Saturday, May 9, 2020

Kelengkapan beg hospital ibu bersalin dan anak

Assalamualaikum wbt,

alhamdulillah barang kelengkapan hospital untuk bersalin semua dah siap pack. masa siap pack ni dah 30 minggu. sekarang dah 34 minggu baru rasa nak buat story ni. simpan buat kenangan. nanti untuk next baby, boleh refer balik heheh. 


sebelum nak pack, aku pun refer blog dan pengalaman orang lain. biasa la, ni pertama kali aku nak jadi seorang ibu. so aku kena banyak study dari pengalaman orang. so kat atas ni dah siap barang barang untuk baby aku. pek siap siap dalam plastik ziplock macam ni ikut hari lebih memudahkan aku sebenarnya. xpayah nak serabut selongkar beg cari barang nanti. harapnya membantulah. memandangkan aku pun berkemungkinan bersalin waktu PKP ( perintah kawalan pergerakkan), so aku memang kena independent dalam setiap aspek. tanpa bantuan dari keluarga. insyaAllah aku boleh. 

ziplock plastik tu aku beli dekat shoppe ja. 1pc 50 sen je. kualiti plastik pun elok. xmudah koyak. aku amik saiz 25 X 35cm. so korang yang tengah cari ziplocl plastik ni boleh search di shoppe ( ziplock matte transparent plastic storage). plastik ni memang untuk travel. ada mcm mcm saiz. so apa yang ada dalam setiap plastik tu?

LR , DAY 1, DAY 2, DAY 3
  • baju berlengan panjang 2 helai
  • diapers 2pcs (aku guna petpet, sebab murah sikit. baby kuat membuang time ni..so byk guna diapers)
  • kain bedung 1 helai 
  • topi 
  • mitten & booties 
  • barut (optional, xletak pun xpe sebab baby tali pusat belum gugur, tapi aku dah terletak sekali tu, biar jela.malas nak keluarkan dah)

EXTRA PLASTIC
Dalam plastik extra ni aku standby je, incase tak cukup kelengkapan tu. so aku letak,
  • baju 2 pasang tangan pendek 1, tangan panjang 1
  • diapers 3pcs 
  • mitten & booties 
  • kain bedung 1 helai
  • topi
OTHERS
Dalam beg plastik yg lagi 2 tu, aku letak keperluan lain

1 beg, aku letak 
  • minyak AOW (ni aku ganti dengan minyak telun. fungsi sama je dengan minyak telun, tapi aku lagi suka AOW ni. memang khas untuk baby)
  • baby wipes tissue. aku beli jenis ni sebab xda pewangi. insyaALLAH selamat untuk new born skin.
  • botol susu. ni aku standby je. tapi tak guna rasanya..sebab aku nak direct breastfeed anak aku nanti. 
  • botol spray air ( yg ni perlu. sebab nak cuci najis baby senang. dan dalam islam pun kalau kita cuci najis baby, kena melalui air yg mengalir. xboleh cuci dengan wipe tissue semata. so cara nak cuci tu kena betul. dalam gambar aku belum pe lg sbb masa ni aku belum beli spray air tu)
  • sabun mandi baby , bedak baby (aku amik yg Anakku punya brand. tapi aku xbawa yang set, sebab org yg lebih pengalaman cakap, nanti xguna lagi masa di hospital.so yang lain tu aku simpan asing)
next beg,
  • towel baby
  • selimut baby 
  • sapu tangan 2 pcs
ok settle bab barang anak, jom tengok list barang ibu pulak.



BARANG KEPERLUAN HOSPITAL IBU


barang-barang kat atas ni ada yang belum lengkap, tapi aku akan masuk list jugak walaupuan xda dalam gambar, so jom kita check

  • Baju 3 pasang. aku bawak lebih. korang nak bawak 2 passang pun xpe. aku memang suka prepare barang extra. baju tu aku pilih yang senang untuk aku nk breastfeed. baju yg berbutang tengah atau berzip tengah. 
  • skirt labuh @ kain batik. kain batik aku bawak sehelai je. skirt tu aku nak pakai masa nak balik dr hospital nanti. 
  • towel jangan lupa bawak. nanti nak mandi
  • tudung sarung 2 helai. bawa yang labuh sikit tutup dada. sebab nanti nak masuk LR, kena buka baju dalam..maluuuuuuu haha!
  • disposable panties . yang ni aku bawak je. panties biasa pn aku bawak. haha. sebab aku xtahu mana yang selesa untuk dipakai nanti.
  • stokin pantang. bawak jugak eh sepasang atau lebih. lepas je bersalin kena pakai. nanti sejuk
  • selipar ni perlu untuk ke tandas.
  • milk collector. yg ni perlu incase breast bengkak susu. jangan guna mesin pam susu. tak digalakkan kalau nak susu terhasil dengan banyak. sebaiknya MARMET atau guna milk collecor atau lebih baik diect feeding baby.
  • maternity pad. aku bawak 1 pek sahaja. xtau la cukup ke tak tu. harap cukup lah. 
  • breast pad kena ada ya. incase susu melimpah ruah, kang basah baju korang. so bawak dalam 10 pasang atau lebih. 
  • baju sejuk bawak jugak. malam malam takut sejuk di hospital
barang yang belum pek dan xada dalam gambar
  • minyak panas. guna untuk letak pada kaki sebelum pakai stokin. 
  • toileteries for mommy ( berus gigi, ubat gigi,sabun, shampu, alatan solek sikit, xda la muka tu pucat sgt nanti)
  • plastik baju kotor
  • power bank/ charger
  • surah yassin / tasbih digital , ni incase korang sakit sgt, drpd meraung jerit sakit ke apa sampai meroyan gitu, lebih baik berzikir la haha. 
  • Maternity bra ( ni aku beli yg breastfeed friendly. Tp xletak dlm gmbr ni sbb malu haha) 
so, aku rasa macam dah settle.. kekadang ada yang tertinggal, last minute boleh selitkan. yang penting siapkan awal keperluan ni. sebab nanti bila dah sarat sangat , xdela rasa letih nak buat semua. 


lastly, BEG MAKANAN

yang ni bukan begnak pergi berkelah pun. bawak je sikit makanan yang boleh isi perut ibu untuk lebih bertenaga masa nak meneran baby nanti. gambar xda, tapi aku dah standby siap-siap,
  • termos air panas
  • botol air masak
  • milo 3 in 1 , standby je byk pun xpe..
  • biskut, ni aku beli dalam pek kecik kecik, so senang nak letak dalam beg tu
  • kurma 
  • air zam zam

ok settle. tu saja lah kot.... :)

Doakan aku selamat dan dimudahkan bersalin nanti ye... maaf andai ada salah dan silap aku sepanjang korang mengenali aku. sesungguhnya aku manusia biasa yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan... 





No comments: