Sunday, April 21, 2019

Happy 2nd Anniversary HH

Assalamualaikum

Tarikh yang paling bermakna dalam hidup sejak bergelar isteri. Anniversary yang je 2 tahun. Masih lagi berdua. Takpee rezeki Allah tu luas sebenarnya. I tak pernah berharap lebih pun.. apa saja yang berlaku dalam hidup i, i tak pernah ajar diri i untuk jadi seperti orang lain. I bersyukur sangat dengan apa yang i ada sekarang. 

Untuk tarikh keramat ni pun i tak berharap langsung seperti wanita atau isteri isteri kat luar sana meraikan. Makan di hotel 5 bintang.. dapat bunga.. dapat cincin.. dapat kejutan macam macam dari suami. Tak pernah terlintas difikiran i. Apa yang i harapkan dalam rumahtangga i cukup “IMAN” di dalam hati. Kalau Iman terjaga, cinta pada Allah melebihi segalanya, i rasa Bahagia yang i dapat lebih dari dapat makan kat Hotel etc. 

Tapi dalam rumahtangga, nakkan keharmonian mesti kena ada kejutan.. walau xsemewah orang lain.. cukup untuk membahagiakan. Suami i tak terlepas peluang tu. Anniversary ktorang jatuh pd hari ahad. That time ktorang join event Youth run 2019 di Penang. So i memang tak harapkan apa apa. I thought bila dapat join event tu, like celebrate our anniversary lah.. happy2 dpt medal and baju fun run... rupanya the next day, hari isnin which is suami i kerja.. dia balik kerja.. dia surprisekan i dengan kek and bunga dalam box bulu2 comel.. i know suami i ni suka pada kelainan. Dia xpenah bagi i bunga hidup. Haha! On my birthday dulu pun dia bagi bunga plastik. Katanya bunga hidup i selalu dah dapat zaman bercinta monyet dulu. Almost every week dapat. Hahaha! Kelako cita kisah cinta monyet with other guy ni. Last2 bukan jodoh. Buang masa je.. 

So back to my story, memang selalu kalau dia balik keje, i mesti kat dapur tengah masak untuk makan petang. After masak, ktorang makan lah macam biasa.. then i tengah basuh pinggan mangkuk semua kat dapur, i tak tahu pulak dia tengah setup tempat letak bunga and the cakes kat depan tu.. bila i dah habis membasuh, i jalan ke ruang tamu, then tiba tiba dia hug i and said “happy anniversary sygg” terkejut i tengok benda alah tu sume atas sofa.. i tak nangis ok.. i pegi dekat bunga tu.. i belek kelopak bunga.. i thought bunga hidup.. rupanya plastik. Macam real.. and i paling suka ada lampu lip lap sekali haa dekat bunga tu. Husband i ckp “ayg suka sgt lampu lip lap, dalam bilik tidur pun ayg letak lampu lip lap kan.., akhi beli la bunga ada lampu ni”. Hahhaah i gelak je.. but seriously i love it.. plusss my husband dah tahu my fav secret recipe cake.. im bless.. alhamdulillah

I tak tahu nak cakap apa.. sebab i langsung tak prepare apa apa utk dia on our anniversary.. but i hope dia tahu apa ada dalam hati i. Itu lebih penting dari segalanya.. 

HAPPY 2nd ANNIVERSARY HAYATI & HASNUN





No comments: