Tuesday, May 22, 2012

Hanya Dia








          Kenapa dunia ini seakan-akan tidak adil untukku..? kenapa harus aku harungi setiap dugaan ini? Adakah ini yang dinamakan dunia fana? penuh dengan panca roba yang terpaksa aku bertahan hari demi hari. Siapalah aku hendak menyalahkan qada' dan qada Allah. Aku hanya mampu redha dengan ketentuan yang maha Esa, mampu berdoa untuk masa yang akan datang. Aku tidak minta untuk diperkatakan sebegitu, namun hati manusia siapa yang tahu. Aku tidak minta untuk diperkecilkan sebegitu, hanya kerana aku wanita biasa yang pernah melakukan dosa seperti manusia yang lain. Manusia boleh berkata apa sahaja, namun pada hakikatnya hanya kita sahaja yang tahu kebenarannya. Hati kecil meminta untuk berkasih, hati kecil meminta untuk menyayangi sesama manusia, akan tetapi mengapa masih ada di antara kita yang belum nampak akan kasih sayang sebenar itu..? Kadang-kala hati ini kosong, akan tetapi setelah memikirkan sakit yang akan datang.. ku kuatkan juga hatiku. Sayangnya aku tidak kuat, aku tak mampu bertahan dan air mata menjadi peneman  dikala malam yang sunyi membaluti sepiku ini. 

          Dia yang satu berhampiran denganku, semakin jauh membawa hati bertaut dengan yang lain.. Aku gembira melihat kebahagiaannya. Alhamdulillah.. Semoga mereka sejahtera di sana bersama bunga-bunga cinta yang tumbuh subur mekar di pohon nan indah..tiada yang dapat aku ungkapkan lagi selain daripada terima kasih atas kenangan abadi yang tersemat dihati ini. Akan aku doakan kebahagiaan mereka hingga ke akhir hayat, InsyaAllah...

             Dia yang satu nun jauh dari mataku, membawa diri hingga terukir rindu di hati. Peritnya rasa dikala jauh  diam seribu bahasa ,namun hanya hati berbicara rindu . Entah bagaimana khabarnya dia di sana. Alhamdulillah semoga cita-citanya tercapai dan aku? aku hanya mampu melihat dari jauh kesenangan dan kebahagiaan dia. Maafkan aku atas segala dosaku, maafkan aku atas keterlanjuran kata-kataku, maafkan aku atas kekurangan diriku, Semoga dia mengecapi apa yang diidamkan. 

               Dia yang satu, yang setia bersama aku sebagai sahabat. Menenangkan aku dikala aku kesedihan, memberi kekuatan kepada aku walau tak pernah sekali bersua muka, penyeri hidup aku hinggakan aku tersenyum walau sedang bersedih. Terima kasih atas setia dia terhadap aku. Terima kasih menjadi sahabat kepada aku. Terima kasih kerana menerima kekurangan diriku. Terima kasih tidak membuang aku dari hidupnya. Inilah yang aku inginkan sebagai  manusia, Silaturrahim yang terjalin antara satu sama lain, tidak pernah ada noktahnya walau pernah tempuhi detik kesedihan bersama, namun berakhir dengan kebahagiaan walau cuma sebagai SAHABAT, memadai daripada menyepi tanpa khabarnya. 

                 Inilah liku-liku hidupku yang masih belum jumpa noktahnya, entah sampai bila harus aku jalani kesedihan yang melanda hari demi hari, entah sampai bila aku harus begini menanti sesuatu yang masih belum pasti penghujungya bagaimana.. Aku berhenti sampai di sini, mengalah untuk terus mencari pencinta, mengejar pencinta YANG ESA, untuk perbaiki diri yang serba kekurangan ini. Ya! itu lebih baik, kerana DIA yang memahami aku, setia berada di sisi aku di saat aku sedih, aku gembira, berduka.....


sekian.