Saturday, July 27, 2019

TTC journey 2019 -PART 2-

cont. prevoius entry
.
.
.
Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum wbt.

ok hari ni, kak yatt nak sambung cerita TTC kak yatt. next appointment kak yatt dengan doktor di Chang and Koh Kulim pada 25/7/2019 hari KHAMIS. disebabkan hari tu adalah weekdays, Hasnun pulak kerja, jadi kami decide nak pergi waktu malam. memandangkan klinik tu ada waktu-waktu tertentu sahaja yang buka, so kami kena plan time betul-betul. so kt bawah kak yatt bagitau sesiap dekat korang pukul berapa klinik buka , pukul berapa waktu rest diorang.


WAKTU KLINIK CHANGAND KOH BUKA:
Address: 11,12&13, Jalan Kelang Lama, Taman Cenderawasih, 09000 Kulim, Kedah
Hours
Saturday
Sunday
9:30am–12:30pm, 2:30–4:30pm, 7:30–9:30pm
9:30am–12:30pm, 2:30–4:30pm, 7:30–9:30pm
Monday9:30am–12:30pm, 2:30–4:30pm, 7:30–9:30pm
Tuesday9:30am–12:30pm, 2:30–4:30pm, 7:30–9:30pm
Wednesday9:30am–12:30pm, 2:30–4:30pm, 7:30–9:30pm
Thursday9:30am–12:30pm, 2:30–4:30pm, 7:30–9:30pm
Friday9:30am–12:30pm, 2:30–4:30pm, 7:30–9:30pm

Hasnun balik kerja selalu dah petang, jadi time tu memang klinik tutup, pukul 7.30 petang pulak baru klinik buka. jadi kami plan pergi waktu dah dekat-dekat maghrib, 7.30 terus masuk check up, then boleh terus rush pergi cari masjid berdekatan untuk solat maghrib. That time tiba-tiba klinik dapat call doktor KOH tak datang, so ktorang kena tunggu doktor CHANG. doktor chang pulak datang lewat hari tu, so kami dah agak lama tunggu kat situ, terus kami decide tak jadi check up hari tu. cecepat cari masjid untuk maghrib dan balik. so, appointment 25/7/2019 tertangguh ke 26/7/2019 hari Jumaat. huhu sorry ler tercerita banyak pulak setiap kali muqaddimah. well, setiap karangan mesti kena ada pendahuluan kan. masa sekolah dulu buat karangan pendahuluan 1 muka surat haa hahah! ok ok kali ni serious nak start dah appoinment.


  • 26/7/2019 hari JUMAAT
Macam biasa, weekdays Hasnun kerja. Tapi kali ni kami plan time lain pulak. bertolak dari rumah dekat-dekat waktu maghrib, terus ke masjid berdekatan klinik , solat maghrib dulu, lepastu terus pergi klinik. plan macam ni tak la rushing sangat nak solat magrib kan. so korang boleh ikut time ktorang ni kalau korang kena appoinment on weekdays hehe. 

Tujuan appoinment hari tu cuma nak check saiz telur dalam ovary kak yatt. Kalau ikut pengiraan tumbesaran telur, ikutkan hari ni dah ada 1 telur yang saiz mencecah 12mm. antara waktu yang sesuai untuk bersama. bila kak yatt masuk je bilik doktor KOH, terus doktor cakap

"ok hayati, kita check TVS ye..nak tengok telur u membesar ataupun tidak"

masa tu kak yatt banyak-banyak berzikir, berharap sangat telur membesar dengan baik. tapi kecewa sekali lagi sebab takda 1 pun telur yang membesar. saiz sama je macam sebelum ni. padahal kak yatt dah makan ubat subur 5 biji yang doktor bagi. belum rezeki agaknya. kak yatt pelik, kenapa telur kak yatt tak membesar eh... masa tu la kak yatt start tanya doktor KOH ni. tapi sebelum tu kak yatt nak bagitau korang, ubat subur dan ubat hormon berbeza tau. so 5 biji ubat yang kak yatt makan masa mula-mula tu adalah ubat subur. hanya untuk check telur kak yatt sihat ataupun tidak. so here kak yatt tunjuk gambar dekat korang yang mana ubat subur dan yang mana ubat hormon.

 ubat SUBUR LETRONAT 2.5mg
ubat HORMON METRORMIN 500mg


Mula-mula kak yatt confused juga sebab kawan-kawanpunya ubat nama lain, mostly semua makan ubat hormon nama CLOMID. yang ada 50mg, 100mg, 200mg. tapi kak yatt punya ubat subur masa tu 2.5mg je. kak yatt follow je doktor, sebab dia lebih tahu masalah kak yatt dan apa yang bagus untuk rawatan ni. rupanya ubat subur LETRONAT 5 biji tu hanya nak tengok tahap kesuburan telur kak yatt dalam ovari. kalau kak yatt makan ubat tu, then jumpa telur yang matang, maka senang la kak yatt nak tau waktu subur kak yatt. tapi ubat tu tak cukup kuat untuk telur kak yatt yang lambat matang tu . huhhh, allah uji lagi.. so doktor bagi ubat HORMON METFORMIN 500mg terus. 90 biji gaissss.. makan sehari 3 kali setiap 8 jam selepas makan. fuhh istighar panjang kak yatt masa tu. doktor cakap ubat hormon ni akan bagi ffect pada badan kak yatt. contohnya kak yatt akan rasa meloya, muntah-muntah, nak demam,cirit birit,mcm pregnant lah senang cerita. tapi setiap badan orang tak sama. ada orang dalam masa seminggu dah dapat effect mcm ni. ada setengah orang 2 bulan baru dapat effect. so kak yatt kena sentiasa bersedia. kenapa ubat kak yatt bukan ubat CLOMID? yang tu kak yatt takda jawapan. lupa nak tanya doktor. 

ouh lupa dah, tadi nak cerita soalan kak yatt dekat doktor kenapa telur kak yatt tak membesar. jawapannya kak yatt mengalami masalah OVULASI. yang mana telur kak yatt tak terlepas dari ovary untuk disenyawakan. kak yatt dah nak menangis masa tu. terus kak yatt tanya doktor.

"SERIOUS KE MASALAH I DOKTOR?"
doktor cakap, u don't worry masalah ni xserious pun. u cuma perlu makan ubat. banyak faktor sebenarnya masalah ni. antaranya

1. kegemukan ( rasanya ni bukan faktor kak yatt, sebab i kurus je. doktor la cakap)
2. pemakanan ( yang ni doktor kata makan je pape asalkan sihat. and kak yatt dah jaga pemakann ni..gas xminum, fast food pun dah xmkn skrg,hmm )
3. masalah kesihatan ( ni rasa macam xjugak..sebab sihat alhamdulillah)
4. genetik (yg ni mungkin jugak..sebab seppupu-sepupu pun 2,3 orang yg tengah TTC)
5. hormon yang tidak stabil (yang ni confirm. sebab tu doktor bagi ubat hormon)

so dalam 5 faktor tadi, mungkin 2 faktor tu ada pada kak yatt.. takpela i redha je. ujian allah bagi sebab dia sayangkan kak yatt dan suami. selalu husnuzon dengan allah swt. sebab dia sebaik-baik perancang.lepastu kak yatt tanya doktor pasal HSG, IUI, IVF, AMBIL DARAH untuk apa.. sekali doktor macam nak marah kak yatt, hahah dia dah cakap kak yatt takda masalah serious jadi kenapa nak kena buat semua tu. hahahah! i is nak tahu je haaaa. doktor pulak yang geram sebab kak yatt ni macam cuak sangat. tapi berdasarkan apa yang doktor cerita, kak yatt akan lalui proses makan ubat hormon ni selama 3 bulan. selagi tak lekat, makan la sampai 3 bulan. selepas 3 bulan kalau belum lekat jugak doktor akan ambil darah kak yatt untuk test tahap hormon kak yatt macam mana. pasal HSG tu doktor Xsuggest pn sebab dia cakap 90% tube kak yatt ok. so now just fokus on makan ubat hormon je. alhamdulillah...tapi kalau masih lagi tak ok, doktor akan cucuk ubat dalam ovary kak yatt untuk besarkan telur. i taktau la apa pulak tu.. sakit ke tak.. ya allah... nak dapat sorang pun susahnyaaa.

macam ni la gayanya kalau cucuk hormon dalam ovari. nama ubat hormon tu GONADOTROPHIN (betul lah kot ejaan tu)


so next appointment kak yatt dengan doktor pada CD2 period. kalau period tak datang masa tu, 16/8/2019 kak yatt kena terus pergi. time tu kak yatt taktau doktor nak check apa pulak. maybe TVS lag nak tengok telur. kiranya TTC kak yatt ni banyak buat TVS dan makan ubat je. ouh lupa bagitau, 90 biji ubat hormon tadi tu dengan TVS pada hari tu RM170. sedar xsedar sepanjang kak yatt lalui proses TTC ni di chang and koh kak yatt dan suami dah spend sebanyak RM705. huhhh bila tengok jumlah ni, rasa macam nak nangis pun ada. korang pergila klinik kerajaan kalau xnak berhabis duit.. tapi korang kena sabar sikit je.. hmm ni kalau orang mengata aku cakap aku tak usaha lagi, memang aku cepuk kepala... hahahahha! 

ok then, kita tunggu je la next appointment macam mana nanti. kak yatt doakan semua TTCIANs sabar menempuh ujian dari Allah ni dan mendapat anak yang comel, soleh dan solehah,, amiiinn
doakan kak yatt jugak ehhh.. 



byeeee~










No comments: