OrAnG SeDaNg SkOdEnG BloG YaTt!

Sparkle Of My Life
The Owner

Nurhayati Abdul Talib -Yatt-
Penang, Butterworth
D.O.B= 9 Ogos 1991
Family
Daisypath Anniversary tickers


Contact Me



Follow Instagram (sparklelifehijab)

My Heart

No one can give me truly love more than my parents. Love you mak. Love you abah :').
Daisypath Happy Birthday tickers


When we first talked to each other I knew we would always be friends. Our friendship has kept on growing And I'll be here for you to the end. You listen when I have a problem And help dry the tears from my face. You take away my sorrow And put happiness in its place. We can't forget the fun we've had Laughing 'til our faces turn blue. Talking of things only we find funny People think we're insane-If they only knew! I guess this is my way of saying thanks For catching me when I fall. Thanks once again for being such a good friend And being here with me through it all.


My Diaries

Jodoh depan pintu


#JodohDepanPintu

Assalamualaikum 

hai.. 4 hari lagi cukup sebulan kak yatt bergelar isteri. isteri kepada suami yang tak pernah disangka sangka jodoh kak Yatt. Alhamdulillah syukur.. dah lama sebenarnya nak jelaskan apa yang kurang jelas tentang jodoh kak Yatt ni. dari sebelum bertunang, sampai masuk alam pertunangan.. macam macam cerita kak yatt dengar dari mulut mulut orang tentang kak yatt..yang positif mahupun negatif. tapi kak Yatt dan tunang masa tu ambil yang positif dan buang yang negatif.. sebelum tu kak Yatt nak semua orang berfikiran terbuka dan positif dari setiap aspek.. yang lepas biarkan berlalu.. kita manusia kena teruskan hidup. tolong ambil pengajaran dari cerita kak yatt ni.
.
.
bismillahirrohmanirrohim..
.
.
kak yatt akui kak yatt seorang yang tak pernah berputus asa dalam mencari jodoh.. msa belajar lagi kak yatt dah bercinta. putus cinta banyak kali. tapi tak pernah mengalah. patah tumbuh hiang berganti. sampai jadi bahan mulut orang. "apaa dia ni.. sat orang tu sat orang ni..". kak yatt tahu orang tak suka. orang cakap yang tak baik tentang kak yatt. tapi kak yatt tak pernah ambik port pun. lantak la apa orang nak judge, yang peting Allah tahu sebab-sebab dan kebenarannya. zaman muda mudi memang fikir nak seronok ja. cinta... dah macam biasa dalam diri ni.

bila umur semakin meningkat.. family mula bertanya.. bila nak kahwin.. kak yatt mula ambil serius tentang jodoh . BF kak yatt pun masa tu dah serius dengan kak yatt.. siap jumpa family... dah bawa rombongan merisik.. tapi sedihnya jodoh tak da..tak sempat pun bertunang.. tapi kedua family dah pun berjumpa. kali terakhir sebelum kak yatt serius dengan suami, kak yatt bawa seorang lagi BF kak yatt jumpa family..tapi masih juga tak berjodoh.. 

lepastu, pada suatu hari family besar kak yatt digemparkan dengan berita yang amat menyedihkan. kami semua kehilangan orang yang tersayang. iaitu sepupu dan anak.. Nurul Syaziela Iryani (kak lang) dan anaknya Hanna Humaira MOHD HASNUN. mereka eksiden di TANJUNG MALIM yang melibatkan 16 buah kenderaan dan mereka berdua sahaja yang terkorban tahun lepas 22/6/2016 berita itu tersebar meluas di fcebook dan berita. berita kesedihan ni memberi impak yang sangat kuat dalam hati kami. sehinggalah sekarang.. masih terasa kewujudan mereka. kedua duanya sangat rapat dengan kak yatt. Sedih sangat.. :'( sampai sekarang wajah kak lang dan hanna dalam ingatan dan gambar mereka masih dalam rumah yang kak yatt menginap skrg.. sayangnya dekat diorang... sumpah tak tipu.. 

bebrapa bulan kemudian abah kak lang berfikir tentang menantunya (suami kak lang). hidup seorang diri di negeri orang.. kesunyian tanpa anak dan isteri.. siapa yang tak sedih kalau kehilangan orang yang kita sayang..? ibu bapa lagi la terasa kehilangan.. taktau la macam mana nak cerita.. kak yatt taktau nak start dari mana.. nak dikatakan jodoh.. seluruh family besar kak yatt rancang jodohkan kak yatt dengan suami arwah kak lang.. tak pernah terlintas difikiran langsung jodoh kak yatt adalah sepupu ipar..antara sebabnya..

1) supaya hubungan kekeluargaan antara Hasnun dan keluarga kak yatt tak terputus jauh. sebab kami semua sayangkan dia.

2) supaya Hasnun tak kesunyian. dia asal dari kuala lumpur dan kerja di penang selepas kahwin dengan arwah.. bayangkan hidup di negeri orang..tanpa keluarga sendiri..seorang dri.. sedih kan?

3) supaya Hasnun kembali ceria selepas kehilangan. kita sbgai manusia hidup mesti diteruskan.

dipendekkan cerita selepas merancang, kak yatt buat solat istikharah. begitu juga dengan abg Hasnun. tak sangka istikharah kami terjawab. kak yatt ta pasti mimpi kak yatt tu adalah jawapan dari istikharah ataupun tidak.. tapi dalam banyak-banyak istikharah yang kak yatt buat, 3 kali kak yatt dapat mimpi yang sama. dalam mimpi tuuu...
- kak lang datang jumpa kak yatt dan family semua.. mama abah, kak yatt..seluruh family besar.. tapi yang nampak kak lang masa tu cuma 4 orang.. kak yatt, mama, abah dan adik arwah kak lang. arwah datang berpakaian baju kurung warna putih..dia senyum jaaa..tak cakap apa apa pun.. sementara family lain sibuk sembang dan ketawa riang. tiba tiba arwah peluk kak yatt.. dalam pelukan tu kak yatt dengar suara hati arwah.. dia cakap "kakchu..kahwinla dengan abg hasnun..kak lang restu...jaga dia baik-baik.."
Allah... saat tngah mnaip ni kak yatt tengah menangis..mimpi tu macam real. arwah peluk kak yatt lamaaaa sangat. sampai kak yatt tersedar dari mimpi kak yatt dah menangis.. dan sumpah! terubat rindu dekat arwah. alhamdulillah dapat rasa pelukan tu 3 kali dalam mimpi. wallahualam kalau mimpi tu cuma mainan tidur..tapi itu la yang kak yatt rasa. 

Lepas keputusan dibuat, family rancang untuk tak perlu buat majlis pertunangan..sebab semua dah kenal antara satu sama lain. tapi last minutes.. ada juga majlis kecilan.. disebabkan adat melayu kita.. nak nampak sedikit adat tu..maka terjadi la satu majlis kecilan sarung cincin sahaja. tak ada hantaran.. tak ada pelamin.. pakai pun biasa biasa saja.. tak ada veil..makeup pun sendiri ja..makeup tipu tipu je..dan buat makan sikit untuk ahli keluarga terdekat dan keluarga sebelah abg hasnun. 10/12/2016 masa tu la baru rasminya pertunangan kami. dan masa tu la baru nak start kenal siapa dia. sebelum ni dia sepupu ipar kak yatt. jarang la nak berborak..dan masa bertunang juga la baaaanyak dugaan datang. tapi dugaan tu bukan melibatkan orang ketiga. tetapi mulut-mulut manusia yang tak ad hati perut. jaga tepi kain orang lain.. tapi kain sendri carik tak nampak.

antara kata-kata keji yang kami terima selepas bertunang
1) pompuan tu dia tinggai marka diaaa sebab nak kahwin dengan DUDA KAYA!

2) Amboiii kuboq dok merah lagi.. dah gatai nak kahwin lain dah.. (padahal ayah arwah kak lang dan family yang rancang..dan allah buka pintu hati kami..dalam masa yang sama, dah jodoh)

3) tak sesuai la depa dua ni.. Yati tu perangai tak elok..hasnun tu baik... 

4) nuuh habih 1 kampung dok kata..yati tuuu dia nak hat kaya ja..maintenance tinggi. marka dulu tak dak apa.tu yang takmau tu. ( allah... marka dulu tak dak apa pun tahan gak 3 tahun.. hang taktau marka hat takdak apa tu la aku dok belanja juga..tak pernah berkira pun...putuih pun cara elok..tak kacau ampa aih)

banyak lagi actually..tapi ada juga yang positif..negatif ofcoz lagi banyak dari positif. sampai 1 tahap kak yatt tak tahan sangat-sangat. rasa macam takmau kahwin dengan abg hasnun. supaya orang tak kata kak yatt ni mata duitan. kak yatt tak pernah pun pandang apa yang dia ada. tak pernah minta apa yang dia ada. kak yatt nk beli apa pn kak yatt biasakan pakai duit kak yatt sendiri. sebab tu la dah kahwin pun kak yatt still buat  bisnes supaya kak yatt boleh bayar komitmen kak yatt setiap bulan. kalau kak yatt ni mata duitan.. nak kahwin dnegan DUDA KAYA macam yang orang cakap tu..lepas kahwin baik kak yatt tak payah buat apa..upah orang gaji urus rumahtangga..komitmen bulan-bulan biaq laki kak yatt yang settle. kalau betoi apa yang orang kata DUDA KAYA tu. Allahuakbar.. suami kak yatt bukan orang senang... cukup dengan apa yang ada. Alhamdulillah... makan pun harihari masak. kalau dia kaya.. buat apa nak masak.... baik hari hari beli kedai ja... pikiaq tengok...

Apa yang berlaku ni hanyalah ujian dari Allah.. abg hasnun slalu pesan. kita ni diuji dengan pelbagai cra. kami diuji masa bertunang bukan melibatkan orang ketiga.. tapi melibatkan orang luar yang mengata. kalau iman tak kuat... mesti sekarang kak yatt tak kahwin dengan abg hasnun. untuk yang dah jadi tunangan atau baru nak bertunang... ingat...mental dan hati kena kuat... ujian datang utk tengok kita ni dah bersedia atau tak bila dah kahwin nanti. ujian masa bertunang tu sikit saja... yang bakal kita tempuh selepas sah sebagai suami isteri tu yang kita kena lebih kuat...

kepada pembaca ataupun sesiapa sahaja... please stop judge kak yatt dan suami.. kami dah nikah pun..dah sah suami isteri.. terima la kenyataan. jangan jelestak bertempat.. kalau ya pun kak yatt kahwin dengan DUDA KAYA, rezeki kak yatt la tu.. Allah dah tulis jodoh kak yatt dengan siapa.. kak yatt bukan perampas hak orang.. kak yatt sendiri a pernah terfikir akan kahwin dengan orang terdekat. even kami dah kahwin.. gambar arwah HANNA dan KAK LANG masih ada dalam rumah kak yatt.. kak yatt tak ajar pun suami kak yatt untuk buang memori dia dan anak bini dia... sebab? kak yatt pun sayang diorang. dan kak yatt minta.. kepada sesiapa yang mengenali kak yatt dan arwah..jangan la buat perbandingan antara kami. sedangkan suami kak yatt pun tak pernah nak membandingkan... apa hak orang lain nak banding-banding... 

akhir kata.. terima kasih sudi baca cerita kak yatt... kak yatt minta semua orang doakan rumahtangga kak yatt teguh..bahagia dunia akhirat.. sekarang kami tengah bercinta.. hehe bercinta selepas nikah indah sangat. kak yatt doakan semua orang akan dapat bahagia masing masing...jangan lupa doakan juga supaya kami cepat cepat dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.. amin...

P/S : sedekahkan Al-fatihah untuk arwah Hanna Humaira Mohd Hasnun dan Nurul Syaziela Iryani Suhaimi

sekian dari kak yatt :*


Thank You For Reading ^_^