Monday, April 23, 2012

Oooomeelll :))))




بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

Hye!! :')


Hey there.. hari ahad hari tu pegi pasar dengan mak. Masa tengah jalan-jalan tu terjumpa kedai
yang jual macam-macam jenis fesyen tudung. Oke sape tak kenal YATT kan. pantang
nampak tudung yang keluaran terbaru..semua nak beli.. semua nak try... haish..
lepas tu tengah belek-belek tudung dekat situ, jumpa la yang berkenan di hati.. tuuu
gamba kat atas tu la tudung yang baru tu.. ngiah3.. mula-mula ingat selendang..
bukak je lipatan tu, tengok-tengok macam tudung bawal biasa. oke amik je..sebab nampak 
comel je tudung tu... Yatt amik dua helai.. rupanya tudung macam tu dah keluar lama dah..
hurrmmm oke sekali lagi..Yatt always outdated :'(. nanti nak pergi pasar lagi..
nak beli banyak-banyak.. tapi tade duit.. awak2.... nak duit!!!!!!
bhahahahahahahha :D





sekian 

Assalamualaikum :')


Thursday, April 5, 2012

Khas Untuk Bakal Imamku



بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم






Wahai Bakal Imamku 

 Kau hadir dalam hidupku dengan infinity harapan.
 Kau mewujudkan bunga-bunga yang mekar dari setiap sudut hatiku. 
Mengisi kekosongan yang sekian lama terbiar.
Apa yang ku harapkan hanyalah sedikit kesetiaan, kejujuran, keikhlasan, 
tanggungjawab,dan segala yang terbaik untukku, untuk anak-anakku.
 Bimbinglah aku ke Jannah wahai imamku.

 Bakal imamku, 
andai tiba jodoh kita.. apa yang ku inginkan.. ketika tiba waktu solat,
 kau akan mengimamkan aku.. kau menjadi penghulu memimpin doa untuk kebahagiaan 
kita bersama dan aku mengaminkan setiap doa yang kau mohon kepada Allah.

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

Kerana
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu.

Insya Allah. Amin Amin. hanya ini mintaku.
 
"Buat bakal imamku, akan ku persiapkan diriku sebelum kau menikahiku,
agar tibanya saat ijab kabul itu, aku takkan memberatimu memikul dosa-dosaku,
 dosa auratku, dosa lidahku...

Aku mengharapkan solehmu, meskipun aku bukanlah solehah,
akan ku cuba menjadi isteri solehah, 
penyejuk mata, pendamai hatimu agar kita sama2 mencapai mardhatillah...

Aku impikan tahajudku sebagai seorang makmum kepada seorang lelaki bernama suami.
 Yang ingin dibimbing itu aku."

Assalamualaikum imamku :)