Saturday, March 19, 2016

Penang-Shah Alam-Senawang-Kuala Lumpur-Penang

Assalamualaikum..

Hai! Waa sekarang da rajin nak update blog haa.. Hm blog ni wujud time nak hilangkan bosan je la. Hehe sekali update mau panjang berjela cerita.. Janji nak cerita pendek, sekali terpanjang daaa.. Well, orang pendiam memang banyak menulis dan bercerita dalam penulisan. Persoalannya, pendiamkah?? Hahha! Macam kelakar je. Tajuk entry macam penat tengok banyak sangat nama tempat. Bercuti ke cik Yatt?? Huhu

Unexpected planning, aku dah sedia maklum belum sihat sepenuhnya. Migrain ni anytime je datang. Kekadang macam nak mengamuk pun ade, tapi positif je.. Sakit ni meluruhkan dosa-dosa kecil. InsyaAllah. Hari jumaat sepatutnya aku kerja, tapi aku belum sihat..bayangkan, sepanjang hari tuam ais dikepala.. Rasanya habis dah ais dalam peti sejuk rumah aku tu dimakan kepala aku ni. Itu jela penyelesaian untuk aku bertahan selain dari ambil ubat berterusan. Dan hari jumaat tu juga mak beritahu nak ke Shah Alam dengan abah sebab ade kenduri sedare. Aku pun ok jela. Malam sabtu, abah minta aku follow sekali.. Allahu aku xberapa sihat lagi ni..tapi sebab abah pun tak sihat.. So lebih baik aku follow, bole gilir-gilir drive kereta. Kesian abah nanti. 

Keesokkannya, sabtu 8 am, aku mak dan abah bertolak ke shah alam.. Gilir-gilir drive dengan abah.. Memula abah bawa, sebab pepagi lagi aku dah kena migrain. Bole pulak masa tu tersalah bawa ubat. Aku bawa ubat senggugut. Ubat migrain tinggal dekat rumah.. Memang terbaik la.. Ketaq kepala tahan sakit. Sebab nak drive, so aku cuma makan panadol biasa.. Tido sejam dalam kereta.. Lepastu aku take over drive keta. Sampai la ke Shah Alam dengan selamatnya. Tanpa sesat.. Sebab Shah Alam kan.. Tempat aku dulu masa study.. Sedikit sebanyak tau la juga aku jalan area sana. Hehe. Sampai je kat sana, kitorang terus pergi kenduri. Dah kenyang sume.. Singgah rumah sedare di taman Alam Budiman, puncak perdana. Rehat disitu.. Tido palu-palu..then gerak pulak ke Senawang. 

Senawang rumah sedare time aku study di uitm Seremban 3. Final year aku stay kat rumah diorang ni la. Ulang alik pegi uitm seremban dari senawang ambil masa lebih kurang 30 minit. Rela.. Tapi paling frust bila kelas pagi, kena bangun awal.. Kelas pukul 8.. 7.30 aku dah sampai kelas..tetiba kelas cancel.. Dan hari tu pula kelas cuma ada 1 je. Huhhh kecewa. Time rajin xde kelas la pulak.. Time malas ade je kelas.. Sabo jelaa.. Ok back to the story, sebab dah lama tak datang senawang, sampai je senawang, aku terus ajak abah pergi beli coconut shake favourite aku dekat area senawang. Memang superb sedap. Dulu hari-hari aku beli coconut shake kat situ. Bila habis je kelas, sebelum balik rumah, mesti singgah beli. Sampai tokey kedai tu da kenal aku. Bole bagi diskaun lagi haa.. Hehe. Sampai je di kedai tu, aku terus cakap dekat tokey dy.. Nak beli 6 coconut shake. Aku da tak fikir da sape yang nak makan..yang penting banyak. Dan masa tu aku jadi tamak. Hahahah! Lepas beli, terus pegi rumah sedare.. Alhamdulillah sampai juga. Rindu sangat nak stay kat senawang, study kat sini.. Rindu environment kat senawang.. Seriously rindu sangat. 

Esoknya plan nak ke Kuala Lumpur, melawat mak lang sakit. Khabarnye mak lang diserang sakit jantung. Semoga mak lang cepat sembuh.. Besok kitorang tengok mak lang ye.. Lepas tu bole gerak balik penang dah. Doakan perjalanan selamat pergi dan pulang. Isnin dah kene kerja.. Semoga tabah! Haha ok bai.

Nah belanja sikit gambo hakak.






Gambar last ni paling best. Masa dekat kenduri, ade photobooth. Bole ambik gambar lepastu siap masa tu jugak. Then dapat 3 keping macam ni. Seronok sangat. Sesape nak macam ni untuk ape ape event, bole contact nombor yang ade dekat dalam gambar. Semua ada di BUMBONG PHOTOBOOTH. (0124906099) ataupun follow instagram beliau @bumbongproduction #bumbongphotobooth

Lots of love,
Yatt ❤️




Thursday, March 17, 2016

Dreams

Assalamualaikum..


Hello gais, nampak tak tajuk entry kali ni "DREAMS". Tipu la kalau korang takde angan-angan. Jenis kuat berangan macam aku ni memang tak dinafikan lagi la. Tengok pose pun dah tahu minah ni kuat berangan. Haha! Maklum la.. Dulu masa kecik-kecik suka sangat tengok cerita snow white, cinderella, beauty and the beast..bila dah besar, tak boleh move  on pulak. Sorry la.. Jiwa disney ni terbawa-bawa sampai sekarang. 

Sebab terlalu sukakan kartun-kartun macam tu, dress up aku pun ke arah macam tu. Nak pakai skirt je.. No more jeans, track suit and apa jenis seluar sekalipun. Bagus juga macam tu, dalam masa yang sama dapat juga menjaga aurat sebagai seorang wanita. Nak dijadikan cerita, aku start pakai skirt labuh since study lagi. Rasanya masa aku degree semester 3. Umur masa tu 23 tahun kot. Mak marah pakai seluar.. Katanya macam lelaki. So seluar jeans aku semua dia bagi kat orang. Mak garang ok.. Tapi untuk kebaikan. Start dari hari tu, aku selalu pakai skirt je.. Nak istiqomah tu susah..aku pun cari alternatif untuk aku kekalkan berskirt dengan cara beli skirt cantik-cantik kembang macam princess. Lepastu beli dress cantik. Dalam berfesyen aku masih menjaga aurat. Gittuw... Lama kelamaan, skirt dah sebati dengan hidup aku, bila aku cuba nak pakai seluar, aku rasa malu. Malu satu hal, rasa tak selesa satu hal. Sampai la sekarang umur aku dah 25 tahun. Alhamdulillah aku masih kekal dengan gaya aku. Sampai aku pergi kerja, semua orang tanya.. "Yati memang tak pakai seluar ka kalau pi mana mana?". Jawapan aku "ya, ada skirt ja..dah terbiasa macam tu". 

Sebenarnya bukan itu yang aku nak cerita. Tapi the point is sampai nak bertunang or nak kahwin pun aku terfikir nak buat tema ala ala princess cinderella, ada kereta kuda, ataupun ala ala snow.. Waaa aku punya berangan.. Rasa macam nak buat semua sendiri.. Sebab nak penuhi citarasa sendiri.. What? Bila nak bertunang? Ouh, bila sampai masa bertunang, bertunang la. Cliche tak jawapan? Hihik. Huh semua orang nak bahagia, nak yang terbaik untuk hari bahagia.. Tak sabar sebenarnya tunggu saat tu.. Tapi aku taktau bila. Mohon tunggu jela.. Kalau ada nanti, aku mesti update entry hari bahagia aku. Doakan yang terbaik ye.

Ouh hari ni pi kerja, pastu pi klinik dalam sony, doktor bagi MC. Saja nak bagitau. Kbai. 😂

Lots of love,
Yatt ❤️




Monday, March 14, 2016

Syafakillah

Bismillah, Assalamualaikum


Hai gais. Tetiba hari ni rindu sangat nak update blog. Rindu korang? Ouh semestinya rindu. Tolong la rindu aku balik. Please! Hakhak. Since dah lama tak berblogging, izinkan aku membebel sikit. Sikit je. Promise! Today is monday. Tu je nak bagitau. Err emm tetiba blur sekejap, maklum la dah lama sangat tak berdunia, asyik sibuk dengan kerja sampaikan diri sendiri tak sempat nak melihat apa yang berlaku dipersekitaran, dan semestinya tak sempat nak update blog yang comel ni. Alolololoo tecian blog itew *kiss screen handphone* . Apesal kiss screen handphone? Iyelaa iols update guna phone je u know. Laptop tu xtau la da jadi ape. Kabare laptop pn xsempat nak ambik tahu. Hmm. 

Well, sejak bekerja dan hidup di alam pekerjaan, totally different. Which means aku dah tak sempat nak bersocial. 12 jam bekerja. Boleh dikatakan SONY tu rumah kedua aku. Ouh Allah.. Kalau rumah kedua aku tu bagaikan syurga..aku tak balik rumah pertama. Tapi rumah kedua tu ibarat...ibarat...erghhh tak mampu aku nak cakap. Yang pasti aku sangat tertekan. Orang cakap, biasa la semua kerja mesti ada masalah, mesti akan stress. Yea mungkin betul apa yang orang cakap..well aku orang baru yang merasa dunia pekerjaan, tapi sejujurnya kerja as OFFICER PRODUCTION tu bukanlah jiwa aku. T_T nak nangis rasa..walaubagaimanapun, aku bersyukur sebab rezeki tu datang tanpa aku duga. Cuma aku perlukan kekuatan. Ya Allah, macam mana aku nak monitor orang.. Aku ni lembik..senang sangat orang nak pijak-pijak kepala aku. Banyangkan........ Betapa susahnya aku nk monitor hati dan perasaan serta atitude manusia. Rasa macam nak menjerit sekuat hati. 

Nak dijadikan cerita, minggu lepas aku diarahkan untuk datang shift malam. Ya Allah... Nak menangis masa tu.. Hati ni meronta-ronta minta simpati bos. Aku dah la orang baru.. Nak handle line kat situ sorang-sorang..takut pada makhluk lain tuuu takde la sangat. Nak tak nak, aku kena la akur. Ok! First night shift, tuhan je yang tahu betapa sakitnya kepala aku ni. Macam ada orang cucuk paku. Tikam-tikam dalam kepala. Yang peliknya sakit sebelah kanan sahaja. Itu la pertama kali aku rasa sakit macam tu. Jujur! Nak bukak mata pun tak boleh. Apetah lagi nak berjalan. Mujur la Allah tu Maha penyayang. Sakit aku digantikan dengan kemudahan dimana pada malam tersebut, line aku terpaksa stop atas sebab-sebab tertentu. Jadi aku boleh la berehat sekejap. Rehat je, bukan tidur k. Aku tak suka orang mengulat time kerja, so aku takkan buat macam tu. Sampai la time balik 7 pagi.. Aku rasa macam heaven sangat dapat tidur dirumah dengan selesa. Tapi kepala tetap sakit. Makan ubat pun tak jadi apa jugak.

Next night shift, sama juga keadaannya. Masih sakit.. Sakit yang teramat.. Dan sakit ni berlarutan sampai la 4 hari. Dan hari ni hari yang kritikal. Kebetulan aku ditukarkan kepada shift pagi. Dan sorry to say, aku terpaksa MC. Doktor cakap aku stress, yea.. Aku admit memang aku stress dengan kerja, stress dengan kehidupan aku sekarang. Macam macam dugaan yang aku lalui.. Sampai tak tertanggung rasa bebanan ni. Doktor advice supaya aku tak terlalu berfikir.. Dan aku perlukan rehat yang cukup. Tapi ada ke orang lain nak faham keadaan aku?? Doktor boleh nasihat, tapi yang laluinya adalah aku. Baru ja nak baik..datang pulak masalah.. Allahuuu... Bebanan di kepala sedikit ringan bila sahabat datang menjenguk dan mendengar masalah yang aku lalui. Thanks to Hani Sabri selalu ada untuk aku luahkan isi hati. 






Lots of love,
Yatt ❤️