Monday, January 12, 2015

Tahniah BFF! Selamat pengantin baru Zamani & Yaya

Assalamualaikum

Haaaaiii, Meh kita cakap pasai kahwin meh. Seronok kahwin? mesti la seronok kan.. even though Yatt tak kahwin lagi, tapi takdela sampai noob sangat nak cakap kahwin tu tak best! haha. Kita tengok kawan-kawan kahwin pun kita dah seronok, apatah lagi kalau diri sendiri yang kahwin. Ye dak? 

Ok dah! takmau intro panjang berjela sangat, direct pada tajuk entry Yatt. Kawan baik Yatt Nurliyana as known as YAYA. Kenal kan kan kan? yang selalu follow blog Yatt mesti kenal, gambar dia kat sidebar blog Yatt pun ada ha. Kenapa dengan dia? dia dah KAHWIN T_T..... huwaaaa *menangis sedu-sedu* bukan sebab tak suka, tapi bahagianyaaaaaa... kahwin pulak dengan sepupu Yatt. haha!. Ingat lagi tak entry yang dolu-dolu, Yatt ada cerita Yatt kenalkan kawan baik Yatt sendiri dengan sepupu Yatt, ha inilah dikatakan jodoh, 3 tahun diorang ni berkasih sayang, akhirnya kahwin jugak....Alhamdulillah... 

Tapi yang tak bestnya, apa pasai ampa pi tetap tarikh time Yatt takdak???? *menagis sedu-sedu lagik*. Tarikh diorang nikah dan kenduri tak kena masa dengan Yatt, sebab Yatt tengah final exam. Tapi takpa, Yatt doakan ampa dua bahagia dunia dan akhirat. Serious rasa seronok bila berjaya jodohkan orang ni. hahah! walaupun diri sendiri gagal dalam bercinta, tapi tumpang bahagia tu daripada orang pun dah memadai.  Come on my boo, produce anak comey-comey untuk i.. hahahha! (orang lain susah payah, aku menumpang). 

YAYA, kawan since diploma di Uitm Machang, Kelantan. Banyak suka duka kami bersama. Bila Yatt sakit, dia jaga. Bila Yatt susah dia bantu. Dia seorang yang tabah. Sampai sekarang Yatt tak pernah lupa setiap memori kami bersama. Alhamdulillah daripada jadi seorang kawan baik, sekarang ukhuwah kami semakin dekat, kita dah jadi adik beradik la YAYA!!! heheheh sukanya~  

SUMPAH! Yatt menangis bila tengok gambar kahwin dia, bahagia tu terasa sangat-sangat.. syukur ya Allah.. Semoga Yaya dan Zamani bahagi dan sabar menempuh alam rumah tangga ni keyh.. KAK YATT sayang Yaya sangat-sangat. To zack, please take care of Yaya. Ada masa kita lepak bertiga lagi.. inshaAllah.....




P/s untuk diri sendiri: Akan tiba masa itu nanti.. harap hati ini bersabar dan tabah menempuh liku-liku kehidupan. Jodoh tu Allah dah tetapkan untuk kita, percaya dengan perancangan Allah. Lambat atau cepat, jodoh itu pasti akan sampai juga. Kecewa tu perkara biasa dalam kehidupan. Tak lengkap hidup kalau tak tempuh rasa kecewa. Bahagia itu yang kita idam dan inginkan. Tapi kita manusia, suka dan duka tu harus kita tempuh dengan penuh rasa sabar. Terima kasih Ya Allah kerana menjadi aku seorang yang kuat. 



ikhlas dari,
Yatt bahagia.





4 comments:

Syira Lokman said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nabihah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nurhayati Abdul Talib (YATT) said...
This comment has been removed by the author.