OrAnG SeDaNg SkOdEnG BloG YaTt!

Sparkle Of My Life
The Owner

Nurhayati Abdul Talib -Yatt-
Penang, Butterworth
D.O.B= 9 Ogos 1991
Family
Daisypath Anniversary tickers


Contact Me



Follow Instagram (sparklelifehijab)

My Heart

No one can give me truly love more than my parents. Love you mak. Love you abah :').
Daisypath Happy Birthday tickers


When we first talked to each other I knew we would always be friends. Our friendship has kept on growing And I'll be here for you to the end. You listen when I have a problem And help dry the tears from my face. You take away my sorrow And put happiness in its place. We can't forget the fun we've had Laughing 'til our faces turn blue. Talking of things only we find funny People think we're insane-If they only knew! I guess this is my way of saying thanks For catching me when I fall. Thanks once again for being such a good friend And being here with me through it all.


My Diaries

Masih diberi peluang..

                   Assalamualaikum




Nyumm nyumm.. Sodap air Pandan Layer Tea kat atas ni kan? Sape pernah minum air ni? Sila angkat tetiak! Ngee. Ape kaitan air ni dengan tajuk entry? Dalam entry lepas aku ada cakap aku suspek TIBI kan? Meh nak cerita ciket macam mane boleh jadi sampai macam tu.. 

Masa cuti semester yang lepas, aku sakit tekak..batuk batuk sampai suara pun tak keluar..aku bercakap keluar angin je..kau bayamgkan betapa siksanya masa tu sebab susah nak berkomunikasi dengan orang. Masa tu baru aku sedar..macam mana sabarnya hamba Allah yang ditakdirkan bisu dan menggunakan pancaindera yang ada untuk berkomunikasi dengan baik. Aku yang sempurna dari sudut anggota dan pancaindera ni pun tak dapat nak berkomunikasi dengan baik apabila ditarik sekejap nikmat bercakap. Sedih.. Sebab aku rasa Allah dah tarik satu daripada nikmat yang Dia berikan kepada aku. Apabila masuk semester baru di Uitm, aku muncul dengan keadaan yang sama..batuk yang melampau dan semakin teruk. Sampai la satu ketika tu aku batuk sampai muntah keluar darah. Ya Allah..takutnya aku masa tu.. Sakit apa yang aku hadapi ni..tapi aku masih lagi berfikiran positif..dalam fikiran "ouh mungkin tekak luka kot". Keesokkan dan hari hari seterusnya, perkara yang sama terjadi tetapi semakin teruk. Apabila tiba waktu malam..badan aku jadi sejuk.. Menggigil dan sesak nafas.. Masih lagi muntah berdarah. Sampai la hari ke 5 aku dalam keadaan yang sama, aku tekad nak g check up. Sebab time tu aku dengar ura ura mengatakan musim berjangkit penyakit TIBI. Aku berharap sesangat kalau aku check up.. Doktor akan cakap batuk aku ni batuk biasa. Sebab aku dapat info juga penyakit TIBI boleh membawa maut. Selepas check di klinik.. Doktor cakap aku suspek TIBI..aku kena buat sekali lagi check up di klinik kesihatan Seremban untuk dapatkan keputusan yang tepat. Subhanallah masa tu hati aku ni sediiih sangat.. Takut yang teramat.. Dah sampai masa aku nak meninggal kah?? Aku manusia yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan.. Aku adalah pendosa tanpa noktah.. Maka aku berharap supaya aku diberi peluang untuk melakukan kebaikan dan diberi usia yang panjang.. 

Aku tak banyak kerenah, apa yang doktor cakap aku follow je.. Selalunye aku la orang yang paling degil nak dengar cakap doktor..aku la org yang paling degil nak makan ubat.. Tapi kali ni aku ikut jeee.. Sebab takut. Hahah!. Masa mula mula masuk dalam klinik, awal awal lagi aku dah dapat layanan yang xbest.. Staf kat situ agak K.A. Baru pergo di kaunter utk pendaftran.. Dah masuk ke tempat nak tunggu giliran.. Ade sorang staf perempuan ni tetibe jerit kat aku, "hey dik,awak kene letak kad tu dekat dalam bekas sebelah bilik doktor! Kalau tak macam mane doktor nak panggil name awk?!!!!". Err haah la kan.. Aku xpernah pergi ke klinik macam tu..jadi aku tak tahu macm mana procedure nak jumpa doktor. Ok fine.. Nampak la kebodohan aku kat situ..terserlah lagi kebodohan tu apabila nurse tu pekik macam tu bila bercakap dengan aku. Aku masih terseyum..terima kasih la kakak nurse..! Dah selesai jumpa doktor, doktor suro aku mintak 3 bekas dekat makmal untuk isi kahak..which is satu hari satu bekas dan kena hantar setiap satu selama 3 hari. Waktu pagi sahaja! Huh aku dah fikir..kalau waktu pagi dari 8-10 pagi aku ada kelas..macam mana aku nak hantar benda alah tu?? Fikir punya fikir..nasib baik la kawan kawan serumah sewa ada yang kelas tak same dengan aku. Jadi aku terpaksa mintak tolong kawan aku hantarkan. Masa kawan aku pergi hantar kahak tu, yelaa bila first time masuk tempat tu..dah tentu kita tak tahu macam mana nak berurusan..nak kena hantar dekat mana..jadi kawan aku pun pergi la tanya dekat kaunter..layanan yang sama dia dapat dari staf dekat situ. Masing-masing tolak kerja dekat orang lain sebab malas nak berurusan. Padahal cuma nak letak kahak tu dekat makmal je. Dah masuk kali ketiga diorang still macam tu..kawan aku naik angin laa..maunye diorang kena tengking. Haa amik kau!!! Dengan aku boleh lagi nak buat tak tentu pasal.dengan kawan aku..memang tak dapat la.. Haha! Lepastu baru la terhegeh-hegeh nak buat keje diorang..mintak maaf dekat kawan aku. Hmm kesian kawan aku tu.. Tak pasal pepagi buta lagi mood dah xokay. Hari yg seterusnya aku sendiri yang hantarkan kahak tu ke makmal. 

Selesai masuk hari ketiga, seterusnya aku kena buat Xray dan ujian darah. Ini yang paling kejam..aku rak rasa doktor yang amik darah aku time tu..mungkin MA.. Ya Allah kerek gilosss namati. Dia jerit panggil nama aku.. Aku pun pergi dekat dia dengan senyuman yang manis.. Masa tu aku bawak kawan aku, kekonon nak suro dy temankan aku..pegang tangan aku ke..bagi aku kekuatan sikit sebab aku ni penakut jarum..sekali dy cakap macam ni dekat kawan aku, "ni awak ni buat ape kat sini??!nak cucuk jugak ke ape?kalau xcucuk awk boleh keluar". Kawan aku pun kedek kedek la keluar tunggu depan pintu..kesian doh.. Lepastu doktor tu suro aku genggam tangan..aku tak dengar dia cakap ape..sebab aku dah hilang fokus time tu..dalam keadaan takut kan.. Aku pun buat dono jela..lepas tu dia marah aku.. "Genggam la tangan tu!!" Err terpinga pinga aku dengar dia marah. Aku da nak menangis kot..taham je air mata. Xsampai 5 saat selepas jarum masuk..aku tengok dia tarik darah aku kaw kaw punya tanpa rasa belas kasihan sikit pun..sakit gila baq ang!!!!! Huwaaaa menangis 😭😭 doktor tu kejam.. Dah la marah marah..lepastu kasar sangat..awak tu lelaki..jangan la layan perempuan macam tuu.. Sampai hati tauuu.. Selesai semua..sejam selepas tu aku dah dapat result daripada doktor.. Alhamdulillah aku tak sakit TIBI.. Aku Asma je..yang mana dah sedia maklum dari kecik lagi aku memang sakit Asma..tapi mak cakap masa umur aku 2 tahun aku dah baik dari Asma..tak sangka pulak masa umur 23 tahun ni tetiba datang balik penyakit ni.. Takpe ni dugaan untuk aku.. Doktor warning..aku tak boleh minum air sejuk.. Huwaaaaa aku da la suka minum air sejuk..air masak jaramg sekali.. Hilang nikmat "pandan layer tea" favourite aku... Sedih sungguh.... Jadi aku kena biasakan diri aku untuk kali ni dengan minum air yg tak ade ais.. Baik untuk kesihatan.. Doakan penyakit ni tak kritikal sampai kene sedut gas segala bagai tu..aku taknak...aku nak hidup normal macam orang lain..sihat walafiat... Amiiin... 

Ada cerita disebalik penyakit asma masa aku kecik kecik dulu..mak cakap aku dah kritikal masa tu..umur 2 tahun kalau tak silap.. Aku dah nazak..sampaikan orang dah bacakan yasin untuk aku.. Alhamdulillah aku diberi peluang untuk hidup..dan kali ni perkara yang sama berlaku lagi..dan aku masih diberi peluang kedua..terima kasih ya Allah..




Till then,xoxo





Ikhlas, 
Yatt yang mengidam air ais 







Thank You For Reading ^_^