Monday, October 21, 2013

Tutorial wide shawl by Yatt. hiks!

Assalamualaikum

Hai ! as requested daripada kawan-kawan di facebook dan instagram..tutorial untuk wide shawl macam yang Yatt selalu pakai ada 2 cara. Cara pertama pakai macam tudung bawal.. yang ni Yatt tak buat video yea..tapi diharap dapat membantu korang. ikut step dari kiri ke kanan..


dan ini hasilnya :)

Cara yang kedua pula, pakai wide shawl macam pakai shawl biasa, tapi nak nampak kemas, simple dan kecik sikit. sesuai la untuk orang yang kecik molek macam Yatt ni..pakai shawl besar but still menutupi dada. 

step 1: lipat shawl melintang macam gambar bawah ni. Lebar lipatan ikut suka korang lah yea. kalau nak labuh lagi lipat sikit jela. Pastikan lipat sama lebar yea...



step 2: pakai shawl yang dilipat tadi. pastikan labuh shawl tu sebelah pendek sebelah panjang.dan pin kan.

step 3: meh tengok video kat bawah ni..hehe



taraaang!!! ini hasilnya :)

Mohon maaf kalau tutorial yang Yatt buat ni tak jelas dan tak berapa faham.. salah satu sebabnya Yatt cuma guna camera handphone. camera laptop probem sikit.. tapi atas permintaan kawan-kawan, Yatt cuba setakat yang mampu jea.. harap sangat tutorial ni dapat membantu...

nak promote sikit.. semua shawl yang Yatt pakai ni semua dari Sg House..tau kan mana nak dapat link?

Sg House <--- klik sini. ni facebook yea.
kalau kat instagram boleh ke @sg_house

nak senang direct msg/wechat or whatsapp kat 013-2824432 (myra)


sekian dari Yatt yang cuba membantu kawan-kawan :')






3 comments:

Cik nadya said...

nice =)

Nurhayati Abdul Talib (YATT) said...

tq yayunk....

Papaglamz said...
This comment has been removed by a blog administrator.