Monday, June 18, 2012

Kau Yang Satu -Short novel-


*Cerita ini adalah kisah benar tentang cinta pertama saya yang masih wujud dihati saya, jemput baca*
     Kedengaran bunyi lagu 'What makes you beautiful' yang dinyanyikan oleh kumpulan One direction di telefon bimbit Maya. Dia tersedar dari tidurnya dan melihat jam menunjukkan pukul empat pagi. Dalam hati rasa berdebar apabila menerima panggilan seawal pagi begitu, namun tidak sempat Maya mengangkat panggilan tersebut, langsung terputus talian. Maya terus melelapkan matanya semula memandangkan keesokkan harinya dia harus ke kelas pada jam lapan pagi. Sejenak dia terlelap, tiba-tiba satu mesej masuk dari telefon bimbitnya, lantas cepat-cepat dia membaca. " Salam, ni Maya ka?". Dengan keadaan yang masih lagi mamai, Maya membalas mesej tersebut, " wslm, siapa ni?". Kemudian Maya mendapat balasan mesej dari pemanggil, " Ni Kak Yana, kalau betul ni Maya, Kak Yana nak col ". Maya sangat kenal dengan Kak Yana, Kak Yana adalah kakak kepada bekas kekasihnya dahulu...cinta pertama Maya yang sentiasa terpahat di dalam hatinya. Hati Maya terasa berdebar apabila mendapat mesej sebegitu daripada Kak Yana kerana sebelum ini, dia tidak pernah menerima sebarang mesej dari Kak Yana seawal pagi itu. Kak Yana terus menelefon Maya, dan memberitahu bahawa bekas kekasihnya Adam sedang sakit teruk di hospital, khabarnya Adam di tahan di ICU kerana ketumbuhan di dalam saluran pernafasan. Terkejut Maya apabila mendapat berita sedemikian, lantas terus mengalirkan air mata, kerana masih sayangkan Adam dia membuat keputusan untuk pulang ke kampung asalnya untuk menjaga Adam. Tetapi niatnya itu dihalang oleh keluarganya atas sebab-sebab tertentu. Namun Maya berdegil dan pulang juga tanpa pengetahuan keluarganya. Dia berniat untuk bermalam di rumah emak yang mengasuhnya ketika dia kecil. Dengan persetujuan emak mengasuh dan anaknya, Maya pulang dengan sehelai sepinggang kerana tidak mahu melengahkan masa. Ketika di dalam bas, Maya menangis sendirian meratapi penderitaan Adam yang terlantar di hospital. Terkenangkan kenangan lalu ketika mereka bersama apabila ketika Adam sakit, Maya yang menjaganya.. dan sekarang, Maya masih lagi ingin menjaganya..walaupun sedia tahu bahawa Adam sudah mempunyai penggantinya. Namun sebenarnya Maya hanya mampu berserah dan berharap hubungannya dan Adam seperti adik beradik walaupun suatu ketika dulu pernah menjadi sepasang kekasih.
       Kak Yana menghantar MMS gambar Adam ketika ditahan di dalam ICU.. katanya ketika itu mak mereka menyebut tentang kegelisahan Maya apabila mengetahui keadaan Adam yang kronik.. Adam mendengar dan terus menangis. Maya merasakan Adam sangat memerlukannya ketika itu, Maya menangis sepanjang perjalanannya ke kampung, dia berharap kedatangannya akan memulihkan semangat Adam untuk terus bersabar dengan ujian Allah. Setibanya Maya di kampung, Maya segera ke hospital Seberang Jaya untuk melawat Adam. Kak Yana memberitahu bahawa adik perempuan mereka sedang menjaga Adam di sana. Dan khabarnya Adam akan dipindahkan ke hospital Bukit mertajam kerana tiada doktor pakar yang boleh menguruskan dia. Kak Yana meminta supaya Maya menguruskan proses pemindahan tersebut, Maya akur dengan permintaan itu. Setibanya Maya di wad 7, Maya mendapati keadaan Adam teruk, sayu hatinya mengenangkan nasib insan yang dia sayang terpaksa mengharungi dugaan seberat ini. Dia meratapi wajah  lemah Adam yang sedang menahan sakit dan tidak bermaya kerana tidak makan selama 4 hari. "Ya Allah, seberat ini dugaanMu terhadapnya..Aku percaya ada hikmah disebalik apa yang berlaku", bisik hati Maya dengan tangisan tanpa diundang. Guard di situ mula memantau kerana masa melawat sudah tamat, kami di arahkan keluar meninggalkan pesakit, tangan Maya yang berpaut dengan tangan Adam tidak terlepas, Maya memberitahu Adam dia terpaksa pergi sekejap untuk meninggalkan Adam sendirian, namun Adam tidak melepaskan genggaman tangan mereka, hati Maya sedih dan terus meleraikan genggaman tersebut, keluar dan menangis melihat Adam dari jauh. Beberapa minit kemudian, selepas guard keluar, Maya curi-curi masuk untuk mendapatkan Adam kembali. Pukul 2.30 petang, Adam akan dipindahkan ke Hospital Bukit Mertajam, jururawat disitu meminta Maya menandatangani dokumen keluar hospital, tanpa berfikir panjang dan ingin mempercepat proses pemindahan, Maya menuruni tandatangannya dan bil untuk pembedahan harus dilangsungkan sebelum keluar. Maya dan adik Adam gementar kerana takut bil yang dikenakan mahal dan keluarga mereka tiada disitu..hanya Maya dan adik Adam sahaja yang berada disitu. Di dalam kepala Maya, bil pembedahan ini semestinya ribuan ringgit malaysia, namun setelah bertanya, hanya ratusan ringgit sahaja. Mujurlah Maya menyediakan sedikit wang di dalam dompetnya, dengan pertolongan Allah, Maya membayar bil tersebut menggunakan wangnya terlebih dahulu. Mereka masuk kedalam ambulance, Maya meratapi Adam yang terbaring, dia mengusap-usap kepala Adam untuk menenangkan Adam, biarlah Adam berasa tenang di pangkuannya disaat itu.
        Ketika di Hospital Bukit Mertajam, sedang Maya menjaga Adam, dikelilingi pula dengan keluarga Adam, tiba-tiba datang seorang perempuan bersama dua orang lelaki. Dua orang lelaki tersebut sudah sedia maklum dikenali oleh Maya, mereka adalah kawan Maya ketika sekolah dahulu, dan perempuan tersebut? oh itulah kekasih Adam yang menggantikan tempat Maya dihati Adam,Sara namanya. Sungguh baik kelihatan di raut wajah lembut gadis itu, kesedihan di wajahnya jelas terpancar, Maya mengesyaki gadis itu sudah sedia maklum mengenali siapa dia di hati Adam. Adam menyayangi Maya sebagai cinta pertamanya dan tak mungkin dia akan melupakan Maya, begitu juga perasaan Maya terhadap Adam. Biarlah masa lalu mereka menjadi suatu kenangan terindah tambahan pula keluarga Adam sangat menyayangi Maya seperti keluarga mereka sendiri. Dan Sara sangat mulia hatinya, menerima apa adanya ketentuan yang tercatat untuknya, dia merelakan kasih sayang Adam terhadap Maya mekar di dalam hati Adam. Namun ada sedikit kesengsaraan yang dapat Maya lihat dari mata Sara. Simpati Maya terhadap Sara sangatlah mendalam, sehinggakan dia tidak mampu untuk berada disitu demi menjaga hati Sara. Lalu Maya memberitahu Kak Yana bahawa dia ingin turun kebawah untuk mengambil sedikit udara segar, wal hal Maya tersiksa apabila melihat Adam dan Sara berdua di depan matanya. Maya mempercepat pergerakkannya kerana takut akan terlihat keluarga Adam akan air matanya yang menitis tanpa henti. Dia berlari anak, namun dikejar oleh Kak Yana, Maya tidak mahu Kak Yana melihat air matanya, dia berlari masuk ke dalam tandas, tetapi Kak Yana terus datang kepadanya dan memeluk Maya yang sedang keesakkan menangis, menenangkan Maya.. Dalam pelukan itu, Kak Yana juga turut menangis, dia memohon agar Maya bersabar. Maya beruntung kerana keluarga Adam sangat memahami hatinya, malah mereka ingin Maya dan Adam bersatu seperti dahulu, tetapi Maya cuba untuk menghalang hatinya untuk terpaut pada Adam kembali. Dia seperti menipu dirinya sendiri demi menjaga hubungan Adam dan Sara.
 
        Sejam kemudian, mak dan bapa Adam datang melawatnya, Maya kuatkan hati untuk naik semula ke atas dan berjumpa dengan mereka, tapi kekuatan yang dimiliki Maya tidak cukup, dia bersalaman dengan mak Adam dan berpelukan sambil menangis. Mereka menangis berdua kerana hati yang lara, Maya meminta untuk turun semula supaya tangisannya tidak berpanjangan dan akan merungsingkan Adam yang sedang sakit. Beberapa jam kemudian Maya naik semula untuk melihat keadaan Adam, dia terpaksa kuatkan hatinya untuk terima hakikat bahawa Adam bukan miliknya lagi. itulah kenyataan yang harus dia belajar untuk terima, dia cuba tidak menghiraukan Adam dan Sara, Maya sibuk berborak dengan saudara Adam yang lain, namun sesekali dia menjeling melihat pasangan kekasih itu. Betapa hancurnya hati Maya, tetapi inilah takdir, bukan salah Sara, bukan salah Adam. Sara tidak merampas Adam daripada Maya, mereka putus kerana takdir..dan mereka berjumpa juga kerana takdir. Maya berterima kasih kepada Sara kerana sepanjang ketiadaannya, Sara memberi kebahagiaan kepada Adam. Sara memang layak untuk Adam. Selepas Sara pulang, Maya menjaga Adam di hospital malam itu, dia merasakan seperti biarlah dia menghabiskan waktunya bersama Adam ketika Adam sakit, dan biarlah Adam berasa tenang disampingnya. Semalaman Maya menjaga Adam, Alhamdulillah Adam kelihatan baik, dia mampu untuk tersenyum kepada Maya, malah juga mampu untuk bergurau senda dengan Maya walau dalam keadaan sakit.. kemanisan gurauan mereka mengimbau kembali kenangan cinta mereka. Bahagia rasa apabila bersama. sehinggalah Adam keletihan, Maya membelai rambut Adam dan membiarkan dia tertidur dalam belaiannya. Maya menatap wajah Adam ketika sedang tidur, sayu rasa hati apabila melihat insan tersayang sebegini. Tangan Maya di capai dalam genggaman Adam ketika Adam tidur.. Maya membiarkan tidur adam terasa akan kehadirannya di situ. Biarlah Maya tidak tidur, tidak makan, asalkan Adam tak terasa akan kehilangannya ketika itu. Akhirnya Maya terlelap disamping Adam..
            Jam 10 pagi, Sara muncul di hospital, Maya mengalihkan tugasnya untuk menjaga Adam kepada Sara, akan tetapi sepanjang jagaan Maya kepada adam semalaman itu tidak diketahui Sara, mereka merahsiakan perkara tersebut demi menjaga hati Sara. Biarlah ia menjadi rahsia supaya tiada yang terluka, demi cinta mereka, Maya berkorban dan seperti perasaan Adam yang berbelah bagi untuk memilih diantara mereka. Tetapi Maya mengundurkan diri kerana tidak mahu membebankan pemikiran Adam. Maya merelakan hatinya pergi membawa jauh kedalam..melihat kebahagiaan mereka, sudah memadai buatnya. Apabila malam menjelma, sekali lagi Maya menjenguk Adam, dia sudah mampu melihat Sara dan Adam berdua di situ, itu malam terakhir untuk dia berjumpa Adam sebelum dia pulang ke tempat belajrnya di UITM Machang Kelantan. Malam itu sayu sahaja dihati Maya untuk meninggalkan Adam.. Dia menatap wajah Adam..mereka bertentangan mata, Maya mula menitiskan air mata, juga jelas terlihat air mata bergenang di mata Adam..mereka masih lagi bertatapan, Maya berharap agar kepergiannya itu membawa ketenangan didalam hatinya, "selangkah aku keluar dari hospital ini, aku redho dengan ketentuanmu ya Allah, semoga mereka berbahagia hingga akhir hayat", bisik hati Maya semasa menatap mata Adam. Tanpa membuang masa, Maya meminta untuk pulang, Adam ingin bersalaman dengan Maya, Maya turut dan mencium tangan Adam..begitu juga Adam.. perpisahan ketika itu disaksikan oleh emak dan Sara, berat untuk melepaskan.. tetapi hati terpaksa merelakan. kesedihan dan tangisan Maya dilepaskan didalam kereta milik sepupu Adam.. sepanjang perjalanan untuk pulang ke rumah sepupu Adam, emak Adam menenangkan Maya memohon agar Maya bersabar.. keluarganya yang lain juga memohon Maya berdoa supaya mereka bersatu kembali kerana sayangnya mereka terhadap Maya. Maya hanya mampu berdiam dan redho dengan ketentuan-Nya..itulah detik kesedihan cinta Adam dan Maya.. cinta yang wujud di zaman persekolahan..bertahun lamanya mereka bermadu asmara, namun akhirnya terlerai tanpa ikatan dengan hadirnya Sara yang memberi sepenuh hatinya kepada Adam serta merelakan cinta Adam terhadap Maya mekar dihati Adam. Biarlah masa yang menentukan segalanya.. hati kecil Maya menjanjikan Adam merupakan cinta pertamanya yang tak mungkin dia lupakan kerana kenangan mereka tersemat dihati mekar berbunga tidak mengira waktu. Dia sentiasa mendoakan kebahagiaan Sara dan Adam.