Sunday, December 16, 2012

Terima Kasih sahabat :')

Assalamualaikum

Hey peeps :'). Huhu tengah tengah malam macam sekarang la baru rasa nak update blog ni. Biar lame-lame kang bersawang pulak..letih nak mengemas -.-! *macam la blog ni rumah*. Actually malam ni tetibe rase rindu yang teramat sangat dekat kengkawan UITM. Kawan yang mana setia bersama aku dikala aku susah dan senang, kawan yang memahami keadaan aku, kawan yang kenal luar dan dalam aku. 

Sejujurnya semester akhir aku di Uitm Machang Kelantan meninggalkan kenangan pahit dan ada manisnya terhadap diri aku. Yang mana berlaku sedikit salah faham antara aku dan sahabat baik aku sendiri. Dia sahabat yang sentiasa bersama aku dan tahu kegemaran aku, kebencian aku. Tapi satu tragedi berlaku antara kami dan membuatkan kami terpisah. Ya aku akui susah untuk membina satu perhubungan, bayangkan hubungan sebagai sahabat selama 3 tahun terputus, amat menyedihkan..susah untuk aku terima hakikat itu, tapi aku redha ketentuan serta ujian-ujian yang telah DIA limpahkan untukku. Aku percaya Allah sayangkan aku, sebab tu dia menguji aku :'). 

Final exam sudah hampir ketika tu, disaat itulah peristiwa tersebut berlaku..sangat memberi tamparan yang hebat dalam hidup aku. Inilah kali pertama dalam hidup aku berlaku pertelingkahan antara aku dan sahabat baik yang aku sangat-sangat sayang. Biarlah ia menjadi satu pengajaran dalam hidup aku supaya berhati-hati memilih kawan dimasa yang akan datang. Ya! aku rindu dia..aku menangis kerana rindukan dia..aku pernah rasa sunyi tanpa dia..aku pernah rasa sakit kerana dia..aku pernah rasa kosong kerana hilang sayangnya aku terhadap dia. Tipulah andai aku  lupa semua kenangan kami bersama..

Di saat aku kehilangan dia, aku rasa diri aku tiada siapa-siapa..aku hilang arah tujuanku. Tapi aku terlupa, bahawa masih ada yang berdiri dibelakang aku dan memberi semangat kepada aku untuk aku terus kehadapan. Mereka memegang erat tangan aku supaya aku bangkit bersama mereka. Aku kuat kerana genggaman tangan mereka, terima kasih sahabat-sahabat sekalian kerana sentiasa bersama aku disaat aku memerlukan. Aku rindu gelak tawa kita bersama. Aku rindu kemesraan kita. Aku rindu gurau senda kita. Aku rindu segalanya tentang kita. Percayalah sahabat, walau kita jauh dimata, namun hati aku, ingatan aku tetap pada korang semua. Walau kita jarang berhubung, namun aku sentiasa ingat pada korang... Terima kasih kerana mengajar aku erti kesabaran..terima kasih atas genggaman tanganmu..terima kasih kerana membiarkan aku menangis dibahumu. Terima kasih kerana pelukkanmu menenangkan aku. Terima kasih kerana menjadi pendengar yang setia untukku. 

#Lihatlah senyuman mereka yang telah menyerikan lagi hari-hari aku


Yaya | Tiqa | Aku (Yatt)


Bie | Aku (Yatt)



Yaya | Tiqa | Aku (Yatt) | Adawiah


Sentiasa dalam ingatanku :')


Yatt | Adawiah




















#Kenanglah daku dalam doamu wahai sahabatku..sesungguhnya aku amat merinduimu :')



10 comments:

Nurhayati Abdul Talib (YATT) said...

Atyra Pink : yunk...zaman sekarang ni nak berkawan pon takut tahu...susah nak jumpa kawan sejati... :) thnk u syg...tyra pon cantik sgt2...gojez ^^

musang berjanggut said...

olaa..
musang here..
pendatang baru kat blog nie..
actually ape yg menyebabkan perpisahan tu..
gaduh ke ape..??
takkan lepas tu tak kontak dah..
i think..
mcm ne punya bestfren pun..
gaduh mesti baik semula..
wlaupun die salah..
kite cri die blik..
mintak maaf..
yg penting..dpt blik best fren kite..
tetibe terkenang ckp p.ramlee dlm citer bujang lapok
"biar kita berlembut asl kita menang dpt zaiton"
ce phm kan ayt die..
;p...

~cik atin~ said...

kanvas hidup akan lagi indah dengan kehadiran kawan kawan yang ceria. kan?

CeqGu said...

kunjungan balas...yatt belajar kat uitm machang rupanya, biasalah tu yatt, pahit manis dan warna warni kehidupan namanya tu :)

Nurhayati Abdul Talib (YATT) said...

musang berjanggut : ni kes tikam kawan dari belakang..before berpisah tu kitorang dah bersalaman..tak contact pon... :)

Nurhayati Abdul Talib (YATT) said...

cik atin : betul tu atin...

Nurhayati Abdul Talib (YATT) said...

ceqgu : itu la...pengalam mengajar yatt erti kesabaran...

Lieya Dekna said...
This comment has been removed by the author.
Lieya Dekna said...

malam lagi sekali nitis air mata kerinduan terhadap family 3Y..rindu sangat saat suka, duka,study sama2... semua tu dalam kenangan.. biarpun jarak memisahkan kita,,tapi kenangan tetap ada..

Nurhayati Abdul Talib (YATT) said...

3Y tak wujud dh kot ya...jd kngn ja... :(