Thursday, January 31, 2019

Kuih buah melaka

Assalamualaikum.. hai...hari ni kak yatt buat buah melaka ataupun onde-onde. Haaa, jangan confused pulak ye... onde-onde boleh jadi yg luar ada bijan... dalam inti kacang... tapi onde-onde ni adalah buah melaka. Orang kelantan panggil onde-onde..orang penang panggil buah melaka... so sama je ye keduanya... jangan gaduh-gaduh ehhh...
.
Ok jom kita start buat buah melaka..korang follow je ganbar yang kak yatt post kat bawah ni eh.. tapi sebelum tu korang kena sediakan barang-barang.. tak banyak pun bahannye.. kalau nak tahu, kuih ni la paling senang nak buat. 
.
BAHAN-BAHAN

- 2 cawan tepung pulut
- 2 sudu besar tepung gandum (tujuannya taknak teksture liat)
-1 cawan air
- 4 helai daun pandan
- garam secukup rasa
- kelapa secukupnya
- gula melaka 1 ketul (bulat leper)
.
CARA MEMBUAT


1) Mula-mula potong kecik kecik gula melaka macam dalam gambar ni. But makesure jangan sampai hancur yee.. 


2) letak kelapa dalam 1 bekas dan gaulkan dengan sedikit garam. Jangan banyak sangat garamnye, nanti masin pulak hehe



3) amik 3 helai daun pandan, dan 1 cawan air, blend dan perahkan air pandan.. lepastu masukkan sedikit garam dalam air pandan ni.. kacau sampai hancur.. 


4) Dalam 1 bekas, masukkan tepung pulut, tepung gandum dan air pandan tadi.. tapi jangan masukkan semua terus air pandan tu. masukkan sikit sikit dan uli.. sampai la teksture dah tak melekat ditangan. Uli pakai tangan tau.. baru kita boleh tahu teksture tu ok ke x. Kalau sampai habis air pandan tu, but still teksture melekat ditangan, sila tambah tepung pulut. 



5) ok nak nampak warna hijau tu cantik lagi, boleh la tambah pewarna hijau. Ikut suka korang la nak hijau macam mana. Nak buat warna merah pun boleh jugak. Tapi selalunya kita pakai warna hijaulah kalau buah melaka ni..lepastu ulilah sampai rata.... 


6) so beginilah teksture tepung yang kita uli tadi... warna pun cantik... dah xmelekat.. senang nak uli bulat2 nanti... next, 


7) sementara nak uli tepung bulat-bulat, bolehlah panaskan air dulu dalam periuk dan letak daun pandan 1 helai yee... masak sampai didih nnti baru masukkan tepung yang diuli..


8) sambil tunggu air mendidih, lets uli tepung bulat dan letakkan gula melaka ditengah-tengah.. tengok gambar kat atas ni... comel jeee..


9) tgen susun la dalam tray, nanti dah mendidih air tu, bolehlah tenggelamkan dalam air... kalau nak buat on the spot pun boleh. 


10) bila dah panas air, masukkan lah tepung yang kita uli tadi ke dalam periuk tu..


11) so macam mana nak tahu tepung dah masak? Bila tepung tu dah terapung.. so korang boleh angkat dan letak dalam bekas kelapa tadi.. rujuk gambar bawah ye


12) haa then boleh start goyang goyang inul sampai la keliling buah melaka tu lekat kelapa... then boleh la dihidang..


13) taranggg! Siap dah...

So, senang je kan? Kak yatt dah ajar step by step... insyaAllah bolehh follow kot noooh... 

Good luck!!







No comments: