Tuesday, September 6, 2016

Takdir Cinta Nur

BAB 1

Jam menunjukkan pukul 12 tengahari.. Nur merupakan gadis berusia 25 tahun, memiliki tubuh yang kecil, berwajah manis.. Gadis yang sukar dibaca isi hatinya.. Banyak memendam rasa. Seluruh keluarga Nur masih lagi bersedih di atas kehilangan dua insan tersayang iaitu sepupu dan anak saudaranya.. Dalam kesedihan itu.. Mereka tetap redha dengan segala ketentuan yang maha Esa.. Kehilangan yang memberi impak besar dalam keluarga mereka dan juga Seluruh rakyat Malaysia. Namun, hidup harus diteruskan.. "Setiap sesuatu yang berlaku, pasti ada hikmahnya", bisik hati Nur ketika dia membaringkan diri di dalam biliknya. Sedang dia mengelamun, menatap gambar arwah, tiba-tiba dia terdengar perbualan emak dan bapa saudaranya. Bapa saudaranya itu adalah ayah kepada arwah sepupunya. Dalam perbualan itu terselit tentang jodoh. 

"Aku ingat nak kenenkan Azrul dengan Najwa..dia kena teruskan hidup.. Tak boleh hidup sorang-sorang macam ni..kesian dekat dia..dia pun dah macam anak aku sendiri..bukan menantu dah..",begitulah kata kata bapa saudara Nur yang selesa dengan panggilan Pak ndak. 

Azrul merupakan suami kepada arwah..Nur dan Azrul merupakan sepupu ipar. Nur masih lagi mendengar perbualan antara emak dan bapa saudaranya. 

"Daripada bagi dekat orang lain,aku rasa lebih baik bagi kahwin dengan Nur saja..", balas emak Nur kepada bapa saudaranya. 

Nur tersentap dan terus dibelenggu rasa serba salah. Mana tidaknya.. Nur sedang bercinta dengan seorang lelaki yang diimpinya untuk dijadikan suami. Dany namanya..Apakan daya cinta mereka tidak direstui keluarga Nur atas sebab-sebab tertentu. Nur menceritakan segalanya kepada Dany tentang apa yang telah didengarnya. Nur berharap mereka berdua bersedia dengan apa saja kemungkinan yang akan berlaku terhadap hubungan mereka. Dalam fikirannya, setiap apa yang dia lakukan di dunia ini, restu kedua ibu bapa itu penting.. Walaupun ia menyakitkan.. Tapi mungkin itu yang terbaik. 

Setiap kali solat, Nur akan berdoa.. Agar jodohnya adalah yang terbaik untuknya. Jika jodoh itu datang, permudahkanlah segala urusannya untuk mendirikan masjid.. Dan permudahkan hatinya utk terima segala ketentuan Allah. Percaya dengan kekuasaan Allah...

Sebulan kemudian,

Tanpa diduga, Azrul mengirim pesanan ringkas kepada Nur. 

"Nur..sudah sudah la tu..tak perlu bersedih lagi yee". Begitulah sms yang dikirim kepada Nur.

Yelah, Nur masih lagi terasa kehilangan arwah sepupunya.. Tambahan pula anak saudaranya itu sangat rapat dengannya.. 

Bermula dari pesanan ringkas itu.. Mereka saling berkosngsi cerita tentang arwah.. Bercerita segala kebaikan arwah.. Suka duka bersama arwah.. Arwah sentiasa dihati mereka.. Al-fatihah.. Disamping itu juga, Azrul sangat mengambil berat tentang Nur.. Selalu menasihati Nur, dari situ Nur banyak mendekatkan diri dengan Allah. Kalau dulunya dia seorang gadis yang biasa-biasa..hanya menjalankan solat 5 waktu, berpuasa dan melakukan perkara wajib dalam agama islam, tetapi sekarang dia berubah sedikit demi sedikit ke arah kebaikan.. Tanpa ada paksaan.. Hanya dengan dorongan dan nasihat. Adakah dia imamku?? Bisik Nur didalam hati. 

Tak pernah terputus doa Nur selepas solat.."Ya Allah..berikan aku hidayahMu, agar aku kekal menuju rahmatMu dan jalan yang diredhai olehMu..walau bagaimana cara sekalipun.. Aku terima dengan penuh ikhlas dan redha.."

Allah itu maha mendengar, lagi maha mengetahui.. Pada suatu hari.. Nur terima satu pesanan ringkas dari Azrul, 

"Nur, Azrul nak tanya sesuatu..kalau kita dijodohkan, Nur terima Azrul x? "

Nur terkesima ketika itu, taktau apa yang hendak dibalas. Sejujurnya Azrul bukanlah lelaki seperti yang dia idamkan.. Tetapi IMAN yang ada dalam diri Azrul, sedikit sebanyak memikat hatinya. Dari situ, Nur sedar bahawa Allah telah mengabulkan doanya.. Untuk memberi hidayah kepadanya.. Dengan menghantar seseorang untuk mendampinginya sehingga akhir hayat..

"Kalau betul kita mmg jodoh, orang terima seadanya..tapi jangan bagi harapan ataupun berharap..harapan itu boleh jadi menyakitkan..kita follow the flow", balas Nur kepada Azrul.

Sejak dari hari itu, Nur nekad untuk buat solat istikharah. Pernah dia terbaca pada satu artikel tentang istikharah. Istikharah boleh jadi datang dalam mimpi, ataupun perasaan, ada juga yang mengatakan kalau pasangan kita buat istikharah, boleh jadi kita yang akan dapat pertunjuk..kebiasaannya jika mimpi itu datangnya pada waktu pagi sebelum atau selepas subuh.. Ia merupakan pertunjuk. 

Hari pertama istikharah, Nur dan Azrul sama sama melakukan istikharah, berharap pertunjuk dari Allah tentang jodoh. Namun masih tiada jawapan. Hari seterusnya.. Masih lagi dengan istikharah.. Masih lagi belum dapat jawapan.. Nur terus melakukan istikharah sehinggalah pada suatu pagi, selepas subuh, Nur bermimpi. Dalam mimpi itu dia bersama keluarga pak ndak dan arwah sepupunya. Ketika itu arwah dah pun meninggal.. Dia datang berjumpa mereka dalam keadaan yang ceria.. Tapi hanya 4 orang dalam ahli keluarga yang nampak arwah.. Berbaju kurung warna putih berseri.. Berborak sambil ketawa riang.. 

Tiba-tiba arwah bersuara kepada Nur "Nur..kahwin la dengan Azrul..akak restu sangat..jaga Azrul baik-baik ehh". Kemudian mereka berpelukan..lama sangat mereka berpelukan. Dalam pelukkan itu, Nur menangis. Pelukan itu terasa seperti bukan didalam mimpi..Apabila Nur tersedar dari tidur, Dia dapati air matanya mengalir. Allahuakbar ketika itu Allah sahaja yang memahami isi hati Nur, terubat rindunya kepada arwah sepupunya ketika itu. 

Dalam keadaan percaya atau tidak dengan mimpi itu, Nur masih dalam keadaan was was. Adakah mimpi itu merupakan mainan tidur.. Atau adakah istikharahnya sudah terjawab.? Dia tidak berputus asa, Nur teruskan lagi melakukan istikharah.. Untuk mendapat kepastian.. Tiada lagi mimpi istikharah pada ketika itu, akan tetapi.. Hatinya sudah mula menerima kehadiran Azrul. Segala baik dan buruk yang ada dalam diri azrul dia terima dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Nur terima Azrul kerana Allah.. Walaupun begitu, Nur masih meneruskan lagi istikharahnya. Begitu juga dengan Azrul.... 


.........BERSAMBUNG............



Nukilan ,
Yatt ❤️

No comments: