Sunday, December 7, 2014

November 2014 penuh dengan cabaran.

Assalamualaikum


Hye followers! sorry for late in updating this blog. Belanja gambar terbaru iols untuk open entry. fuhh! fuhh! bismisllah. Lately Yatt busy sangat dengan study sampaikan tak sempat nak menjengah blog sendiri. Final exam around the corner. For those people around me, please be nice to me..al maklumlah, waktu macam ni la nak stress. Penghujung bulan yang boleh dikatakan malang juga untuk Yatt. November 2014 ni, 2 kali Yatt eksiden. Eksiden sebab salah Yatt T_T... Yatt cium bontot kereta orang. Kali pertama berlaku pada 14/11/2014. Time tu hujan lebat sesangat, jalan sesak pulak. Kalau cerita dengan orang mesti orang cakap "hang main henset ni Yatt, sebab tu cium bontot kereta oqang". Sumpah tak!! tak main henset pun masa tu, jalan licin..dengan sesak macam tu.. car condition pulak tak berapa okay..maybe brek tak okay.. sehabis kuat Yatt tekan brek masa tu.. tapi apakan daya..Booom!! kereta Persona jadi mangsa. Nasib baik la kereta Persona tu tak kemek kat mana-mana. Masa tu tergamam sekejap, how could it be? Kuat giler kereta Persona tu sampaikan kereta yatt yang kemek teruk. huhh! *picit kepala sendiri walaupun tak pening*. Hujan lebat sesangat masa tu, dengan tenangnya Yatt bagi signal pergi ke bahu jalan. Lepas tu dengan tenangnya juga kekononnya cari payung lepastu keluar pergi dekat owner Persona tu.. tengok-tengok pakcik melayu mungkin sebaya abah Yatt. Cecepat buat muka sedih lepastu minta maaf. Haha! Nasib baik lagi sekali Pak cik ni baik.. dia tak marah pun..cuma minta nombor telefon je untuk berunding nanti. Takkan la nak bincang dekat situ jugak tengah hujan lebat macam tu.dengan pengang payung..how sweet Yatt dengan pak cik tu. Dah settle yang tu.

Kali kedua pulak, Yatt dari Shah Alam nak balik ke Seremban. Dah exit tol Seremban Port Dickson pun.. dah nak sampai rumah sewa pun..nak dijadikan cerita, time hujan jugak..jalan sesak dekat trafic light, ku cium bontot Myvi pulak.. adeh kali ni stress yang amat sebab Myvi tu kemek cikit..kete Yatt pun kemek..habis la aku.... cuak..terus menangis. menangis sikit jela masa tu sebab taknak la owner Myvi tu nampak.. tak cool la kan. Macam biasa kena amik nombor telefon. Lepas owner dah gerak, Yatt still dekat tempat kejadian, lepastu amik henset, dial nombor abah, dengar suara abah terus menangis teresak-esak. huwaaa T_T. Abah tak marah..abah suruh diam.."diammm..namo tiyak...abah ada ni,,takpa..duit boleh cari...yang penting kakak selamat." Lepas dah cakap pum pang pum pang cerita dekat abah sambil nangis macam budak kecik, letak fon. Fikir nak call sape lagi nih..tangan menggigil dah..hah!! Lepastu baru  teringat aku ada sepupu dekat senawang..pehal aku pergi call orang jauh..orang dekat ade..zzzz tu la namanya panik..haha!. Malam selepas kejadian, aku gerak ke senawang,. dah sampai senawang, ada pulak sepupu sepapat dari johor.. lepastu tetiba mak call cakap dah on the way dari Penang nak datang senawang. Huh!! rasa disayangi sangat..semua orang turun tempat iols, padahal bukan teruk pun eksiden..over je aku ni ahha!

Finally semua ganti rugi dah pun selesai.. Alhamdulillah dah boleh fokus pada study. kalau tak..asyik fikir je..serabut..hurmm dan untuk pengetahuan semua, YATT DAH TRAUMA+FOBIA bila follow kereta orang dekat-dekat. kalau sendiri bawa, dah tak berani nak follow dekat lagi..dah tak berani nak bawak laju lagi..sekarang dah jadi pemandu berhemah. harap maklum! okay lah kot sampai sini..penat menaip. nak taip proposal assignment lagi..nak taip entry blog lagi..haihhh busy bebenor iols sekarang.. doakan Yatt berjaya ye...semoga segalanya dipermudahkan..Ameeeeeennn..

till then, XOXO


sincerely from,
Yatt yang trauma+fobia 







1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.