OrAnG SeDaNg SkOdEnG BloG YaTt!

Sparkle Of My Life
The Owner

Nurhayati Abdul Talib -Yatt-
Penang, Butterworth
D.O.B= 9 Ogos 1991
Family
Daisypath Anniversary tickers


Contact Me



Follow Instagram (sparklelifehijab)

My Heart

No one can give me truly love more than my parents. Love you mak. Love you abah :').
Daisypath Happy Birthday tickers


When we first talked to each other I knew we would always be friends. Our friendship has kept on growing And I'll be here for you to the end. You listen when I have a problem And help dry the tears from my face. You take away my sorrow And put happiness in its place. We can't forget the fun we've had Laughing 'til our faces turn blue. Talking of things only we find funny People think we're insane-If they only knew! I guess this is my way of saying thanks For catching me when I fall. Thanks once again for being such a good friend And being here with me through it all.


My Diaries

Alhamdulillah ^_^

Assalamualaikum

Hye peeps! lamanya tak update entry baru...broadband Yatt tak boleh guna la awak, ni pun pinjam broadband abang Yatt sekejap tu pun sebab semalam nak check result ke degree macam mana. Just for short entry maybe, short la sangat kang mesti jadi long..huhu okay Syukur alhamdulillah Yatt ucapkan kepada Allah S.W.T kerana bagi peluang untuk Yatt lanjutkan pelajaran Yatt ke peringkat degree. Dari Pre-diploma science physics, dengan rezeki Allah dan usaha dari Yatt, serta doa orang terdekat terutama mak abah, habis 1 semester di UITM KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN, Yatt lanjutkan diploma Yatt di UITM MACHANG KELANTAN dalam jurusan Sains Kuantitatif. Haaa daripada science boleh pulak p ke matematik.. hihik. 6 semester dah pun berlalu..cepat ja kan? dan hari ni dengan izin Allah juga Yatt dapat lanjutkan degree dalam jurusan Matematik Pengurusan atau dalam english mathematic management. huhu. Alhamdulillah sangat-sangat memang kursus tu yang Yatt nak. 

Okay nak story sikit tentang kampus yang akan Yatt study nanti. Ade ke yang sudi nak membaca ni hah? huhu nevermind..taknak bace pun takpe.. :(. Tepat 10 malam semalam Yatt bukak portal kemasukan pelajat ke uitm..jantung ni dup dap dup dap..yela..mana la tau kot-kot la tak dapat sambung degree ke..tersalah isi borang pemohonan ke..tersalah pilih course ke..kang tak pasal-pasal permohonan ditolak. Dengan lafaz bismillairrohmanirrohim, Yatt pun tekan button semak lepas masukkan ic no. kat situ. sekali keluar macam nih kat bawah nih!


Lepas tengok "TAHNIAH, ANDA BERJAYA DITAWARKAN TEMPAT DI UITM", my first reaksi adalah.. Alhamdulillah..syukur sangat-sangat...tu belum baca yang bawah-bawah tu lagi. Okay then tengok ke bawah...ke bawah lagi....okay nampak Program "SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) MATEMATIK PENGURUSAN". Sekali lagi panjat syukur alhamdulillah....lepas tuuuu...tengok "KAMPUS TETAP UITM NEGERI SEMBILAN KAMPUS SEREMBAN 3". Ya Allah menangis terusss!!!! bukan menangis sebab bahagiaaaa tapi menangis sebab tak sangka akan balik ke negeri sembilan balik...jauhnya perjalanan nak ke sana...terus teringat waktu Yatt study di Kuala Pilah dulu.. boleh dikatakan 3 biji bas Yatt naik untuk sampai ke uitm. Bas pertama dari penang ke seremban, bas kedua dari seremban ke kuala pilah, bas ketiga naik bas uitm dari kuala pilah ke uitm. Susahnya nak balik kampung..lepastu bila cuti 3 ke 4 hari, orang semua balik kampung..Yatt duduk kat kolej..yela kalau balik, rasa macam tak berbaloi dengan tambang 3 biji bas...rehat pon tak cukup sebab perjalanan yg makan masa hampir 1 hari. Family Yatt pun tak boleh nak melawat Yatt. Ingat lagi.. mak abah cuma datang uitm kuala pilah tu hanya 2 kali..masa hantar Yatt mula-mula kat sana, dan masa nak ambil Yatt last dekat sana. 

Bila fikir-fikir balik eh ada ke uitm dekat seremban?????. tak pernah dengar pulak..try google...ouh rupanya uitm tu baru dibina dan Yatt akan jadi batch pertama yang rasmi uitm tu nanti. horeeeeyyyy!!!. Sama macam Yatt dekat Kuala Pilah dulu.. batch Yatt juga yang mula-mula rasmi uitm tu..masuk je kolej semua barang dalam plastik lagi..best!!!. So nakkan kepastian Yatt cari info lagi berkaitan uitm tu.. uitm seremban dijangka akan siap dibina pada 18 Januari 2014, bermakna mulai tarikh tu Yatt akan belajar dekat situ mungkin. So sekarang ni Yatt akan belajar di kampus UITM SHAH ALAM selama setahun. Yatt akan graduate kat Seremban. Apapun Yatt bersyukur sebab di beri peluang yang betul-betul bermakna dalam hidup Yatt. Ni untuk masa depan Yatt dan juga keluarga.. mak abah pun gembira dengan berita ni...mereka tak pernah rasa beban if Yatt nak study sampai PHD sekalipun. Tapi biarlah sampai degree dulu..kalau ada rezeki, Yatt nak buat PJJ sambung master nanti.. In Shaa Allah.. doakan Yatt ye...

Dan yang terakhir, Tahniah untuk kawan-kawan seperjuangan dengan Yatt..ada yang dapat tempat yang sama dengan Yatt..dan ada yang dapat tempat lain..course yang lain..walau jauh beribu batu..kita tetap kawan.. In Shaa Allah Yatt akan doakan kejayaan kawan-kawan Yatt.. 

rindu tak? rindu tak? kikikih >.<

#Kan dah cakap..short entry jadi long entry.. kbai :*









Thank You For Reading ^_^