Tuesday, January 7, 2020

Alhamdulillah POSITIVE

Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum... 

Seperti yang dijanjikan, entry seterusnya adalah “ macam mana kak yatt boleh tau kak yatt pregnant??”. Seriouslah... 2 tahun 6 bulan TTC... hampir give up pulak tu.. tiba-tiba positif UPT (urine pregnancy test).

Sebelum mula cerita, kak yatt bersyukur ke hadrat illahi dengan anugerah yang tak ternilai dari Allah swt... terima kasih juga buat rakan-rakan yang sudi baca blog kak yatt yang serba sederhana ni.. tak da yang special.. hanya perkongsian tentang pengalaman diri sendiri dan info info yang bermanfaat buat semua.. mudah-mudahan insyaAllah... ok jom kita start...

Sejujurnya kak yatt memang tak mengharapkan zuriat lagi semasa kak yatt sedang melalui proses TTC secara kampung seperti yang kak yatt ceritakan dalam entry “TTC JOURNEY PART 3”. Sapa yang tak baca lagi entry tu.. boleh la scroll ke bawah dulu untuk hadam jalan cerita dari awal sampai habis... heheh. Hati kak yatt sepenuhnya yakin pada kuasa Allah. Dalam kepala otak ni ZERO pasal NAK ANAK. Ini betul-betul terjadi ye anak anak, kakak kakak, ibu ibu , nenek nenek sekalian. I don’t know why.. tapi betul.. 30% ikhtiar dan 70% yakin dengan kuasa allah ni membuatkan hati kak yatt lebih tenang. So, hampa yang nak ttc kena sentiasa tenang ya.. macam mana nak tenang??? Jaga Hati. Macam mana nak jaga hati? Haa jawapan dia ada pada previous entry. Hehe.. pi baca balik. Please, buang aura negatif dalam diri.. sentiasa sedut aura positif. Termasuk orang. Kalau ada org disekeliling kita NEGATIF, remove dia dari hidup kita.. supaya kita tak stress dgn dia.. berkawan dengan orang yang selalu POSITIF. Ini mempengaruhi diri anda yee.. jangan main-main.. gitchu. Fuhh ni baru muqaddimah.. belum betul-betul start.

Ok! Dipendekkan cerita, kak yatt lewat period seminggu. Itu adalah kebiasaan bagi kak yatt. CD (cycle day) kak yatt kdg2 awal seminggu, kadang2 lewat seminggu. Kdg2 awal 3 hari.. kdg2 lewat 3 hari.. tapi setiap bulan mesti ada haid. So sesiapa yang setiap bulan ada haid, awak adalah wanita normal.. eh! Maksud kak yatt period normal la. Jadi, nak dijadikan cerita, minggu yang lewat period tu kak yatt terasa nak check UPT. Sebab kak yatt agak pelik dgn kawan kawan di FB, mostly comment dekat latest picture kak yatt “congrats dh prgnnt”, “yat pregnant ka?”, “dh berapa bulan?”. Masyaallah byk betul komen komen sebegitu.. dan itu post yg terbaru setelah beberapa bulan kak yatt menghilang di FB. Bukan menghilang apa.. ada ja.. cuma xpost gambar OOTD, Selfie etc. Hampa nak tgk dak gambaq tu? Hahha rasanya yang selalu follow kak yatt mesti dah tau kot.. 


Haa ni la gambar tu.. nampak macam pregnant katanya..( dalam hati dok geram sebab xpregnant pun)

Jadi, hari khamis 17/10/2019 kak yatt keluar lepas zohor pergi beli UPT yang biasa ja. Beli 2 sebab boleh double check. Selalunya macam tulah. Setelah sekian lama kak yatt tak pegang UPT, tiba tiba hari tu nak check.. hampa boleh bayang dak nervous tu macam mana? Ketaq tangan lutut badan habih aih... tapi dalam dok ketaq tu, kak yatt masih lagi berfikiran positif, tenang... dalam hati “takpaa check untuk keselamatan.. kalau xdak pun xpa.. kalau ada kena jaga-jaga.. kang xpasal terMake Love  malam jumaat pulak.” , hahhahah haa nampak dak dia punya positif sampai macam tu sekali. Sampai ja rumah, petang jugak la dalam pukul 4 mcm tu kalau xsilap.. sorry i lupa dah.. tapi petang la.. kak yatt terus guna UPT tu. Rilek lagi masa tu.. seminit kemudian.. PAP!!! DOUBLE LINE! Tapi kabur. Aaahh betul ka ni positif ka negatif? Ka hormon aku dah gelong. Macam macam dalam kepala otak masa tu. Menggeletar tangan tgk UPT POSITIF. Sebelum ni kak yatt tak pernah dapat UPT POSITIF macam tu.. asyik2 kosong ja. Tapi dengan confidentnya, terus sujud syukur walaupun tak pasti lagi betul-betul pregnant. 

Kak yatt tak tunggu lama, nak dapatkan kepastian, kak yatt ambik gambar UPT positif tadi, send pada kenalan yang rapat dengan kak yatt. Semestinya yang dah berpengalaman. Katanya POSITIF, cuba jangan terlalu berharap sebab kadang-kadang hormon kita boleh mempengaruhi UPT juga. Huhu masa tu tak habis lagi menggeletar satu badan.. kenalan kak yatt suggest kak yatt beli UPT DIGITAL jenama CLEAR BLUE. Sebab UPT tu result dia lebih tepat. tapi check waktu pagi sebelum subuh atau selepas subuh.. waktu tu hormon sgt baik untuk detect UPT. Makanya, kak yatt decide nak check keesokkannya. Malam tu jugak kak yatt beli UPT CLEAR BLUE. Mahai weh... tapi sebab nak confirm jugak, xmau jumpa doc lagi, rela habiskan duit utk UPT yang mahal. Tapi sebelum pergi beli tu... dengan confidentnya jugak buat surprise dekat suami kak yatt haha. Kak yatt letak UPT yang positif tadi dalam kotak kecik yang kak yatt pernah bagi dia dulu.. tapi dulu isinya hanya kad ucapan. Impian kak yatt dulu nak isi kotak tu dgn UPT positif sempena hari jadi dia.. tapi masa 27/6/2019 hari jadi dia, kak yatt belum rezeki zuriat.. jadi kak yatt hanya bagi kotak berisikan KAD. Moments ni kak yatt ada share di ig video surprise hari jadi suami kak yatt. So kak yatt nak share jugak kat sini.

Ni video dalam youtube channel kak yatt. Jangan lupa follow dan subscribe! (Menyempat)

Haa dalam kotak tu la kak yatt isi upt tu dan kak yatt letak atas meja dekat ruang tamu. Suami kak yatt belum balik kerja masa tu. Kononnya nak surprisekan dia time dia balik kerja lah. Kak yatt pun sambung buat kerja rumah, kemas dapur sikit-sikit.. tiba-tiba suami kak yatt sampai.. kak yatt bagitau dia, “akhi, ada barang akhi punya dekat atas meja depan.. dalam kotak”. Sebenarnya xtau dah nk buat surprise macam mana.. tu jela modal yang ada masa tu. Hahah! Excited punya pasal. Apa yang ada jelah. Lepastu suami kak yatt pelik.. kotak yang sama dia dapat masa hari jadi. Dia pun buka kotak tu, dan masa tu kak yatt masih didapur.. malu ok... hahahha! Dah 2 tahun lebih kahwin pun tetap rasa malu. Dia jerit dari jauh.. 

Hasnun: yang.. apa ni...? Ni bukan UPT Ke?
Kak Yatt: yelah.. UPT la.. (sambil senyum-senyum tangan tengah gaul lauk dalam periuk tengah panaskan)
Hasnun: akhi tau ni UPT, tapi akhi tak tahu bacaan dia.. ni positif ka negatif?
Kak Yatt: HAHAHAH (gelak berdekah).. laa orang ingat akhi tau.. POSITIF la... 
Hasnun: yeke ni..? Alhamdulillah.. syukur.. alhamdulillah ( mulut xberenti bersyukur )

Masa tengah berdialog tu, kak yatt masih di dapur, suami kak yatt masih di depan. Tiba-tiba dia datang dekat kak yatt dan peluk.. sambil nangis cover macho gittuw. Kak yatt nak nangis, tapi kawal perasaan sebab sebelum tu dah nangis banyak dah hehe. Masa dia peluk tu.. kak yatt cakap dengan dia, jangan berharap sangat tau... esok kita double check guna UPT yang lebih tepat.. akhi doa banyak-banyak moga betul-betul ada rezeki kita... suami kak yatt pun angguk. Dh speechless dah masa tu.. hehe tu detik indah kami.. paling indah setakat ni.. 

Malam tu, kami sama sama keluar pergi beli UPT CLEAR BLUE.. esoknya sebelum subuh pukul 5 lebih, kak yatt guna UPT tu.. masa tu dah kurang nervous.. agak tenang.. suami kak yatt pun tengah siap-siap nak pergi kerja.. pagi tu kak yatt buat double check.satu kak yatt guna UPT biasa yang kak yatt beli sebelum tu. Dan satu lagi CLEAR BLUE. Alhamdulillah UPT biasa naik double line agak jelas sedikit dari yang semalam, dan UPT CLEAR BLUE keluar PREGNANT 2-3.. kak yatt sempat snap gambar UPT positif kak yatt tu. Alhamdulillah simpan dalam gambar buat kenangan..

Inilah bukti pertama kak yatt dapat tahu kak yatt hamil.. Alhamdulillah syukur.. yang buat kak yatt lebih confident adalah UPT CLEAR BLUE memang tepat! 


Sebab apa kak yatt cakap CLEAR BLUE lebih tepat? Sebab esoknya kak yatt pergi klinik untuk scan bagi mendapatkan kepastian, doktor tanya dah check UPT? Biasanya pengalaman kawan-kawan kak yatt, kalau check guna UPT biasa, doktor akan minta kita buat lagi sekali check UPT di klinik. Kak yatt bagitau doktor kak yatt buat 3 kali check UPT, dan yang terakhir guna CLEAR BLUE. Then doktor dah tak minta kak yatt buat test lagi. Terus scan dan syukur kandungan ada didalam rahim elok masa tu.. cuma kalau ikut kiraan CD period kak yatt, kandungan masa tu dah 4 minggu. 


Masa ni doktor pesan macam macam.. early pregnancy kena banyak rehat, makan makanan yang berkhasiat, jangan angkat berat.. macam macam lagi lah. Alhamdulillah lepas disahkan hamil, kami berkongsi berita gembira ni dengan keluarga.. orang yang paling happy masa tu mak dan abah lah... mak cerita, abah menangis masa baca quran.. bahagia sangat la tu... dia memang ternanti nanti berita ni.. ya Allah , ni lah salah satu doa kak yatt dalam setiap solat.

 “Andai zuriat itu akan membahagiakan seluruh keluargaku, maka kau perkenankanlah.. bahagiakanlah kedua ibu bapaku.. izinkan mereka melihat zuriat dariku sebelum mereka menghembuskan nafas yang terakhir.”

Dengan izin Allah... datanglah malaikat kecil dalam rahim kak yatt ni.. dan kak yatt tak teragak agak untuk kongsi segala amalan TTC kak yatt untuk kawan kawan semua sebab kak yatt nak semua orang yang tengah TTC rasa bahagia mcm yg kak yatt rasa.. kak yatt doakan semua yang baca blog ni... yang tengah TTC.. semoga dikurniakan zuriat pada masa yang tepat... 

Seterusnya tentang simptom pregnant. Sejujurnya kak yatt tak alami sebarang alahan sepanjang trimester pertama.. tapi masuk trimester ke 2 , kak yatt alah pada bau-bauan.. sampaikan bau yang wangi pun jadi busuk. Bayangkan rumah kak yatt dari ruang tamu sampai ke dapur penuh dengan pewangi HEDO ( kak yatt jual, sapa nak cuba boleh roger-roger, RM10 je) , masuk je rumah kak yatt terus berlari ke bilik air dan muntah. Masuk dapur lagi la tak boleh.. nak masak pun tak boleh ikutkan sebab kak yatt xboleh bau tumis2 etc. Tapi kak yatt terpaksa masak jugak.. sebab bila dah pregnant ni? Kak yatt memang kerap lapar. 2 jam sekali mesti nak makan. Kak yatt tak suka bazir duit beli makan banyak-banyak. Larat ka tak larat ka, kak yatt masak jugak untuk perut kak yatt, untuk perut suami. 

Lepastu, kak yatt perasan kak yatt suka makan masam-masam. Seminggu sebelum kak yatt check UPT, kak yatt beli pelam telur sekilo di pasar.. dan sekilo tu kak yatt habiskan sorang-sorang. Tengah malam pun kak yatt bangun semata nak makan pelam telur. Itu sesuatu yang agak pelik. Manis-manis kak yatt makan jugak.. cuma lebih kepada masam. Dan kak yatt banyak craving masakan sendiri. Ketam masak lemak nenas minggu tu kak yatt masak sampai 2 kali.. tak puas makan.. sampai sekarang pun kak yatt teringin nak makan apa apa kak yatt rasa nak masak sendiri. Kalau xlarat sangat baru kak yatt ajak suami makan luar. Itu pun sekali sekala.. 

Alahan tu tak lama.. sekarang kandungan kak yatt dah masuk 4 bulan, alhamdulillah dah kurang sikit. Cuma morning sickness boleh dikatakan wajib.. gosok gigi je mesti pakej dgn muntah. Gosok gigi boleh jadi sejam tau tak hahah. Dan kak yatt alami kembung perut. Kalau lambat makan atau tersalah makan, perut macam nak meletup. Cekang je.. penub dengan angin. Bila urut-urut badan.. keluar angin.. kalau xkeluarkan angin tu, nak tido pun tak selesa. Itu normal untuk ibu yang mengandung. So memang kena makan bila rasa nak makan. Takyah fikir gemuk ke apa.. janji makan.. lepas pantang nanti baru fikir nak kurus k.. hahah! 

Sebenarnya tinggi kak yatt 147cm ja.. disebabkan kak yatt ni kategori comel katik, maka berat badan yang semakin bertambah ni tak dapat menampung kaki.. so tumit jadi sakit.. tak boleh jalan banyak.. berdiri lma pun xboleh..kak yatt kena banyak baring.. kalau buat kerja-kerja dalam rumah.. rasa sakit ja tulang belakang dan kaki, kak yatt cepat-cepat baring.. jangan paksa diri buat kerja.. sebab nanti lagi teruk sakit. Setiap orang perjalanan mengandung berbeza. Jadi tak perlu la ada yang nak pertikai dia ni mengandung jadi pemalas la.. dia ni manja la.. dia itu dia ini.. kita yang lalui, kita yang rasa, jadi kita yang tau badan kita. Jangan dengar cakap orang. Jaga ja diri kita. Sebab kalau kita paksa diri kita utk jadi macam yang orang nak, kalau kita sakit, orang tu ka yang nak jaga kita?? Tak kaaaan. So kita elakkan perkara negatif berlaku. 

Simptom seterusnya adalah sakit pada payudara. Ini normal. Tapi kak yatt alami hanya pada trimester pertama. Masuk trimester kedua dah xrasa.. cuma paham jelah.. tempat tu membekalkan susu untuk bayi, jadi ia mengembang dan terpaksalah daku beli SUTUN baru.. hahahha! Pastikan ibu hamil pakai pakaian dalam yang selesa dan sesuai ye. 

Banyak lagi la sebenarnya simptom, leher jadi gelap sikit sebelah kiri, masa tu xtahu. Jadi mcm gatal-gatal dan megelupas. Tapi kak yatt sapu krim. So dah hilang.. dan paling latest kulit muka kak yatt semakin kering dan banyak ruam. Blackhead dan whitehead muncul pada anak anak rambut. Mula-mula memang kak yatt biarkan. Tapi bila dah tahap xboleh bawa bincang, kak yatt pergi buat facial acne. Buang black head n white head. Alhamdulillah beransur pulih. Tapi masih ada di bahagian dagu.. leher.. tepi-tepi pipi. Semua ni normal.. lepas bersalin nanti hilang.. inshaAllah. 

Alhamdulillah sepanjang kak yatt mengandung ni, ramai kawan kawan yang mendoakan yang baik untuk kak yatt dan baby.. kak yatt bersyukur sgt.. moga segala kebaikan berbalik kepada korang. Dan kak yatt beruntung sebab ramaaaaai yang concern dgn kak yatt. Siap kongsi tips jaga kesihatan semasa hamil. Macam macam tips la.. pada masa yang sama kak yatt dapat belajar perkara baru mengenai BREASTFEEDING dan TIPS BERSALIN. Semua ni melalui instagram. 

Ilmu breastfeed kat sini
Ilmu bersalin kat sini

Alhamdulillah, kak yatt diizinkanlah untuk belajar semua yang ibu ibu buat untuk anak melalui merek ni. Sesiapa yang belum hamil atau dah hamil, boleh l follow mereka. Ilmu tu free je... inshaAllah mana tau bila dah ada persediaan, allah izinkan hamil :) . Belanja sikit gambar sekarang..

  

So sekian dulu dari kak yatt untuk story kali ni. InshaAllah ada kelapangan kak yatt update lagi keyh.. jangan bosan jenguk blog kak yatt...

Assalamualaikum.... 

No comments: