Monday, May 11, 2020

Masak lemak pucuk ubi udang


Assalamualaikum, hari ni nak simpan resepi masak lemak pucuk ubi ni. Haihh sapa yang xpenah makan, kena try. Mesti berselera makan tu.. sumpah sedap! Nak masak pun senang ja. Xbanyak bahan pun. Jom kita check

BAHAN- BAHAN

Bahan Tumbuk kasar

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup / boleh guna kunyit serbuk (kalau tak cukup nanti boleh tambah masa masak)
  • Cili api 20-25 biji ikut kepedasan yang korang suka
Bahan lain
- 1 batang serai diketuk
- 2 keping asam keping
- santan 1 kotak kecil (kalau xcukup lemak boleh tambah sendiri)
- air (jgn banyak sangat takut cair, dan jgn sikit sangat. Agak agak tenggelam bahan)
- stgh mangkuk udang kecil atau boleh guna udang besar. Ikut suka la byk mana pun. 
- 2 genggam pucuk ubi. Ambil daun sahaja.. tinggalkan batang. Bahagian pucuk paling hujung dan kecil, boleh amik sekali dengan batang yg lembut 


CARA MEMASAK
1) masukkan pucuk ubi ke dalam periuk berisi air penuh, rebus sehinga lembut. Cara nak tau pucuk ubi dah betul lembut, cuba koyak daun pucuk ubi tu. lagi lembut lagi sedap. Dah lembut, toskan dan letak tepi
2) masukkan bahan tumbuk kasar bersama serai, asam keping, setengah kotak santan dan sedikit air ke dalam periuk lain, dan rebus naik je semua sehingga mendidih. Sambil sambil kacau ye.. 
3) selepas mendidih, boleh la masukkan pucuk ubi yg siap direbus, udang, tambah air sedikit dan ejas kepekatan dengan santan dan warna dengan serbuk kunyit. 
4) perasakan dengan gula, garam atau serbuk perasa. 

Ok siap! Confirm terangkat bila makan ni. Selamat mencuba 

No comments: