Monday, February 24, 2014

Yang dinamakan SAHABAT

Assalamualaikum

Ketika suka dia ada..ketika duka dia tempat aku mengadu. Bahu dia sering aku pinjam untuk meraih fahaman dari hati seorang wanita. Sedih aku hilang seketika, kembali ceria menyeri dunia namun hanya sementara kerana perit didada masih lagi terasa. Melihat kebahagiaan mereka, aku menadah tangan dan memohon agar kebahagiaan itu juga akan aku miliki. Ujian demi ujian Allah limpahkan, namun dalam hati masih berkata, "Allah sayangkan aku, Allah menguji supaya aku sentiasa mengingatiNya". Sumpah aku tak kuat, kekuatan aku bergantung pada semangat orang lain, aku cuba...aku cuba..namun aku kalah. Dan sekarang aku bangkit dari kekalahan itu, untuk menjadi seorang yang lebih kuat dalam menghadapi segala ujian yang akan datang.. semoga aku menjadi lebih matang dalam apa jua keadaan. 

Teman yang jauh di mata dekat di hati. Jarang bersua muka, tetapi sentiasa dalam ingatan. Shahani (Hani). pendegar yang setia.. segalanya dikongsi bersama. Perkenalan yang bermula di laman FACEBOOK, dilanjutkan dengan pertemuan yang baik. Dan sekarang sudah hampir 4 tahun usia persahabatan ini. InshaAllah ku doakan moga ukhuwah ini dipelihara sampai ke syurga. Terima kasih Hani untuk hari ini..menjadi pendengar, menjadi penasihat dan menjadi tempat untuk Yatt melegakan keresahan hati. Love u sahabat :').













No comments: