Friday, April 26, 2019

Ikan pari bakar sedap teruks

Assalamualaikum


Haa tengok gambar kat atas dah berkecur air liur kan? Rasa manis-manis, pedas-pedas, cukup rasa masam, masin.. bak kata suami kak yatt, emm sedap! Next time buat lagi.. ikan siakap pulak. Huhuhu dia dah pandai request menu dah sekarang..

Menu ni kak yatt buat simple je. Makan dengan nasi kosong pun dah marveloussss. Suami kak yatt sampai ceduk-ceduk kuah licin.. padahal kuah xbanyak pun.. nama pun bakar kan. Ok jom kita tengok bahan yang perlu ada untuk buat ikan pari bakar ni. 

Bahan-bahan diperlukan:

  • bawang merah 3 ulas
  • bawang putih 2 ulas
  • kunyit hidup 1 inci
  • cili kering 7-10 biji (ikut kepedasan yang korang nak)
  • air asam jawa 1 sudu besar - bancuh dgn 1/2 cawan air
  • belacan sebesar ibu jari - nak sedap bakar dulu atas api 
  • Halia 1 inci
  • gula 2 sudu (nak manis lagi sila tambah sendiri ikut rasa korang suka)
  • garam 1 sudu kecik (perasakan)
  • Cukup rasa (agak2 je)
  • Sos tiram ( 1 sudu besar)
  • Sos cili (1 sudu besar)

CARA-CARA:
- Blend semua bahan diatas dan ketepikan dulu
- basuh ikan pari sampai bersih.. hilang bau. Kak yatt perah limau kasturi rendam ikan dalam air limau.. wangi2 gituuu
- Kelar setiap keratan ikan supaya bahan yang kita blend tadi serap masuk dalam isi ikan
- dah siap basuh ikan, tuangkan bahan blend tadi dgn ikan... gaul rata.. 
- letak campuran tadi di atas aluminium foil.. lipat cantik-cantik supaya kuah bahan blend tadi tak tumpah bila kita alihkan. Dan perap selama 30 minit. Kak yatt perap 15 minit je tadi. Tapi dah cukup sedap. Lagi lama perap lagi sedap ok.
- lepastu bakar je atas dapur. Jangan lupa alihkan ye supaya dua2 belah bahagian ikan masak.  Jangan garing sgt bakar, biasa isi dah lembik2 masak tu dh sedap sgt... 
- nak lagi marvelousss boleh perah air jus limau kasturi atas ikan yg dh dimasak tadi.
-siap dihidang panas-panas.. makan dengan nasi putih panas-panas, confirm boleh bertambah hehe..

Selamat mencuba! 

No comments: