Wednesday, January 1, 2020

TTC journey -PART 3-

Bismillah..

Assalamualaikum wbt, alhamdulillah walaupun lama tak update blog ni, masih ramai rakan-rakan di instagram yang minta kak yatt sambung cerita pasal perjalanan TTC hari tu. aaahhh~ malas sebenarnya nak story, tapi kak yatt faham, rakan-rakan seperjuangan kak yatt yang sedang berusaha untuk hamil ternanti-nanti apa seterusnya langkah yang kak yatt buat selepas tu. Tapi sebelum tu, sesiapa yang terlepas story TTC part 1 dan part 2, boleh la scroll blog ni ye..ceritanya dah ke bawah dh.. hehe..

ok jom kita start. Selepas kak yatt diberi ubat subur dan ubat hormon metformin, kak yatt follow up doctor untuk scan TVS lagi sekali. seriously rasa macam dah malas weh nak mengangkang depan doktor tu semata nak check telur matang ataupun tak. tapi ni la ujian.. kena banyak-banyak bersabar dan jangan putus asa. Result?? tetap tak ada telur yang matang. Telur tu banyak..cuma tak ada satu pun yang cantik. jadi, seterusnya doktor bagi kak yatt ubur subur LETRONAT lagi sekali dan kena habiskan ubat hormon METFORMIN yang sebelum ni doktor dah bagi 90 biji tu. Allahuuu penat rasa nak menelan ubat-ubat ni. dah la kak yatt ni sejak kecik lagi memang anti ubat. cukup payah nak makan ubat. doktor cakap, selalunya selepas patient yang ada masalahan kesuburan macam kak yatt ni makan LETRONAT, dah terus pregnant. xpela.. dalam hati cuma cakap "belum tiba masanya lagi..insyaAllah one day". 

Lepas check up, masuk dalam kereta...sambil suami drive balik ke rumah, kak yatt buat calculation kos ubat-ubatan dan scan sepanjang sebulan follow up dengan doc O&G. kebetulan hari tu memang ngam sebulan kami follow up kat situ. Terkejut sgt, tanpa kami sedar, kami dah spend our money RM1000 sebulan untuk ubat dan tvs scan. Allahhu, rasa macam nak pengsan. mungkin bagi orang lain 1000 tu nilai sikit. Tapi bagi kami agak banyak. Biasa lah, dah gatai nak pi swasta kan.. tak menyabar orang kata. haha! kalau ke klinik kerajaan insyaallah tak buang duit, cuma buang masa sikit la.. sebab proses tu ambil masa agak lama.. macam yang kak yatt pernah beritahu sebelum ni, kerajaan memang ramai orang akan pergi. dan ramai yang TTC. so kena sabar tunggu turn. 

Dalam perjalanan balik ke rumah, kak yatt terfikir nak cuba buat rawatan secara kampung. memang sebelum ni tak pernah berubat kampung pun. dalam hati dah start putus asa, tapi masih berharap ada keajaiban berlaku suatu hari nanti. so, kak yatt bincang dengan suami, kak yatt tak nak bebankan dia dengan kos yang mahal untuk semua ni. pokok pangkalnya KUASA ALLAH. kita cuba cara lain. pluss masalah yang kak yatt hadapi ni bukanlah masalah yang kritikal. doktor dah beritahu kak yatt boleh mengandung secara normal tanpa buat IVF. Suami pun setuju jelah.. 

Keesokkannya kak yatt rasa kak yatt nak lupakan tentang TTC buat seketika. nak rehatkan diri. kak yatt stop bisnes dan kak yatt fikir nak happy-happy je. Tak nak stress langsung. Maka dengan itu, kak yatt adobt seekor kucing yang diberi nama OLAF. nah belanja sikit gambar olaf masa kecik dan yang sekarang.

2 MONTHS OLD
6 MONTHS OLD
 Kak yatt jaga olaf sejak usia dia 2 bulan. dan sekarang dah 6 bulan dia dengan kak yatt. tujuanya adalah untuk mengisi kesunyian kak yatt dirumah bila suami pergi kerja. Sejak dari itu masa kak yatt banyak habis bersama Olaf. Kak yatt anggap dia macam anak. belikan dia baju kucing, dia memang duduk dalam rumah. Kak yatt tak letak dia dalam sangkar. ajar dia jadi kucing yang behave. Sampai sekarang pun dia xpernah cakar sofa atau rosakkan barang dalam rumah. Sepanjang ada Olaf ni, kak yatt tak fikir langsung pasal nak anak. serious tak stress langsung. happy je... ok stop cerita pasal Olaf..hehe..

Beberapa hari kemudian, kawan sekolah kak yatt yang sama-sama TTC DM kak yatt di intagram. Dia dah berjaya TTC dan tunggu masa nak bersalin je masa tu. Allah gerakkan hati dia mungkin, untuk bantu kak yatt. dia ada bagi kak yatt tips ikhtiar hamil..tapi cara kampung la.. tipsnya adalah,

-MINUM AIR REBUSAN DAUN & AKAR DUKUNG ANAK - ini tips pertama

Air ni memang pahit sangat-sangat, tapi bila difikirkan balik, semua ubat pun pahit kan? kak yatt memang tak tunggu lama, esoknya kak yatt cari daun dukung anak tu di rumah mak. Rupanya daun tu memang senang tumbuh ditepi-tepi longkang atau tepi-tepi rumah. kita tak tahu pun daun dan akar dukung anak tu sebenarnya ubat segalanya penyakit. Kita ni biasa nampak macam rumput-rumput, terus cantas je.. Alhamdulillah daun tu banyak sangat-sangat di tepi rumah mak.. tgk bawah ni rupa daun tu





             


Daun ni lebih kurang macam pokokm semalu. tapi bukan semalu tau...kalau pokok semalu, kita sentuh dia akan kecut..tapi ni daun dukung anak. caranya, cabut daun dukung anak ni dengan akar sekali. kalau boleh dapatkan yang tua. macam mana nak tau tua? akar tunjang dan batang keras sikit, pokok dia pn agak tinggi sikit dari yang lain. ambil dalam 1 genggam. Kemudian, cuci bersih-bersih dan rendam dalam air garam sekejap. tujuannya nak matikan kuman-kuman yang ada pada daun dan akar. lepas tu bilas. bila dah bersih, hampa boleh la rebus ikut suka hampa nak buat berapa banyak air. kak yatt selalunya buat agak-agak cukup 2 botol air mineral. lepastu simpan dalam peti sejuk. rebus sampai warna air bertukar keperangan. lebih kurang macam warna teh cair gittuw... bila dah siap rebus, tapis elok-elok.. tunggu sejuk sikit, baru masukkan dalam botol. minum satu cawan teh seminggu 2@ 3 kali. jangan minum hari-hari tau.. nanti effect lain pulak. biasa la ubat herba ni xda dos, jadi kita kena pandai kawal dosnya. :) 

kak yatt memang xboleh telan minum air pahit ni. pahit dia melekat betul sampai ke tekak, jadi kak yatt campurkan air dukung anak tadi dengan madu. madu pun banyak khasiatnya, setiap kali minum, mesti kak yatt campur dengan madu. minum sekali teguk je tau.. laju-laju macam tu.. sebab kalau minum sikit-sikit mesti tak boleh habiskan air tu. lepas habis minum secawan, kak yatt cepat-cepat makan buah kurma untuk hilangkan pahit dilidah. begitulah berterusan dari hari ke hari, minggu ke minggu..

selain itu, ada banyak tips lain lagi yang kak yatt buat untuk TTC kali ni, kak yatt listkan dibawah ni ye.. sila klik di gambar kalau tulisan kurang jelas..

 

istighfar ni, tips dari bekas guru sekolah menengah kak yatt. sir zuki. dia sendiri call kak yatt semata untuk berkongski tips ni. 


So, inilah yang kak yatt buat setiap hari tanpa rasa letih.. kak yatt buat memang nakkan zuriat, tapi pada ketika kak yatt melakukan semua di atas, kak yatt tak berharap apa apa dari allah mengenai zuriat. bukan putus asa, tapi kak yatt rasa, Allah mungkin nak sesuatu yang ikhlas dari kak yatt tanpa mengharapkan balasan. Selain dari tu, buatlah sebanyak-banyak kebaikkan walaupun dengan orang yang benci atau tak suka pada kita. sebab yang nak menilai tu Allah. bukan manusia. Kak yatt faham, semua orang yang TTC meletkakkan harapan yang tinggi pada Allah untuk zuriat. Apa kata kita bagi dulu apa yang Allah nak, kemudian rezeki kita mesti akan muncul. lambat atau cepat itu kuasa Allah...kak yatt harap rakan-rakan semua faham apa yang kak yatt maksudkan..

Alhamdulillah 3 bulan selepas itu, kak yatt diberi rezeki zuriat tanpa disangka-sangka... nak tahu cerita macam mana kak yatt tahu kak yatt pregnant??? jom tunggu next entry pulak... hehehe

semoga info ini bermanfaat untuk semua.. 30% ikhtiar, 70% yakin dengan kuasa Allah. 


SALAM 









No comments: