Thursday, January 1, 2015

2015 bersama hati yang baru.

Assalamualaikum

Selamat tinggal 2014, selamat datang 2015. 

2014 banyak mengajar aku erti kehidupan, banyak mematangkan aku dari pelbagai aspek. Dah tiba masanya untuk aku patah balik pada detik pahit manis aku dulu, imbau kembali dimana kurangnya aku dan perbaiki segalanya. Aku bersyukur kerana dikelilingi dengan orang yang sayangkan aku hinggakan aku tak sedar kasih sayang tu sebenarnya bernilai dalam hidup aku. Kalau dulu, aku anggap mudah, sayang hanya satu perkataan, which is semua orang boleh sayang. Tapi sayang yang sebenar-benarnya macam mana?? 

KAK LINA binti ZAINAL. Seorang yang aku anggap like a real sister, dia banyak memberi nasihat pada aku soal hati. Walaupun masa kami berborak tak lah lama, tapi memadai untuk aku faham apa itu kehidupan. Aku sangat-sangat berterima kasih pada dia sebab membuka hati dan pemikiran aku untuk mengenal the real life. "KITA KENA SAYANGKAN DIRI KITA DULU, BARU ORANG LAIN BOLEH SAYANG KITA". Selama ni mungkin aku tak sayangkan diri aku, aku terus biarkan hati aku disakiti dengan orang di sekeliling aku. Sikit pun aku tak ubati hati ni. Kalau bukan aku yang ubati luka dihati ni, siapa lagi kan?. Dari situ timbul kesedaran dalam diri aku, kesiannya pada hati aku.. terlalu banyak luka dan parut dek kerana CINTA yang sia-sia. Subhanallah T_T. Semoga aku diampunkan Allah kerana mengatasi cinta manusia berbanding DIA yang Maha Esa.

KAK FYFA, dah memang sejak aku pra diploma lagi dialah kakak aku, dialah yang selalu bagi aku kekuatan, walaupun jarak kami sangat jauh, tapi hati kami dekat untuk memahami hati dan perasaan antara satu sama lain. Nasihat demi nasihat tak pernah putus aku terima daripada dia. Setiap dari kata-katanya buat aku terfikir, siapakah aku? inikah aku? Dari situ juga aku terfikir, bahawa aku adalah seorang yang tabah, setiap ujian yang aku tempuh, aku jalani dengan penuh kesabaran dan kekuatan. Tapi kekuatan aku berpandu kepada nasihat-nasihat orang lain. Sejujurnya aku bukanlah seorang yang independent. Aku terlalu bergantung pada orang hinggakan aku tak mampu untuk mengheret diri aku ke landasan aku yang sebenar. jadi mulai sekarang, i'm a new Yatt. Pengalaman mematang pemikiran, bukan sahaja usia... itu yang aku belajar dari pengalaman pahit manis sepanjang aku hidup. 

FAMILY, ini yang paling penting dalam hidup aku. Dimana, apabila aku tengah down, mereka selalu ada untuk aku walaupun jarak jauh. Dimana mana saja mereka sentiasa mmberi semangat, di facebook, group whatsapp, sampai menitis air mata aku baca setiap satu persatu nasihat dan kekuatan yang diberikan dari setiap dari mereka. tak kira tua dan muda. Dari situ juga aku sedar, walau apapun yang terjadi, walau sejahat mana pun kau, walau hina mana pun kau.. keluarga takkan pernah buang engkau. Kekuatan kita ada pada mereka. Aku sayang keluarga besar aku... aku sayang sangat-sangat.. maaf andai aku berdosa. Maaf andai aku terleka, Maaf semuanya.......


                                 
Sini aku selitkan kekuatan aku dapat dari sebahagian besar family aku. ada lagi dalam group whatsapp. Terima kasih tak terhingga kerana menyedarkan aku pentingnya sebuah keluarga. sejujurnya sebelum ni aku buat hal sendiri ja..tak tau apa itu erti keluarga yang dimaksudkan... 
I LOVE MY FAMILY.



Untuk semua kawan-kawan yang follow Yatt, minta maaf andai ada salah dan silap Yatt sepanjang 2014 dan sebelumnya. Segala kekhilafan Yatt harap diampunkan, kerana aku pendosa tanpa Noktah. Bersama air mata, Yatt akhiri entry kali, sekali lagi ucapan selamat menyambut tahun baru 2015 kepada semua. Doakan moga apa yang Yatt hajatkan untuk diri Yatt akan tercapai.. inshaAllah...



Ikhlas dari,
Yatt.







No comments: