaq ni.. tak sampai seminggu lagi pakai.. hampa tengok la kulit Yatt jadi lagu mana...... OMG OMG OMG.. puas hati!!! Alhamdulillah... InshaAllah lepas ni kalau takde ura-ura cakap pasal product ni tak boleh guna, Yatt akan stick dengan BABIES BLINKS 5 in 1 sampai bila-bila.... serious berkesan! muka Yatt dah melepak macam kak limah uolsssss! hiks . Mohon percaya bahawasanya gambar-gambar di bawah ni Yatt tak edit... 

Kesimpulannya, SABUN MARINE ESSENCE & BABIES BLINKS sangat terbaik!! tapi yatt tak jual babies blinks eyh anak-anak sekalian... sabun marine essence ada.. kalau nak meh roger-roger.. 01124334771. banyak lagi faedah korang boleh dapat dengan menggunakan Sabun Marine Essence.

Yatt pakai rayban sebab Yatt pemaluuuu hahhaha!!! Maap kamera kami tak cun cam kamera ampa.kbai


















love,
YATT




Thursday, February 26, 2015

Review Alisha Shawl by ZALIEYA COLLECTION

Assalamualaikum

Hello! just for a short entry maybe, Memandangkan Yatt tengah bosan namati dah ni..hmm ada baiknya juga luangkan masa dengan blog kesayangan ni.. apa lagi, dah taktau entry apa nk buat Yatt nak review sikit about shawl by @zalieyacollection . This is Diamond Georgette material... kain sangat mudah dibentuk, bayangkan masa Yatt nak shooting untuk shawl ni, Yatt kena salin about 6 helai shawls, tapi dengan bangganya dapat buat kerja dengan cepat sebab shawl ni senang dibentuk. *clap hand untuk diri sendiri juga kepada founder shawl ni*.  yang paling penting, shawl ni menutupi aurat.. yang pakai labuh, boleh je nak labuhkan mengikut citarasa tersendiri, yang pakai singkat, belit je sukati janji selesa. macam macam gaya boleh buat kayh.. Yatt berani confirm!!! korang puas hati bila pakai shawl ni. kain tak panas hokeyyy. and kita kat sini bukan sesaja nak posing tunjuk muka ke hape... kite nak tunjuk shawl tu shanteeek ha.. and then Zalieya Collection juga menyediakan tutorial.. ini baru satu ye..ade lagi sebenarnye...fashion lain pulak... tungguuuuuuuu nanti Yatt review lagi yea.. 

jom tunggu apa lagi.. grab la sorang sehelai, dua helai..sapuloh helai ke.. hihik! 

Zalieya Collection menyediakan 15 warna untuk shawl ni, eh lupa pulak nak perkenalkan nama shawl, ALISHA SHAWL diberi nama ye anak-anak.....


RM25 sehelai + RM5 (postage) - postage depa bagi dalam kotak cun punya..
measurement : 2.0m x 0.75m 
 Instagram: @zalieyacollection <-- klik je sini
facebook : Lieya Dekna <-- klik sini

ouh tak lupa kepada Encik photographer Mohd Zamani (klik kat nama), sesape yang tengah cari photographer untuk wedding ke, pre wedding ke... sila pm dia kayh....








Monday, February 9, 2015

Part Paling Penting dalam hidup!

 Assalamualaikum



 Dalam kehidupan seharian kita, perkara paling utama yang kita wajib titik beratkan bagi kaum wanita ni adalah penjagaan V. Tempat dimana mudah untuk mendapat jangkitan kuman dan berbau kerana keputihan yang berlebihan. 










Sini meh Yatt nak cerita sikit tentang Produk Garam Buluh yang menyediakan FEMI 9 intimate wash. Produk ni  merupakan pembersih yang bersifat sederhana dan lembut. Ianya sesuai untuk kegunaan seharian wanita. FEMI 9 intimate wash berkesan untuk:

  • membersihkan V
  • menyegarkan V
  • menghilangkan bau pada bahagian V
  • mengekalkan keseimbangan pH semulajadi kulit
  • melindungi dan mengelak dari jangkitan kuman
  • melindungi dan mengelak dari keradangan di sekitar bahagian intim kaun wanita
FEMI 9 mengandungi 2 ramuan utama iaitu MANJAKANI & VITAMIN E. 

Manjakani berfungsi sebagai mengembalikan ketegangan dinding faraj yang hilang akibat peningkatan usia, perubahan hormon dan selepas bersalin. So, ternyata produk ini sesuai untuk semua peringkat umur. Dijamin berpuas hati dan bagi yang dah berkahwin..kompom2 suami semakin sayang...gittuww hiks!. 

Vitamin E pula merupakan agen anti-pengoksidaan. fungsinya adalah untuk memudahkan penghasilan sel-sel, memulihkan luka pada kulit dibahagian V, melambatkan proses penuaan. Kulit wanita dibahagian V mudah luka..jadi dengan menggunakan FEMI 9, insahAllah kulit anda terjaga...

Kecaantik luaran tak menjaminkan kecantikkan dalaman. Meh sesama kita kaum wanita menjaga kecantikkan dalaman dan juga luaran. Bukan untuk diri sekarang sahaja, bahkan untuk masa yang akan datang.. Ingat eeek, bahagian V tu penting... Alhamdulillah semakin meningkat umur, Yatt jadi semakin menitikberatkan tentang penjagaan luaran dan dalaman ni. Dengan produk garam buluh, Yatt dapat kenal erti kesihatan dalaman dan luaran. THANKS GARAM BULUH! korang bila lagi??
eh dan dan daaaaan jangan risau yeee produk ni HALAL... hehe


meh try FEMI 9 intimate wash. anythung whatsapp Yatt.. 01124334771. Harga kasih sayang Yatt bagi.. :) 

Wednesday, February 4, 2015

Sihat, Cantik dan Segak dengan Produk Garam Buluh.

Assalamualaikum

Sekarang ni macam-macam produk kesihatan dan kecantikkan ada jual di luar sana. Tapi berapa ramai orang yang berani cuba produk kecantikkan dan kesihatan ni? Sejujurnya, Yatt dari dulu sampai la sekarang, susah sangat nak mencuba segala produk kecantikkan dan kesihatan ni. takut la.. takut kesan pada kulit tak bagus. Orang ramai berlumba mencuba produk aura white la, qu puteh la, tabita la, tapi Yatt takut nak cuba semua produk tu. Memang nampak hasilnya sangat bagus.. tapi tak semua jenis kulit sesuai dengan produk yang sedia ada kan? 

Tapiiii..Tapiiiiii !! Bila Yatt dapat tahu tentang produk BAMBOO SALT, automatik Yatt minat nak tahu lebih lanjut tentang produk ni. Kebetulan kawan dan mak saudara Yatt ada jual produk ni, jadi Yatt banyak dapat info tentang faedah-faedah menggunakan produk BAMBOO SALT. ouh sebenarnya Yatt ketinggalan jauh sangat, sebab produk ni dah lama kot orang consume, tapi Yatt baru tahu.. sedih gilossss~ kalau ku tahu dari awal, mesti sekarang iols dah cantik dan sihat kan kan kan..hahah!

Yatt Baru je lagi nak berjinak-jinak guna produk ni, dalam masa yang sama Yatt nak tolong kawan-kawan Yatt semua..followers Yatt yang Yatt sayang ni untuk jaga kesihatan dan sentiasa nampak cantik dan handsome tertarik daboooom! jadi Yatt ambil sedikit peluang untuk menjual serba sedikit dari produk BAMBOO SALT ni. Jom lapangkan masa sekejap untuk tahu tentang faedah-faedah menggunakan produk ni.

Tengok gambar di atas ni, ni serba sedikit produk yang Yatt jual. 

1. MINERAL COFFEE
2. MARINE ESSENCE SHAMPOO
3. MARINE ESSENCE BODY WASH
4. MARINE ESSENCE SOAP
5. MARINE ESSENCE TOOTHPASTE


KEBAIKAN
MARINE ESSENCE TOOTHPASTE

RM19.00 SEKOTAK



Bar Kecantikan Marine Essence dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit. Ia diperkaya dengan antioksidan dan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit anda.


Marine Essence Series memanjakan kulit anda sambil menghidratkan dan melembutkannya. Kulit terasa selembut sutera apabila disentuh.



Diinspirasi daripada bentuk organik kerang laut dengan haruman yang menawan, Kecantikan Marine Essence pasti merangsang anda menggunakannya setiap hari!


Sabun Marine Essence dapat membantu mencerahkan kawasan-kawasan tersembunyi di badan seperti leher hitam, celah-celah peha, celah-celah pelipat bukan tu je kulit sensitif, eczema, parut jerawat, badan gatal-gatal,badan  ruam-ram panas ,ruam bayi dan banyak lagi.


Ia membantu menghilangkan masalah



mencerahkan ketiak dan celah-celah badan yang gelap 
(siku,leher,lutut,buku lali)



masalah ecszema baby



menghilangkan daki di leher



 merawat masalah jerawat di badan



merawat masalah tumit merekah



membantu mengurangkan dan menghilangkan 
masalah gatal-gatal pada badan



 membantu menghilangkan masalah parut jerawat

MARINE ESSENCE BEAUTY BAR SOAP
BAMBOO SALT

starter kit : 1 bar RM35.00 
 3 BAR PER PACK : RM105.00




Aroma istimewa Hai-O Mineral Kopi berasal daripada bijian Kopi Robusta dan Garam Buluh Organik semulajadi dari Korea yang meningkatkan nilai nutrisi kopi ini. Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti Magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan Kalsium.

Apa keistimewaan Mineral Kopi sehingga stok kopi selalu 'SOLD OUT' ???
  • ANTIPENUAAN - agen antioksida yang baik.
  • MENGAWAL PH BADAN, boleh menuetralkan toksin berasid dengan cepat seperti asid urik,gula dalam darah,kolestrol dan lain-lain.
  • MENCEGAH dan MERAWAT penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, buah pinggan, kencing manis, migraine, kanser dan lain-lain masalah kesihatan.
  • MEMBAIKI MASALAH SISTEM PENGHADAMAN seperti gastrik, ulser perut, masalah usus,buasir sembelit, juga sebagai diet yang ekonomi.
  • Mempunyai kesan DETOKSIFIKASI.
  • Melegakan masalah ALAHANpigmentasi dan lain-lain masalah kulit. 
  • Memberi TENAGA dan juga kualiti KESIHATAN YANG BAIK kepada badan.

                                                               MINERAL COFFEE

Harga sekotak 
RM 26.50 (Sem. M'sia)
RM 27.50 (Sabah/Sarawak)


 MARINE ESSENCE BEAUTY
BAMBOO SALT
NOURISHING SHAMPOO

1 BOTTLE : RM33.00



Untuk penggunaan Marine Essence Shampoo pulak sangat bagus untuk korang yang ada masalah-masalah mcm ni
  • Rambut Gugur
  • Rambut Gatal
  • Rambut Kering
  • Rambut Berminyak


 MARINE ESSENCE BEAUTY
BAMBOO SALT
NOURISHING BODY WASH

1 BOTTLE : RM33.00



UNTUK SEBARANG PERTANYAAN ATAU BELIAN, 


WHATSAPP (YATT) 01124334771.







Monday, January 12, 2015

Tahniah BFF! Selamat pengantin baru Zamani & Yaya

Assalamualaikum

Haaaaiii, Meh kita cakap pasai kahwin meh. Seronok kahwin? mesti la seronok kan.. even though Yatt tak kahwin lagi, tapi takdela sampai noob sangat nak cakap kahwin tu tak best! haha. Kita tengok kawan-kawan kahwin pun kita dah seronok, apatah lagi kalau diri sendiri yang kahwin. Ye dak? 

Ok dah! takmau intro panjang berjela sangat, direct pada tajuk entry Yatt. Kawan baik Yatt Nurliyana as known as YAYA. Kenal kan kan kan? yang selalu follow blog Yatt mesti kenal, gambar dia kat sidebar blog Yatt pun ada ha. Kenapa dengan dia? dia dah KAHWIN T_T..... huwaaaa *menangis sedu-sedu* bukan sebab tak suka, tapi bahagianyaaaaaa... kahwin pulak dengan sepupu Yatt. haha!. Ingat lagi tak entry yang dolu-dolu, Yatt ada cerita Yatt kenalkan kawan baik Yatt sendiri dengan sepupu Yatt, ha inilah dikatakan jodoh, 3 tahun diorang ni berkasih sayang, akhirnya kahwin jugak....Alhamdulillah... 

Tapi yang tak bestnya, apa pasai ampa pi tetap tarikh time Yatt takdak???? *menagis sedu-sedu lagik*. Tarikh diorang nikah dan kenduri tak kena masa dengan Yatt, sebab Yatt tengah final exam. Tapi takpa, Yatt doakan ampa dua bahagia dunia dan akhirat. Serious rasa seronok bila berjaya jodohkan orang ni. hahah! walaupun diri sendiri gagal dalam bercinta, tapi tumpang bahagia tu daripada orang pun dah memadai.  Come on my boo, produce anak comey-comey untuk i.. hahahha! (orang lain susah payah, aku menumpang). 

YAYA, kawan since diploma di Uitm Machang, Kelantan. Banyak suka duka kami bersama. Bila Yatt sakit, dia jaga. Bila Yatt susah dia bantu. Dia seorang yang tabah. Sampai sekarang Yatt tak pernah lupa setiap memori kami bersama. Alhamdulillah daripada jadi seorang kawan baik, sekarang ukhuwah kami semakin dekat, kita dah jadi adik beradik la YAYA!!! heheheh sukanya~  

SUMPAH! Yatt menangis bila tengok gambar kahwin dia, bahagia tu terasa sangat-sangat.. syukur ya Allah.. Semoga Yaya dan Zamani bahagi dan sabar menempuh alam rumah tangga ni keyh.. KAK YATT sayang Yaya sangat-sangat. To zack, please take care of Yaya. Ada masa kita lepak bertiga lagi.. inshaAllah.....




P/s untuk diri sendiri: Akan tiba masa itu nanti.. harap hati ini bersabar dan tabah menempuh liku-liku kehidupan. Jodoh tu Allah dah tetapkan untuk kita, percaya dengan perancangan Allah. Lambat atau cepat, jodoh itu pasti akan sampai juga. Kecewa tu perkara biasa dalam kehidupan. Tak lengkap hidup kalau tak tempuh rasa kecewa. Bahagia itu yang kita idam dan inginkan. Tapi kita manusia, suka dan duka tu harus kita tempuh dengan penuh rasa sabar. Terima kasih Ya Allah kerana menjadi aku seorang yang kuat. 



ikhlas dari,
Yatt bahagia.





Sunday, January 11, 2015

LIVE UPDATE

Assalamualaikum

Live update...! currently at McDonalds. Huwaa bosan namati. Baru lepas exam tadi..Lepas tu kekonon nak cecepat balik senawang, Sekali dah sampai Senawang rumah sepupu, tetiba sepupu pergi Kuala Pilah. Omaigaaaad! acano nak masuk rumah..kunci takde. Sejam melepak luar rumah, lepas tu dah taktau nak buat ape dah..mati akal, tak toqah dah hidup.. start kete terus datang mekdi. 
Dah sampai mekdi, kaki pulak terpijak minatang apa tah.. tajam baq hang.. ibu jari berdarah T_T.. capit-capit aku berjalan.. dah la sorang-sorang.. forever alone sangat. Keep calm, biasa dah dugaan macam ni bila sorang-sorang.. Yatt kan tabah! huhu. 

okay nah lanja sikit gambo kite kat mekdi.. sengsorang~ ada yang nak teman??? meh aaa 

Ada cerita.. hurmm Yatt tau, ramai yang masuk blog Yatt ni kebanyakkannya cuma nak dengar lagu dalam blog ni.. hahah! mana Yatt tau? sebab ada la 2, 3 orang yang mengaku sendiri dekat Yatt, suka dengar lagu lagu dalam blog ni, kekadang Yatt ni malas nak update entry, tapi dorang masuk jugak blog Yatt semata nak dengar lagu. Ok nevermind, serius Yatt tak kisah.. Sebab Yatt memang malas ciket nak update entry. Korang rajin masuk sini pun dah kira ok, maksudnya korang ingat dekat Yatt. THANKS!. 
Semalam ada orang request dekat kite letak lagu banyak-banyak dalam blog ni.. katenye nanti nak pegi keje dia buat keje sambil dengar lagu dalam blog Yatt. Wah! hahahah hani.. oh hanii... lawak kawan baik Yatt sorang ni. Atas permintaan, Yatt letak la lagu-lagu favourite dia.. so sesape yang rasa malas nak search lagu kat youtube, malas nak download ke.. meh request sini meh, Yatt letak lagu yang korang suka. Tapi yang best-best, dan masuk dengan jiwa Yatt jela ek.. hehe... So sekarang dalam blog ni dah ade banyak lagu....korang boleh klik-klik je lagu mana korang nak dengar.. mengikut mood entry pun boleh.... 


Macam mana nak dapat playlist macam kat atas tu dalam blog Yatt? nampak tak "SCM Music Player". Bawah sekali dekat dalam blog Yatt? hujung sekali sebelah kanan ada bentuk bulat. haa klik situ. so enjoy the musics!


 ikhlas dari,
Yatt yang baik hati! haha




Saturday, January 10, 2015

Coretan Hati

Assalamualaikum



Sedikit coretan hati untuk pegangan pada diri sendiri.

Sampai bila kita mesti disakiti?
Sampai bila kita nak hidup berendamkan luka?

Jika Allah dah titipkan kekuatan itu dalam diri, MOVE ON!
Sia-sia hidup kita jika penuh dengan kesedihan.
Kita juga berhak Bahagia. 
Manisnya senyuman diukir dibibir. Jangan sesekali kita padamkan senyuman itu.

Dah lama aku tak ketawa untuk bahagia. 
Dah sampai masa aku bangkit.
Sedarlah hidup ini hanya sementara. 
RUGILAH kita kalau tak gunakan masa kita dengan kebahagiaan.

Kesian pada hati sendiri dek kerana sakit demi sesuatu yang belum pasti.
Look forward, follow the flow.
Kerana Allah menjanjikan sesuatu yang terbaik untuk hambaNya. 
Jangan pernah ragu dengan perancangan Allah.

Kalau rasa sunyi, fikir kita ada family, ada kawan-kawan, ada Allah.
Kalau bersedih, mengadu pada Allah. Ya! walau tak nampak di mata, tetapi Allah mendengar.
Dia menguji kerana Dia sayangkan kita.
Sabar itu indah. 

Kesabaran menjanjikan kebahagiaan. 



Nukilan hati,
YATT. 




DUGAAN and REVIEW SHAWL

Assalamualaikum

Hai! pejam celik pejam celik dah pun nak habis final exam. Malam ni Yatt curi sedikit masa untuk update blog kesayangan ni supaya tak bersawang macam dolu-dolu lagi. Taktau nak update apa sebenarnya, sebab dalam kepala otak ni fikir hal lain, tapi tetiba tadi masa tengah kodek-kodek blog orang, kodek-kodek facebook, terfikir pulak nak cakap pasal dugaan sepanjang minggu final exam ni. Haih kesabaran yang tinggi sangat diperlukan apabila Yatt ditimpa demam panas masa minggu pertama nak exam. Ouh no! Always like that.. demam time exam. Kesian kat diri sendiri T_T. Nasib la ada saudara yang dekat dengan Yatt kat negeri sembilan ni, jadi ada la orang nak jaga, disebabkan demam yang melampau, sampai 3 hari tak boleh bangun dari katil, sampaikan makan minum pun orang kena letak depan mata, nak makan makanan sedap sedap sikit pun tak boleh sebab ulser yang melampau dalam mulut sampai tak mampu nak mengunyah makanan. jadi makan rutin cuma bubur. SEDIH!!!! kurus kering Yatt sekarang. Daripada berat 40kg sekarang dah jadi 36kg. 4 kg turun beb!!! dalam masa seminggu makan bubur. sesape nak kurus ce ar try buat macam ni.. kompom kurus. Yatt nak gumokk balik..nak berat 40kg balik....tak best berat camni... doakan Yatt sihat..sekarang ni demam dah kebah sikit, cuma batuk je lambat baik.. doakan selera makan Yatt bertambah... Yatt dah tak sakit-sakit lagi.. hati pun senang..exam dapat jawab dengan baik..pastu berjaya dunia dan akhirat.. insyaAllah... doakan tau tau tau... momoah ciket! :* shayang sume... 





nah lanje gambar ciket.. bukan sekadar gambar..trapi review untuk CANDY SHAWL "BYANISWANY". Mane korang boleh dapat shawl kiut miut cenggini? sila follow instagram beliau (byaniswany). Shawl dia custom made tau... kain berkualiti dan yang paling penting memenuhi ciri ciri muslimah. inshaAllah... bukan setakat shawl ni je ada... kalau nak tau kaknis ada juga buat jubah... seshantik sangat jubahnya.. so kalau nak tau lebih lanjut sila la follow instagram beliau...jangan bosan tengok muka cik Yatt dalam instagram dia ek ek ek.. hahah! ok babai.





Ikhlas dari,
Yatt nak sihat!!




Tuesday, January 6, 2015

GO DIE?

Assalamualaikum

Tak ku sangka tak ku duga kejamnya dia. Dia yang ku anggap sahabat, dan ternyata sahabat itulah yang menyatakan kebenciannya pada aku hanya kerana insan bernama lelaki. Apa yang kau tau tentang hati? apa yang kau tahu tentang cinta? jika hanya dengan satu hati kau tak dapat menghargai, inikan pulak 2, 3 hati yang telah kau nodai. Indah pada sudut luaran, tetapi dalaman ternyata busuk. Jika daripada 100% kau benci aku, maka 400% aku benci kau. Kau tak seperti yang disangka, tak seperti yang orang lain nampak. Aku tahu, maka dengan itu aku diam. Andai aku tahu, aku sebarkan.. kau rasa indah lagi tak nama kau di mulut orang lain? Allah tahu. What goes around comes around. Jika kita tutup aib orang, maka Allah akan jaga aib kita. dont worry my sweet n nice friend! i'll keep your secret. But dont you ever disturb my life and my everything. don't u ever!!! i can be nice for you, but for awhile. Persoalannya. APA SALAH AKU DEKAT KAU? thanks! 





#Manusia tak pernah rasa bersyukur dengan apa yang dia miliki sekarang. kasih sayang yang diberi, melebihi dari yang diperlukan, tetapi masih lagi mencari kasih yang lain untuk dijadikan bahan kepuasan. kau fikir hati manusia ni mainan??? kau nak hidup berapa lama lagi kat dunia ni dengan semua game kau? bangkit la sahabat. aku tak kisah kau benci aku, tapi aku nak tau apa sebabnya. kalau alasan kau tu  munasabah, aku minta maaf, tapi kalau alasan kau macam "****_***". you can go die. 





sincerely from, 
Yatt always in LWMBZ.



Thursday, January 1, 2015

2015 bersama hati yang baru.

Assalamualaikum

Selamat tinggal 2014, selamat datang 2015. 

2014 banyak mengajar aku erti kehidupan, banyak mematangkan aku dari pelbagai aspek. Dah tiba masanya untuk aku patah balik pada detik pahit manis aku dulu, imbau kembali dimana kurangnya aku dan perbaiki segalanya. Aku bersyukur kerana dikelilingi dengan orang yang sayangkan aku hinggakan aku tak sedar kasih sayang tu sebenarnya bernilai dalam hidup aku. Kalau dulu, aku anggap mudah, sayang hanya satu perkataan, which is semua orang boleh sayang. Tapi sayang yang sebenar-benarnya macam mana?? 

KAK LINA binti ZAINAL. Seorang yang aku anggap like a real sister, dia banyak memberi nasihat pada aku soal hati. Walaupun masa kami berborak tak lah lama, tapi memadai untuk aku faham apa itu kehidupan. Aku sangat-sangat berterima kasih pada dia sebab membuka hati dan pemikiran aku untuk mengenal the real life. "KITA KENA SAYANGKAN DIRI KITA DULU, BARU ORANG LAIN BOLEH SAYANG KITA". Selama ni mungkin aku tak sayangkan diri aku, aku terus biarkan hati aku disakiti dengan orang di sekeliling aku. Sikit pun aku tak ubati hati ni. Kalau bukan aku yang ubati luka dihati ni, siapa lagi kan?. Dari situ timbul kesedaran dalam diri aku, kesiannya pada hati aku.. terlalu banyak luka dan parut dek kerana CINTA yang sia-sia. Subhanallah T_T. Semoga aku diampunkan Allah kerana mengatasi cinta manusia berbanding DIA yang Maha Esa.

KAK FYFA, dah memang sejak aku pra diploma lagi dialah kakak aku, dialah yang selalu bagi aku kekuatan, walaupun jarak kami sangat jauh, tapi hati kami dekat untuk memahami hati dan perasaan antara satu sama lain. Nasihat demi nasihat tak pernah putus aku terima daripada dia. Setiap dari kata-katanya buat aku terfikir, siapakah aku? inikah aku? Dari situ juga aku terfikir, bahawa aku adalah seorang yang tabah, setiap ujian yang aku tempuh, aku jalani dengan penuh kesabaran dan kekuatan. Tapi kekuatan aku berpandu kepada nasihat-nasihat orang lain. Sejujurnya aku bukanlah seorang yang independent. Aku terlalu bergantung pada orang hinggakan aku tak mampu untuk mengheret diri aku ke landasan aku yang sebenar. jadi mulai sekarang, i'm a new Yatt. Pengalaman mematang pemikiran, bukan sahaja usia... itu yang aku belajar dari pengalaman pahit manis sepanjang aku hidup. 

FAMILY, ini yang paling penting dalam hidup aku. Dimana, apabila aku tengah down, mereka selalu ada untuk aku walaupun jarak jauh. Dimana mana saja mereka sentiasa mmberi semangat, di facebook, group whatsapp, sampai menitis air mata aku baca setiap satu persatu nasihat dan kekuatan yang diberikan dari setiap dari mereka. tak kira tua dan muda. Dari situ juga aku sedar, walau apapun yang terjadi, walau sejahat mana pun kau, walau hina mana pun kau.. keluarga takkan pernah buang engkau. Kekuatan kita ada pada mereka. Aku sayang keluarga besar aku... aku sayang sangat-sangat.. maaf andai aku berdosa. Maaf andai aku terleka, Maaf semuanya.......


                                 
Sini aku selitkan kekuatan aku dapat dari sebahagian besar family aku. ada lagi dalam group whatsapp. Terima kasih tak terhingga kerana menyedarkan aku pentingnya sebuah keluarga. sejujurnya sebelum ni aku buat hal sendiri ja..tak tau apa itu erti keluarga yang dimaksudkan... 
I LOVE MY FAMILY.



Untuk semua kawan-kawan yang follow Yatt, minta maaf andai ada salah dan silap Yatt sepanjang 2014 dan sebelumnya. Segala kekhilafan Yatt harap diampunkan, kerana aku pendosa tanpa Noktah. Bersama air mata, Yatt akhiri entry kali, sekali lagi ucapan selamat menyambut tahun baru 2015 kepada semua. Doakan moga apa yang Yatt hajatkan untuk diri Yatt akan tercapai.. inshaAllah...



Ikhlas dari,
Yatt.